You are on page 1of 149

BAB 2

PERAKAUNAN
PENDAPATAN NEGARA

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025 1
2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

2.1 Kaedah Pengiraan


2.2 Masalah Pengiraan Pendapatan Negara
2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara
2.4 Kelemahan Data Pendapatan Negara
OBJEKTIF PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran, pelajar dapat :

2.1.Kaedah pengiraan

(K1&K2)
a. Menerang dan membezakan konsep pendapatan negara
berikut:
i. KDNK, KNK dan KNB
ii. Keluaran negara pada harga pasar dengan kos faktor
iii. Pendapatan negara nominal (harga semasa) dengan
pendapatan negara benar( harga tetap)
iv. Pendapatan per kapita
v. pendapatan persendirian
vi. Pendapatan boleh guna

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025
2.1.Kaedah pengiraan

b) Menerangkan dan menghitung


pendapatan negara menggunakan tiga
kaedah:
i. Kaedah perbelanjaan menggunakan kes
Malaysia (nilai barang akhir) (T1&T2)
ii. Kaedah keluaran menggunakan kes
Malaysia (nilai ditambah) (T3&T4)
iii. Kaedah pendapatan (bayaran faktor)
(T5 & T6)

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025 4
2.1.Kaedah pengiraan

c) Menghitung pertumbuhan ekonomi dan


pendapatan per kapita berdasarkan data
pendapatan negara. (T7 & T8)

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025 5
2.2 Masalah Pengiraan Pendapatan Negara (K3)

Menerangkan masalah pengiraan pendapatan negara:


i. pengumpulan data
ii. pengiraan dua kali
iii. barang dan perkhidmatan yang tidak dipasarkan
iv. perubahan harga
v. aktiviti haram
vi. kaedah pengiraan susutnilai

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025
2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara (K4)

Menerangkan kegunaan data pendapatan negara :

i. Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi


ii. Alat pengukur keluaran pelbagai sektor ekonomi
iii. Asas membuat perancangan ekonomi
iv. Alat petunjuk perubahan struktur ekonomi
v. Alat perbandingan taraf hidup antara masa dan
negara.

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025
2.4 Kelemahan Data Pendapatan Negara (K5)

Menjelaskan kelemahan data pendapatan negara sebagai alat perbandingan


taraf hidup:
i. antara masa
 Perubahan tingkat harga
 Perubahan kualiti barang
 Perubahan komposisi keluaran negara
 Perubahan saiz dan struktur penduduk
 Perubahan masa rehat
 Perubahan eksternaliti negatif

ii. antara negara


 Perbezaan kos hidup
 Perbezaan masa rehat
 Perbezaan komposisi keluaran negara
 Perbezaan kegiatan produktif yang tidak diambilkira dalam pengiraan pendapatan negara
 Perbezaan saiz dan struktur penduduk.
 Perbezaan jumlah guna tenaga dan jumlah penganggur.
 Perbezaan eksternaliti negatif.
 Perbezaan agihan pendapatan

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025
PENGENALAN

DEFINISI KELUARAN NEGARA

Jumlah nilai semua barang akhir dan perkhidmatan


yang dikeluarkan dalam sebuah negara untuk suatu
tempoh masa tertentu biasanya setahun.

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025
DEFINISI PENDAPATAN NEGARA

Jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh


pemilik faktor-faktor pengeluaran dalam sebuah
negara untuk suatu tempoh masa tertentu biasanya
setahun.

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025
2.1 Kaedah Pengiraan
a) PERBEZAAN BEBERAPA
KONSEP KELUARAN NEGARA
(K1 & K2)

UNIT EKONOMI AE 025


i. KDNK, KNK, dan KNB
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

Nilai pasaran barang akhir dan perkhidmatan


yang dikeluarkan dalam sesebuah negara
dalam tempoh setahun oleh faktor
pengeluaran tersebut sama ada milik
warganegara atau bukan warganegara.

UNIT EKONOMI AE 025


Keluaran Negara Kasar (KNK)

Nilai pasaran barang akhir dan perkhidmatan


yang dikeluarkan dalam tempoh setahun
oleh semua faktor pengeluaran milik negara
itu sahaja sama ada berada di dalam atau di
luar negara.

UNIT EKONOMI AE 025


KDNK dan KNK

• Konsep yang membezakan di antara KDNK


dengan KNK ialah Pendapatan Faktor Bersih Luar
Negeri ( PFBLN )

UNIT EKONOMI AE 025


Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri
(PFBLN)

Perbezaan antara penerimaan


faktor dari luar negeri dengan
pembayaran faktor ke luar negeri.

UNIT EKONOMI AE 025


• Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri
merujuk kepada pendapatan yang diterima
oleh faktor - faktor pengeluaran milik
sesebuah negara yang bekerja di luar
negeri.
•Cth: Buruh Malaysia yang bekerja di Singapura

• Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri


merujuk kepada pembayaran pendapatan
yang dibuat kepada faktor - faktor
pengeluaran negara asing yang bekerja
dalam negara tersebut.
•Cth: Buruh Indonesia yang
UNIT EKONOMI AE 025bekerja di Malaysia
• Nilai PFBLN boleh menjadi negatif atau positif.
Ia bergantung kepada besar atau kecilnya nilai
pembayaran dan penerimaan faktor.

• Nilai PFBLN - ve bila : Penerimaan Faktor Dari


Luar Negeri < Pembayaran faktor Ke Luar Negeri.

• Nilai PFBLN + ve bila : Penerimaan Faktor Dari


Luar Negeri > Pembayaran faktor Ke Luar Negeri.

UNIT EKONOMI AE 025


RUMUS

KNK = KDNK + PFBLN


PFBLN = PENERIMAAN FAKTOR DARI
LUAR NEGERI – PEMBAYARAN
FAKTOR KE LUAR NEGERI
KNK > KDNK apabila PFBLN +ve KNK < KDNK apabila PFBLN -ve
RM juta RM juta
KDNK 1000 KDNK 1000
Penerimaan faktor dari Penerimaan faktor dari
luar negeri (YL) 60 luar negeri (YL) 30
Pembayaran faktor ke Pembayaran faktor ke
luar negeri (BL) 40 luar negeri (BL) 70

PFBLN = YL – BL PFBLN = YL – BL
= 60 – 40 = RM20 juta = 30 – 70 = –RM40 juta

Maka; Maka;

KNK = KDNK + PFBLN KNK = KDNK + PFBLN


= 1000 + 20 = 1000 + (–40)
= RM1020 juta = RM960 juta
Keluaran Negara Bersih (KNB)

Nilai pasaran barang dan perkhidmatan akhir yang


dihasilkan oleh faktor pengeluaran dalam tempoh
setahun setelah ditolak dengan susut nilai.

Ia juga di kenali sebagai pendapatan negara yang


menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara
yang sebenarnya.

Susutnilai ialah kemerosotan nilai bagi barang modal


yang digunakan dalam proses pengeluaran.

UNIT EKONOMI AE 025


KNK dan KNB

• perbezaan antara KNK dengan KNB ialah susut nilai.


• Susutnilai ialah pengurangan nilai aset tetap selepas
ia digunakan.

UNIT EKONOMI AE 025


RUMUS

KNB = KNK + SUSUTNILAI


ii. Keluaran negara pada harga
pasar dan kos faktor
Jika keluaran negara dikira berdasarkan harga
pasar, maka nilai keluaran negara dikatakan dikira
dari aspek pengguna dan nilai tersebut sebenarnya
berdasarkan harga yang terdapat di pasaran.

Jika keluaran negara dikira berdasarkan kos faktor,


maka nilai keluaran negara dikatakan dikira dari
aspek pengeluar dan nilai tersebut sebenarnya
berdasarkan kos atau harga faktor - faktor
pengeluaran yang digunakan dalam proses
pengeluaran atau pada peringkat pengeluaran.
UNIT EKONOMI AE 025
Harga Pasaran & Kos Faktor

Harga Pasaran

Harga pasaran adalah harga barang akhir dan


perkhidmatan yang dijual di pasaran.
Maka harga tersebut dipengaruhi elemen cukai tak
langsung (CTL) dan subsidi

Harga pasaran =
Ringkasnya :
Kos Faktor + CTL -
UNIT EKONOMI Subsidi
AE 025 26
Cukai Tak Langsung

Cukai tak langsung ialah cukai yang bebannya


boleh dipindahkan kepada orang lain. Cth: cukai
eksport
Apabila CTL dikenakan oleh kerajaan ke atas
sesuatu barang / perkhidmatan, harga pasarannya
akan menjadi tinggi.
Maka apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada
harga pasaran, CTL akan dicampurkan.

UNIT EKONOMI AE 025


Subsidi

Subsidi adalah bantuan kerajaan kepada pengeluar.


Biasanya diberikan kepada pengeluar industri muda
dan industri utama dalam negara.
Apabila subsidi diberikan, harga pasaran barang /
perkhidmatan berkaitan akan turun.
Maka apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada
harga pasaran, subsidi ditolak.

UNIT EKONOMI AE 025


Kos Faktor

Kos faktor ialah harga barang akhir / perkhidmatan


yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh
pengeluar kepada pemilik faktor-faktor pengeluaran.

Kos faktor =
Ringkasnya : Harga pasaran +
Subsidi- CTL
UNIT EKONOMI AE 025
Perbezaan di antara harga pasar dan kos faktor
ialah CTL dan subsidi.

Maka, perbezaan di antara KDNK, KNK dan KNB


pada harga pasaran dengan KDNK, KNK dan KNB
pada kos faktor ialah CTL dan subsidi

UNIT EKONOMI AE 025


RUMUS

KNkf = KNhp – cukai tak


langsung + subsidi

* KN adalah samada KDNK, KNK atau


KNB
KNhp > KNkf apabila CTL > Sb KNhp < KNkf apabila CTL < Sb
RM juta RM juta
KNhp 200 KNhp 200
Cukai tak langsung 50 Cukai tak langsung 30
Subsidi 20 Subsidi 70

KN kf = KNhp – CTL + Sb KN kf = KNhp – CTL + Sb


= 200 – 50 + 20 = 200 – 30 + 70
= RM170 juta = RM2400 juta
Ujian Kendiri 1

Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah


negara.

Butiran RM juta
Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran 10 500
Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran 12 600
Cukai tak langsung 2 000
Subsidi 1 500
Susut nilai 1 000

Hitung :
(a) Pendapatan faktor bersih dari luar negara
(b) Keluaran Negara Kasar pada kos faktor (KNKkf)
(c) Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor (KDNKkf)
(d) Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran (KNBhp)
Ujian Kendiri 2

Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah


negara.

Butiran RM juta
Keluaran Dalam Negari Kasar pada harga pasaran 9900
Pendapatan faktor dari luar negara 3500
Pendapatan faktor ke luar negara 2000
Cukai tak langsung 800
Subsidi 500
Susut nilai 200

Hitung :
(a) KDNK pada kos faktor
(b) KNK pada harga pasaran
(c) KNB pada kos faktor
iii. Pendapatan negara nominal
(harga semasa) dan pendapatan
negara benar (harga tetap)
PENDAPATAN NEGARA NOMINAL

• Pendapatan negara nominal merujuk kepada


jumlah pendapatan negara yang dikira
berdasarkan harga pada tahun itu atau lebih
dikenali sebagai harga pada tahun semasa.
•Ia dipengaruhi oleh
a. Perubahan dalam kuantiti keluaran (Q)
b. Perubahan dalam tingkat harga umum (P)

UNIT EKONOMI AE 025


• Contoh : Jika keluaran negara pada tahun ini
(2018) dikira berdasarkan harga pada tahun
2018, maka nilai pendapatan tersebut dikenali
sebagai KNK Nominal.

• Contoh : Katakanlah Nilai keluaran negara


pada tahun 2018 = RM40 Billion. Ini bermakna
nilai RM40 Billion tersebut telah dikira
berdasarkan harga pada tahun 2018.

UNIT EKONOMI AE 025


PENDAPATAN NEGARA BENAR

• Pendapatan Negara Benar merujuk kepada jumlah pendapatan


negara yang dikira berdasarkan harga pada satu tahun yang tetap,
atau lebih dikenali sebagai harga pada satu tahun asas.
• Tahun asas adalah satu tahun yang dipilih sebagai asas
perbandingan bagi perubahan tingkat harga umum.
•Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat harga umum
melalui masa dan hanya dipengaruhi oleh perubahan dalam jumlah
keluaran.

UNIT EKONOMI AE 025


• Contoh : Jika keluaran negara pada tahun ini
(2018) dikira berdasarkan harga pada satu tahun
asas, katakanlah tahun 2010, maka nilai
pendapatan tersebut dikenali sebagai KNK Benar
untuk tahun 2018.

• Contoh : Katakanlah Nilai KNK Benar pada


tahun 2018 = RM 32.79 Billion. Ini bermakna nilai
RM 32.79 Billion tersebut sebenarnya telah dikira
berdasarkan harga pada tahun 2010 dan bukannya
mengikut harga pada tahun 2018.

UNIT EKONOMI AE 025
Bagaimana nilai KNK Benar pada tahun
2008 (RM 32.79 Billion) itu diperoleh?

Perhatikan Rumus berikut :

IHP0
KNK Benart = -------- X KNK Nominalt
IHPt

UNIT EKONOMI AE 025


CONTOH PENGIRAAN

Andaikan:
KNK Nominal tahun 2018 = 40 Billion.
IHP tahun asas (2010) = 100
IHP tahun 2018 = 122

UNIT EKONOMI AE 025


IHP0
KNK Benart = -------- X KNK Nominalt
IHPt

100
KNK Benar2018 = -------- X 40 Billion
122
= 32.79 Billion
UNIT EKONOMI AE 025 42
• Nilai KNK Benar sebenarnya telah menyingkirkan
pengaruh perubahan harga (kenaikan harga) atau
inflasi yang berlaku pada tahun semasa. Itulah
sebabnya nilai tersebut jauh lebih rendah berbanding
nilai KNK Nominal untuk tahun tersebut.
• Dengan hal yang demikian nilai KNK Nominal yang
berjumlah 40 Billion itu tadi sebenarnya begitu tinggi
pada tahun 2018 kerana ianya telah mengambil kira
kenaikan harga yang berlaku pada tahun 2018.

UNIT EKONOMI AE 025


KNK Benar pada tahun 2018 boleh juga
dikira berdasarkan rumus berikut :

Perhatikan Rumus ke 2 berikut :

KNK Nominal t
KNK Benart = ------------------------ X 100
Pendeflasi KNKt

UNIT EKONOMI AE 025


CONTOH PENGIRAAN

Andaikan:
KNK Nominal tahun 2018 = 40 Billion.
Pendeflasi KNK tahun 2018 = 121.99

Berapakah KNK Benar untuk tahun 2018 ?

UNIT EKONOMI AE 025


KNK Nominal t
KNK Benart = ------------------------ X 100
Pendeflasi KNKt

40 Billion
KNK Benar18 = ------------ X 100
121.99
= 32.79 Billion
UNIT EKONOMI AE 025 46
RUMUS

Y0 = IHP0 x Y1
IHP1
Di mana :
IHP0 = Indeks harga pengguna tahun asas = 100
IHP1 = Indeks harga pengguna tahun semasa
Y0 = pendapatan negara benar (pada tahun asas)
Y1 = pendapatan negara nominal (pada tahun semasa)
PN benar < PN nominal apabila PN benar > PN nominal apabila
IHP1 > 100 IHP1 < 100
RM juta RM juta
KNK nominal 12 500 KNK nominal 12 500
IHP tahun asas (2010) 100 IHP tahun asas (2010) 100
IHP tahun semasa (2018) 105 IHP tahun semasa (2018) 95

KNK benar KNK benar


= IHP tahun asas x KNK nominal = IHP tahun asas x KNK nominal
IHP tahun semasa IHP tahun semasa
= 100 x 12 500 = 100 x 12 500
105 95
= RM11 904.76 juta = RM13 157.89 juta

pendapatan negara benar = pendapatan negara nominal apabila indeks


harga pengguna semasa = 100
Ujian Kendiri 3

Lengkapkan jadual di bawah.

Tahun KNK KNK pada Indeks


nominal harga tetap harga
(RM juta) (RM juta) semasa

2007 12 500 12 500 (a)_________

2008 15 600 13 900 (b)_________

2009 19 300 (c)_________ 115

2010 (d)_________ 18 400 120


iv. Pendapatan per kapita
Pendapatan per kapita adalah pendapatan yang
diterima oleh setiap penduduk secara purata
dalam sesebuah negara.

CARA MENGIRA PENDAPATAN


PER KAPITA

Pendapatan Negara
PPK = ---------------------------------
Jumlah Penduduk

UNIT EKONOMI AE 025


PPK dikira mengikut harga tahun semasa. Maka
ia akan dipengaruhi oleh perubahan tingkat harga
umum dan tidak tepat digunakan untuk
mengukur taraf hidup rakyat sesebuah negara.

Untuk mengatasi masalah tersebut, pendapatan


per kapita benar dikira.

Pendapatan Per Kapita benar diukur mengikut


harga tetap yang tidak dipengaruhi oleh
perubahan tingkat harga umum. PPK benar dapat
digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat
sesebuah negara dgn tepat.
UNIT EKONOMI AE 025
CARA MENGIRA PENDAPATAN
BENAR PER KAPITA

Pendapatan Negara Benar


PPKbenar = ---------------------------------------
Jumlah Penduduk

UNIT EKONOMI AE 025


RUMUS

Pendapatan per kapita =


Pendapatan negara
Jumlah penduduk
Ujian Kendiri 4

Jadual di bawah menunjukkan keluaran negara benar dan


jumlah penduduk sebuah negara.

KDNK benar Jumlah penduduk


Tahun
(RM juta) (juta orang)
2011 454 625 26.64
2012 482 239 27.17
2013 509 985 27.73

Hitung KDNK benar per kapita dari tahun 2011 hingga


2013.
v. Pendapatan persendirian
Pendapatan persendirian adalah jumlah
pendapatan yang diterima oleh semua
individu dalam ekonomi samada daripada
pendapatan faktor atau bayaran pindahan
untuk tempoh setahun.

UNIT EKONOMI AE 025


Ini bermakna PP terdiri daripada :

Pendapatan faktor - Bayaran atas faktor


pengeluaran yang digunakan dalam proses
1
pengeluaran. Contohnya : Upah dan gaji,
sewa dsb.

Pendapatan yang diterima oleh individu


tanpa melibatkan dirinya dalam suatu
proses pengeluaran .
2 Contoh bayaran pindahan seperti pencen,
biasiswa, elaun pengangguran, zakat,
elaun suri rumah tangga, bunga atas
pnjaman kerajaan dan bunga atas
pinjaman pengguna
UNIT EKONOMI AE 025
CARA MENGIRA PENDAPATAN PERSENDIRIAN

1. Caruman
1.Bunga
KWSP
Atas
Pinjaman
Kerajaan
2.Cukai
(BAPK)
Keuntungan
syarikat
PP = PN - (CKS) + 2.Bunga
Atas
Pinjaman
3.Keuntungan Penggunaan
syarikat yang (BAPP)
tidak dibahagi
(KYTD) 3.Bayaran
Pindahan
UNIT EKONOMI AE 025
RUMUS

Pendapatan persendirian =
PN – caruman KWSP – cukai
keuntungan syarikat – keuntungan
syarikat yang tidak dibahagi + bunga
atas pinjaman kerajaan + bunga atas
pinjaman pengguna + bayaran
pindahan
vi. Pendapatan boleh guna
ii. PENDAPATAN BOLEH GUNA ( PBG )

Merupakan pendapatan persendirian yang boleh


dibelanjakan ke atas barang dan perkhidmatan atau
ditabungkan.

Ia perlu ditolak cukai pendapatan persendirian


serta tolak Zakat dan Insurans (Jika ada)

UNIT EKONOMI AE 025


RUMUS PENDAPATAN
BOLEH GUNA ( PBG )

PBG = Pendapatan Persendirian –


Cukai Pendapatan persendirian –
Insurans – Zakat ( Jika ada ).

RINGKASNYA

PBG = PP – CPP - Ins - Zkt

UNIT EKONOMI AE 025


RUMUS

Pendapatan boleh guna =


Pendapatan persendirian – cukai
pendapatan persendirian – zakat –
insurans.
Ujian Kendiri 5

Jadual di bawah menunjukkan pendapatan negara bagi sebuah negara.

Butiran RM juta
Pendapatan negara 40 000
Bayaran pindahan 12 000
Bunga atas pinjaman kerajaan 10 000
Bunga atas pinjaman pengguna 6 000
Untung syarikat tidak dibahagikan 7 000
Cukai pendapatan perseorangan 9 000
Caruman kepada KWSP 11 000
Cukai keuntungan syarikat 10 000
Hitung :
(a) Pendapatan persendirian
(b) Pendapatan boleh guna
2.1

KAEDAH PENGIRAAN

UNIT EKONOMI AE 025


2.1 KAEDAH PENGIRAAN

b) Pendapatan negara boleh dihitung atau dikira


dengan menggunakan tiga kaedah iaitu :

i. Kaedah perbelanjaan menggunakan kes


Malaysia (nilai barang akhir)
ii. Kaedah keluaran menggunakan kes Malaysia
(Nilai di tambah)
iii. Kaedah pendapatan (bayaran faktor)

UNIT EKONOMI AE 025


Ketiga – tiga kaedah pengiraan akan memberikan
nilai yang sama bagi jumlah pendapatan negara

Ini kerana jumlah nilai keluaran pada satu tahun


tertentu sama dengan jumlah perbelanjaan yang
dilakukan oleh pengguna pada tahun tersebut dan
pada tahun itu juga jumlah pendapatan yang
diterima oleh para pengusaha menyamai jumlah
perbelanjaan yang dilakukan oleh masyarakat
pada tahun itu.

UNIT EKONOMI AE 025


i. KAEDAH PERBELANJAAN (T1 & T2)

Di bawah kaedah perbelanjaan, pendapatan negara


dihitung dengan hanya menjumlahkan setiap
perbelanjaan yang dilakukan oleh setiap unit dalam
ekonomi iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan
antarabangsa. Setiap unit tersebut masing –
masing melakukan perbelanjaan.

UNIT EKONOMI AE 025


Perbelanjaan Penggunaan

Perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah dikenali


sebagai Perbelanjaan Penggunaan (C) .

Perbelanjaan penggunaan (C) dikenali juga sebagai


perbelanjaan penggunaan swasta.

Ianya merujuk kepada perbelanjaan yang di buat oleh


isi rumah ke atas barangan dan perkhidmatan
termasuklah ke atas keperluan seharian mereka.

UNIT EKONOMI AE 025


Pelaburan
Manakala perbelanjaan yang dilakukan oleh firma dikenali sebagai
Pelaburan atau pembentukan modal kasar (I) .

Pelaburan atau pembentukan modal tetap swasta (I) merujuk kepada


perbelanjaan yang di buat oleh sektor swasta. Dalam konteks ekonomi
konsep pelaburan merujuk antara lainnya kepada :

(i) Perbelanjaan ke atas berbagai jenis barang modal bagi keperluan


kilang dan perusahaan.
(ii) Perbelanjaan untuk membina rumah – rumah kediaman, bangunan
pejabat dan bangunan kilang.
(iii) Pertambahan nilai barang simpanan / stok / inventori samada
berupa bahan mentah, barang yang sedang diproses (separa siap) mahu
pun barang – barang akhir yang belum dipasarkan.

UNIT EKONOMI AE 025


Pelaburan

Pelaburan adalah perbelanjaan yang dilakukan oleh


sektor firma kerana membeli barang modal baru yang
akan digunakan dalam proses pengeluaran.

Dalam mengira pendapatan negara mengikut kaedah


perbelanjaan, pelaburan yang perlu diambil kira
adalah pelaburan kasar dan bukannya pelaburan
bersih

(I kasar = I bersih + susutnilai)

UNIT EKONOMI AE 025


Perubahan Inventori

Inventori atau barang stok ialah barang akhir yang


belum sempat dipasarkan atau barang separuh siap
atau barang perantaraan yang masih dalam proses
pengeluaran.
Maka perubahan nilai stok perlu diambil kira semasa
mengira pendapatan negara berdasarkan kaedah
perbelanjaan.
Perubahan nilai stok diperolehi dengan menolakkan
stok di akhir tahun daripada stok di awal tahun.

(  Nilai inventori = jumlah stok di akhir tahun – jumlah stok di


awal tahun )

UNIT EKONOMI AE 025


Pelaburan yang perlu diambil kira adalah
pelaburan kasar dan bukannya pelaburan
bersih

( I kasar = I bersih + susutnilai )

UNIT EKONOMI AE 025


Perbelanjaan Kerajaan

Bagi pihak kerajaan pula perbelanjaan yang


dilakukannya dikenali sebagai Perbelanjaan
Kerajaan (G).

Perbelanjaan kerajaan (G) juga dikenali sebagai


perbelanjaan awam.

Perbelanjaan kerajaan yang bersifat mengurus


biasanya merujuk kepada perbelanjaan
penggunaan awam manakala perbelanjaan
kerajaan yang bersifat pembangunan biasanya
merujuk kepada pembentukan modal tetap awam
(pelaburan awam).

UNIT EKONOMI AE 025


Eksport Bersih

Manakala bagi aktiviti luar negeri


pula, ianya dikenali sebagai eksport
bersih ( X – M ).

Eksport bersih (NX) pula


merupakan hasil tolak antara
eksport dengan import

UNIT EKONOMI AE 025


Menerusi kaedah perbelanjaan, jika kita menjumlahkan
C + I + G + (X – M), maka kita akan memperolehi
KDNKhp.

Ini bermakna item – item C, I, G dan X – M perlu diberi


perhatian dalam mengira pendapatan negara.

Dengan hal yang demikian, bagi memperolehi jumlah


pendapatan negara (KNBhf) maka kita perlu membuat
beberapa prosedur penukaran sehingga kita
memperolehi konsep KNBhf tersebut.

Prosedur penukaran tersebut ditunjukkan seperti


berikut :

UNIT EKONOMI AE 025


PROSEDUR PENUKARAN SEMASA MENGIRA
PENDAPATAN NEGARA BERDASARKAN
KAEDAH PERBELANJAAN

KDNKhp
- CTL
+ Subsidi
KDNKhf

+ PFBLN

KNKhf

- Susut Nilai
KNBhf
UNIT EKONOMI AE 025
CONTOH PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA MALAYSIA
BAGI TAHUN 2016
MENGIKUT KAEDAH PERBELANJAAN

UNIT EKONOMI AE 025


KDNKhp MENGIKUT PERMINTAAN AGREGAT
(Pendekatan Perbelanjaan)
( MENGIKUT HARGA TAHUN SEMASA )
BI BUTIRAN RM JUTA
L Perbelanjaan penggunaan awam
1 154,704
2 Perbelanjaan penggunaan swasta 674,838
3 Pembentukan modal tetap kasar awam 105,504
4 Pembentukan modal tetap kasar swasta 211,283
5 Perubahan dalam stok ** 1,498
6 Eksport barang dan perkhidmatan 832,388 82,292
Import barang dan perkhidmatan 750,096
7 Eksport bersih ( X – M )
8
KDNKhp 1,230,120

9 Pendapatan faktor bersih luar negeri -34,640

KNKhp 1,195,480

UNIT EKONOMI
Sumber : AE 025
Laporan Ekonomi 2017/2018
** Perubahan nilai stok perlu diambil kira semasa
mengira pendapatan negara berdasarkan kaedah
perbelanjaan amalan Malaysia

Perubahan nilai stok diperolehi dengan menolakkan


stok di akhir tahun daripada stok di awal tahun.
( Nilai inventori = jumlah stok di akhir tahun –
jumlah stok di awal tahun)

 nilai inventori perlu dicampurkan bagi mendapatkan


KDNKhp jika nilainya adalah positif. Akan tetapi ianya
perlu ditolakkan jika nilainya negatif.

UNIT EKONOMI AE 025


Di Malaysia pengiraan mengikut kaedah
perbelanjaan, nilai KDNK dan KNK telah dianggap
sebagai pendapatan negara.

Ini adalah kerana sesetengah negara seperti


Malaysia mempunyai nilai PFBln yang tinggi.
Sekiranya dikira pendapatn negara sehingga ke nilai
KNB ia akan menyebabkan nilai pendapatan
negaranya menjadi sedikit.

UNIT EKONOMI AE 025


ii. KAEDAH KELUARAN (T3 & T4)

Menerusi kaedah keluaran, pendapatan negara


dikira dengan menjumlahkan nilai – nilai bagi
semua keluaran akhir yang dihasilkan oleh
ekonomi tersebut atau dengan hanya
menjumlahkan nilai – nilai tambahan ( nilai
ditambah ) yang terhasil dalam setiap peringkat
proses pengeluaran dalam tempoh masa
setahun.

Tujuan kita mengambil kira hanya barang akhir


dan nilai ditambah ialah bagi mengelakkan
berlakunya proses pengiraan dua kali.
Jika ini berlaku maka jumlah pendapatan negara
akan diperbesarkan.
UNIT EKONOMI AE 025
Nilai Ditambah

Nilai ditambah ialah peningkatan nilai barang


setelah melalui proses pengeluaran dalam
sesuatu kegiatan ekonomi tertentu.
Sebagai contoh dapat kita lihat dalam industri
tekstil.

UNIT EKONOMI AE 025


Contoh Pengiraan Nilai Ditambah

Keluaran Nilai Nilai ditambah


keluaran

Ulat sutera 12 000 12 000 – 0 = 12 000

Benang 18 000 18 000 – 12 000 = 6 000


sutera

Kain sutera 28 000 28 000 – 18 000 = 10 000

Busana 41 000 41 000 – 28 000 = 13 000


sutera

Nilai barang Akhir Jumlah nilai ditambah


= RM 41 000 = RM 41 000

Jumlah nilai bagi barang akhir menyamai jumlah nilai


ditambah.
UNIT EKONOMI AE 025
Semasa mengira pendapatan negara kita harus
mengambil nilai barang akhir iaitu nilai bagi
busana sutera dan bukannya nilai bagi barang –
barang perantaraannya seperti ulat sutera,
benang sutera dan kain sutera.

Atau kita hanya mengambil kira jumlah nilai


ditambah bagi setiap barang yang berlaku dalam
proses penghasilan busana sutera tadi. Ini
bermakna nilai keluaran yang akan diambil kira
ialah RM 41 000.

UNIT EKONOMI AE 025


Contoh Pengiraan Nilai Ditambah (Dengan Barang Import

Keluaran Nilai Nilai ditambah


keluaran
Gandum
(Barang Import) 12 000 12 000 – 12 000 =0

Tepung Gandum
18 000 18 000 – 12 000 = 6 000

Roti 28 000 28 000 – 18 000 = 10 000

Nilai barang Akhir = RM 28 Jumlah nilai ditambah =


000 RM 16 000

UNIT EKONOMI AE 025


• Gandum adalah barang import. Tepung gandum ialah
barang perantaraan dan roti adalah barang akhir.

• Mengikut kaedah keluaran, yang dicampurkan ialah nilai


ditambah yang bersamaan dgn nilai brg akhir (roti) tolak nilai
brg import (gandum), iaitu RM 28 000 – RM 12 000 = RM 16
000.

• Nilai gandum RM 12 000 mesti ditolak kerana gandum ialah


brg import yang tidak dikeluarkan dlm negara. Nilai tepung
gandum RM 18 000 tidak dicampurkan kerana tepung gandum
ialah barang perantaraan.

UNIT EKONOMI AE 025


• Apabila proses pengeluaran tidak melibatkan
barang import sebagai input, jumlah nilai ditambah
bersamaan dgn jumlah nilai barang akhir yang
dikeluarkan dalam negara.

• Sebaliknya, jika proses pengeluaran melibatkan


barang import sbg input, jumlah nilai ditambah
bersamaan dgn jumlah nilai brg akhir tolak jumlah
nilai brg import

UNIT EKONOMI AE 025


Mengikut kaedah keluaran, biasanya
sektor–sektor ekonomi akan dibahagikan
mengikut sektor–sektor tertentu.
Antaranya:

1 Sektor Peringkat Pertama.

Sektor ini meliputi sektor pertanian,


perikanan, penternakan, perhutanan dan
perlombongan

UNIT EKONOMI AE 025


2 Sektor Peringkat Kedua.

Sektor ini antara lainnya meliputi sektor


perkilangan dan sektor pembinaan.

UNIT EKONOMI AE 025


3 Sektor Peringkat Ketiga.

Sektor ini meliputi : Sektor perkhidmatan iaitu

Pengangkutan, perhubungan dan


penyimpanan

Perdagangan borong dan runcit serta hotel


dan restoran.

Kewangan, insurans, hartanah dan


perkhidmatan perniagaan.

Perkhidmatan kerajaan.

Elektrik, gas dan air serta lain – lain


UNITperkhidmatan.
EKONOMI AE 025
CONTOH PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA BAGI
TAHUN 2016
MENGIKUT KAEDAH KELUARAN

SEBAGAIMANA YANG
DIPRAKTIKKAN / DIAMALKAN

SUMBER : LAPORAN EKONOMI 2017 / 2018

UNIT EKONOMI AE 025


KDNKhp MENGIKUT PUNCA – PUNCA KEGIATAN
(Pendekatan Keluaran)
PADA HARGA TETAP 2010
BIL BUTIRAN RM JUTA
1 Pertanian, perikanan dan perhutanan 89,465
2 Perlombongan dan kuari 97,563
3 Perkilangan 254,725
4 Pembinaan 50,103
5 Kuasa elektrik, gas dan air 28,594
6 Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan 104,941
7 Perdagangan, perniagaan borong dan runcit 196,917
serta hotel dan restoran
8 Kewangan, insurans dan hartanah 124,222
9 Perkhidmatan kerajaan 97,630
10 Perkhidmatan – perkhidmatan lain 49,015
Campur : Cukai import 15,030

KDNKhp 1,108,227

UNIT EKONOMI AE 025


•Jika ada item nilai bayaran perkhidmatan bank,
ianya harus ditolak bagi mengelakkan masalah
pengiraan dua kali.
• Ini kerana pengiraan menggunakan kaedah
keluaran mempunyai nilai ditambah yang
merupakan bayaran kepada semua faktor2
pengeluaran yang digunakan dlm proses
pengeluaran termasuk perkhidmatan yg dibayar
oleh pengeluar2 kpd bank dan ia termasuk bayaran
perkhidmatan bank.
• Walaupun ia telah termasuk di dlm nilai keluaran
sektor2 tersbt, namun ia dimasukkan sekali lagi ke
dlm sektor kewangan.
• Ini bermakna nilai perkhidmatan bank telah dikira
sebanyak
UNIT EKONOMI
dua kali maka ia perlu
AE 025
ditolak.
• KDNK yg dikira dinilai mengikut harga pasar maka
cukai tak langsung harus dicampurkan kpd nilai
keluaran yg dihasilkan oleh setiap sektor.

• Cukai import merupakan salah satu jenis cukai tak


langsung.

• Dlm pengiraan PN mengikut kaedah keluaran, cukai


import tidak dikira di dalam nilai keluaran yg
dihasilkan oleh sektor2 yang membayar cukai import
tersbt.

• Oleh yg demikian, cukai import harus dicampurkan


kpd nilai keluaran sektor2 dlm ekonomi bg
memperolehi KDNKHP.
UNIT EKONOMI AE 025
iii. KAEDAH PENDAPATAN (T5 & T6)

Mengikut kaedah pendapatan, jumlah pendapatan


negara boleh dikira dengan menjumlahkan
pendapatan yang diterima oleh semua faktor – faktor
pengeluaran yang wujud dalam ekonomi.

UNIT EKONOMI AE 025


Ada empat jenis faktor pengeluaran dalam sesebuah
ekonomi iaitu buruh, tanah, modal dan usahawan.

Setiap faktor pengeluaran tersebut akan menerima


pendapatan dalam bentuk upah dan gaji, sewa, kadar
bunga dan untung.

UNIT EKONOMI AE 025


Upah dan gaji merupakan pendapatan yang
diterima oleh faktor buruh. Jumlah ini telah
termasuk caruman ke KWSP.

Dengan sebab itu semasa mengira pendapatan


negara elemen tersebut boleh diabaikan.

Akan tetapi apabila mengira pendapatan


persendirian (PP), elemen tersebut perlulah
ditolak daripada item gaji dan upah.

UNIT EKONOMI AE 025


Sewa merupakan pendapatan yang diterima oleh
harta – harta tetap seperti tanah dan bangunan.

Bunga merupakan pendapatan kepada pemilik


modal. Dalam pengiraan pendapatan negara, bunga
yang diambil kira ialah bunga bersih.

Bunga bersih merupakan bunga yang tidak meliputi


bunga atas pinjaman pengguna dan bunga atas
pinjaman kerajaan.

UNIT EKONOMI AE 025


Bunga atas pinjaman pengguna merujuk
kepada pendapatan yang diterima oleh
pemilik modal kerana meminjamkan modal
mereka kepada pengguna untuk membeli
barang – barang tahan lama seperti kereta,
alatan elektrik dan sebagainya.

Manakala bunga atas pinjaman kerajaan pula


merujuk kepada pendapatan yang diterima
oleh pemilik modal kerana meminjamkan
modal kepada kerajaan untuk perbelanjaan
kerajaan yang tidak melibatkan proses
pengeluaran barang dan perkhidmatan.
UNIT EKONOMI AE 025
Kedua – dua bunga tersebut tidak boleh
diambil kira dalam proses pengiraan
pendapatan negara kerana ianya dianggap
sebagai pendapatan yang tidak produktif
iaitu pendapatan yang tidak menolong ke
arah peningkatan pendapatan negara.

UNIT EKONOMI AE 025


Untung yang diterima oleh para usahawan boleh
dibahagikan kepada dua jenis untung Antaranya
pendapatan perusahaan persendirian dan keuntungan
syarikat.

Pendapatan perusahaan persendirian merupakan


untung yang diterima oleh para usahawan yang
mengendalikan perniagaan berbentuk milikan tunggal,
perkongsian dan koperasi.
Manakala keuntungan syarikat pula adalah untung
yang diterima oleh usahawan yang mengendalikan
perniagaan yang berbentuk syarikat – syarikat awam.

UNIT EKONOMI AE 025


Keuntungan syarikat terbahagi kepada :
(i) Keuntungan yang dibahagi @ dividen
- Ia dibayar kepada pemegang saham.
(ii) Keuntungan yang tak dibahagi
- Tidak dibayar kepada pemegang saham.
(iii) Cukai keuntungan syarikat
- Tidak dibayar kepada pemegang saham.

UNIT EKONOMI AE 025


Terdapat 5 butiran/item yang diambil kira semasa
mengira pendapatan negara iaitu:

1. Upah dan gaji


2. sewa
3. bunga bersih
4. keuntungan syarikat
5. pendapatan perusahaan persendirian

UNIT EKONOMI AE 025


CONTOH PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA
MENGIKUT KAEDAH PENDAPATAN

UNIT EKONOMI AE 025


CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA
MENGIKUT KAEDAH PENDAPATAN

BIL BUTIRAN RM JUTA

1 Upah dan gaji 3000

2 Bunga bersih 800

3 Sewa 300

4 Keuntungan Syarikat 830

5 Pendapatan perusahaan 550


persendirian

KNBhf @ PN 5480

UNIT EKONOMI AE 025


2.1 Kaedah Pengiraan
c) Penghitungan Pertumbuhan
Ekonomi dan Pendapatan
Per Kapita (T7 & T8)
Takrif Pertumbuhan Ekonomi

a) Perubahan Keluaran Negara Benar tahun semasa


berbanding Keluaran Negara Benar tahun
sebelumnya.

b) Peningkatan & perkembangan dalam kegiatan


ekonomi yang menyebabkan pertambahan
jumlah pengeluaran barang – barang yg
sebenarnya
KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI
Satu ukuran pertumbuhan ekonomi. Ia menggambarkan
prestasi ekonomi suatu tahun tertentu.

 Rumus Kadar Pertumbuhan Ekonomi

= KN benar t – KN benar t-1 X 100%


KN benar t-1

KN benar t = Keluaran negara benar tahun semasa


KN benar t-1 = Keluran negara benar tahun sebelum.
** KN benar boleh menggunakan data KDNK @ KNK
bergantung pada data yang diberikan.
Contoh pengiraan :

KDNK benar 2014 = RM1,012,449 juta


KDNK benar 2015 = RM1,063,355 juta

Kadar pertumbuhan ekonomi tahun 2015


= KDNK benar t – KDNK benar t-1 x 100
KDNK benar t-1
= 1,063,355 – 1,012,449 x 100
1,012,449
= 5.03 %
Jadual berikut menunjukkan data pendapatan negara
(KDNK benar) dan jumlah penduduk bagi negara
Malaysia dari tahun 2015 sehingga 2018.

Jumlah
KDNK Benar
Tahun Penduduk
(RM)
(juta orang)
2015 1,063,355 31.19
2016 1,108,227 31.63
2017 1,168,444 32.02
2018 1,228,822 32.39
Hitung pendapatan per kapita dari tahun 2015 hingga 2018 :

Pendapatan per kapita = Pendapatan Negara


Jumlah Penduduk

KDNK Benar Jumlah Pendapatan


Tahun Penduduk per kapita
(RM juta) (juta orang) (RM)
2015 1,063,355 31.19 34,092.82
2016 1,108,227 31.63 35,037.21
2017 1,168,444 32.02 36,491.07
2018 1,228,822 32.39 37,938.31
2.2

MASALAH – MASALAH
PENGIRAAN PENDAPATAN
NEGARA (K3)

UNIT EKONOMI AE 025


Mengira pendapatan negara merupakan satu
proses yang agak rumit berikutan timbulnya
beberapa masalah berkaitan, yang seterusnya
menjadikan proses pengiraan tersebut menjadi
agak sukar.

Antara masalah yang biasanya dihadapi dalam


proses pengiraan tersebut ialah :

UNIT EKONOMI AE 025


i MASALAH PENGUMPULAN DATA

Di kebanyakan negara – negara sedang


membangun, data dan maklumat berhubung
kegiatan – kegiatan ekonomi yang dijalankan
tidak direkod dan diselenggarakan dengan
sempurna. Keadaan ini tentunya menyukarkan
proses pengiraan dijalankan sehingga satu
taksiran kasar terpaksa dibuat bagi tujuan
tersebut.

Ini menyebabkan hasil dapatan daripada proses


pengiraan tersebut tidak tepat atau tidak dapat
menggambarkan
UNIT EKONOMI
keadaanAE yang
025
sebenarnya.
MASALAH PENGIRAAN DUA
ii KALI

Sebagaimana yang diketahui dalam mengira


pendapatan negara, kita hanya menjumlahkan nilai
barang – barang akhir dan dan perkhidmatan yang
yang dikeluarkan oleh pelbagai sektor ekonomi
produktif bagi mengelakkan masalah pengiraan
dua kali dan seterusnya menyebabkan nilai
keluaran negara menjadi lebih besar.

Namun begitu, timbul satu masalah besar bila


mana agak sukar untuk kita memisahkan secara
jelas di antara barang perantaraan dan barang akhir
dalam ekonomi lebih – lebih lagi kedua – dua
barang tersebut sememangnya dipasarkan secara
UNIT EKONOMI AE 025 117
bersama.
BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK
iii DIPASARKAN/TIDAK DIBAYAR DENGAN WANG

Sebagaimana yang diketahui proses pengiraan


pendapatan negara hanya mengambil kira
penghasilan keluaran oleh sektor - sektor
ekonomi produktif tertentu dan ianya mestilah
berada di pasaran atau di pasarkan.

Hakikatnya keadaan tersebut tidak boleh


digunakan dalam semua keadaan. Ini kerana :

UNIT EKONOMI AE 025


Wujud juga keadaan di mana
sesetengah keluaran itu bersifat
produktif namun disebabkan ianya
tidak dipasarkan, maka ia tidak boleh
dikira dalam pendapatan negara.
Contohnya sebagaimana yang berlaku
dalam kegiatan ekonomi sara diri dan
sistem ekonomi tukar barang.
Kegiatan yang dilakukan oleh suri
rumah tidak diambil kira tetapi kegiatan
yang sama dilakukan oleh pembantu
rumah diambilkira.
UNIT EKONOMI AE 025
PERUBAHAN HARGA
iv

Kesukaran menentukan tingkat harga kerana harga


barang dan perkhidmatan yang berubah-ubah dari
semasa ke semasa dan harga barang yang sama tetapi
berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain.

Bagi mempastikan ketepatan pengiraan pendapatan


negara menerusi masa, maka faktor perubahan harga
dan kualiti barang haruslah diambil kira.

Ini bermakna penggunaan indeks harga pengguna


sebagai pembolehubah yang mengambil kira keadaan
tersebut haruslah diaplikasikan.

UNIT EKONOMI AE 025


Namun begitu masalah timbul apabila pihak
perancang berhadapan dengan masalah
untuk membina indeks harga pengguna itu
sendiri.

Antara lain masalah tersebut merujuk kepada


kesukaran untuk memilih satu tahun asas
sebagai tahun perbandingan, pemilihan
barangan tertentu sebagai barang yang
mampu mewakili penggunaan masyarakat
secara keseluruhannya dan penentuan nilai
wajaran sebagai menggambarkan peruntukan
perbelanjaan pengguna ke atas barangan
tersebut.
UNIT EKONOMI AE 025
v AKTVITI HARAM

Wujud sesetengah keluaran yang


disifatkan sebagai produktif dan
dipasarkan tetapi disebabkan ianya tidak
diiktiraf atau tidak dibenarkan dari segi
undang – undang, maka ia tidak dapat
dikira dalam pengiraan pendapatan
negara.
Contohnya kegiatan pelacuran, urusniaga
dadah dan ganja, urusniaga di pasaran
gelap dan sebagainya.

UNIT EKONOMI AE 025


PENGIRAAN SUSUTNILAI
vi
Agak sukar bagi ekonomi menganggarkan
dengan tepat kadar susut nilai dan
seterusnya perbelanjaan ke atasnya lebih –
lebih lagi kadar dan peruntukan
perbelanjaannya berbeza bagi setiap barang
modal. Keadaan ini mungkin diburukkan lagi
apabila ekonomi tersebut sebelum ini
sememangnya tidak mempunyai rekod dan
data – data berkenaan dengannya.
Jangka hayat aset yang berbeza-beza
mengikut jenis aset dan tiada ukuran
piawaian untuk susutAE nilai.
UNIT EKONOMI 025 123
2.3

KEGUNAAN DATA
PENDAPATAN NEGARA (K4)

UNIT EKONOMI AE 025


i. ALAT PENGUKUR
KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI
 Data pendapatan negara boleh digunakan untuk
mengira kadar pertumbuhan ekonomi. Dilakukan
dengan membandingkan KDNK benar sesuatu tahun
dengan KDNK benar tahun sebelumnya.
 Kadar pertumbuhan ekonomi dapat menunjukkan
prestasi ekonomi sesebuah negara dalam
tempoh masa tertentu.
 Jika kadar pertumbuhan positif, menunjukkan
peningkatan keupayaan untuk menghasilkan barang
dan perkhidmatan dalam sesebuah negara. Begitulah
sebaliknya
UNIT EKONOMI AE 025
Pertumbuhan ekonomi dapat diukur dengan
menggunakan formula berikut :

Kadar pertumbuhan ekonomi =

KDNK benar1 – KDNK benar0 x 100


KDNK benar0

Jika kadarnya positif, berlaku pertumbuhan ekonomi,


sebaliknya jika kadarnya negatif berlaku kemelesetan
ekonomi
ii. ALAT PENGUKUR
SUMBANGAN KELUARAN PELBAGAI
SEKTOR EKONOMI

 Data pendapatan negara mengikut kaedah


keluaran dapat menunjukkan jumlah keluaran yang
dikeluarkan oleh sektor pertama, kedua dan ketiga

Sumbangan dan kepentingan relatif setiap sektor


dapat ditentukan

Maklumat tersebut dapat digunakan oleh


kerajaan untuk menggubal dasar yang sesuai bagi
mencapai matlamat ekonomi.

UNIT EKONOMI AE 025 127


Sumbangan sektor ekonomi dapat diukur dengan formula berikut
:

Sumbangan mengikut sektor (%) = Keluaran negara sektor x 100


Jumlah keluaran negara

Jika peratus sumbangan sesebuah sektor ekonomi secara relatif


adalah tinggi, maka sektor berkenaan adalah penting dalam
sesebuah negara.
iii. ASAS MEMBUAT
PERANCANGAN EKONOMI

Data pendapatan negara dapat membekalkan


maklumat kepada kerajaan untuk membuat
perancangan yang sesuai bagi mengubal dan
melaksanakan dasar ekonomi yang sesuai.

Contohnya data pendapatan negara mengikut


kaedah perbelanjaan seperti penggunaan
isirumah dan jumlah pelaburan dapat menunjukkan
tingkat penggunaan isirumah dan pelaburan
swasta dalam negara.
UNIT EKONOMI AE 025 129
iv. PETUNJUK PERUBAHAN
STRUKTUR EKONOMI

 Menghitung keluaran negara mengikut


kaedah keluaran dapat menunjukkan
sumbangan setiap sektor dalam ekonomi.
 Apabila data tersebut dibandingkan di antara
tahun, ia dapat memberi gambaran tentang
pertumbuhan yang berlaku dalam pelbagai
sektor dan corak kegiatan ekonomi.

 Maklumat itu dapat digunakan dalam


membentuk dasar - dasar kerajaan
UNIT EKONOMI AE 025
v. ALAT PERBANDINGAN TARAF
HIDUP ANTARA MASA & NEGARA

 Pendapatan negara boleh digunakan untuk


menghitung pendapatan perkapita benar.

 Pendapatan pekapita benar boleh digunakan


untuk mengukur taraf hidup rakyat di sesebuah
negara.
 Semakin tinggi pendapatan perkapita benar,
semakin tinggi taraf hidup rakyat begitulah
sebaliknya.

UNIT EKONOMI AE 025


Taraf hidup diukur melalui formula berikut :

Pendapatan per kapita = Pendapatan negara


Jumlah penduduk

Jika nilai pendapatan per kapita meningkat,


maka taraf hidup dikatakan meningkat dan
sebaliknya.
2.4

KELEMAHAN DATA
PENDAPATAN NEGARA (K5)

UNIT EKONOMI AE 025


KELEMAHAN DATA
PENDAPATAN NEGARA

Membincangkan kelemahan data pendapatan


negara sebagai alat perbandingan taraf hidup
rakyat sesebuah negara.

Terbahagi kepada dua iaitu kelemahan dari sudut


perbezaan antara masa dan perbezaan antara
negara.

UNIT EKONOMI AE 025


ANTARA MASA
i) Perubahan tingkat harga

• Taraf hidup sesebuah negara dikatakan meningkat apabila


pendapatan negara meningkat.

• Tetapi jika pendapatan negara meningkat disebabkan oleh


peningkatan harga umum, taraf hidup rakyat tidak meningkat,
sebaliknya menurun.

• Oleh itu, perbandingan pendapatan negara melalui masa


harus menolak kesan kenaikan dalam tingkat harga umum
dengan menggunakan pendapatan negara benar (pendapatan
negara mengikut harga tetap).

UNIT EKONOMI AE 025


ANTARA MASA
ii) Perubahan kualiti barang

• Melalui masa, kualiti barang mengalami peningkatan


kualiti, taraf hidup rakyat meningkat jika kualiti barang yang
dinikmati juga meningkat.

• Umumnya, peningkatan kualiti barang akan menyebabkan


peningkatan tingkat harga seterusnya menyebabkan taraf hidup
menurun. Namun jika kenaikan tingkat harga diiukuti dengan
peningkatan kualiti barang, taraf hidup rakyat juga akan
meningkat.

• Tetapi pendapatan negara yang dihitung tidak


menggambarkan peningkatan kualiti barang.

UNIT EKONOMI AE 025


ANTARA MASA
iii) Perubahan komposisi keluaran negara

Perubahan nilai pendapatan negara tidak menunjukkan


perubahan dalam komposisi keluaran sesebuah negara.

Perkembangan teknologi dan inovasi membolehkan lebih


banyak jenis barang dan perkhidmatan baru dihasilkan. Oleh itu
taraf hidup masyarakat telah meningkat kerana masyarakat dapat
menikmati pelbagai jenis keluaran yang baru.

Namun, jika kenaikan dalam pendapatan negara berpunca


dari tambahan keluaran yang tidak memberi manfaat dan faedah
kepada rakyat (contohnya kelengkapan senjata), maka taraf hidup
akan menurun.
UNIT EKONOMI AE 025
ANTARA MASA
iv) Perubahan saiz dan struktur penduduk
Pertambahan pendapatan negara benar melalui masa
tidak semestinya diikuti oleh peningkatan pendapatan perkapita
benar atau peningkatan kebajikan masyarakat jika kadar
pertambahan penduduk melebihi kadar pertambahan pendapatan
negara benar.
Taraf hidup masyarakat merosot kerana jumlah barang dan
perkhidmatan yang dapat dinikmati oleh setiap penduduk secara
puratanya telah berkurang.
Sebaliknya pertambahan pendapatan negara benar akan
meningkatkan kebajikan masyarakat sesebuah negara sekiranya
kadar pertambahan pendapatan negara benar melebihi kadar
pertambahan penduduk negara tersebut.
UNIT EKONOMI AE 025
ANTARA MASA
v) Perubahan masa rehat

Umumnya, jika rakyat bekerja lebih masa, jumlah keluaran


dapat dihasilkan dengan lebih banyak. Seterusnya meningkatkan
pendapatan negara. Namun, masa rehat rakyat akan berkurangan
menyebabkan taraf kebajikan rakyat menurun.

Sebaliknya jika pendapatan negara menurun disebabkan


oleh penurunan masa bekerja, tetapi rakyat mendapat
pertambahan dalam masa rehat mereka. Oleh itu taraf hidup
rakyat negara tersebut tidak menurun.

UNIT EKONOMI AE 025


ANTARA MASA
vi) Perubahan eksternaliti negatif

Jika peningkatan pendapatan negara


mengakibatkan eksternaliti negatif seperti masalah
pencemaran alam sekitar dan kesesakan lalu lintas, ia
akan menjejaskan taraf hidup rakyat.

UNIT EKONOMI AE 025


ANTARA NEGARA

i. Perbezaan kos hidup


Tingkat harga umum dan kos hidup antara
sesebuah negara adalah berbeza dengan negara
lain. Misalnya, kos hidup di jepun adalah lebih
tinggi berbanding dengan Malaysia.

Bagi negara yang mempunyai kos hidup dan tingkat


harga umum yang rendah, taraf hidup rakyat lebih
tinggi daripada negara-negara yang pendapatan per
kapitanya tinggi tetapi perlu membayar kos
pengangkutan, sewa dan makanan yang lebih tinggi.
ANTARA NEGARA

ii. Perbezaan masa rehat

 Masa kerja lama - pendapatan negara


tinggi - kebajikan rakyat rendah
sebab masa rehat kurang.

 Masa kerja kurang - pendapatan


negara rendah - kebajikan rakyat
tinggi sebab masa rehat banyak.

UNIT EKONOMI AE 025


ANTARA NEGARA

iii. Perbezaan komposisi keluaran negara

Negara maju, pendapatan negaranya tinggi tetapi


sebahagian besar daripada perbelajaannya di
gunakan untuk tujuan ketenteraan.

Negara membangun pendapatan negaranya


rendah, tetapi sebahagian besar daripada
pendapatannya digunakan untuk tujuan
mengeluarkan barang penggunaan dan modal.
ANTARA NEGARA
iv. Perbezaan kegiatan produktif yang tidak diambilkira
dalam pengiraan pendapatan negara

Pengiraan pendapatan negara sebagaimana yang


diketahui adalah berasaskan kepada nilaian wang.
Sebagai contoh, di bawah kaedah pendapatan, nilai
pendapatan negara dikira berdasarkan jumlah pendapatan
wang yang diterima oleh faktor – faktor tertentu dalam
ekonomi tersebut.

Keadaan ini tidak begitu relevan pada setiap keadaan. Ini


disebabkan :
Tidak semua faktor pengeluaran yang digunakan dalam ekonomi
diberi ganjaran tertentu. Sebagai contoh suri rumah tangga.
Meskipun khidmat yang mereka berikan sebenarnya disifatkan
sebagai produktif tetapi oleh kerana ianya tidak diberi apa – apa
ganjaran atau pendapatan, maka khidmat atau keluaran mereka
tidak diambil kira dalam pendapatan negara.

Keadaan ini amat berbeza jika suri rumah itu bekerja sebagai
pembantu rumah dan diberi gaji oleh majikannya. Begitu juga
pemilik tanah, bangunan atau modal yang menggunakan sendiri
aset – aset tersebut dalam proses pengeluarannya.
UNIT EKONOMI AE 025
ANTARA NEGARA
v.Perbezaan saiz dan struktur penduduk

Pendapatan negara yang tinggi tidak bermakna tingkat


kebajikan masyarakat adalah tinggi kerana jumlah penduduk
sesebuah negara belum diambil kira.
Sebagai contoh, walaupun negara China mempunyai pendapatan
negara yang jauh lebih tinggi daripada
Malaysia, namun KDNK per kapita negara China hanya USD2969
berbanding dengan Malaysia yang menikmati KDNK per kapita
sebanyak USD8068 (Laporan Ekonomi 2008/2009). Keadaan ini
menunjukkan tingkat kebajikan masyarakat Malaysia lebih baik
berbanding dengan negara China
ANTARA NEGARA

vi. PERBEZAAN DALAM JUMLAH GUNATENAGA DAN


PENGGANGGURAN

Pendapatan perkapita tidak dapat menggambarkan tingkat guna


tenaga dalam sesebuah negara. Oleh itu walaupun negara itu
mempunyai tingkat pendapatan perkapita yang tinggi, taraf
hidup rakyatnya tidak tinggi jika negara itu mempunyai kadar
pengganguran yang tinggi.
ANTARA NEGARA

vii. PERBEZAAN EKSTERNALITI NEGATIF

• Jika kemajuan ekonomi di negara maju mewujudkan ekstenaliti


negatif seperti masalah pencemaran alam sekitar yang lebih
serius daripada negara kurang maju, nilai pendapatan negara
yang lebih tinggi di negara maju tidak dapat menggambarkan
tingkat kebajikannya melebihi negara kurang maju
viii. Perbezaan agihan pendapatan

Pendapatan negara A Taraf hidup


tinggi, agihan pendapatan rendah
tidak setara.

Pendapatan negara B Taraf hidup


tidak begitu tinggi tetapi relatif lebih
agihan pendapatannya tinggi.
setara.

Dengan pendapatan negara yang sama, taraf hidup sesebuah


negara yang agihan pendapatan setara adalah lebih tinggi
berbanding negara yang mempunyai jurang agihan pendapatan
yang besar.
UNIT EKONOMI AE 025

You might also like