You are on page 1of 25

Topik 1 : Pengenalan

STPM2018
27. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran maksimum baarang X dan barang Y bagi sebuah
negara.
kombinasi A B C D E F
Barang X (unit) 0 4 8 12 16 20
Barang Y (unit) 80 72 60 44 24 0
(a) Berikan dua andaian keluk kemungkinan pengeluaran. [2]
(b) (i) Hitung kos lepas bagi seunit barang X pada setiap kombinasi.[2]
(ii) Berdasarkan jawapan anda di (b)(i), jelaskan jenis kos lepas barang X. [2]
( c) (i) Jika negara tersebut mengeluarkan 4 unit barang X, berikan satu contoh kombinasi barang X dan
barang Y yang menunjukkan pengangguran berlaku. [1]
(ii) Jika negara tersebut mengeluarkan 72 unit barang Y, berikan satu contoh kombinas barang X dan
barang Y yang tidak boleh dicapai disebabkan oleh sumber yang tidak mencukupi. [1]
(d) Jikapenemuan sumber baharu meningkatkan pengeluaran barang X sebanyak 25 peratus, bina jadual
kemungkinan pengeluaran barang X dan barang Y yang baharu. [2]

STPM 2015
27. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y bagi sebuah negara.

Kombinasi A B C D E
Barang X (unit) 0 4 8 12 16
Barang Y (unit) 40 38 33 21 0

(a) Hitung kos lepas bagi mengeluarkan


( i) Seunit barang X pada setiap kombinasi. [2]
(ii) Seunit barang Y pada setiap kombinasi. [2]
(b) ( i) Apakah bentuk keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara ini ? [1]
(ii) Apakah jenis faktor pengeluaran bagi negara ini ? [1]
( c) Nyatakan keadaan apabila negara ini memerlukan 8 unit barang X dan 29 unit barang Y. Berikan sebab bagi
jawapan anda. [2]
(d) Adakah kombinasi 5 unit barang X dan 38 unit barang Y boleh dicapai ? Mengapa ? [2]

STPM 2014
27. Andaikan sebuah negara mengeluarkan dua barang, iaitu barang X dan barang Y. Dengan faktor pengeluaran
yang ada, negara tersebut boleh mengeluarkan barang, iaitu 10 unit barang X dan 5 unit barang Y.
(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan kos lepas malar? [1]
(ii) Dengan andaian kos lepas adalah malar, lukis keluk kemungkinan pengeluaran dengan menggunakan
kertas graf. [2]
(b) Jika negara tersebut mengeluarkan 3 unit barang Y, berapakah barang X dapat dikeluarkan? [1]
(c) Sekiranya barang Y ditambah daripada 3 unit kepada 4 unit, berapakah kos lepas barang Y? [2]
(d) Bolehkah negara tersebut mengeluarkan 8 unit barang X dan 2 unit barang Y? Mengapa? [2]
(e) Kemajuan teknologi telah meningkatkan daya pengeluaran barang X sebanyak 50%. Pada gambar rajah
yang sama, lukis keluk kemungkinan pengeluaran yang baharu. [2]

STPM 2000
5. Yang berikut ialah kombinasi barang X dan barang Y yang boleh dikeluarkan oleh negara Z.
Kombinasi A B C D E F G H
X(unit) 0 1 2 2 2.5 3 4 5
Y(unit) 18 17 10 15 12 12 7 0
(a) Pada kertas graf, lukiskan keluk kemungkinan pengeluaran negara Z. Nyatakan kombinasi-kombinasi
pengeluaran yang tidak cekap. [3]
(b) (i) Takrifkan kos lepas, dan jelaskan maksud hukum kos lepas semakin meningkat. [4]
(ii) Sediakan jadual untuk menunjukkan kos lepas per unit pengeluaran barang X dan barang Y. [4]
(iii) Adakah hukum kos lepas semakin meningkat berlaku di negara Z? [1]
(c) Jika negara Z mengeluarkan barang-barang pada kombinasi D, apakah faktor yang menentukan pilihan
tersebut sekiranya negara Z mengamalkan sistem ekonomi pasaran? [2]
(d) Jika X ialah barang intensif modal dan Y pula ialah intensif buruh, lukiskan keluk kemungkinan pengeluaran
untuk menunjukkan perubahan yang berlaku apabila
(i) lebih ramai buruh asing memasuki negara Z, dan
(ii) produktiviti modal meningkat lebih cepat daripada produktiviti buruh. [4]
(e) Beberapa tahun kemudian didapati kombinasi yang berikut boleh dikeluarkan oleh negara Z.
Kombinasi K L
X(unit) 1.5 6
Y (unit) 17 5
Apakah yang telah terjadi di negara Z? [2]

Topik 2 : Pasaran Barang dan Harga


STPM 2020
27. Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang adalah seperti yang berikut :
P = 200 – 4Q
P = 50 +2Q
dengan
Q = kuantiti (unit )
P = harga (RM)
(a) hitung harga dan kuantiti keseimbangan [3]
(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM6 seunit kepada pengeluar,
(i) tentukan harga dan kuantiti keseimbangan baharu, dan [2]
(ii) hitung keanjalan permintaan harga barang tersebut apabila harga keseimbangan lama meningkat
kepada harga keseimbangan baharu [2]
( c) Jika kerajaan menetapkan harga minimum sebanyak RM120 seunit,
(i) hitung kuantiti diminta dan kuantiti ditawar, dan .. [2]
(ii) berdasarkan jawapan anda di ( c) (i), apakah kesan yang berlaku ke atas pasaran barang
tersebut ?[1]
STPM 2019
27. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi suatu barang pada pelbagai tingkat harga.

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)


10 180
15 160
20 140
25 120
30 100

(a) Terbitkan persamaan permintaan terhadap barang tersebut. [2]


(b) Jika persamaan penawaran barang tersebut ialah
Qs = 60 +6P
dengan
Qs = kuantiti ditawar ( unit)
P = harga (RM)
( i) hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut. [2]
(ii) hitung lebihan pengguna [2]
( c) Jika permintaan bertambah sebanyak 20 unit pada setiap tingkat harga,
(i) Terbitkan persamaan permintaan yang baharu [1]
(ii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran yang baharu [2]
(iii) Jelaskan kesan ke atas harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut [1]

STPM 2017
27. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi barang X di pasaran A (D A)
dan di pasaran B (DB).
(a) Hitung keanjalan permintaan harga di kedua-dua pasaran jika harga barang X
menurun daripada RM5 kepada RM3. (4m)
(b) (i) Hitung perubahan jumlah hasil di pasaran A. (2m)
(ii) Hitung perubahan jumlah hasil di pasaran B. (2m)
(c ) Berdasarkan jawapan anda pada (a) dan (b), buat kesimpulan anda tentang hubungan
antara keanjalan dengan jumlah hasil. (2m)

STPM 2016
27. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi barang X dan barang Y pada pelbagai tingkat harga barang X.

Harga barang X Kuantiti diminta barang X Kuantiti diminta barang Y


(RM per unit) (unit) (unit)
1.00 50 4
2.00 40 6
3.00 30 8
4.00 20 10
(a) Hitung jumlah perbelanjaan pengguna barang X pada setiap tingkat harga. [2]
(b) Hitung nilai keanjalan permintaan harga barang X,
(i) apabila harga naik daripada RM2.00 kepada RM3.00 [2]
(ii) apabila harga turun daripada RM4.00 kepada RM3.00 [2]
(c) (i) Hitung keanjalan silang barang Y apabila harga barang X naik daripada RM3.00 RM4.00. [2]
(ii) Berdasarkan jawapan (c)(i), jelaskan hubungan antara barang X dengan barang Y. [2]

STPM 2015
28 Persamaan permintaan dengan penawaran daging kambing import masing-masing adalah seperti yang berikut :

P = 70 -2Q
P = 10 +Q
Dengan P = Harga daging kambing per kg (RM), Q = kuantiti daging kambing (kg )
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. (2m)
(b) Hitung lebihan pengguna pada titik keseimbangan. (1m)
( c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai ke atas daging kambing import sebanyak RM3.00 per kilogram,
( i) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan baru (2m)
(ii) Hitung perubahan lebihan pengguna dan jelaskan makna bagi nilai yang diperoleh. (2m)
(d) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan dan penawaran sebelum dan selepas cukai
dikenakan. (3m)

STPM 2014
28 Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti diminta, dan kuantiti ditawar bagi suatu barang dalam
pasaran.
Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar
(RM) (unit) (unit)
6.00 22 14
8.00 20 16
10.00 18 18
12.00 16 20

(a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga apabila harga meningkat daripada RM8.00 kepada RM 10.00. [3]
(b) Hitung nilai keanjalan penawaran harga apabila harga meningkat daripada RM8.00 kepada RM 10.00. [3]
(c) Hitung jumlah hasil pada setiap tingkat harga. [2]
(d) (i) Apakah kesan pada jumlah hasil jika harga jualan meningkat? [1]
(ii) Apakah kaitan antara jumlah hasil dengan keanjalan permintaan harga? [1]

STPM 2013
27. Persamaan permintaan dan penawaran ikan adalah seperti yang berikut:
P = 20 - 2 Q,
P = 5 + 3Q,
dengan P = Harga (RM/kg),
Q = Kuantiti ikan (000' kg).
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2]
(b) Sekiranya kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM2.00 sekilogram kepada pengeluar.
(i) berikan persamaan penawaran baharu, [1]
(ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan, [2]
(iii) hitung jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan, dan [1]
(iv) apakah kesan dasar tersebut terhadap pasaran ikan? [ 1 ]
(c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran ikan sebelum dan selepas subsidi diberikan. [3]

STPM2012
13. Persamaan di bawah menunjukkan persamaan permintaan masing-masing bagi Ali, Ah Chong, dan Raju di
pasaran.
Px = 20 -10 Qx,
Px= 35 -5 Qx,
Px= 30 -10 Qx,
dengan Px = harga barang X (RM),
Qx = kuantiti diminta barang X (unit).
(a) Hitung kuantiti diminta di pasaran sekiranya tingkat harga pasaran berada pada harga RM5.00. [2]
(b) Hitung kuantiti diminta di pasaran jika tingkat harga pasaran meningkat sebanyak 20%. Adakah permintaan
pasaran barang Xmengikut hukum permintaan? Jelaskan. [3]
(c) Berdasarkan jawapan pada (a) dan (b), hitung keanjalan permintaan harga barang X di pasaran. [2]
(d) Hitung tingkat harga pasaran sekiranya kuantiti diminta di pasaran ialah 6 unit. [2]
(e) Lukis keluk permintaan pasaran barang X dengan menggunakan kertas graf. [ 1 ]

STPM 2012
14. Andaikan seorang pengeluar menjual produk X di dua buah pasaran, iaitu pasaran A dan pasaran B.
Dengan DA = keluk permintaan di pasaran A
DB = keluk permintaan di pasaran B
(a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga bagi produk X di pasaran A dan B jika harganya menurun daripada
RM10.00 kepada RM5.00. [4]
(b) Hitung perbezaan jumlah hasil yang diperoleh di setiap pasaran. [4]
(c) Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh pengeluar tersebut bagi meningkatkan jumlah hasil di kedua-dua
pasaran? [2]

STPM 2011
13 Fungsi penawaran bagi firma A, firma B, dan firma C yang mengeluarkan barang X di pasaran masing-
masing diberikan sebagai
Px = 20 + 10Q,
Px = 5 + 5Q, dan
Px =30+ 10Q,
dengan Px ialah harga barangX(RM) dan Q ialah kuantiti ditawarkan (unit).
(a) Hitung kuantiti yang ditawarkan di pasaran pada harga RM50.00 dan RM60.00. [3]
(b) Hitung keanjalan penawaran firma B daripada harga RM50.00 kepada harga RM60.00. Tafsirkan nilai
keanjalan itu. [3]
(c) Hitung keanjalan penawaran pasaran apabila harga meningkat daripada RM50.00 kepada RM60.00. [2]
(d) Berdasarkan jawapan anda dalam (b) dan (c), buat kesimpulan tentang keanjalan. [2]

STPM 2011
14. Persamaan pennintaan dan persamaan penawaran bagi ikan bawal masing-masing diberikan sebagai
Qd= 100-2.5P dan
Qs=25 + 5P,
dengan Qd ialah kuantiti ikan bawal diminta (kg), Qs ialah kuantiti ikan bawal ditawarkan (kg), dan P ialah
harga ikan bawal (RM).
(a) Hitung harga dan kuantiti ikan bawal pada tingkat keseimbangan. [3]
(b) Dengan menggunakan kertas grafyang disediakan pada halaman 15, lukis keluk permintaan dan keluk
penawaran pada paksi- paksi yang sama. [3]
(c) Hitung lebihan pengguna pada harga keseimbangan. [2]
(d) Sekiranya kerajaan menetapkan harga minimum ikan bawal pada RM 12.00 sekilogram, hitting perubahan
lebihan pengguna. [2]
STPM 2010
14 Persamaan penawaran pasaran bagi suatu barang adalah
P = 10 + 0.50,
dengan
P = harga barang (RM),
Q = kuantiti barang (unit).
(a) Hitung keanjalan penawaran barang tersebut apabila harga meningkat daripada RM50.00 kepada
RM 100.00. Tafsirkan pekali keanjalan penawarannya. [4]
(b) Sekiranya kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM2.00 kepada setiap unit pengeluaran barang tersebut,
(i) dapatkan persamaan penawaran yang baharu bagi barang tersebut, [1]
(ii) hitung kuantiti ditawarkan apabila harga meningkat daripada RM50.00 kepada RM 100.00. [2]
(c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis gambar rajah keluk penawaran sebelum dan selepas subsidi
diberikan. [3]
STPM 2010
13. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah
Qd = 150 - 5Px ,
Qs = 30 + 3Px ,
dengan
Px = harga barangX(RM),
Qd = kuantiti diniinta barang X(unit),
Q s = kuantiti ditawar barang X (unit).
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2]
(b) Andaikan kerajaan melaksanakan dasar harga minimum pada RM20.00, hitung
(i) kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan, [2]
(ii) perbelanjaan pengguna sekiranya semua lebihan barang X dalam pasaran dibeli, [1]
(iii) jumlah perbelanjaan kerajaan, dan [2]
(iv) perubahan pendapatan pengeluar. [3]

STPM 2009
13 Persamaan permintaan dan penawaran bagi daging adalah seperti yang berikut:
Qd = 150-5P,
Qs = 30 + 5P,
dengan
Qd = Kuantiti daging diminta (kg),
Qs = Kuantiti daging ditawarkan (kg),
P = Harga daging (RM).
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2]
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran. [2]
(c) Apabila berlaku peningkatan pendapatan sebanyak 20%, kuantiti permintaan meningkat sebanyak 30 unit
untuk setiap tingkat harga. Berdasarkan maklumat ini,
(i) nyatakan persamaan permintaan yang baharu, [1]
(ii) lukis keluk permintaan yang baharu dalam gambar rajah yang sama, [1]
(iii) hitung kuantiti dan harga keseimbangan yang baharu, [2]
(iv) hitung keanjalan permintaan pendapatan. [2]
STPM 2009
16. Fungsi permintaan dan penawaran bagi barang X masing-masing adalah seperti yang berikut:
P = 40 - 3Q,
P = 10 + 2Q,
dengan
P = harga barang X (RM),
Q = kuantiti barang X (unit).
(a) Hitung kuantiti dan harga barang X pada titik keseimbangan. [2]
(b) Sekiranya cukai yang dikenakan ialah sebanyak RM5.00 per unit, hitung kuantiti dan harga barang X pada
titik keseimbangan yang baharu. [2]
(c) Hitung beban cukai yang dibayar oleh pengguna dan pengeluar. [2]
(d) Hitung perbezaan lebihan pengguna sebelum dan selepas cukai dikenakan. [2]
(e) Semasa cukai dikenakan, cita rasa pengguna terhadap barang X telah mengalihkan fungsi permintaan
menjadi P = 45 – 3Qd. Hitung kuantiti dan harga barang X pada titik keseimbangan yang baharu. [2]

STPM 2008
13. Fungsi permintaan barang X adalah seperti yang berikut:
Qd= 12-0.5P
dengan
Qd = permintaan barang X (000 unit)
P = harga barang X (RM)
(a) Hitung kuantiti barang X yang diminta jika barang X diberi pcrcuma. [1]
(b) Andaikan kerajaan menetapkan harga barang X ialah RM 10.00, hitung kuantiti barang X yang diminta. Jika
penawaran barang X adalah 6000 unit, tcntukan apakah yang akan berlaku di pasaran. [2]
(c) Akibat daripada perubahan cita rasa terhadap barang X, fungsi permintaan barang X telah berubah kepada
Qd = 12 - 0.8P.
(i) Lukis keluk permintaan sebelum dan selepas berlakunya perubahan cita rasa. [3]
(ii) Hitung perubahan kuantiti permintaan apabila berlaku perubahan cita rasa. [2]
(iii) Apakah yang berlaku di pasaran jika penawaran tidak berubah? [1]
(iv) Hitung jumlah hasil apabila cita rasa berubah. [1]
STPM 2008
14 (a) Jadual di bawah menunjukkan harga kasut dan kuantiti diminta untuk kasut, stoking, dan sandal.
Harga kasut Kuantiti kasut Kuantiti stoking Kuantiti sandal
(RM) (pasang) (pasang) (pasang)
10.00 30 60 20
11.00 25 40 X
(i) Hitung keanjalan permintaan kasut apabila harganya turun. [2]
(ii) Hitung keanjalan silang kasut dengan stoking apabila harga kasut meningkat. Myatakan hubungan
antara kedua-dua barang tersebut. [3]
(iii) Andaikan keanjalan silang ialah 7.5, hitung kuantiti sandal yang dibeli apabila harga kasut meningkat. [2]
(b) Jadual di bawah menunjukkan harga stoking dan kuantiti diminta untuk stoking dan sandal.
Harga stoking Kuantiti stoking Kuantiti sandal
(RM) (pasang) (pasang)
10.00 50 30
11.00 45 30
Hitung keanjalan silang stoking dan sandal apabila harga stoking meningkat. Nyatakan hubungan antara kedua-
dua barang tersebut. [3]

STPM 2008
16 Persamaan permintauin dan pcsamaan penawaran bagi suatu barang dalam pasaran persaingan sempurna
masing-masing ialah
P = 50 - Q
P = 2 + 3Q
dengan P = harga (RM), Q = kuantiti (unit)
Kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM8.00 per unit.
(a) Hitung kuantiti dan harga keseimbangan sebelum cukai. [3]
(b) Hitung kuantiti dan harga keseimbangan selepas cukai. [2]
(c) Hitung peratusan kenaikan harga selepas cukai. [2]
(d) Hitung jumlah hasil cukai yang diperoleh oleh kerajaan. [1]
(e) Hitung peratusan cukai yang dibayar oleh pengguna.[2]

STPM 2007
16. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X diberikan sebagai
Qd = 200 – PX,
Qs = -40 + Px
dengan Px = harga barang X (RM),
Qd = kuantiti diminta barang X (unit),
Qs = kuantiti ditawar barang X(unit).
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2]
(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM40.00 per unit atas barang X, hitung pada
keseimbangan,
(i) harga dan kuantiti ditawarkan selepas cukai dikenakan, [3]
(ii) jumlah cukai yang dibayar oleh firma, [2]
(iii) jumlah cukai yang dibayar oleh pengguna, [1]
(iv) jumlah hasil yang diterima oleh firma selepas ditolak cukai. [2]
STPM 2006
13. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti yang berikut.
Qd = 18 – 0.5Px
Qs = Px - 12
dengan
Px = harga barang X (RM)
Qd = kuantiti diminta barang X(unit)
QS = kuantiti ditawar barang X (unit)
(a) Adakah pasaran berada pada keseimbangan jika tingkat harga ialah RM30.00? [4]
(b) Apakah yang akan berlaku pada kuantiti dan harga jika pasaran mencapai keseimbangan? [4]
(c) Andaikan cita rasa pengguna berubah dan permintaan barang X meningkat kepada 33 - 0.5PX.
Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. [2]

STPM 2006
16. Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti diminta, dan keanjalan permintaan harga di dua pasaran bagi
sebuah firma.
Kuantiti diminta X Keanjalan permintaan
Pasaran Harga X(RM) (unit) harga
P1 5.00 100 0.01
P2 10.00 15 0.40
(а) Hitung jumlah hasil firma ini. [3]
(b) Jika firma ini meningkatkan harga di pasaran P2 sebanyak 50%,
(i) berapakah tingkat harga baru bagi barang X dalam pasaran P2 ? [ 1 ]
(ii) berapakah perubahan kuantiti diminta dalam pasaran P2 ? [2]
(iii) hitung jumlah hasil yang baru dan nyatakan perubahan yang berlaku. [2]
(c) Jika firma ini meningkatkan harga dalam pasaran P1, kepada RM7.50, kuantiti X yang diminta
akan berkurang sebanyak 0.5 unit. Hitung jumlah hasil firma ini. [2]

STPM 2005
13. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran telefon bimbit.
Permintaan Penawaran
Harga (RM) Kuantiti ('000 unit) Harga (RM) Kuantiti ('000 unit)
500 10 600 35
300 20 400 25
100 30 200 15
(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran bagi telefon bimbit. [3]
(b) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan bagi telefon bimbit. [2]
(c) Jika pada setiap harga pasaran, kuantiti yang diminta telah meningkat sebanyak 5 ribu unit manakala
Keluk penawaran tidak berubah,
(i) pada graf yang sama, lukis keluk permintaan telefon bimbit yang baru,
(ii) tentukan harga dan kuantiti keseimbangan telefon bimbit yang baru. [3]
(d) Hitung keanjalan permintaan harga bagi telefon bimbit jika harganya berubah daripada RM500.00
kepada RM300.00. [2]
STPM 2004
13 Persamaan permintaan bagi pasaran cakera padat ialah Qd = 60 - 2P.
(a) Hitung kuantiti diminta pada setiap tingkat harga yang berikut. [3]
Harga (RM) 30 25 20 15 10 5
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan berdasarkan jawapan anda dalam (a). [3]
(c) Jika persamaan permintaan berubah menjadi Qd = 80 - 2P, lukis keluk permintaan yang baru pada
graf yang sama. [2]
(d) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan perubahan keluk permintaan tersebut. [2]

STPM 2004
14 Persamaan penawaran bagi suatu barang adalah seperti berikut.
Qs = P - 10
dengan Qs = kuantiti penawaran (unit)
P = harga barang (RM)
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan penawaran harga? [ 1 ]
(b) Apabila harga barang itu naik daripada RM40.00 kepada RM50.00 per unit, hitung keanjalan
penawaran harga barang berkenaan. Jelaskan. [3]
(c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM3.00 per unit, hitung
(i) nilai keanjalan penawaran harga barang berkenaan apabila harga barang itu naik daripada
RM40.00 kepada RM50.00 per unit, [3]
(ii) bandingkan keanjalan penawaran sebelum dan selepas cukai dikenakan. [1]
(d) Selain cukai kerajaan, nyatakan dua faktor lain yang boleh menyebabkan berlakunya
perubahan keluk penawaran barang berkenaan. [2]

STPM 2003
15. Persamaan penawaran dan permintaan barang X masing-masing diberikan seperti yang berikut.
Px= 2 + 3 Qx
Px =14 - Qx
dengan
Px = harga barang X (RM)
Qx = kuantiti barang X (unit)
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2]
(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM2.00 terhadap setiap unit barang X,
(i) dapatkan persamaan penawaran yang baru, [ 1 ]
(ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X selepas cukai dikenakan, [2]
(iii) hitung lebihan pengguna sebelum dan selepas cukai dikenakan, dan [2]
(iv) nyatakan kesan yang timbul terhadap lebihan pengguna. [1]

( c ) Dalam keadaan manakah pihak kerajaan perlu menaikkan kadar cukai? Berikan alasan anda. [2]
STPM 2002
43. Fungsi permintaan dan penawaran barang X adalah seperti yang berikut.
Qd = 80 – 2P
Qs = 3P
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang X. [3]
(b) Sediakan jadual yang menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan pada pelbagai tingkat harga,
RM40, RM35, RM20, RM10, dan RM5. [2]
(c) Jika fungsi permintaan berubah menjadi 60 - 2P, hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. [2]
(d) Berdasarkan jawapan anda pada soalan (c), nyatakan apa yang terjadi kepada keluk permintaan, tingkat
harga, dan kuantiti keseimbangan. [3]

STPM 2002
46 . Jadual di bawah menunjukkan harga ayam daging, kuantiti ayam daging diminta, dan kuantiti daging
lembu diminta oleh seorang pengguna.
Harga ayam daging Kuantiti ayam daging Kuantiti daging
(RM per kilogram) diminta (kg) lembu diminta (kg)
8.00 1.0 18.0
7.00 1.5 17.0
6.00 2.5 16.0
5.00 3.5 15.0
4.00 5.0 13.0
3.00 7.0 11.0
2.00 10.0 8.0
(a) Hitung jumlah hasil ayam daging pada setiap tingkat harga. [2]
(b) Hitung nilai keanjalan permintaan harga ayam daging
(i) apabila harga turun daripada RM8.00 kepada RM6.00, dan
(ii) apabila harga naik daripada RM3.00 kepada RM5.00. [3]
(c) Berdasarkan jadual yang diberikan, apakah hubungan antara ayam daging dengan daging lembu? Jelaskan
jawapan anda. [3]
(d) Sekiranya harga daging lembu turun daripada RM 12.00 kepada RM 10.00 per kilogram, terangkan kesan
yang mungkin timbul terhadap permintaan ayam daging. [2]

STPM 2001
8. Persamaan untuk permintaan dan penawaran pasaran pisang montel adalah seperti yang berikut.
P = 800 – 50Q
P = 200 + 25Q
dengan P = harga (RM),
Q = kuantiti (tan).
Kerajaan bercadang meningkatkan pengeluaran pisang montel sama ada melalui dasar sokongan harga
ataupun melalui dasar pemberian subsidi.
(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan dan keluk penawaran pasaran untuk pisang
montel. [3]
(b) Pada graf yang telah anda lukis pada soalan (a), tentukan dan nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan. [2]
(c) Sekiranya kerajaan menjalankan dasar sokongan harga dan menetapkan harga minimum pisang montel pada
RM500 per tan,
(i) berapakah kuantiti yang diminta dan kuantiti yang ditawarkan pada tingkat harga sokongan? [2]
(ii) apakah kesan dasar ini terhadap pasaran pisang montel? [3]
(d) Sekiranya kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM150 per tan kepada pengusaha,
(i) berapakah kuantiti penawaran dan permintaan pada tingkat keseimbangan? [3]
(ii) apakah kesan dasar ini terhadap pasaran pisang montel? [2]
(e) Dasar yang manakah dapat meningkatkan pengeluaran pisang montel? Berikan alasan anda. [2]
(f) Dasar yang manakah yang lebih membebankan kerajaan? Jelaskan. [3]

STPM 1999
5. Jadual di bawah menunjukkan penawaran dan permintaan satu keluaran pertanian.
Harga per unit (RM) 6 8 10 12 14 16 18
Qs (unit) 80 90 100 110 120 130 140
Qd (unit) 140 120 100 80 60 40 20
Untuk membantu meningkatkan pendapatan petani, kerajaan bercadang melaksanakan salah satu program
yang berikut.
Program A : sokongan harga, iaitu kerajaan menetapkan harga pada RM 14.00 dan membeli sebarang
lebihan yang dikeluarkan oleh petani.
Program B: subsidi harga, iaitu kerajaan memberikan petani sebanyak RM6.00 untuk setiap unit yang terjual
di pasaran.
(a) Pada kertas graf, lukiskan keluk permintaan dan penawaran, dan
(i) tentukan harga dan kuantiti keseimbangan, dan
(ii) hitung jumlah hasil yang diperoleh oleh petani. [5]
(b) Berdasarkan graf pada (a), analisiskan secara kuantitatif kesan Program A terhadap
(i) kuantiti keluaran dan kuantiti yang dibeli oleh pengguna,
(ii) hasil petani, dan
(iii) perbelanjaan kerajaan. [6]
(c) Berdasarkan graf pada (a), analisiskan secara kuantitatif kesan Program B terhadap
(i) harga pasaran dan kuantiti yang dikeluarkan oleh petani,
(ii) hasil petani, dan
(iii) perbelanjaan kerajaan. [6]
(d) Apakah program yang akan anda syorkan kepada kerajaan? Jelaskan jawapan anda. [3]

Topik 3 : Teori pengeluaran dan Kos pengeluaran


STPM 2020
28. Jadual di bawah menunjukkan kos purata pada pelbagai kauntiti keluaran bagi sebuah firma.

Kuantiti keluaran (unit ) Kos purata ( RM)


1 70
2 40
3 32
4 30
5 31.2
6 35
7 40
(a) Hitung jumlah kos dan kos sut [4]
(b) dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kos purata dan keluk kos sut. [3]
( c) Jelaskan hubungan antara kos purata dengan kos sut,
(i) pada kuantiti keluaran 4 unit, dan
(ii) apabila keluaran meningkat daripada 5 unit kepada 7 unit, [2]
STPM 2019
28. Setelah tamat belajar, Nabila ditawarkan untuk bekerja di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan
tahunan sebanyak RM24 000 setahun. Namun begitu, dia menolak tawaran tersebut dan membuka
perniagaan sendiri dengan berbekalkan modal sebanyak RM200 000 daripada simpanan bank yang dibayar
faedah pada kadar bunga 5 % setahun. Dia tidak perlu menyewa premis perniagaan kerana mempunyai
premis sendiri yang sebelum ini disewakan dengan nilai RM18 000 setahun. Berikut ialah jumlah hasil dan
kos-kos lain yang ditanggung dalam tempoh setahun :
Jumlah hasil = RM150 000
Upah buruh = RM36 000
Kos bahan mentah = RM50 000
Berdasarkan kenyataan ini, hitung
(a) Kos lepas menukar kerjaya sebagai pengusaha [2]
(b) Jumlah kos implisit [2]
(c) Jumlah kos eksplisit [2]
(d) Untung perakaunan [2]
(e) Untung ekonomi [2]

STPM 2018
28. Jadual dibawah menunjukkan kos pengeluaran jangka pendek barang X bagi sebuah firma.
Kuantiti (unit) Jumlah kos (RM)
0 40
1 54
2 76
3 106
4 144
5 190
6 244
(a) Berapakah kos tetap firma ini ? [1]
(b) Hitung kos berubah dan kos sut pada setiap tingkatkeluaran. [4]
(c) Jika harga seunit barang X ialah RM30,
(i) berapakah tingkat kuantiti yang memaksimumkan keuntungan ?[2]
(ii) hitung keuntungan atau kerugian yang diperolehi.[2]
(d) Dengan menggunakan jawapan anda di (c) (ii), apakah yang akan berlaku
kepada industri ini dalam jangka panjang ? [1]

STPM 2017
28. Diberi persamaan kos bagi sebuah firma adalah seperti yang berikut :
TC = 100 + 2Q²
dengan TC = jumlah kos pengeluaran (RM)
Q = jumlah output (unit )
(a) Berapakah jumlah kos tetap firma tersebut ? (1m)
(b) Pada tingkat keluaran 50 unit, hitung
( i) jumlah kos (2m)
(ii ) kos purata (2m)
(iii) jumlah kos berubah (2m)
(c) Hitung kos sut firma tersebut jika output bertambah daripada 50 unit kepada 60 unit.
(3m)

STPM 2015
29. Diberi persamaan kos bagi sebuah firma adalah seperti yang berikut :
C = 100 +3Q
Dengan C = jumlah kos (RM ), Q = Kuantiti keluaran ( unit )
Pada keluaran 80 unit dan harga keluaran RM4.00 seunit
(a) Hitung kos tetap, kos berubah dan jumlah kos (3m)
(b) Hitung keuntungan firma ini. (2m)
(c) Adakah firma ini masih boleh meneruskan operasinya ? Mengapa ? (2m)
(d) Berapa peratuskah harga barang tersebut perlu dinaikkan supaya firma mendapat pulangan modal ?
(3m)

STPM 2013
28. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat output dengan kos bagi firma X dan firma Y, dengan
Qx dan Qy masing-masing ialah kuantiti output firma X dan firma Y.
Output (unit) Jumlah kos (RM) Kos tetap purata (RM) Kos purata (RM)
Qx 600 5.00 6.00
Qy 800 6.00 10.00
(a) Hitung output Qx dan QY. [2]
(b) Hitung jumlah kos berubah bagi mengeluarkan Qx dan Qy. [2]
(c) Hitung kos tetap firma X dan firma Y. [2]
(d) Sekiranya jumlah hasil firma Xdan firma Y masing-masing ialah RM300.00, adakah firma X dan firma Y akan
memberhentikan operasinya? Jelaskan. [4]

STPM 2006
15. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara penggunaan buruh dengan keluaran kelapa sawit semusim.
Buruh (unit) Keluaran kelapa sawit ('000 kg)
1 6
2 16
3 24
4 30
5 34
6 34
7 32
(a) Bina satu jadual yang menunjukkan keluaran purata dan keluaran sut. [2]
(b) Hitung bilangan penggunaan buruh pada tingkat keluaran purata yang maksimum. [ 1 ]
(c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk jumlah keluaran, keluaran purata, dan keluaran sut.
Pada penggunaan buruh yang ke berapakah hukum pulangan berkurangan bermula? [5]
(d) Jika upah seorang buruh ialah RM6000 semusim dan harga kelapa sawit ialah RM1.00 per kg, hitung
untung yang diperoleh pada tingkat keluaran 3000 kg. [2]

STPM 2003
13. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti input yang digunakan dengan jumlah keluaran
sebuah firma.
Kuantiti input (unit) Jumlah keluaran (kilogram)
1 10
2 30
3 60
4 100
5 135
6 165
7 190
8 210
9 225
10 235
11 240
12 240
13 235
(a) Hitung keluaran purata dan keluaran sut firma ini. [4]
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk keluaran purata dan keluk keluaran sut. [3]
(c) Jika kos input ialah sifar, tentukan
(i) jumlah input yang akan digunakan, [1]
(ii) jumlah keluaran yang akan dikeluarkan, dan [1]
(iii) keluaran purata pada tingkat input yang digunakan. [1]
Topik 4 : Struktur Pasaran, penentuan harga dan output
STPM 2020
29. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut (MC), keluk kos purata (AC), keluk hasil sut (MR), dan
keluk hasil purata (AR) bagi sebuah firma monopoli.

(a) Hitung untung atau rugi jika firma mengenakan harga,


(i) pada output kecekapan peruntukan sumber, dan [2]
(ii) pada output kecekapan pengeluaran, [2]
(b) Hitung lebihan pengguna jika firma mengeluarkan output pada
(i) kecekapan peruntukan sumber, dan [2]
(ii) kecekapan pengeluaran, [2]
( c) Berdasarkan jawpan anda di (b) (i) dan di (b) (ii), nyatakan kecekapan yang manakah
yang lebih menguntungkan pengguna ? Jelaskan jawapan anda. [2]

STPM 2018
29. Gambar rajah di bawah menunjukkan struktur kos bagi firma dalam pasaran persaingan sempurna.
(a) Pada tngkat output keseimbangan, hitung
(i) jumlah hasil [2]
(ii) jumlah kos [2]
(iii) jumlah kos tetap [1]
(iv) jumlah untung [1]
(b) Hitung sewa kuasi yang dibayar kepada factor pengeluaran, [2]
(c ) Berdasarkan jawapan anda di (a) dan di (b), teranglan hubungan antara sewa kuasi dengan kos tetap. [2]

STPM 2017
29. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk-keluk bagi kos sut (MC), kos purata (AC), kos berubah purata (AVC), hasil
sut (MR), dan hasil purata (AR) bagi firma pasaran persaingan bermonopoli.

(a) Berdasarkan gambar rajah di atas,


(i) berapakah output dan harga keseimbangan firma ini ? (2m)
(ii) hitung jumlah kos berubah dan kos tetap pada tingkat output keseimbangan. (3m)
(iii) hitung jumlah kos (TC) dan jumlah hasil (TR) pada tingkat output keseimbangan. (2m)
(iv) hitung jumlah keuntungan atau kerugian pada tingkat output keseimbangan. (2m)
(b) Apakah jenis keuntungan firma pasaran persaingan bermonopoli dalam jangka panjang ? Berikan alasan anda ?
(2m)
STPM 2016
28. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos dan kuantiti output bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan
sempurna.
Kuantiti output Jumlah kos
(unit) (RM)
0 10
1 15
2 25
3 40
4 57
5 77
6 99
7 124
(a) Adakah firma ini berada dalam jangka pendek atau jangka panjang? Berikan alasannya. [2]
(b) Hitung kos sut firma pada setiap tingkat output. [2]
( c) Jika harga barang ialah RM20 per unit,
(i) tentukan tingkat output keseimbangan firma. [1]
(ii) hitung keuntungan yang diperoleh pada tingkat output keseimbangan. [2]
(d) Jika harga barang ialah RM10 per unit,
(i) hitung keuntungan atau kerugian yang diperoleh pada tingkat output keseimbangan yangbaharu. [1]
(ii) jelaskan tindakan yang dilakukan oleh firma. [2]

STPM 2012
16 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti barang Z dan jumlah kos jangka panjang bagi firma dalam pasaran persaingan
sempurna.
Kuantiti barang Z (unit) Jumlah kos (RM)
1 400
2 450
3 510
4 592
5 700
6 840
7 1022
8 1248
(a) Bina jadual yang menunjukkan kos purata dan kos sut. [4]
(b) Jika harga di pasaran ialah RM82.00,
(i) hitung untung firma, [2]
(ii) adakah firma ini berada dalam keseimbangan jangka panjang? Jelaskan. [2]
(c) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan jangka panjang bagi firma ini. [2]

STPM 2011
15. Fungsi permintaan, jumlah kos, dan kos sut bagi firma pasaran persaingan sempurna masing-niasing
diberikan sebagai
P = 1000 - 3Q,
TC = 200 + Q2, dan
MC = 2 Q,
dengan P ialah harga barang (RM) dan Q ialah kuantiti barang (unit).
(a) Nyatakan sama ada firma itu berada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang.
Berikan alasan anda. [2]
(b) (i) Nyatakan syarat pemaksimuman untung bagi firma itu. [1]
(ii) Hitung tingkat harga dan kuantiti keseimbangan. [3]
(iii) Hitung keuntungan atau kerugian firma itu. [3]
(iv) Apakah kesan terhadap bilangan firma dalam industri ini? [ 1 ]
STPM 2010
15. Jadual di bawah menunjukkan data permintaan dan jumlah kos sebuah firma dalam pasaran persaingan
sempurna.
Kuantiti diminta Jumlah kos
(unit) (RM)
0 100.00
1 150.00
2 184.00
3 208.00
4 227.00
5 250.00
6 280.00
7 318.00
8 366.00
9 425.00
10 495.00
(a) Jika harga pasaran ialah RM30.00 seunit,
(i) hitung jumlah hasil, hasil sut, dan kos sut firma, [4]
(ii) nyatakan tingkat keluaran pada tingkat keseimbangan, [2]
(iii) hitung kos purata pada tingkat keseimbangan. [ 1 ]
(b) Hitung sama ada firma mendapat untung atau rugi. Jelaskan kesannya terhadap firma tersebut. [3]

STPM 2009
15. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pengeluaran barang X sebuah firma dalam pasaran persaingan
sempurna.
Kuantiti barang X Jumlah kos
(unit) (RM)
1 100.00
2 130.00
3 150.00
4 180.00
5 220.00
6 280.00
(a) (i) Hitung kos sut dan kos purata barang X. [2]
(ii) Jika harga seunit barang X ialah RM40.00, hitung untung firma itu. [2]
(b) Berdasarkan jawapan anda dalam (a)(ii),
(i) adakah firma baharu akan memasuki industri ini dalam jangka panjang? [1]
(ii) berapakah harga seunit barang X dalam jangka panjang? [ 1 ]
(iii) berapakah jumlah hasil firma itu dalam jangka panjang? [2]
(c) Tentukan output yang ditawarkan oleh firma itu pada harga RM60.00. [2]

STPM 2008
15. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti barang X dan kos purata jangka panjang bagi firna dalam persaingan
sempurna.
Kuantiti barang X Kos purata
(unit) (RM)
1 14.00
2 13.50
3 12.00
4 11.00
5 11.50
6 12.00
(a) Sediakan jadual yang menunjukkan jumlah kos dan kos sut bagi barang X. [4J
(b) Jika harga barang X ialah RM 13.50, hitung untung maksimum firnia ini. [2]
(c) Jika harga per unit barang X ialah RM 10.00,
(i) hitung keuntungan, jika kuantiti barang adalah 4 unit, [3]
(ii) apakah tindakan firma ini? [1]

STPM 2007
15. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos untuk setiap tingkat keluaran dalam jangka panjang bagi sebuah
firma pasaran persaingan sempurna.
Keluaran Jumlah kos
(unit) (RM)
0 -
1 105
2 145
3 180
4 210
5 245
6 285
7 330
8 385
9 450
10 525
(a) Sediakan jadual yang menunjukkan kos purata dan kos sut firma tersebut. [4]
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kos purata jangka panjang dan keluk kos sut jangka
panjang firma tersebut. [2]
(c) Jika firma tersebut berada dalam keseimbangan jangka panjang, berapakah harga dan kuantiti
keseimbangan? [2]
(d) (i) Berapakah jumlah untung yang diperoleh oleh firma tersebut? [1]
(ii) Apakah jenis untung yang diperoleh oleh firma tersebut? [ 1 ]

STPM 2005
15. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta dalam dua pasaran, iaitu pasaran A dan pasaran B.
Pasaran A Pasaran B
Kuantiti diminta Kuantiti diminta
Harga (RM) Harga (RM)
(unit) (unit)
0 255 0 500
10 255 10 498
20 255 20 496
30 255 30 494
40 255 40 492
50 255 50 490
(a) Hitung jumlah hasil, hasil purata, dan hasil sut bagi setiap pasaran. [6]
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan bagi kedua-dua pasaran. [3]
(c) Nyatakan struktur pasaran A dan struktur pasaran B. [1]

STPM 2004
15. Firma A adalah penerima harga dan firma ini menghasilkan barang X dan menanggung jumlah kos seperti
yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Keluaran (unit) Jumlah kos (RM)
0 20.00
1 42.00
2 60.00
3 82.00
4 108.00
5 138.00
6 172.00
(a) Jika harga pasaran bagi barang ini ialah RM28.00 per unit, berapakah kuantiti yang memaksimumkan
untung? [3]
(b) Berapakah jumlah untung firma ini? [1]
(c) Tentukan tingkat harga pada titik penutupan jangka pendek. [3]
(d) Tentukan tingkat harga pada titik penutupan jangka panjang. [3]

STPM 2001
7. Sebuah firma monopoli mempunyai struktur kos seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut.
Output (unit) Jumlah kos (unit)
0 20
1 50
2 70
3 81
4 100
5 130
6 180
7 245
8 320
(a) Diberi persamaan permintaan P = 60 - 7.5Q dengan P = harga (RM), dan Q = kuantiti diminta.
Hitung hasil purata, hasil sut, kos purata, dan kos sut firma monopoli ini. [8]
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk kos purata, kos sut, hasil purata, dan hasil sut firma ini.
[5]
(c) Pada titik keseimbangan, berapakah
(i) jumlah output yang dikeluarkan oleh firma? [1]
(ii) harga output yang dijual? [1]
(iii) jumlah untung atau rugi yang dialami oleh firma? [3]
(d) Berapakah lebihan keupayaan firma ini? [2]

STPM 2000
6. Yang berikut ialah jadual kos dan jadual permintaan sebuah firma monopoli.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli semula jadil [2]
(b) Sediakan jadual untuk menunjukkan hasil purata dan hasil sut firma. [3]
(c) Pada kertas graf, lukiskan keluk kos dan keluk hasil untuk menunjukkan keseimbangan firma.
Nyatakan kuantiti dan harga keseimbangan. [7]
(d) Untuk mengawal kesan monopoli, kerajaan mempunyai dua pilihan untuk melaksanakan
dasar kawalan harga, iaitu
Dasar A: Harga kos purata
Dasar B: Harga kos sut
(i) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan apabila Dasar A dilaksanakan.
(ii) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan apabila Dasar B dilaksanakan.
(iii) Dasar yang manakah lebih baik? Berikan alasan anda. [6]
(iv) Dasar yang manakah lebih baik untuk mengawal monopoli semula jadi? Mengapa? [2]

STPM 2000
8. Andaikan fungsi permintaan firma dalam pasaran persaingan bermonopoli dibcrikan sebagai
P = 50 - 5Q,
dan fungsi jumlah kos sebagai
TC= 30 + 5Q,
dengan
P = tingkat harga (RM),
Q = kuantiti keluaran (unit),
TC = jumlah kos (RM).
(a) Berdasarkan fungsi di atas, berikan formula untuk menunjukkan fungsi kos berubah dan
kos purata. [2]
(b) Pada setiap tingkat keluaran dari 0 hingga 6 unit, sediakan jadual untuk menunjukkan
tingkat harga, jumlah hasil, hasil sut, jumlah kos, dan kos sut. [10]
(c) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan? [2]
(d) Hitung untung pada tingkat keseimbangan. [3]
(e) Dalam jangka masa apakah firma ini beroperasi? Berikan alasan anda. [3]

STPM 1999
7. Sebuah firma bahan kimia melepaskan sisa toksik sebagai bahan sampingan. Bagi setiap unit bahan kimia,
firrma melepaskan 1 unit sisa toksik yang berbahaya kepada alam sekitar. Jadual berikut menunjukkan kuantiti
output (bahan kimia) dan sisa toksik serta struktur kos firma.
Output (unit) 2 3 4 5 6 7 8
Sisa toksik (unit) 2 3 4 5 6 7 8
Jumlah kos (RM) 76.00 84.00 88.00 100.00 132.00 196.00 304.00
Kos purata (RM) 38.00 28.00 22.00 20.00 22.00 28.00 38.00
Kos sut (RM) 8.00 4.00 12.00 32.00 64.00 108.00
Firma menjual output di pasaran persaingan sempurna pada harga RM64.00 per unit.
(a) Jelaskan maksud eksternaliti negatif. [3]
(b ) (i) Pada kertas graf, lukiskan keluk-keluk kos untuk menunjukkan keseimbangan firma.
(ii) Nyatakan output keseimbangan.
(iii) Berapakah kuantiti sisa toksik yang dilepaskan oleh firma? [5]
(c) Jabatan Alam Sekitar mengenakan denda/caj sebanyak RM20.00 untuk setiap unit sisa toksik
yang dilepaskan.
(i) Sediakan jadual yang menunjukkan jumlah kos, kos purata, dan kos sut firma.
(ii) Pada graf (b)(i), lukiskan keluk-keluk kos untuk menunjukkan keseimbangan firma yang baru.
Nyatakan kuantiti output yang dikeluarkan.
(iii) Adakah langkah Jabatan Alam Sekitar itu beijaya mengurangkan pelepasan sisa toksik? Jelaskan
jawapan anda .[8]
(d) Nyatakan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengawal kesan eksternaliti negatif. [4]

STPM 1999
8. Dua buah firma A dan B, mempunyai pernintaan sumber yang serupa tetapi berada dalam pasaran barang
yang berlainan. Firma A berada dalam pasaran persaingan sempurna sementara firma B berada dalam pasaran
persaingan tak sempurna. Jadual di bawah menunjukkan permintaan untuk sumber dan harga barang di kedua-
dua pasaran.
Jumlah Harga keluaran di Harga keluaran di
Sumber
keluaran pasaran sempurna pasaran tak sempurna
(unit)
(unit) (RM/unit) (RM/unit)
0 0 3.00 3.00
1 7 3.00 2.75
2 13 3.00 2.40
3 18 3.00 2.20
4 22 3.00 2.00
5 25 3.00 1.85
6 27 3.00 1.75
7 28 3.00 1.65
(a) Bagaimanakah sebuah firma mencapai keseimbangan dalam penggunaan suatu sumber? [2]
(b) (i) Pada kertas graf, lukiskan keluk permintaan sumber untuk firma A dan firma B. [11]
(ii) Apakah perbezaan antara kedua-dua keluk permintaan tersebut? [1]
(c) Jika kos sumber untuk kedua-dua firma ialah RM 12.00, berapakah unit sumber yang digunakan
serta jumlah kos sumber untuk setiap firma A dan firma B ? [4]
(d) Apakah yang dapat anda rumuskan mengenai penggunaan sumber oleh sesebuah firma yang berada dalam
pasaran barang persaingan sempurna jika dibandingkan dengan firma yang berada dalam pasaran
barang persaingan tidak sempurna? [2]

Topik 5 : Pasaran faktor dan agihan


STPM 2019
29. Persamaan permintaan dan persamaan penawaran buruh dalam pasaran persaingan sempurna adalah
seperti yang berikut :
Qd = 90 -2W
Qs = 10 + 2W
dengan Qd = kuantiti buruh diminta (unit)
Qs = kunatiti buruh ditawar (unit)
W = upah (RM)
(a) Hitung tingkat upah dan kuantiti buruh pada titik keseimbangan.[4]
(b) Apabila kerajaan menetapkan upah minimum sebanyak RM30 seunit,
( i) hitung kuantiti buruh diminta dan kuantiti buruh ditawar di pasaran.[2]
(ii) Berdasarkan jawapan anda di (b) (i), apakah yang berlaku di pasaran ini ? [2]
( c) Hitung tingkat upah dan kuantiti keseimbangan buruh yang baharu jika keluk penawaran telah berubah
kepada Qs = 50 +2W. [2]

STPM 2016
29. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran bagi sebuah firma.
Buruh (unit) Jumlah keluaran (unit)
0 0
1 5
2 12
3 24
4 32
5 35
(a) Hitung keluaran sut buruh. [2]
(b) Hitung keluaran purata buruh. [2]
(c) (i) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran sut buruh dan keluk keluaran purata buruh. [3]
(ii) Jelaskan hubungan antara keluk keluaran sut buruh dengan keluk keluaran purata buruh. [3]

STPM 2014
29. Jadual di bawah menunjukkan tingkat penggunaan buruh dan jumlah keluaran bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna.
Buruh (orang) Jumlah keluaran (unit)
0 0
1 10
2 22
3 33
4 40
5 45
6 48
(a) Hitung jumlah hasil dan keluaran hasil sut sekiranya harga keluaran RM6.00 seunit. [2]
(b) Jika tingkat upah dalam pasaran ialah RM30.00, berapakah bilangan buruh digunakan? [2]
(c) Hitung untung atau rugi pada tingkat keseimbangan. [2]
(d) Sekiranya firma menggunakan buruh pada unit yang ke-3,
(i) hitung untung firma tersebut, [2]
(ii) terangkan tindakan firma untuk mencapai untung maksimum. [2]
STPM 2013
29. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara buruh dengan jumlah keluaran fizikal.
Buruh (orang) Jumlah keluaran fizikal (unit)
0 0
1 200
2 320
3 420
4 500
5 560
6 600
7 620
(a) Hitung keluaran fizikal sut pada setiap tingkat buruh. [2]
(b) Jika harga per unit keluaran ialah RM2.00, hitung
(i) keluaran hasil sut, [2]
(ii) keluaran hasil purata. [2]
(c) Sekiranya kos purata buruh ialah RM 160.00,
(i) hitung untung atau rugi firma pada tingkat keseimbangan, [2]
(ii) berapakah kuantiti buruh yang memaksimumkan untung? [2]

STPM 2011
16. Fungsi permintaan dan fungsi penawaran bagi barang X dalam pasaran persaingan sempurna masing-masing
diberikan sebagai
P = 30 - 0.5Q dan
P = - 30 + Q,
dengan P ialah harga (RM) dan Q ialah kuantiti (unit).
Jadual di bawah menunjukkan bilangan buruh dan keluaran barang Xbagi sebuah firma.
Bilangan buruh (unit) Keluaran barang X(unit)
0 0
10 100
20 180
30 240
40 280
50 300
(a) Hitung tingkat harga jualan barang X bagi firma itu. [2]
(b) Hitung keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut buruh bagi firma itu. [4]
(c) Sekiranya upah buruh ialah RM40.00, berapakah bilangan buruh yang diperlukan oleh firma itu untuk
memaksimumkan untung? [2]
(d) Hitung keuntungan yang diperoleh oleh firma itu. [2]

STPM 2010
16 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti buruh yang digunakan dan jumlah output yang dikeluarkan oleh
sebuah firma.
Kuantiti buruh Jumlah output
(unit) (unit)
0 0
1 17
2 31
3 42
4 51
5 58
6 63
7 66
8 67
(a) Jika upah ialah RM700.00 dan harga output ialah RM 100.00, hitung hasil keluaran sut firma. Nyatakan
kuantiti buruh yang digunakan oleh firma itu. [3]
(b) (i) Andaikan kesatuan sekerja berjaya menuntut kenaikan upah sebanyak RM400.00, nyatakan kuantiti
buruh yang digunakan oleh firma itu. [2]
(ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis gambar rajah keluk permintaan buruh sebelum dan selepas
kenaikan upah. [3]
(iii) Apakah kesan terhadap pasaran buruh akibat kejayaan tindakan kesatuan buruh menuntut kenaikan
upah? [2]
STPM 2005
16. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara input dengan jumlah keluaran bagi firma pasaran
persaingan sempurna. Harga keluaran ialah RM5.00.
Input Jumlah keluaran Keluaran sut
(unit) (unit) (unit)
1 20 20
2 50 30
3 90 40
4 120 30
5 144 24
6 164 20
7 178 14
8 188 10
(a) (i) Sediakan jadual yang menunjukkan keluaran hasil sut dan keluaran hasil purata. [4]
(ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran hasil sut dan keluk keluaran hasil purata. [2]
(b) Dengan merujuk kepada gambar rajah yang dilukis, hitung keanjalan permintaan faktor jika harga input
turun daripada RM110.00 kepada RM84.00. [2]
(c) Apakah yang berlaku kepada permintaan input jika harga input ialah RM 160.00? [2]

STPM 2004
16. Jadual di bawah menunjukkan tingkat penggunaan buruh dan jumlah keluaran sebuah firma.
Buruh Jumlah keluaran Harga keluaran
(unit) (unit) (RM)
1 8 10.00
2 18 10.00
3 27 10.00
4 32 10.00
5 35 10.00
(a) Hitung keluaran sut dan keluaran hasil sut. [2]
(b) Sekiranya tingkat upah ialah RM50.00, nyatakan tingkat keseimbangan buruh. [2]
(c) Hitung keuntungan firma pada tingkat keseimbangan. [3]
(d) Jika firma menggunakan 5 unit buruh,
(i) hitung untung yang diperoleh oleh firma, dan [2]
(ii) apakah tindakan firma untuk mendapatkan untung maksimum? [1]

STPM 2002
45. Jadual di bawah menunjukkan jumlah hasil dan kuantiti buruh yang digunakan dalam pengeluaran suatu
barang.
Buruh (orang) 0 1 2 3 4 5 6
Jumlah hasil (RM) 0 4 10 18 24 29 33
(a) Hitung hasil sut dan hasil purata. [2]
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk hasil sut dan keluk hasil purata. [3]
(c) Sekiranya buruh berada dalam pasaran persaingan sempurna, hitung jumlah buruh yang digunakan apabila
upah buruh RM6.00. [2]
(d) Hitung kadar pengangguran yang terjadi jika upah buruh dinaikkan kepada RM8.00. [3]
STPM 2001
5. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti buruh diminta dan ditawar bagi satu industri.
Upah (RM per unit buruh) 10 20 30 40 50 60
Kuantiti buruh diminta (unit) 50 40 30 20 10 0
Kuantiti buruh ditawar (unit) 20 25 30 35 40 45
(a) (i) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan dan keluk penawaran buruh.
Nyatakan kuantiti buruh dan upah keseimbangan. [ 5]
(ii) Hitung jumlah pendapatan buruh bagi industri, dan nyatakan peratusan pendapatan yang merupakan
sewa ekonomi. [3]
(b ) Kerajaan menetapkan upah minimum pada RM40.00.
(i) Huraikan kesan tindakan ini terhadap penggunaan buruh oleh industri.
(ii) Adakah tindakan itu berjaya meningkatkan pendapatan buruh bagi industri itu ?. Jelaskan. [6]
(c) Sekiranya keluaran hasil sut meningkat 20%,
(i) lukiskan keluk permintaan buruh pada graf yang telah anda lukis pada soalan (a) (i)
(ii) tentukan kuantiti buruh dan upah keseimbangan jika dasar upah minimum tidak dilaksanakan,
(iii) tentukan kuantiti buruh dan upah di pasaran jika dasar upah minimum dilaksanakan. [ 6]

You might also like