You are on page 1of 16

Objektif Pembelajaran

Menerangkan pemboleh ubah utama


makroekonomi dan kepentingannya.
Pemboleh Ubah Makroekonomi
Pendapatan Negara/ Keluaran
Negara & Pertumbuhan
Ekonomi
Guna Tenaga &
Pengangguran

Tingkat Harga Umum & Inflasi

Imbangan Pembayaran
Pendapatan Negara

• Pendapatan negara ialah jumlah nilai barang


dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
sesebuah negara dalam tempoh setahun. Dalam
konteks Malaysia dinilai/dihitung
menggunakan nilai RM (Ringgit Malaysia).
Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Negara Kasar (KNK)
harga semasa/harga pasar
KNK harga benar/harga tetap

KNK potensi

KNK sebenar

Jurang KNK
Konsep Huraian
KNK harga semasa/pasaran • Pendapatan negara yang dihitung mengikut harga
pasaran barang dan perkhidmatan pada sesuatu tahun.
• KNK pada harga semasa mungkin dipengaruhi oleh
perubahan harga semasa.
KNK harga benar/tetap • KNK harga benar atau pendapatan negara benar
merupakan pendapatan negara yang dinilai mengikut
harga pada tahun asas.
• KNK pada harga benar atau tetap mencerminkan
prestasi ekonomi sesebuah negara selaras dengan
perubahan output negara tersebut dalam tempoh
tertentu.
KNK potensi • KNK potensi atau KNK pada tingkat guna tenaga
penuh ialah keluaran negara yang boleh dihasilkan
oleh sesebuah ekonomi/negara pada tingkat guna
tenaga penuh pada suatu tahun tertentu.
• Pada tingkat guna tenaga penuh, sumber ekonomi
digunakan sepenuhnya. Oleh itu, KNK potensi ialah
jumlah keluaran maksimum yang mampu dihasilkan
oleh sesebuah ekonomi/negara.
Konsep Huraian
KNK sebenar • KNK sebenar ialah tingkat keluaran negara yang
sebenar dihasilkan oleh sesebuah ekonomi/negara
dengan menggunakan sumber ekonomi sedia ada pada
sesuatu tahun tertentu.
Jurang KNK • Perbezaan antara KNK (pendapatan negara) potensi
dengan KNK sebenar.
• KNK potensi > KNK sebenar menunjukkan ekonomi
mengalami pengangguran kitaran dan lebihan
kapasiti. Ekonomi tidak mencapai tingkat guna tenaga
penuh.
• KNK potensi < KNK sebenar menunjukkan ekonomi
mengalami tekanan inflasi. Ekonomi menghadapi
kekurangan sumber ekonomi dan output sukar
ditambah kerana ekonomi telah mencapai tingkat
guna tenaga penuh.
• KNK harga semasa > KNK harga tetap
menunjukkan KNK harga
semasa/pasaran dipengaruhi oleh inflasi
KNK harga KNK harga (kenaikan tingkat harga umum).
Tahun semasa tetap
(RM juta) (RM juta) • KNK harga semasa tidak menunjukkan
pertumbuhan ekonomi sebenar dan tidak
sesuai digunakan untuk mengukur taraf
hidup rakyat kerana terdapat unsur
inflasi.
2006 556 380 454 625 • KNK harga tetap lebih sesuai digunakan
untuk menilai pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara kerana tidak
dipengaruhi oleh perubahan tingkat
2007 628 106 482 239 harga.
• Peningkatan KNK harga tetap
menunjukkan taraf hidup penduduk
2008 700 832 509 985 semakin meningkat. Hal ini
menunjukkan lebih banyak peluang
pekerjaan berjaya diwujudkan dan
2009 773 743 537 918 keberkesanan pelaksanaan dasar
kerajaan.
Ujian 1

KNK KNK 1. Hitung jurang KNK antara


Tahun sebenar potensi
(RM juta) (RM juta)
tahun 2008 hingga 2011.
2. Pada tahun manakah
keadaan ekonomi adalah
paling buruk? Mengapa?
2008 152 168
3. Pada tahun manakah
ekonomi mencapai tingkat
2009 166 186 guna tenaga penuh?
Mengapa?
2010 190 190

2011 194 202


Pertumbuhan Ekonomi
• Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada
perubahan output benar yang dikeluarkan oleh
sesebuah negara dalam tempoh setahun.
• Perubahan output benar ditunjukkan oleh
perubahan Keluaran Negara Kasar benar
(KNKb ) atau Keluaran Dalam Negara Kasar benar
(KDNKb)
Kadar Pertumbuhan Ekonomi
•• Kadar
  pertumbuhan ekonomi dirujuk sebagai kadar perubahan
Keluaran Negara Kasar benar (KNKb) atau Keluaran Dalam
Negara Kasar benar (KDNKb) pada sesuatu tahun berbanding
dengan tahun sebelumnya. Rumus adalah seperti berikut :
X 100
KNKb T2 – KNK benar tahun semasa
KNKb T1 – KNK benar tahun sebelumnya
• KNK benar pada tahun semasa lebih tinggi daripada KNK
benar pada tahun sebelumnya – kadar pertumbuhan ekonomi
adalah positif. Jika sebaliknya kadar pertumbuhan ekonomi
adalah negatif atau berlaku kemelesetan ekonomi.
Ujian 2
(a) Hitungkan kadar
pertumbuhan KNK harga
semasa dan harga tetap
KNK harga KNK harga
Tahun semasa tetap
bagi tahun 2009 dan 2010.
(RM juta) (RM juta) (b) Terangkan arah aliran
kadar pertumbuhan KNK
2008 308 781 193 585
harga semasa dan harga
tetap sepanjang tempoh
2009 336 951 203 169 berkenaan.
(c) Yang manakah lebih
2010 372 480 217 155 sesuai digunakan untuk
mengukur kadar
pertumbuhan ekonomi?
Jelaskan.
Guna Tenaga & Pengangguran
Konsep Definisi
Tenaga Buruh Jumlah penduduk yang berusia antara 15 tahun
hingga 64 tahun yang sedang bekerja dan aktif
mencari pekerjaan. Tenaga buruh tidak termasuk
mahasiswa, suri rumah dan pesara.
Guna Tenaga Jumlah tenaga buruh yang sedang bekerja sama ada
bekerja dengan orang lain atau melakukan usaha
sendiri.
Pengangguran Tenaga buruh yang aktif mencari pekerjaan tetapi
belum mendapat sebarang pekerjaan.
Rumus Pengangguran = Jumlah tenaga buruh – jumlah
guna tenaga
Ujian 3

Tenaga Guna
Buruh Tenaga
Tahun
(‘000 (‘000 Hitung pengangguran
orang) orang)
antara tahun 2007
hingga 2010
2007 15 520 13 560

2008 16 780 15 300

2009 17 560 16 220

2010 19 880 18 420


Tingkat Harga Umum dan Inflasi
Konsep Huraian
• Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak
terbatas.
• Diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna (IHP),
IHP menunjukkan perubahan tingkat harga purata barang
dan perkhidmatan melalui masa.
Inflasi
Inflasi • IHP digunakan kerana ia menggambarkan perubahan kos
hidup sektor isi rumah.
• Kadar inflasi mengukur peratusan perubahan tingkat harga
umum pada suatu tahun berbanding dengan tahun
sebelumnya.
X 100

Rumus Kadar Inflasi Dengan :


Rumus Kadar Inflasi IHP1 = Indek harga pengguna tahun semasa
IHP0 = Indek harga pengguna tahun sebelumnya
Ujian 4
(a)Hitung kadar inflasi bagi tahun 2011 jika
indeks harga pengguna pada tahun 2010
ialah 102.4 dan indeks harga pengguna
tahun 2011 ialah 107.2
(b)Jika kadar inflasi pada tahun 2013 ialah
5.5% dan indeks harga pengguna pada
tahun 2012 ialah 103.6, hitung indeks
harga pengguna pada tahun 2013.
Imbangan Pembayaran
Konsep Huraian
• Petunjuk makroekonomi tentang urus niaga perdagangan
antarabangsa antara sesebuah negara dengan negara lain.
Imbangan
• Akaun kewangan yang mencatat urus niaga yang berlaku
Pembayaran
antara negara tersebut dengan negara lain dalam tempoh
setahun.
Imbangan
• Penerimaan wang dari luar negara melebihi pembayaran
Pembayaran
wang ke luar negara.
Lebihan
Imbangan
• Penerimaan wang dari luar negara kurang daripada
Pembayaran
pembayaran wang ke luar negara.
Kurangan (defisit)
Imbangan
• Penerimaan wang dari luar negara sama dengan
Pembayaran
pembayaran wang ke luar negara.
Seimbang

You might also like