You are on page 1of 5

KOPERASI KOLEJ MELAYU BERHAD

THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR


JLN TUN ABD RAZAK
33000 KUALA KANGSAR, PERAK

ATURAN PERNIAGAAN PERUNCITAN KOPERASI

TAJUK

1. Aturan ini dinamakan ATURAN PERNIAGAAN PERUNCITAN KOPERASI


Koperasi Kolej Melayu Berhad.

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) Koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi
pada……….. dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

TAFSIRAN

3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

(a) “Koperasi” ertinya Koperasi Kolej Melayu Berhad;


(b) “konsainan” ertinya barangan milik pembekal untuk jualan yang diletakkan
di kedai koperasi;
(c) “Lembaga” ertinya Lembaga Koperasi Kolej Melayu Berhad;
(d) “Pengurus Jualan Koperasi” ertinya pegawai yang dilantik dikalangan
lembaga oleh Lembaga untuk mengendalikan aktiviti ini menurut undang-
undang kecil 44(2)(p);
(e) “Penyelia Koperasi” ertinya pegawai yang dilantik dikalangan lembaga
oleh lembaga untuk mengendalikan aktiviti ini menurut undang-undang
kecil 44(2); dan

TUJUAN

4. Tujuan aktiviti perniagaan peruncitan (selepas ini disebut “aktiviti ini”) ialah
untuk-

(a) melatih pelajar membina kemahiran asas keusahawanan;


(b) membekal barangan pengguna yang berkualiti untuk dijual kepada
anggota dan bukan anggota mengikut harga yang berpatutan;
(c) menjual cenderamata sekolah kepada anggota dan bukan anggota
mengikut harga yang berpatutan ;

1
(d) menyediakan perkhidmatan vending mesin dan sewaan tapak vending
mesin;
(e) memberi perkhidmatan pencetakan;dan
(f) memberi perkhidmatan bayaran bil utiliti dan tambah nilai telefon.

SUMBER KEWANGAN
5. (1) Suatu peruntukan daripada modal Koperasi bolehlah dikhaskan bagi
membiayai aktiviti ini yang mana hendaklah dikembangkan dari semasa
ke semasa.
(2) Lembaga boleh, apabila kekurangan modal, mendapatkannya-
(a) dengan cara mengumpul syer, deposit, pinjaman atau simpanan
khas daripada anggota; dan
(b) melalui deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan
kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e), subseksyen 52(2)
dan seksyen 52A Akta dan Peraturan.

PENTADBIRAN DAN PEMANTAUAN

6. (1) Aktiviti ini ditadbir oleh Jawatankuasa aktiviti ini yang dilantik oleh
Lembaga di bawah undang-undang kecil 44(2)(w).

(2) Pengurus Jualan Koperasi hendaklah bertanggungjawab kepada


jawatankuasa aktiviti ini bagi-

(a) menyelia dan menentukan kecekapan dan kejujuran pekerja;


(b) memastikan bil-bil diperiksa dan penerimaan barangan disahkan
sebelum pembayaran dibuat;
(c) memastikan harga jualan yang betul mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan;
(d) menentukan semua rekod urusniaga dan dokumen penting mengenai
perniagaan disenggara dan disimpan dengan selamat dan
dikemaskini pada setiap waktu;
(e) memastikan pengiraan stok sebenar dibuat pada lat-lat tempoh yang
munasabah;
(f) memastikan rekod ambilan dikemaskini dan dilaporkan kepada
bendahari setiap bulan; dan
(g) memastikan kutipan jualan harian mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.

2
BELIAN

7. (1) Semua belian hendaklah diuruskan oleh Pengurus Jualan Koperasi dan
Penyelia Koperasi. Barang yang dibeli hendaklah berkualiti dengan harga
yang berpatutan. Harga belian itu hendaklah tidak menjejaskan kadar
keuntungan jualan barangan tersebut.

(2) Jika belian dibuat secara kredit, harga yang ditawarkan dan tempoh kredit
perlu diteliti bagi melindungi kepentingan perniagaan koperasi.

(3) Penyelia Koperasi hendaklah membuat pesanan barang-barang


menggunakan Borang Pesanan. Pengurus Jualan Koperasi hendaklah
mengesahkan borang tersebut sebelum pembelian dibuat.

(4) Apabila barangan pesanan sampai ke koperasi, Penyelia Koperasi


hendaklah menentukan jumlah, kualiti dan nilai barangan yang diterima
dengan-
(a) memeriksa barangan itu;
(b) meneliti Borang Pesanan Koperasi dan Invois atau Borang Hantaran
barangan yang diterima dari Pembekal dan seterusnya membuat
perbandingan dengan barangan yang diterima; dan
(c) membandingkan harga yang ditulis di dalam Invois atau bil dengan
harga yang dipersetujui semasa membuat perundingan atau
perjanjian dengan Pembekal.

(5) Penyelia hendaklah merekodkan semua penerimaan barangan yang dibeli


ke dalam pangkalan data.

BARANGAN KONSAINAN
8. (1) Penyelia boleh menerima barangan dari pembekal secara konsainan
untuk dijual, dengan syarat bahawa koperasi tidak akan
bertanggungjawab di atas barangan yang tidak dijual.
(2) Suatu perjanjian boleh dibuat di antara pembekal dengan koperasi bagi
mengelakkan pertikaian di antara kedua belah pihak.
(3) Penerimaan barangan melalui cara ini hendaklah direkodkan oleh
penyelia di dalam buku stok konsainan.

3
(4) Pembayaran barangan konsainan yang telah dijual hendaklah dilakukan
pada setiap akhir bulan berdasarkan laporan ringkasan jualan barangan
konsainan yang disediakan oleh Penyelia.

PENETAPAN HARGA JUALAN


9. (1) Jawatankuasa bertanggungjawab untuk menentukan polisi harga.
(2) Penyelia hendaklah mencadangkan harga jualan dengan mengambil kira
kos belian, harga pasaran dan polisi harga.
(3) Penetapan harga jualan hendaklah disahkan oleh Jawatankuasa ini.

JUALAN
10. (1) Semua jualan hendaklah secara tunai atau cashless system
(2) Jualan secara ansuran dibenarkan dengan syarat :
(a) pembelian melebihi RM1500
(b) anggota dalam kalangan guru
(b) kelulusan bayaran ansuran disahkan oleh lembaga.

PEREKODAN
11. (1) Semua jualan tunai hendaklah direkodkan ke dalam buku tunai setiap hari.
(2) Setiap bayaran yang dibuat kepada pihak pembekal perlu direkod
menggunakan baucar bayaran.

PENERIMAAN WANG
12. Semua jualan tunai dan lain-lain penerimaan hendaklah dikeluarkan resit.
Pengurus hendaklah memastikan semua terimaan wang sama ada secara
wang tunai atau cek hendaklah dimasukkan ke dalam Bank dalam tempoh
dua puluh empat jam dari tarikh penerimaan.

KAWALAN STOK
13. (1) Jawatankuasa ini hendaklah sentiasa mengawasi keperluan barang-
barang yang hendak dibeli bagi menentukan bahawa bekalan kepada
anggota koperasi tidak terputus.

(2) Jawatankuasa hendaklah sentiasa memeriksa stok untuk mengelakkan


kesusutan, kehilangan dan kemusnahan.

4
(3) Jawatankuasa hendaklah mengendalikan pengiraan stok pada tarikh
akhir kewangan koperasi bagi menilai barangan yang ada di dalam stok.

(4) Kehilangan atau kerosakan barangan hendaklah disiasat dan dilaporkan


oleh Jawatankuasa ini kepada Lembaga untuk diambil tindakan.

PERANCANGAN PERNIAGAAN
14. (1) Jawatankuasa aktiviti ini adalah bertanggungjawab membentangkan
anggaran belanjawan aktiviti kepada Lembaga beserta unjuran jualan dan
perbelanjaan bagi tahun-tahun hadapan.

(2) Pengerusi jawatankuasa aktiviti ini hendaklah membentangkan di dalam


Mesyuarat Lembaga laporan perniagaan bagi tiap-tiap bulan beserta
dengan pandangan dan juga cadangannya.

(3 ) Lembaga hendaklah menggunakan anggaran belanjawan yang


disediakan itu bagi mengawal perjalanan perniagaan koperasi ini dengan
membuat penyemakan melalui laporan perniagaan semasa yang
dibentangkan di dalam mesyuarat dan membuat penilaian mengenainya.

PERTIKAIAN
15. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau
timbul apa-apa pertikaian mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah
dirujuk kepada Suruhanjaya menurut undang-undang kecil 79 Koperasi ini.

Diakui inilah Aturan yang dibentang dan diterima oleh Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi……..pada…… .

(Pengerusi) (Setiausaha) (Bendahari)

You might also like