You are on page 1of 12

CADANGAN

SKEMA
JAWAPAN
PEPERIKSAAN
PERCUBAAN

EKONOMI
SEMESTER 3
TAHUN 2021

1
Bahagian A [30 markah]

1 Menurut perangkaan terkini Statistik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan


Malaysia, pengangguran di Malaysia kembali meningkat kepada 768,700 orang
atau pada kadar 4.8 peratus pada Jun, 2021 yang lalu.

Sumber: Berita Harian, Ogos 9, 2021

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, adakah negara Malaysia mencapai tingkat guna
tenaga penuh? Jelaskan. [2]

Jawapan:

Tidak [1] kerana kadar pengangguran melebihi 4% [1].

(b) Berdasarkan jawapan anda pada (a), jelaskan dua langkah kerajaan yang harus
dilaksanakan untuk meningkatkan peluang pekerjaan. [4]

Jawapan:

(i) Dasar fiskal mengembang [1]


- Kerajaan mengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan.
- Kesannya, perbelanjaan agregat meningkat, ekonomi berkembang, permintaan
terhadap guna tenaga meningkat dan peluang pekerjaan dapat ditingkatkan. [1]

(ii)Dasar kewangan mengembang [1]


- Kerajaan melalui bank pusat boleh menambahkan bekalan wang di pasaran.
- Kesannya, kadar bunga menurun, kos pinjaman menurun dan pelaburan
meningkat, perbelanjaan agregat meningkat, ekonomi berkembang,
permintaan terhadap guna tenaga meningkat dan peluang pekerjaan dapat
ditingkatkan. [1]

2
(iii)Memberi kemahiran dan latihan buruh [1]
- Penyediaan institusi kemahiran oleh kerajaan seperti Politenik dan Institusi
Kemahiran Mara (IKM) harus menyediakan belia dengan pelbagai kemahiran
dan latihan yang diperlukan oleh pasaran kerja.
- Melalui cara ini, mobiliti buruh meningkat dan membantu mereka mendapat
pekerjaan. [1]

(iv) Menyebarkan maklumat pekerjaan [1]


- Kerajaan boleh menyebarkan maklumat yang lengkap tentang peluang
pekerjaan kepada orang ramai, terutama mereka yang sedang mencari
pekerjaan.
- Maklumat pekerjaan boleh disebarkan secara meluas melalui media massa,
media elektronik atau internet. [1]

(v) Meningkatkan pelaburan tempatan dan pelaburan asing [1]


- Kerajaan boleh menyediakan tapak-tapak perindustrian yang baharu dan
menyediakan insentif-insentif seperti taraf perintis, elaun cukai pelaburan dan
kawasan perdagangan bebas.
- Usaha ini berjaya menarik kemasukan pelaburan asing dan tempatan untuk
merangsang kegiatan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan
kepada penduduk. [1]

Pilih mana-mana tiga langkah = 3 X [2] = maksima [6]

3
2 (a) Terangkan maksud belanjawan kurangan dan belanjawan lebihan. [2]

Jawapan:

Belanjawan kurangan merupakan satu keadaan apabila jumlah hasil kerajaan


kurang daripada jumlah perbelanjaan kerajaan. [1]

Belanjawan lebihan merupakan satu keadaan apabila jumlah hasil kerajaan


melebihi jumlah perbelanjaan kerajaan. [1]

(b) Sekiranya kerajaan Malaysia melaksanakan belanjawan kurangan, jelaskan dua


kesan negatif dasar tersebut kepada negara. [4]

Jawapan:
(i) Hutang negara meningkat [1]
- Apabila kerajaan melaksanakan dasar belanjawan kurangan, maka jumlah
perbelanjaan kerajaan melebihi jumlah hasil kerajaan menyebabkan
kerajaan perlu mencari sumber pembiayaan tambahan untuk menampung
perbelanjaan tersebut.
- Kesannya, beban hutang negara akan meningkat. [1]

(ii) Nilai mata wang tempatan menurun/merosot [1]


- Pembayaran balik hutang kerajaan atas pinjaman luar negara melibatkan
keluar wang ke negara lain.
- Aliran keluar wang secara berterusan menyebabkan nilai mata wang
tempatan merosot. [1]

(iii)Tingkat harga umum meningkat / berlaku inflasi [1]


- Apabila kerajaan melaksanakan dasar belanjawan kurangan dengan
menambahkan perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan agregat dan permintaan
agregat akan meningkat.
- Kesannya, tingkat harga umum meningkat dan inflasi berlaku. [1]

4
3 Terangkan tiga dasar perlindungan untuk memperbaiki imbangan pembayaran di
Malaysia. [6]

Jawapan:
(a) Tarif [1]
- Apabila tarif dikenakan menyebabkan harga barang import relatif lebih mahal
berbanding harga barang tempatan, permintaan terhadap barang import
berkurang, eksport bersih bertambah baik, imbangan dagangan dan imbangan
pembayaran bertambah baik. [1]

(b) Kuota [1]


- Kerajaan menghadkan kuantiti barang yang diimport dalam jangka masa
tertentu.
- Kesannya, jumlah barang yang diimport berkurang, eksport bersih bertambah
baik, imbangan dagangan dan imbangan pembayaran bertambah baik. [1]

(c) Kawalan pertukaran asing [1]


- Bank pusat menghadkan penjualan mata wang asing kepada pengimport
tempatan.
- Kesannya, jumlah barang yang diimport berkurang disebabkan kekurangan
mata wang asing untuk membuat pembayaran import, eksport bersih
bertambah baik, imbangan dagangan dan imbangan pembayaran bertambah
baik. [1]

(d) Subsidi eksport [1]


- Kerajaan memberi subsidi eksport kepada pengeluar tempatan untuk
menggalakkan eksport.
- Kesannya, harga barang eksport relatif lebih murah, permintaan terhadap
barang eksport oleh negara asing meningkat, eksport bersih bertambah baik,
imbangan dagangan dan imbangan pembayaran bertambah baik. [1]

Pilih mana-mana tiga alat dasar = 3 X [2] = maksima [6]

5
4 Terangkan tiga ciri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). [6]

Jawapan:
(a) Organisasi [1] – lebih mudah, berskala kecil, kurang birokratik, kurang formal dan
teknologi rendah [1]

(b) Berintensifkan buruh [1] – buruh berpendidikan rendah dan kurang didedahkan
kepada kursus dan latihan, pekerja sering bertukar kerja kerana gaji rendah. [1]

(c) Keupayaan modal kecil [1] – PKS menghadapi masalah kekurangan modal kerana
sukar mendapat pinjaman dari bank. Sebahagian besar modal disumbang oleh
rakan, keluarga atau tabungan sendiri. [1]

(d) Jenis keluaran [1] – Dibahagikan kepada 2 jenis barang, iaitu barang pengguna
untuk memenuhi keperluan harian seperti industri makanan, tekstil, perabot dan
kraftangan, dan barang pembuatan lain seperti alat gantian, kusyen kereta, nat,
skru yang menyokong industri besar. [1]

Pilih mana-mana tiga ciri = 3 X [2] = maksima [6]

6
5 (a) Nyatakan jenis institusi kewangan berdasarkan pernyataan seperti yang berikut:
(i) institusi ini tidak mempunyai kuasa untuk mewujudkan deposit semasa
dan penggunaan cek dalam pengeluaran deposit. [1]
Jawapan: institusi kewangan bukan perbankan [1]

(ii) institusi ini merupakan pengumpul utama dana dan sumber kewangan bagi
membiayai kegiatan ekonomi di Malaysia. [1]
Jawapan: institusi perbankan [1]

(b) Berikan dua contoh bagi setiap institusi kewangan pada (a)(i) dan (a)(ii). [4]
Jawapan:
Contoh bagi institusi kewangan pada (a)(i)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) / syarikat insurans / institusi
kewangan pembangunan / bank saudagar / pasaran wang tukaran asing / institusi
tabungan

Contoh bagi institusi kewangan pada (a)(ii)


bank pusat / bank perdagangan / bank pelaburan / bank Islam

Pilih mana-mana dua contoh pada (a)(i) dan (a)(ii) = 2 X [2] = maksima [4]

7
6 Dengan menggunakan contoh langkah yang sesuai, jelaskan bagaimana kerajaan
mengurangkan kemiskinan dan ketidaksetaraan pendapatan melalui:
(a) Dasar Ekonomi Baru [2]
(b) Dasar Pembangunan Nasional [2]
(c) Dasar Wawasan Negara [2]

Jawapan:
(a) Dasar Ekonomi Baru
Dasar ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan dengan meningkatkan
pendapatan negara dan menambahkan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum. [1]
Contoh: meningkatkan kemudahan infrastruktur, kesihatan, latihan dan pelajaran,
taraf dan kualiti hidup rakyat. [1]

(b) Dasar Pembangunan Nasional


Dasar ini bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan termiskin
dan mengurangkan kemiskinan relatif. [1]
Contoh: meningkatkan latihan dan kemahiran kepada belia luar bandar melalui
bantuan subsidi dan khidmat nasihat. [1]

(c) Dasar Wawasan Negara


Dasar ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan kelompok miskin di kawasan
terpencil. [1]
Contoh: memberi bantuan kepada kelompok kecil yang terpencil seperti orang asli
dan kumpulan minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak. [1]

8
Bahagian B [10 markah]

7 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia dari tahun 2010
hingga tahun 2012.

Tahun Indeks Harga Pengguna

2010 100.0

2011 103.2

2012 104.9

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019)

(a) Tahun manakah yang dipilih sebagai tahun asas? Jelaskan sebab tahun itu dipilih
sebagai tahun asas. [2]

Jawapan: tahun 2010 [1] kerana tingkat harga umum adalah stabil tanpa
mengalami inflasi yang serius [1].

(b) (i) Hitung kadar inflasi dari tahun 2011 hingga tahun 2012. [3]

Jawapan:

Tahun Kadar Inflasi (%)

= 103.2 – 100 X 100


100 [1]
2011
= 3.2 % [1]

= 104.9 – 103.2 X 100


103.2
2012
= 1.65 % [1]

9
(ii) Hitung kadar inflasi purata dari tahun 2011 hingga tahun 2012. [2]

Jawapan:

Kadar inflasi purata = 3.2 + 1.65


2 [1]
= 2.43 % [1]

(c) Ahmad bekerja di Kuala Lumpur dengan gaji RM2700 sebulan pada tahun 2011.
Pada tahun 2012, gaji Ahmad meningkat ke RM 3000 sebulan.

Hitung kadar perubahan pendapatan benar bulanan Ahmad pada tahun 2012. [2]

Jawapan:

Upah benar tahun 2011 = 2700 X 100


103.2
= RM 2616.28

Upah benar tahun 2012 = 3000 X 100


104.9
= RM 2859.87

Kadar perubahan pendapatan benar bulanan Ahmad pada tahun 2012

= 2859.87 – 2616.28 X 100


2616.28 [1]
= 9.31 % [1]

(d) Berdasarkan jawapan (c), jelaskan hubungan antara indeks harga pengguna
dengan pendapatan benar. [1]

Jawapan:

Semakin tinggi indeks harga pengguna, semakin rendah pendapatan benar [1].

10
8 Jadual di menunjukkan bilangan pertubuhan mengikut sektor bagi tahun rujukan 2010
dan nilai ditambah PKS mengikut sektor pada tahun 2010.

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

(a) (i) Hitung peratus PKS daripada jumlah keseluruhan pertubuhan bagi tahun 2010.
[2]
Jawapan:
= 645136 X 100
662939 [1]
= 97.31% [1]

(ii) Hitung peratus PKS daripada jumlah pertubuhan bagi sektor pertanian,
pembinaan dan perkhidmatan pada tahun 2010. [4]
Jawapan:
Sektor Pertanian
= 6708 X 100
645136 [1]
= 1.04% [1]

11
Sektor Pembinaan
= 19283 X 100
645136
= 2.99% [1]

Sektor Perkhidmatan
= 580985 X 100
645136
= 90.06% [1]

(b) (i) Hitung peratus sumbangan nilai ditambah bagi sektor pertanian, dan
perkhidmatan dalam kategori PKS bersaiz sederhana. [3]
Jawapan:
Sektor Pertanian
= 1385 X 100
65323 [1]
= 2.12% [1]

Sektor Perkhidmatan
= 36538 X 100
65323
= 55.93% [1]

(ii) Sektor manakah yang menyumbang nilai ditambah paling tinggi dalam
kategori ini? [1]

Jawapan: Sektor perkhidmatan [1]

12

You might also like