You are on page 1of 17

Isi kandungan

Maksud kadar bunga Perbezaan kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar (*pulangan kepada pemilik modal kerana menangguhkan penggunaan) Maksud untung Sumber untung Peranan untung (* pulangan kepada usahawan kerana sanggup menanggung risiko)

Maksud Kadar bunga


Pendapatan atau bayaran sebagai peratusan daripada jumlah tabungan atau jumlah pinjaman dalam setahun. Bunga : pulangan kepada pemilik modal kerana menangguhkan penggunaannya pada masa sekarang.

Perbezaan Antara Kadar Bunga Nominal Dan Kadar Bunga Benar Kadar Bunga Nominal Maksud Kadar Bunga Benar

Kadar bunga yang dikenakan atas Kadar bunga yang dibayar selepas sejumlah modal wang yang dipinjam mengambil kira perubahan tingkat dan kadarnya dinyatakan dalam nilai harga umum. wang semasa Kadar bunga benar = Kadar bunga nominal Kadar inflasi Firma A membuat pinjaman sebanyak RM200 000 dan dikenakan kadar bunga sebanyak 10% setahun. Bunga yang perlu dibayar ialah RM 20 000 setahun (10% RM 200 000). Kadar bunga 10% tersebut ialah kadar bunga nominal. Jika kadar bunga nominal ialah 10% dan kadar inflasi ialah 8%, maka kadar bunga benar ialah 2%. Ini bermakna kuasa beli wang daripada bayaran balik pinjaman hanya meningkat sebanyak 2% dan bukannya 10%. (Sekiranya kadar bunga benar adalah sifar, ini bermakna kuasa beli wang daripada bayaran balik pinjaman tidak berubah.)

Rumus Contoh

Kadar Inflasi : Kadar perubahan tingkat harga umum dari tahun ke tahun

Maksud Untung
Ganjaran yang diterima oleh usahawan kerana sanggup menanggung risiko ketidakpastian dan menggabungkan faktor pengeluaran lain bagi tujuan mengeluarkan barang atau perkhidmatan. Diperoleh apabila jumlah hasil ditolak dengan jumlah kos.

Risiko & Untung

SUMBER UNTUNG Kuasa Monopoli & Untung Inovasi & Untung

Risiko dan untung


Usahawan menggung risiko perniagaan yang tidak boleh diinsuranskan (perubahan keadaan permintaan dan penawaran yang berada di luar kawalan dan sukar diramalkan oleh firma). Risiko berpunca daripada tiga sumber berikut: Perubahan keadaan ekonomi Perubahan struktur ekonomi Perubahan dasar kerajaan

Perubahan keadaan ekonomi


Kemelesetan ekonomi akan menyebabkan pengurangan permintaan dan menjejaskan jualan serta jumlah hasil firma. Usahawan akan kerugian.

Perubahan struktur ekonomi


Tekonologi, cita rasa pengguna, sumber ekonomi dan tingkat harga semasa sentiasa berubah dalam ekonomi. Menyebabkan perubahan kos pengeluaran dan jumlah hasil firma.

Perubahan dasar kerajaan


Penghapusan takrif, kenaikan cukai keuntungan, dan penghapusan subsidi kepada pengusaha sektor pertanian mempengaruhi kos pengeluaran dan jumlah hasil firma dalam industri berkenaan.

Inovasi dan untung


Usaha pembaharuan dan reka cipta baru dilakukan firma untuk tingkatkan kecekapan operasi dan menurunkan kos pengeluaran. Keuntungan yang diperoleh merupakan ganjaran untuk risiko yang diambil dan keadaan yang tidak stabil dalam pasaran.

Kuasa monopoli dan untung


Firma merupakan kuasa monopoli yang menikmati untung lebih normal dalam jangka panjang. Firma yang mempunyai kuasa monopoli kurang risiko perniagaan atau dapat memanipulasi pasaran untuk memastikan firma menikmati untung lebih normal.

Untung & Tingkat Output

Untung & Tingkat Kecekapan Firma

PERANAN UNTUNG

Untung & Peruntukkan Sumber

Untung & Perkembangan Firma

Untung dan tingkat output


Jangkaan keuntungan diperoleh firma yang menjadi pendorong untuk firma melakukan inovasi. Inovasi = menggalakkan pelaburan dan meningkatkan kuantiti output dan guna tenaga dalam ekonomi. Keuntungan meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui inovasi.

Untung dan peruntukan sumber


Menentukan bagaimana sumber ekonomi digunakan firma. Contoh: Masyarakat meminta kereta ; banyak sumber akan diagihkan kepada pengeluaran kereta ;corak permintaan tentukan corak peruntukan sumber ekonomi ; kesannya: penawaran kereta akan bertambah dan keuntungan turut bertambah.

Untung dan perkembangan firma


Membolehkan firma peroleh banyak sumber untuk memastikan firma terus berkembang. Keuntungan dinikmati meningkatkan kemampuan firma untuk menawarkan ganjaran tinggi kepada faktor (tanah, modal, buruh) berbanding firma yang kerugian. Firma baru boleh masuk dalam industri. Pelabur beli saham firma dan kesannya firma akan bertambah.

Untung dan tingkat kecekapan firma


Mendorong firma menambahkan output dan menurukan kos pengeluaran untuk capai tahap penggunaan sumber optimum. Firma yang tidak cekap tidak dapat bertahan lama dalam industri dan terpaksa keluar dari pasaran.

You might also like