You are on page 1of 26

RANCANGAN PERNIAGAAN

SETIA FROZEN FOODS ENT.

1.0 PENGENALAN
Rakyat Malaysia telah terkenal dengan pelbagai Produk Sejuk Beku samada produk dari
dalam negara atau luar negara. Produk-produk sejuk-beku ini semakin menjadi pilihan warga
Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat.
Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan makanan berbentuk sejuk beku
kemudian pula disusuli dengan hasilan makanan sejuk-beku (seperti ayam kampung berempah,
karipap, sandwic, popia dan samosa), serta tempahan yang diterima secara kecil-kecilan daripada
saudara dan rakan terdekat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara
serius dan seterusnya bercadang menubuhkan syarikat Setia Frozen Foods Ent. Premis
perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di lot kedai kawasan Kampung Johan Setia, Klang.
Peluang ini membolehkan kami menambahkan lagi usaha bagi menyediakan pelbagai jenis
produk-produk sejuk-beku untuk jualan. Selain daripada itu pemilik bakal menyediakan khidmat
tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah mahupun pejabat. Premis ini turut dijadikan pusat
pembekalan produk makanan sejuk-beku untuk café dan kantin kawasan sekitarnya.
Produk sejuk beku ini dijual dalam 3 bentuk iaitu bahan mentah (ayam, daging, itik, puyuh
kentang fries dan banyak lagi), separa proses (karipap, popia, samosa, nugget, pizza, sosej, sushi,
roti jala, roti canai dan sebagainya) dan sedia dimakan (ais krim, ayam goreng, kentang goreng
dan sebagainya).
Secara ringkasnya pemilik telah menyertai Kursus Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang, yang
menyentuh aspek kesihatan diri, kebersihan makanan, keselamatan makanan dan factor
keracunan makanan . Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan
bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, Maju Setia Frozen Foods Ent berharap
dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi
perniagaannya.
1.1 VISI
Menjadi sebuah syarikat makanan sejuk beku yang terkenal dan berjaya di Malaysia

1.2 MISI
Menyediakan produk makanan sejuk beku yang halal, berkualiti dan lazat kepada pelanggan
dan memastikan semua bangsa mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk
berasaskan produk sejuk beku yang diyakini halal.

2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Perniagaan : MAJU SETIA FROZEN FOODS ENT.


Alamat Berdaftar : No 4, Lot 15043 , Kampong Johan Setia 41200 Klang, Selangor
Alamat Perniagaan : No 4, Lot 15043 , Kampong Johan Setia 41200 Klang, Selangor
No. Telefon : 016-4397784
No. Daftar Perniagaan: PW006239-KS
Tarikh pendaftaran : 22 FEBRUARI 2022
Aktiviti Perniagaan : Produk makanan sejuk-beku
Bentuk Perniagaan : Enterprise
Modal Permulaan : RM 50,000
Bank berurusan : MAYBANK MALAYSIA BERHAD
Pemilikan : Pemilikan Tunggal (100% Bumiputera )
Nama Pemilik : Nurhayati bt Mohd Nordin
Aziyah bt Mohd Sidin
Email : majusetiafrozenfood@gmail.com
Website : http://majusetiafrozen.blogspot.com
2.1 RANCANGAN PENGURUSAN
2.1.1 STRUKTUR ORGANISASI

Pemilik / Pengurus
Nurhayati bt Mohd Nordin
Aziyah bt Mohd Sidin

Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus Ict


Pengeluaran Pemasaran/Jualan Kewangan Dan Logistik
Haikal bin Sopian Muhammad Irfan Zaquan Nur Farah Izzah Nur Aisyah

Hj. Ahmad Faizh Sopian

Nurliana Alya

2.1.2 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB


2.1.2.1 Pemilik / Pengurus
a) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan
syarikat dari semua aspek.
b) Mengawal pengeluaran keluar masuk produk sejuk beku.
c) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.
d) Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu.
2.1.2.2 Bahagian Pemasaran/ jualan
a) Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran.
b) Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan
kawasan sasaran.
c) Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas
pengguna terhadap kualiti produk.
d) Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk
diperkenalkan kepada pelanggan.
e) Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat
dapat menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.
f) Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi
dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.
2.1.2.3 Bahagian Pengeluaran
a) Terdiri daripada pekerja sambil diseliakan oleh penyelia.
b) Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran
kesemua produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan.
c) Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap
yang terbaik.
d) Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara
dengan baik dan selamat digunakan.
e) Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi.
2.1.2.4 Bahagian Kewangan
a) Memastikan semua dokumen perakaunan adalah lengkap dan tersusun.
b) Merekod dan menyediakan penyata kewangan perniagaan setiap bulan.
c) Mencari sumber dana untuk operasi perniagaan dan mengenalpasti peluang-
peluang pelaburan yang menguntungkan.

2.1.2 Susun Atur Premis Niaga


Butiran susun atur premis niaga seperti di Lampiran 1.

2.1.3 Carta Aliran Proses Kerja


Proses pembuatan menghasilkan makanan sejuk beku dipaparkan seperti di Lampiran 2.
3.0 STRATEGI PENGURUSAN

Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan
sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat
sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan
dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi:

a) Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan ( teamwork ) di


kalangan para pekerja.
b) Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi aspek latihan
pembuatan dan pengeluaran produk di samping latihan pengurusan dan pemasaran.
c) Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi perhatian dengan
mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara pihak
pengurusan dan pekerja diadakan bagi mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan.
d) Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk
mendapatkan
taraf pensijilan ISO dan sebagainya.
e) Memberi imbuhan kepada pekerja sebagai dorongan untuk mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan.
f) Menerapkan budaya dan etika kerja yang baik dan mengamalkan nilai murni.
g) Penyelidikan dan Pembangunan ( R& D ) akan menjadi fokus dari semasa ke semasa oleh
pihak pengurusan.Mempastikan supaya peruntukan untuk pembiayaan sentiasa ada dan
mencukupi untuk tujuan ini.
h) Harga yang yang ditawarkan mengikut pasaran dan berpatutan, memberi
perkhidmatan yang berkualiti dan mempamirkan kos perkhidmatan dengan jelas dan terang.
i)
3.1 RINGKASAN SKOP PERNIAGAAN
3.1.1 Aktiviti Perniagaan
a) Mempromosi, memasarkan serta menjual produk makanan berasaskan
sejuk beku dan makanan konfeksioneri sebagai jualan utama di premis
perniagaan.

b) Menyediakan tempahan untuk kawasan dalam lingkungan 25km meliputi


kawasan perumahan, sekolah, universiti, kolej, pejabat / syarikat, café dan
restoran serta kedai stesen minyak.
3.1.2 Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkan
a) Ayam Goreng b) Kentang Goreng

c) Chicken Chop d) Ais krim

Manakala perkhidmatan adalah seperti:


a) Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis hari jadi dan perkahwinan
b) Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran produk kepada
pelanggan.
c) Menerima tempahan hamper dari syarikat dan individu.
d) Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat (bagi jamuan
mesyuarat, forum kecil, perjumpaan minum petang dan sebagai)

3.2 ANALISIS FAKTOR LUARAN/DALAMAN

3.2.1 Potensi Perniagaan


Berdasarkan kepada analisa serta kajian pasaran yang telah dibuat perniagaan ini
mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang maju. Makanan barat kini telah
menjadi pilihan masyarakat Malaysia.Memandangkan kepada ekonomi negara yang
berkembang secara positif turut menyumbang kepada potensi perkembangan permintaan
makanan ini.Taraf hidup rakyat telah meningkat dan golongan menengah dan atasan telah
bertambah ini meningkatkan lagi kuasa beli rakyat.
Kalau dilihat dari aspek itu perniagaan bakeri mempunyai potensi yang cukup besar
untuk berkembang disekitar 40% hingga 60% setahun. Oleh kerana perniagaan ini masih
berada ditahap awal perkembangannya, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup
besar dan luas untuk dikembangkan dimasa hadapan.
Masyarakat tempatan biasanya menilai kemampuan dan perkhidmatan yang
diberikan seperti dari segi kemampuan, kecekapan, keenakan, kualiti, harga, kebersihan,
kelancaran bagi sesuatu majlis atau jamuan yang diadakan. Bagi memenuhi permintaan
keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada pelanggan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya
pelanggan berpuas hati dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang
berterusan perniagaan ini akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatan
yang ditawarkan sentiasa dipastikan pada tahap yang tinggi.
Tambahan pula perniagaan ini dapat membekalkan produk yang berkualiti yang akan
menarik minat pelanggan untuk mengunjungi Desire Frozen Food Ent. Walaupun akan ada
persaingan tetapi kami yakin dengan produk yang ada akan menjadi pilihan pelanggan
kepada citarasa yang disediakan dan perniagaan ini akan berkembang dengan pesat dan
meluas dapat masa 3 tahun.
Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kedudukan yang mana dikelilingi
oleh kawasan perumahan, kawasan sekolah, kawasan industri dan bandar. Memandangkan
ekonomi negara yang terus berkembang pesat turut menyumbang kepada potensi
perkembangan permintaan perkhidmatan perniagaan ini.

3.3 ANALISA SWOT

3.3.1 KEUNIKAN PRODUK / PERKHIDMATAN


Perkhidmatan
a) Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masaalah dan
rungutan pelanggan dengan baik.
b) Menerima kerja mengikut keupayaan dan kapasiti yang mampu disiapkan sahaja
agar kualiti makanan dapat dikekalkan.
c) Kualiti makanan seperti rasa dan kesegeran sentiasa dijaga sepanjang masa
mengikut yang ditetapkan.
d) Pengurus akan mempastikan makanan yang dibekukan mestilah dalam
keadaan yang baik sepanjang masa.
e) Pengurus akan mempastikan pegawai penyelidikan akan membuat kajian dan
pemerhatian terhadap makanan yang diproses dan yang telah dibekukan
supaya berada dalam keadaan kualiti yang baik.
f) Mempastikan semua makanan yang disediakan adalah halal.
g) Setiap produk yang dikeluarkan untuk penghantaran mestilah diletakkan logo
syarikat supaya dikenali pelaggan sebagai tanda perniagaan.

4.0 BELANJAWAN PEMASARAN

4.1 Butir-butir yang terkandung di dalam perbelanjaan mengurus Desire Frozen Foods Ent
adalah seperti berikut:

Bil Jenis perbelanjaan Tahun I Tahun 2 Tahun 3


(RM) (RM) (RM)

Gaji & elaun Pengurus 19,980.00 19,980.00 20,979.00


1
Gaji Pekerja 24,600.00 24,600.00 25,830.00
2
KWSP & Socso 5,520.00 5,796.00 6,085.80
3
Sewa lot perniagaan 24,000.00 24,000.00 24,000.00
4
Utiliti 26,200.00 26,200.00 26,200.00
5
Alatulis & belanja pejabat 1,200.00 1,800.00 1,890.00
6
Perjalanan & 4,800.00 4,800.00 5,040.00
7
pengangkutan
2,200.00 2,200.00 2,200.00
8
Senggaraan kedai & mesin
2,000.00 2,000.00 2,000.00
9
Iklan & promosi

Jumlah setahun 110,500.00 111,376.00 114,224.80

Purata sebulan 9,208.00 9,281.33 9,518.73

4.2 Harta Tetap dan Peralatan yang Dimiliki


Memandangkan perniagaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan oleh pemilik sejak
setahun yang lalu, maka Desire Frozen Food Enterprise telahpun memiliki beberapa peralatan
asas yang dibeli secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan perniagaan pada masa
ini. Aset tetap dan kelengkapan kedai yang telah dimiliki setakat ini adalah seperti
berikut:
Perkara Unit Nilai (RM)

a)

Jumlah 9,000.00

4.3 Harta Tetap Kelengkapan yang Diperlukan


Sungguhpun Desire Frozen Food Enterprise menjalankan operasinya mengeluarkan
produk secarakecil-kecilan dengan beberapa peralatan dan kelengkapan asas yang sedia
ada, namun pertambahan beberapa peralatan yang sesuai dan khusus amat diperlukan.
Kelengkapan dimaksudkan seperti jadual di bawah:

Bil Perkara Jumlah (RM)

1 Belanja Permulaan

- Lesen PBT / ROB 500.00

- Deposit & sewa premis 3,900.00

- Pembungkusan 500.00

- Insuran kedai 1,000.00

- Iklan & promosi 1,000.00


2 Aset Tetap

- Cash machine 500.00

- Working table 200.00

- Chiller / freezer 9,000.00

- Tray 500.00

3 Modal Pusingan

- Bahan mentah 8,000.00

- Petty cash 500.00

Jumlah 25,600.00

4.4 Stok Bekalan Bahan Mentah


Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi
mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahan-bahan tersebut sentiasa dalam
keadaan baik dan berkualiti agar menjamin penghasilan produk yang baik. Namun
demikian, apabila pusat penyimpanan telah didirikan, bekalan bahan-bahan tidak
menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dan dapat menjimatkan kos
perbelanjaan.

4.5 Senarai Pembekal Barang Niaga


Desire Frozen Food Enterprise telahpun mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan
pelbagai kelengkapan serta bahan-bahan mentah membuat kek, roti dan pastri. Pembekal
tersebut ialah:
No Nama syarikat pembekal Produk dibekalkan

1. Bagus Baking Solutions Center - Bahan mentah


214, Jalan Negara - Peralatan mesin &
Taman Melawati oven
53300 Kuala Lumpur - Peralatan
Tel: 03-41060688 membuat kek, roti,
Fax: 03-41060485 pastri dll.

4.6 Anggaran Belian Untuk Tiga Tahun


Anggaran yang disediakan di bawah anggaran belian bahan mentah yang meliputi bahan
mentah yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan sejuk-beku .Dianggarkan
penambahan peruntukan perbelanjaan untuk pembuatan naik sebanyak 5% setahun berlaku
sama ada disebabkan oleh faktor penambahan saiz pasaran atau kenaikan harga bahan
mentah. Ini ditunjukkan di dalam senarai seperti di bawah:

Anggaran Tahun I Tahun II Tahun III


Bahan sebulan (RM) (+5%)(RM) (+10%)
(RM) (RM)

Tepung gandum 900.00 10,800.00 11,340.00 11,880.00

Gula 450.00 5,400.00 5,670.00 5,940.00

Mentega / majerin 1,500.00 18,000.00 18,900.00 19,800.00

Bread softener 450.00 5,400.00 5,670.00 5,940.00

Yis 450.00 5,400.00 5,670.00 5,940.00

Telor 270.00 3,240.00 3,402.00 3,564.00

Bread improver 166.00 1,992.00 2,091.60 2,191.20

Ovelate 50.00 600.00 630.00 660.00

Baking powder 50.00 600.00 630.00 660.00

Daging 210.00 2,520.00 2,646.00 2,772.00

Ayam 166.00 1,992.00 2,091.60 2,191.20

Udang 240.00 2,880.00 3,024.00 3,168.00


Sardin 90.00 1,080.00 1,134.00 1,188.00

Sayur-sayuran 150.00 1,800.00 1,890.00 1,980.00

Lain-lain bahan 1,459.00 17,508.00 18,383.40 19,258.80

Jumlah 6601.00 79,212.00 83,172.60 87,133.20

3.7 Anggaran Kos Pengeluaran dan Keuntungan Kasar


Butiran anggaran kos pengeluaran dan keuntungan kasar seperti di bawah:

Kos Nilai (RM)

Jualan 321,000.00
Kos bahan langsung 79,212.00
Kos buruh langsung 24,600.00
Kos pembungkusan 3,000.00
Kos tak langsung 49,700.00
(overhead)
Jumlah kos - 156,512.00

Margin kasar / keuntungan RM164,488.00


kasar

4.2 SASARAN PEMASARAN


4.2.1 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi:
a) Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan perumahan Indera Mahkota.
b) Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi
c) Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya.
d)Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di
sekitarnya.
e) Pelanggan restoran.
f) Pelanggan stesen minyak.
g) Pengedar perseorangan.
h) Internet (Laman Web).

4.2.2 Kawasan Pasaran


Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan berkeluasan 25
kilometer persegi atau dalam radius 5 kilometer. Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan
meliputi:

a) Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan sekitar Bandar Indera
Mahkota.
b) Kawasan kantin dan di Kolej Shahputra.
c) Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar.
d) Kawasan Pejabat Kerajaan dan Swasta
e) Kawasan restoran dan di sekitarnya.
f) Stesen minyak yang berhampiran.
g) Masjid dan surau di sekitar.

4.2.3 Pesaing
Di kawasan Indera Mahkota ini sendiri telah terdapat beberapa pengusaha kecil-kecilan yang turut
mengusahakan produk yang sama, dan difahamkan mereka juga baru memulakan perniagaan
masing-masing secara persendirian. Namun begitu, ianya adalah merupakan pesaing kepada
Desire Frozen Food Ent. dalam perniagaan ini. Di antara pesaing tersebut ialah:

Nama Produk Kekuatan Kelemahan


Perniagaan ditawarkan

1. Perniagaan Roti, frozen - Terletak - Nama


Frozen Food food berhadapan dengan perniagaan yang
(karipap jalan utama tidak jelas
Lot Penjaja
dan
-Terletak sebaris - Tiada promosi
samosa),
dengan kedai-kedai
- Baru beroperasi
kek dan
makan
lain-lain - Kedai yang tidak
- Merupakan tempat
menarik
kunjungan pelajar
universiti

2. Azimah Frozen - Premis perniagaan - Baru beroperasi


Frozen Food food dan yang strategik. - Pilihan jenis roti
pastri masih terhad

4.2.4 Saiz Pasaran


Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran,
dianggarkan daripada 10 orang pelanggan, 2 orang atau dengan kata lain 20% daripada jumlah
keseluruhan adalah merupakan pelanggan berpotensi.

4.2.5 Kuasa Beli Pelanggan


Daripada data-data yang diperolehi melalui tinjauan ke beberapa premis perniagaan,
pejabat, sekolah dan juga rumah kediaman di mana terdapat kira-kira 68,300 orang penduduk di
kawasan Bandar Indera Mahkota dan sekitarnya. Sejumlah 20% angka tersebut adalah merupakan
saiz bagi kuasa membeli yang berjumlah 13,660 . Ini akan menghasilkan pendapatan dengan
jangkaan sebanyak RM124,400.00 sebulan.

4.2.6 Syer Pasaran


Berdasarkan kepada analisis pesaing (rujuk 4.2.3), didapati peratusnya adalah rendah untuk
lingkungan kawasan sasaran pasaran ini. Namun faktor lain perlu diambil kira seperti lokasi
perniagaan yang juga mempunyai lingkungan kepadatan dan juga pesaing oleh pengusaha
daripada luar kawasan mahupun pengusaha kecil-kecilan daripada rumah dan sebagainya.
Oleh itu sasaran syer pasaran dianggarkan sekitar 20%.

5.0 STRATEGI PEMASARAN


5.1 Promosi
Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Desire Frozen food Enterprise bagi
memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah:

a) Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta


sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.
b) Memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar seperti
syarikat-syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan.
c) Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan
strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen komuter, bas dan
sebagainya.
d) Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi
pelancaran / pembukaan kiosk.
e) Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.
f) Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepaada para pekerja sebagai
mencipta imej korporat pada premis agar menjadi tanda niaga yang baik kepada
pelanggan.
g) Selain itu kami juga akan mengadakan promosi setiap bulan dengan memberi
ganjaran kepada pelanggan kami seperti potongan harga, baucer dan hadiah
misteri.
h) Membuat promosi di kawasan sekolah dan pengajian tinggi dengan menyertai
hari terbuka atau hari konvokesyen di tempat-tempat terbabit.
i) Melalui laman web:
http://desirefrozen.blogspot.com

5.2 Lokasi
Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan besar,
berdekatan dengan pasaraya, sekolah, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti perniagaan
yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan pelanggan
dan menjadikannya lokasi yang strategik.

5.3 Harga
Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran
iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain.

5.1.4 Produk
Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan
harganya. Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak
pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.

5.2 STRATEGI OPERASI / OPERASI


5.2.1 Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan
Syarikat menyediakan pelbagai jenis produk makanan sejuk-beku dan
konfeksioneri. Senarai produk disenaraikan seperti di bawah:

Jenis produk Kuantiti Harga


(@unit) (RM)

1.0 SEJUK-BEKU

1.1 Karipap

1.1.1 Karipap Daging 10 4.00

1.1.2 Karipap Sardin 10 4.00

1.1.3 Karipap Sayur 10 4.00

1.1.4 Karipap Ayam 10 4.00

1.1.5 Karipap Kentang 10 4.00

1.2 Samosa

1.2.1 Samosa Sayur 10 4.00

1.2.2 Samosa Daging 10 4.00

1.2.3 Samosa Ayam 10 4.00

1.2.4 Samosa Mini 10 4.00

1.2.5 Samosa Sambal Bilis 10 4.00

1.2.6 Samosa Sambal Udang 10 4.00

1.3 Pizza Dough


1.3.1 Pizza Daging 1/80g 3.00

1.3.2 Pizza Sayuran 1/100g 3.50

1.3.3 Pizza Seafood 1/80g 4.00

1.3.4 Mini Pizza 1/60g 1.80

5.2.2 Kemudahan Asas


Premis perniagaan ini terletak di kawasan perumahan yang berkepadatan sederhana
tinggi. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi telekomunikasi, bekalan elektrik
dan air telah lama lengkap. Kawasan ini dikatakan strategik terletak tidak jauh dari pusat
bandaraya yang mana di sekitarnya terdapat beberapa pusat pengajian tinggi, kolej-kolej
dan pejabat-pejabat awam dan swasta. Walaupun ruang kedai yang terhad ia masih dapat
mempamerkan produk dengan baik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang
datang berkunjung.

5.2.10 Strategi Pengeluaran


Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak syarikat adalah seperti:
a) Penyediakan perkhidmatan menerima tempahan dan membuat penghantaran
terus kepada pelanggan.
b) Menguruskan majlis keraian / harijadi untuk 50 orang.
c) Menyediakan perkhidmatan membuat hamper kepada individu dan syarikat.
d) Menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pejabat perniagaan untuk
minum petang, forum dan sebagainya.
e) Mewujudkan perkhidmatan tempahan melalui internet.
f) Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen dan sentiasa
mempertingkatkan lagi merujuk kepada maklum balas pelanggan.

6.0 PENYATA KEWANGAN

Penyata Pendapatan Bagi Tahun Akhir 31 Disember 2013

RM RM
HASIL
-Hasil perkhidmatan RM 217,440.40

PERBELANJAAN
-Kad perniagaan RM200.00
-Pengangkutan RM4,800.00
-Risalah RM450.00
-Gaji pengurus RM19,800.00
-Gaji pekerja RM24,600.00
-Sewa lot perniagaan RM24,000.00
-Pendaftaran perniagaan RM1,300.00
-Lesen perniagaan RM1,000.00
-Susut nilai – papan tanda perniagaan RM2,400.00
- alatan pejabat RM600.00
- perabot RM1,000.00
- kelengkapan RM4,000.00

-Belanja Bahan Mentah RM 59,955.40


Jumlah RM144,105.40
Untung bersih RM 73 335.00

6.0 KESIMPULAN

Perniagaan ini mempunyai potensi mencapai kemajuan kerana tidak ramai usahawan
bumiputera yang berani mencuba dan menceburi bidang perniagaan ini. Malah, perniagaan ini tidak
memerlukan modal yang agak besar untuk menjalankannya. Disamping itu, tidak menggunakan
pekerja yang terlalu ramai. Oleh yang demikian, perniagaan ini dapat membantu peniaga untuk
menyediakan laporan kewangan perniagaan mereka dengan lengkap serta lebih terampil.
Berdasarkan kepada peranan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, Desire Frozen
Food Enterprise amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberikan
pulangan yang lumayan. Ujuran dan anggaran yang bibuat untuk tahun pertama operasi selepas
pembiayaan agak konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat
awal di mana promosi dan pemasaran baru dilancarkan. Kajian dan perancangan yang sistematik
telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat
mencapai sasaran keuntungan yang telah dirangka. Oleh itu syarikat Desire Frozen Food
Enterprise amat optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia berdaya maju dan mampu berkembang
di masa hadapan.
7.0 REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaan-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan
Perniagaan dan Keusahawanan ( RBT 3193E ) yang diberi ini walaupun masa yang diberi agak
terhad . Dalam proses menyiapkan tugasan ini, banyak pengajaran dan pengalaman dapat saya
ambil untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup ini di samping menjadikan saya lebih
matang dari segi tahap pemikiran terutamanya sebagai seorang guru yang bukan opsyen RBT.
Banyak juga perkara baru serta tambahan ilmu dapat saya kuasai hasil daripada tugasan ini.

Pada mulanya, saya berpendapat tugasan ini tidak begitu sukar untuk disiapkan. Namun, telahan
saya tidak benar. Pengalaman membuat portfolio ini walaupun memerlukan banyak maklumat dan
data tapi ianya memberi kepuasan kerana saya dapat merasai bagaimana untuk menjalankan
sesuatu perniagaan melalui portfolia yang dibuat. Portfolio ini penting kerana dalam subjek Reka
Bentuk dan Teknologi saya perlu mempelajari tajuk perniagaan. Dengan tugasan ini saya dapat
mengetahui bagaimana untuk mengendalikan seseuatu perniagaan, membuat iklan, promosi,
poster dan sebagainya. Jika sebelum ini ilmu berkaitan selok belok perniagaan kurang, setelah
saya menyiapkan portfolio ini, saya dapat meningkatkan lagi ilmu dalam perniagaan.
Sebelum melakukan tugasan ini, saya terlebih dahulu mencari maklumat yang bersesuaian untuk
menyiapkan portfolio ini.. Mujurlah segala penerangan oleh pensyarah En Paiman Pardi telah
dicatat dan melalui catatan itulah saya menyambung untuk menyiapkan portfolio ini.

Selain itu, saya mengalami sedikit kesukaran bagi menyiapkan tugasan ini kerana terdapat
kekeliruan dan kesukaran dari segi penyusunan ayat dan isi-isi penting bagi soalan tugasan ini.
Selain itu juga, antara kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini ialah ketandusan
idea dan ketidakpastian dengan maklumat yang diperolehi. Memandangkan saya merupakan
seorang guru disekolah dan agak sibuk dengan urusan sekolah. Jadi masa persiapan untuk
menyiapkan tugasan ini amat terhad. Tetapi, semua kekangan ini dapat saya atasi dan banyak
mengajar saya untuk lebih konsisten dalam melakukan kerja serta masalah ini juga mengajar saya
untuk lebih bersabar dalam melakukan sesuatu. Segala penerangan dari pensyarah pembimbing

Para pensyarah juga telah banyak memberi tunjuk ajar terutamanya En Paiman Pardi selaku
pensyarah pembimbing bagi kelas saya kerana sudi meluangkan masanya untuk memberi
penerangan yang lebih lanjut mengenai portfolio ini walaupun beliau juga mempunyai
tanggungjawabnya yang lain. Hasil bimbingan pensyarah dapatlah saya menyiapkan portfolio yang
diberi ini pada waktu yang di tetapkan walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.

Kesimpulannya, dalam melaksanakan portfolio ini, banyak manfaat yang saya perolehi sebagai
seorang guru pada masa hadapan. Ianya membantu saya menjadi lebih kreatif dan kritis. Saya
begitu berpuas hati dengan portfolio ini kerana telah membantu menambahkan ilmu pengetahuan
dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan
portfolio saya ini terutamanya rakan-rakan yang banyak memberi komen yang bernas tentang
portfolio saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang Maha Esa.
8.0 RUJUKAN

Institut Pendidikan Guru.(2013).Modul Peniagaan Dan Keusahawanan. Putrajaya:


Kementerian Pendidikan Malaysia
Lampiran 1
SUSUN ATUR KEDAI

Front Rear

Baker's
Baker's workbench
workbench

Convection
oven

Display
counter 10' - 0"

Mixer

Frozen
food showcase
Induction
Flip-up counter oven
Cash (Staff entrance)
machine

10' - 0"
Lampiran 2
CARTA ALIRAN PROSES KERJA

Mula

Menyukat
bahan

Mengadun
bahan

Untuk buat roti Untuk buat Untuk buat Untuk buat


biskut karipap kek

Membentuk & Menerap &


mengisi inti menghias Membentuk &
mengisi inti

Susun adunan
di dulang
(Roti sahaja)

Adunan
mengembang Membakar Menggoreng
(40min-1jam) adunan (160- karipap
175C)

Penyejukan Sejuk-beku
(20min) karipap

Kawalan mutu
Jual ? Tidak

Bungkus hasil
dlm bekas Ya
kedap udara

Tampal label
di
pembungkus

Pamer, jual,
pasar, hantar
produk

Tamat

You might also like