You are on page 1of 4

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD

D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA,


103, JALAN TEMPLER,
46700 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

ATURAN BAKERI

TAJUK

1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN BAKERI Koperasi Kakitangan


Maktab Kerjasama Malaysia Berhad.

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) Koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi pada………..
dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

TAFSIRAN

3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-

(a) ”konsainan” ertinya barangan milik koperasi untuk jualan yang diletakkan
di tempat konsainee.

(b) ”konsainee” ertinya agen yang menjual produk milik bakeri koperasi.

(c) ”Penyelia” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga
berkenaan dengan urusan perniagaan Bakeri.

TUJUAN

4. Tujuan aktiviti bakeri (selepas ini disebut ”Aktiviti ini”) diwujudkan ialah untuk-

(a) mengeluarkan produk bakeri yang berkualiti dan halal dengan harga yang
berpatutan kepada anggota dan pelanggan lain;
(b) memasarkan produk bakeri kepada pelanggan secara terus atau melalui
agen; dan
(c) menyediakan tempat latihan praktikal berkaitan perniagaan bakeri.

SUMBER KEWANGAN

5. (1) Suatu peruntukan daripada modal koperasi boleh dikhaskan bagi


membiayai aktiviti ini yang mana hendaklah dikembangkan dari masa ke
semasa.

(2) Lembaga boleh, apabila kekurangan modal, mendapatkannya-

(a) dengan cara mengumpul syer, yuran, deposit, pinjaman atau


simpanan khas daripada anggota; dan

52
(b) melalui deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan
kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e), subseksyen 52(2)
dan seksyen 52A Akta dan Peraturan

PENTADBIRAN DAN PEMANTAUAN

6. (1) Aktiviti ini ditadbir oleh Jawatankuasa Bakeri yang dilantik oleh Lembaga di
bawah undang-undang kecil 43(2)(w).

(2) Pengurus koperasi hendaklah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa


aktiviti ini bagi-

(a) menyelia dan menentukan kecekapan dan kejujuran pekerja;

(b) memastikan bil-bil diperiksa dan penerimaan barangan disahkan


sebelum pembayaran dibuat;

(c ) memastikan harga jualan yang betul mengikut spesifikasi yang telah


ditetapkan;

(d) menentukan semua rekod urusniaga dan dokumen penting mengenai


perniagaan disenggara dan disimpan dengan selamat dan dikemaskini
pada setiap waktu;

(e) memastikan stok sentiasa mencukupi untuk pengeluaran dan


membuat pengiraan stok pada lat-lat tempoh yang munasabah;

(f) memastikan bil tuntutan dihantar kepada pelanggan atau agen pada
setiap bulan; dan

(g) memastikan rekod ambilan dikemaskini dan dilaporkan kepada


bendahari setiap bulan.

BELIAN BAHAN MENTAH

7. (1) Semua pesanan bahan mentah hendaklah diuruskan Penyelia dengan


memeriksa stok dan mengenal pasti bahan mentah yang hendak di pesan
dengan mengisi Borang Senarai Pesanan Bahan Mentah.

(2) Borang pesanan dan permohonan pendahuluan hendaklah diserahkan


kepada Pengerusi Jawatankuasa Bakeri atau Pengurus Koperasi untuk
pengesahan.

(3) Semua belian hendaklah diuruskan oleh Pengurus Koperasi dan Penyelia.
Barang yang dibeli hendaklah halal dan berkualiti dengan harga yang
berpatutan.

(4) Jika belian dibuat secara kredit, harga yang ditawarkan dan tempoh kredit
perlu diteliti bagi melindungi kepentingan perniagaan koperasi.

(5) Semua pembelian bahan mentah yang telah dibuat hendaklah disertakan
dengan resit pembelian untuk dikemukakan kepada Bendahari Koperasi
bersama baki wang jika ada dengan kadar segera.

53
(6) Semua pembelian bahan mentah hendaklah direkodkan ke dalam Buku
Stok dan disusun mengikut kedudukan yang telah ditetapkan.

PENETAPAN HARGA JUALAN

8. (1) Jawatankuasa bertanggungjawab untuk menentukan polisi harga.

(2) Penyelia hendaklah mencadangkan harga jualan dengan mengambil kira


kos belian, harga pasaran dan polisi harga.

(3) Penetapan harga jualan hendaklah disahkan oleh jawatankuasa ini.

PESANAN DAN PENGHANTARAN PRODUK BAKERI MELALUI TEMPAHAN KHAS

9. (1) Tempahan produk bakeri hendaklah dibuat dengan mengisi Borang


Pesanan Produk Bakeri. Borang ini akan diserahkan kepada Penyelia
untuk penyediaan tempahan.

(2) Setiap penghantaran hendaklah disahkan oleh pelanggan dengan


menandatangan borang pesanan.

PENGHANTARAN PRODUK BAKERI SECARA KONSAINAN

10. (1) Koperasi boleh menghantar produk bakeri secara konsainan untuk dijual,
dengan syarat bahawa koperasi akan bertanggungjawab di atas barang-
barang yang tidak terjual.

(2) Suatu perjanjian bolehlah dimeterai di antara konsainee dengan koperasi


bagi urusan konsainan tersebut.

(3) Penghantaran produk melalui cara ini hendaklah direkodkan di dalam buku
jualan konsainan.

PENERIMAAN WANG

11. (1) Semua jualan tunai dan lain-lain penerimaan hendaklah dikeluarkan resit.

(2) Semua terimaan wang sama ada secara wang tunai atau cek hendaklah
diserahkan kepada pengurus kewangan dengan kadar segera.

KAWALAN STOK

12. (1) Jawatankuasa Bakeri Koperasi hendaklah sentiasa mengawasi keperluan


barang-barang yang hendak dibeli bagi menentukan bahawa pengeluaran
produk tidak terputus.

(2) Pemeriksaan hendaklah sering dilakukan terhadap stok barangan untuk


mengelakkan kesusutan, kehilangan dan kemusnahan.

(3) Suatu pengiraan stok hendaklah diadakan pada lat-lat tempoh yang
munasabah dan pada tarikh akhir kewangan koperasi.
(4) Kehilangan atau kerosakan barangan hendaklah disiasat dan dilaporkan
oleh Jawatankuasa ini kepada Exco Lembaga untuk diambil tindakan.

54
PERANCANGAN PERNIAGAAN

13. (1) Jawatankuasa aktiviti ini adalah bertanggungjawab membentangkan


anggaran belanjawan aktiviti kepada Lembaga beserta unjuran jualan dan
belian bagi tahun-tahun hadapan.

(2) Pengerusi jawatankuasa aktiviti ini hendaklah membentangkan di dalam


Mesyuarat Lembaga laporan perniagaan bagi tiap-tiap bulan beserta
dengan pandangan dan juga cadangannya.

(3 ) Lembaga hendaklah menggunakan anggaran belanjawan yang disediakan


itu bagi mengawal perjalanan perniagaan koperasi ini dengan membuat
penyemakan melalui laporan perniagaan semasa yang dibentangkan di
dalam mesyuarat dan membuat penilaian mengenainya.

PERTIKAIAN

14. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham tentang tafsiran aturan ini atau
timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah
dirujukkan kepada Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 81 Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan
koperasi pada ............................

................................. ................................
( ) ( )
Pengerusi Anggota Lembaga

55

You might also like