You are on page 1of 43

KOLEJ ANTARABANGSA INOVATIF

KELANA SQUARE, UNIT GL35,


MAIN LOBBY BLOCK C JALAN SS7/26,
47301 PETALING JAYA,SELANGOR.

LAPORAN AKHIR
LATIHAN INDUSTRI

ORGANISASI:
EMBUN RITZ TRAVEL NETWORK SDN. BHD

NO.53-1 JALAN TBC 5,

TAIPING BUSINESS

CENTER, 34000 TAIPING,

PERAK.

NAMA : NURUL AISHAH BINTI MOHD ARIS


ID PELAJAR : 2020.01.187.DHUM
PROGRAM : DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DANUMRAH
FAKULTI : PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH

1
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NURUL AISHAH BINTI MOHD ARIS

(2020.01.187.DHUM)

DI

EMBUN RITZ TRAVEL NETWORK SDN. BHD

NO.53-1 JALAN TBC 5,

TAIPING BUSINESS

CENTER, 34000 TAIPING,

PERAK.

Laporan Akhir Latihan Industri ini dikemukan kepada

Fakulti Pengurusaan Haji dan Umrah

Bagi memenuhi sebahagian syarat

Penilaian Latihan Industri dan Penganugerahan

Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

KOLEJ ANTARABANGSA

INNOVATIF MEI 2022

i
PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dari
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan Sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………………

Nama Pelajar : NURUL AISHAH BINTI MOHD ARIS

ID Pelajar : 2020.01.187.DHUM

Tarikh : 30 APRIL 2022

ii
iii
PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekian alam, syukur ke hadrat ilahi dengan taufik
dan hidayahnya, dapat saya menamatkan Latihan Industri selama empat bulan dengan
jayanya di Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd bermula 17 Januari 2022 hingga 06 Mei
2022. Pada masa yang sama berjaya menyempurnakan laporan Latihan Industri ini
sepertimana yang telah ditetapkan bagi memenuhi syarat utama penganugerahan Diploma
Pengurusan Haji dan Umrah.

Pertama sekali saya, Nurul Aishah Binti Mohd Aris (2020.01.187.DHUM) dari fakulti
Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
Syarikat Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd kerana mengizinkan saya untuk menjalani
program Latihan Industri di syarikat ini bagi mengambil kesempatan dan peluang yang
sangat berharga ini. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Embun Ritz Travel
Network Sdn. Bhd, banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi dalam
tempoh 16 minggu. Sepanjang saya berada di Syarikat Embun Ritz Travel Network Sdn.
Bhd, saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada staff, senior dan
junior Latihan Industri kerana sentiasa mengambil berat tentang perkembangan saya dan
bersedia untuk memberi dorongan dan sokongan serta tunjuk ajar sepanjang saya menjalani
Latihan Industri di firma ini. Pengalaman ini akan saya manfaatkan ketika berada di alam
pekerjaan yang sebenar pada masa hadapan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Antarabangsa
Innovatif kepada pihak fakulti pengurusan haji dan umrah yang banyak membantu dari
penyediaan sebelum dan selepas menjalani Latihan Industri dan penyediaan Laporan Latihan
Industri. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat
menyiapkan buku Laporan Industri saya ini.

Selepas itu,tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya serta keluarga yang telah memberikan nasihat dan sokongan yang terus menerus kepada
saya untuk menyiapkan tugasan laporan Latihan Industri dan semasa menjalani Latihan
Industri. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam penghasilan buku laporan akhir Latihan Industri ini.

iv
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

JUDUL.................................................................................................................................i

PENGESAHAN PELAJAR.................................................................................................ii

PENGHARGAAN...............................................................................................................iv

ISI KANDUNGAN.............................................................................................................v

SENARAI RAJAH..............................................................................................................vii

SENARAI LAMPIRAN......................................................................................................viii

BAB 1: PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pengenalan.....................................................................................................................1
1.2 Pendahuluan...................................................................................................................2
1.3 Objektif Latihan Industri...............................................................................................3
1.4 Objektif Laporan Industri..............................................................................................7
1.5 Kepentingan Latihan Industri........................................................................................8

BAB 2: LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Latar Belakang Organisasi.............................................................................................10


2.2 Pengenalan Organisasi...................................................................................................11
2.3 Latar Belakang Penubuhan Organisasi..........................................................................12
2.4 Ahli Lembaga Pengarah................................................................................................13
2.5 Aktiviti Organisasi.........................................................................................................14
2.6 Visi dan Misi Organisasi...............................................................................................15

BAB 3: RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan.....................................................................................................................16
3.2 Latihan Industri..............................................................................................................16
3.3 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri..............................................................................17

v
BAB 4: KESIMPULAN.....................................................................................................22

BAB 5: KOMEN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan Komen dan Cadangan...................................................................24

5.2 Pihak Syarikat Embun Ritz Travel Network....................................................24

5.3 Kolej.................................................................................................................25

5.4 Pelatih/Pelajar...................................................................................................26

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN........................................................................................27

LAMPIRAN.................................................................................................................28

vi
SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Logo Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd 13


2 Bangunan Embun Ritz Travel Network 14
3 Lokasi Embun Ritz Travel Network 14

vii
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri

B Muka Depan Buku Log Laporan Harian Latihan

Industri C Tempat Latihan Industri

D Aktiviti-aktiviti sepanjang Latihan Industri

viii
BAB 1: PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pengenalan

Latihan Industri adalah salah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program
tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Program
Latihan Industri (LI) diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan untuk
meningkatkan tahap mampu kerja para graduan. Kursus Latihan Industri memberi peluang
kepada pelajar merasai pembelajaran di dunia pekerjaan sebenar supaya dapat mencapai
kebolehpasaran yang tinggi.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan
teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi, prosedur, peraturan-
peraturan serta perspektif dan etika profesional organisasi. Selain itu, kursus ini membina
semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan
untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah telah diberi tanggungjawab untuk menempatkan para
pelajar yang akan menjalani Latihan Industri di Travel Agensi dan syarikat swasta yang sudi
menempatkan para pelajar di tempat mereka. Oleh itu, para pelajar boleh mempraktikkan
ilmu teori yang dipelajari untuk digunakan sebaik mungkin di alam pekerjaan yang sebenar
sambil menimba pengalaman serta memperluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang yang
diceburi.

Konklusinya, latihan industri ini banyak memberi pengalaman dan sedikit sebanyak dapat
membuka minda pelajar agar dapat menilai sesuatu pekerjaan dari perspektif yang positif.
Diharapkan pelajar membuat persediaan rapi dengan memantapkan ilmu akademik,
memperbaiki kelemahan diri seperti cara berkomunikasi dan mewujudkan keyakinan diri
sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

1
1.2 Pendahuluan

Latihan Industri adalah peluang yang baik bagi pelajar mendedahkan diri dengan
keadaan sebenar yang berkaitan dengan perniagaan. Latihan Industi adalah salah satu syarat
wajib bagi setiap pelajar dalam program-program tertentu sebelum layak untuk
penganugerahan Diploma.

Pelajar dibenarkan memilih tempat untuk menjalankan latihan industri sama ada memilih
sektor swasta atau kerajaan.Setiap pelajar yang mengikuti latihan industri ini haruslah
mematuhi setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan di sesebuah firma atau organisasi.
Latihan industri ini dijalankan selama enam belas minggu mengikut ketetapan yang
digariskan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kursus latihan industri ini juga dapat mendedahkan pelajar keadaan sebenar di alam
pekerjaan dimana setiap pekerjaan tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang perlu
dipatuhi agar sesebuah firma atau organisasi dapat berjalan dengan lancar. Pelajar juga dapat
didedahkan dengan persekitaran bagaimana untuk berhadapan dengan pelbagai situasi sama
ada berhadapan dengan masyarakat sekeliling mahupun rakan sekerja di sesebuah firma atau
organisasi.

Justeru, latihan Industri ini dapat meningkatkan tenaga mahir sejajar dengan hasrat
kerajaan yang memerlukan graduan yang berkemahiran untuk pebangunan negara pada masa
hadapan.

2
1.3 Objektif Latihan Industri

Adanya latihan industri di kolej seluruh Malaysia maka pelajar-pelajar kursus diploma
dapat menjalani latihan industri di tempat yang telah dipilih oleh mereka berkaitan dengan
jurusan. Oleh itu, objektif latihan industri ini adalah mahu memberi kesan kepada para pelajar
dalam melaksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin serta mahu melihat sejauh
mana seseorang pelajar itu mengaplikasikan perkara-perkara yang telah dipelajari di dalam
tugas yang diberikan. Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti
berikut.

i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar.

Jika berada dalam situasi alam pekerjaan yang sebenar, ianya adalah jauh berbeza
dengan keadaan dunia pembelajaran kerana pelajar hanya terlibat bersama rakan sekelas dan
pensyarah-pensyarah sahaja tanpa melibatkan kerjasama dengan orang luar. Oleh itu, para
pelajar juga mungkin sebahagian sahaja yang dapat dipraktikkan di alam pekerjaan.

Dalam menghadapi perubahan situasi, para pelajar perlulah mempelajari bagaimana


untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan, ketepatan masa untuk menghadirikan diri di
tempat kerja setiap hari, kebolehan komunikasi dengan baik di antara kakitangan, cara
mendisiplinkan diri dan juga cara menghadapi pelbagai masalah yang timbul di tempat kerja
seperti masalah berhadapan dengan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan syarikat.

ii. Mengaitkan teori, teknikal dan kemahiran dengan aspek-aspek praktikal di tempat latihan
industri.

Apabila pelajar berada di alam pekerjaan seperti menjalani latihan industri ini, maka
segala pengetahuan teknikal, kemahiran dan pengalaman dapat diperluaskan serta dapat
menambah ilmu yang sedia ada dalam diri pelajar. Di kolej, para pelajar telah diajar lebih
banyak kepada ilmu teori yang boleh dihubungkaitkan dengan dunia pekerjaan apabila tamat
pengajian.

Justeru itu, objektif Latihan industri ini diwujudkan adalah bagi melahirkan lebih ramai
lagi tenaga kerja yang berkualiti tinggi dan mampu melakukan tugasan yang diberikan
dengan sempurna. Selain itu, pengetahuan teknikal dan kemahiran juga dapat membantu

3
seseorang dalam meningkatkan produktif kerja serta dapat mempelajari cara menguruskan
dan mengendalikan sesuatu kerja dengan lebih baik.

iii. Menimba pengalaman

Pengalaman memainkan peranan yang sangat penting dalam mencari pekerjaan sebenar
kerana pada alat ini ramai siswazah yang menganggur disebabkan tiada pengalam bekerja.
Oleh itu, dengan wujudnya latihan industri ini, serba sedikit dapat membantu dan mempunyai
peluang yang cerah untuk memperolehi pekerjaan.Selain itu, ianya dapat memberi seseorang
persediaan yang rapi dalam menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

Namun begitu, pengalaman bukan sahaja meliputi tugas-tugas yang dilakukan tetapi
sebelum menjalani latihan industri lagi seperti proses-proses mencari maklumat mengenai
sesuatu organisasi yang bersesuaian, membuat permohonan tempat, mencari bidang tugas
yang berkaitan dengan pengajian yang di ambil dan banyak lagi di mana kesemua proses
tersebut telah mendatangkan pelbagai pengalaman. Di mana prosedur tersebut dipelajari di
kolej untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya mengetahui bagaimana bermula dan
berakhirnya proses mencari pekerjaan sama seperti menjalani latihan industri.

iv. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dan disiplin di dalam latihan industri.

Para pelajar yang menjalani latihan industri akan terikat dengan pelbagai syarat atau
peraturan-peraturan keselamatan di sektor swasta mahupun sektor kerajaan yang ditawarkan
menjadi pilihan pelajar sendiri. Apabila pelajar menjalani latihan di tempat tertentu secara
langsung pelajar terikat dengan segala peraturan yang telah di tetapkan oleh sesebuah
organisasi dan menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengikut dan mematuhi segala yang
telah ditetapkan.Begitu juga dengan peraturan keselamatan mestilah di patuhi bagi
mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini terjadi di mana ianya boleh menjejaskan
reputasi organisasi. Contohnya pelajar didapati telah mendedahkan maklumat sulit mengenai
kedudukan sebenar organisasi kepada pihak luar yang boleh menjejaskan imej sesebuah
organisasi.

Oleh yang demikian, pelajar perlu mengikut dan mengingati semua peraturan semasa
menjalani latihan industri supaya tidak mengakibatkan imej dan kedudukan organisasi yang

4
ditempatkan tergugat hanya kerana kelalaian dan kecuaian pelajar sendiri. Selain itu, ianya
juga boleh menjejaskan hubungan baik pihak organisasi dengan pihak kolej sendiri.

v. Menilai kebolehan diri.

Apabila pelajar menjalani latihan industri ini secara langsung ianya dapat membantu
pelajar dalam membuat penilaian terhadap kebolehan diri sendiri sama ada mampu
menjalankan tugas-tugas yang diberikan tanpa menimbulkan masalah serta kebolehan dalam
menyelesaikan masalah itu tanpa mendapatkan bantuan kakitangan lain.

Oleh itu, pelajar dapat mengetahui sejauh mana komitmen dan kemajuan yang mampu
ditunjukkan terhadap hasil atau mutu kerja yang dilaksanakan kepada majikan khasnya serta
kakitangan yang lain amnya bahawa mereka mempunyai kebolehan menerima dan
melaksanakan arahan oleh pihak yang memberikan tunjuk ajar serta panduan kepada mereka.

vi. Amanah dan tanggungjawab.

Apabila proses menjalani latihan industri bermula, maka secara tidak langsung pelajar
tersebut telah memikul tanggungjawab dan amanah yang berat dalam apa jua tugas yang
diberikan kepada mereka. Segala amanah dan tanggungjawab tersebut perlulah dilaksanakan
dengan baik. Sekiranya tugas yang diberikan perlu diselesaikan pada masa yang telah
ditetapkan dan dikehendaki segera, pelajar perlu melaksanakannya dengan penuh amanah dan
menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan mutu kerja yang
cemerlang.

Objektif latihan ini dari segi amanah dan tanggungjawab memainkan peranan penting
untuk melancarkan perjalanan sesebuah organisasi tersebut kerana jika tiada rasa amanah
boleh menyebabkan penyelewengan berlaku sama ada dari segi wang syarikat atau maklumat
sulit organisasi. Begitu juga dengan tanggungjawab pelajar, jika tiada sikap tersebut boleh
menyebabkan seseorang mengambil kesempatan untuk melakukan tugasan sambil lewa dan
mengambil sikap tidak acu terhadap masalah yang berlaku.

5
vii. Keyakinan berkomunikasi.

Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di kolej, para pelajar hanya akan


berkomunikasi dengan rakan-rakan, pensyarah-pensyarah dan kakitangan yang ada
hubungkait dengan kolej sahaja tanpa melibatkan faktor persekitaran luaran. Namun begitu,
apabila menjalani latihan ini secara tidak langsung mereka terdedah dengan situasi sosial
yang berbeza iaitu kebolehan berkomunikasi amat dititikberatkan kerana berkomunikasi
adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan baik di antara kakitangan organisasi.

Selain itu, kebolehan berkomunikasi bukan sahaja perbualan harian tetapi melibatkan
keyakinan orang lain dalam melihat cara kita berkomunikasi dengan baik contohnya
pandangan mata apabila bertutur, pengetahuan tentang kerja yang dilakukan dan juga mampu
memberi keyakinan terhadap seseorang apabila berkomunikasi.

6
1.4 Objektif Laporan Industri
Sepanjang tempoh Latihan Industri para pelajar perlu menyiapkan dua jenis laporan
lengkap berkenaan aktiviti yang telah dilaksankan dalam tempoh tersebut iaitu laporan
harian dan laporan akhir. Laporan harian ialah laporan yang perlu ditulis pada setiap hari
bagi aktiviti harian sepanjang menjalani Latihan Industri untuk memudahkan para pelajar
membuat laporan akhir setelah tamat Latihan industri. Ia perlu disemak setiap minggu
oleh penyelia industri kerana memudahkan pensyarah pemantau melihat proses kerja
yang telah dilakukan oleh pelajar.
Laporan akhir pula perlu disediakan oleh pelajar setelah selesai menjalani Latihan
Industri di sesebuah organisasi. Laporan ini,menunjukkan keseluruhan aktiviti sesebuah
organisasi. Selain itu, ia juga perlu di nilai untuk memenuhi syarat mendapatkan sijil
diploma untuk sesuatu kursus.

Antara objektif laporan Latihan Industri adalah:


 Membolehkan pihak kolej membuat penilaian pencapaian pelajarnya
dalam menjalani Latihan Industri.
 Menjadi salah satu bukti pengesahan bahawa pelajar tersebut telah
selesai menjalani Latihan Industri.
 Memudahkan pensyarah menilai pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar
sepanjang tempoh Latihan Industri.
 Mencatat segala pengetahuan dan pengalaman sepanjang tempoh Latihan.
 Dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan.
 Melatih pelajar menghasilkan laporan yang bermutu dan sistematik.
 Laporan yang baik dapat membantu pelajar menggunkannya semasa
proses temuduga kerjaya kerana ia merupakan bukti pengalaman kerja
seseorang.
 Menguji kemampuan daya pemikiran dan inovatif bagi menghasilkan
laporan yang terbaik.

7
1.5 Kepentingan Latihan Industri

Latihan Industri wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam
atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil, Diploma atau
Ijazah mengikut jurusan yang diambil. Sebenarnya ia bukan setakat memenuhi syarat
tersebut tetapi ia memberi kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan. Dengan
adanya Latihan Industri banyak pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai
bekalan sebelum menjejakkan kaki kealam pekerjaan. Ia juga dapat membina keyakinan diri
dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Jadi agak mudah dan selesa untuk
melaksanakan kerja-kerja yang bakal diberikan nanti.

Latihan Industri adalah penting kerana latihan sebegini dapat mendedahkan para pelajar
kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah dan meluaskan pengetahuan
teori dan teknikal serta kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi
pengetahuan secara teori dan hanya memprakrikkan sebagai latihan tambahan untuk
memahmi suatu perkara itu, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat
mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa sesuatu
pekerjaan sedang dijalankan. Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau
kemahiran yang baru dimana sesetengah kemahiran ini tidak ada dalam pengajaran semasa di
Kolej. Oleh itu ada beberapa perkara pelajar dapat semasa menjalani Latihan Industri.

Selain daripada itu, latihan ini juga memperkenal diri pelajar itu sendiri dari segi
kebolehan, kesanggupan dalam melakukan tugasan, dan sikap kepada majikan dan rakan
sekerja. Latihan ini dapat menonjolkan kebolehan pelajar untuk bekerja dengan bersungguh-
sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang positif kepada
majikan.

Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang
pelajar itu semasa berada di kolej tetapi apabila pelajar itu berada dalam latihan itu
berkemungkinan dia akan bertemu dengan pegawai-pegawai yang berpangkat tinggi atau
menghadiri mesyuarat secara rasmi dan formal serta menyediakan tugasan dengan pekerja
internasional.

Melalui latihan ini, pelajar tersebut dapat menangani sesuatu masalah dengan bijaksana
melalui pengalaman yang telah di lalui sebelum ini. Nilai hormat- menghormati terhadap
orang sekeliling akan timbul di dalam diri para pelajar sekiranya pelajar tersebut menjalankan

8
Latihan Industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Diharap sifat ini akan berkekalan pada
masa hadapan.

Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan Latihan Industri adalah:

 Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk
menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam
pekerjaan.
 Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik atara pekerja
dan kakitangan sesebuah organisasi.
 Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
 Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau kekok apabila mula
bekerja kelak.
 Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan dalam industri.
 Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya.
 Membina keyakinan diri.
 Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.
 Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

9
BAB 2: LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Latar Belakang Organisasi

Rajah 1: Logo Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd

Nama Syarikat : Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd

Nama Pengurus : Mohamad Nordin Bin Saedin

Alamat Permis: : No.53-1 Jalan TBC 5, Taiping Business Center,

34000 Taiping Perak.

10
2.2 Pengenalan Organisasi

Rajah 2: Bangunan Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd

Rajah 3: Lokasi Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd

Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd terletak di No. 53-1 Jalan Tbc 5, Taiping Business
Center, 34000 Taiping,Perak. Embun Ritz Travel Network merupakan Agensi pelancongan &
Umrah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Kebudayaan & Kesenian Malaysia
(KPK/LN:7322).

11
2.3 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd secara rasminya telah ditubuhkan pada 6 Mei 2013.
Syarikat ini telah diusahakan oleh Encik Syed Sabirin sebagai Pengarah, Encik Mohammad
Nordin Bin Saedin sebagai Pegawai Unit Pembangunan Produk Domestik/ Inbound/
Outbound, dan Puan Nabilah Syarifuddin sebagai Eksekutif Produk Domestik/ Inbound &
Outbound.

Embun Ritz Travel Network merupakan Agensi Pelancongan & Umrah berdaftar dengan
Kementerian Pelancongan Kebudayaan & Kesenian Malaysia dengan no. pendaftaran
syarikat (1045030-P). Embun Ritz Travel Network menawarkan perkhidmatan Tiket
Penerbangan, Pakej Percutian Dalam dan Luar Negara, Pakej Umrah dan Haji, Visa, Sewa
Bas dan Bas Persiaran.

Embun Ritz Travel Network juga telah menjadi ahli kepada MATTA iaitu “Malaysia
Association of Tour & Travel Agents (MA 4429) dan juga ahli kepada PUHAZ iaitu Perstuan
Pengendali Umrah & Ziarah Negeri Perak pada 21 oktober 2021 bersamaan 14 RabiulAwal
1443H.

12
2.4 Ahli Lembaga Pengarah

1. SYED SABIRIN

(Pengarah)

2. MOHAMMAD NORDIN BIN SAEDIN

(Pegawai unit pembangunan produk Domesti/Inbound/Outbound)

3.NABILAH SYARIFUUDIN

(Eksekutif produk domestik/Inbound & Outbound)

13
2.5 Aktiviti Organisasi

a) Tempoh bekerja :

Hari Bekerja Isnin - Sabtu


Waktu Bekerja Isnin - Jumaat (9:00a.m – 5:00p.m)
Sabtu (9:00a.m – 1:00p.m)
Cuti Sabtu & Ahad

b) Antara perkhidmatan yang terdapat di Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd:
- Tiket Penerbangan
- Pakej Percutian Dalam & Luar Negara.
- Pakej Umrah
- Haji
- Visa
- Sewa Bas
- Van persiaran

14
2.6 Visi dan Misi Organisasi

2.7.1 Visi

Menyediakan Produk & perkhidmatan Pelancongan Bertaraf Dunia yang sangat inovatif.

2.7.2 Misi

Untuk menjadi Agensi Pelancongan yang terkemuka di Malaysia menyediakan produk &
perkhidmatan yang sangat inovatif bertaraf dunia dengan tawaran kos yang berpatutan.

CARTA ORGANISASI

PENGARAH

SYED SABIRIN

PEGAWAI UNIT PEMBANGUNAN


EKSEKUTIF PRODUK DOMESTIK/
PRODUK DOMESTIK/INBOUND/
INBOUND & OUTBOUND
OUTBOUND
NABILAH SYARIFUDDIN
MOHAMMAD NORDIN BIN SAEDIN

RAJAH 4: Carta Organisasi Syarikat

15
BAB 3: RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Bab ini merangkumi sepanjang aktiviti yang pelatih lakukan semasa dalam tempoh
Latihan Industri. Tarikh permulaan adalah 17 Januari 2022 sehingga 6 Mei 2022 bersamaan
16 minggu. Setiap laporan Latihan Industri yang ditulis di dalam buku log laporan harian
adalah merupakan satu catatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang berkaitan
perjalanan Latihan Industri.

Selain itu, penulisan laporan ini adalah mengambil kira setiap tugasan mengikut
keutamaan yang sistematik dan bersepadu serta laporan disesuaikan dengan perhubungan
semasa agar peningkatan diri di dalam menjalankan tanggungjawab dan Amanah dapat
membangun dengan seiringan.

3.2 Latihan Industri

Sepanjang Latihan Industri (L.I) bertempat di Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd,
pelajar telah mengikut segala peraturan -peraturan yang telah ditetapkan sama seperti
kakitangan di syarikat ini. Setiap hari secara rasmi, waktu bekerja bermula pada jam
9.00pagi, dan berakhir pada jam 5.00 petang iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat dan bermula
9.0 pagi, dan berakhir pada jam 1.00 Tengah Hari pada hari Sabtu. Manakala pada hari
Sabtu selepas jam 1.00 Tengah Hari dan hari Ahad syarikat ini tidak beroperasi (CUTI).
Semasa dalam Latihan Industri di Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd ini, pelatih
mendedahkan dengan pelbagai pengalaman kerja berkaitan dengan proses SOP pengurusan
Jemaah untuk melaksanakan umrah. Pelajar juga di dedahkan dengan bekerja luar meghadiri
taklimat untuk mengenali proses membangunkan sebuah syarikat dengan lebih berjaya.

16
3.3 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Sepanjang pelajar menjalani Latihan Industri (L.I) di syarikat ini, pelajar tidak diberi
jadual kerja khusus dan tetap. Walaubagaimana pun, pelajar telah diberi kepercayaan dan
keyakinan untuk membuat serta membantu staff yang bertugas untuk menyiapkann segala
kerja tepat pada masanya. Pelajar juga diberi penjelasan dalam bentuk perbincangan dan
bersoal jawab di antara satu sama lain serta diberi kesempatan untuk mengetahui dengan
lebih lanjut tentang proses pengurusan Jemaah dan marketing syarikat.

Pada keseluruhannya, dapatlah diterangkan secara ringkas bidang dan tugas yang
dilakukan sepanjang tempoh Latihan Industri (L.I) selama 4 bulan di Embun Ritz Travel
Network Sdn. Bhd di mana kesemua pekerja melakukan bidang tugas yang berkaitan
Marketing dan SOP pendaftaran Jemaah untuk melakukan umrah.

Berikut adalah Jadual 1 di mana ringkasan aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di
Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd.

MINGGU AKTIVITI
i. Lapor diri di Embun Ritz Travel Network Sdn
Bhd.
Minggu ke 1 ii. Sesi memperkenalkan diri dan mendengar
(17 an – 21 Jan 2022) taklimat dari pengurus dan tugasan yang perlu di
lakukan.
iii. Pembelajaran Content posting di Facebook
“Jom Travel Taiping”
iv. Sesi pembelajaran cara pembuatan flyers.
i. Menyediakan bahan content posting Facebook
“Jom Travel Taiping”.
ii. Melibatkan diri kehadiran pemantauan MOTAC
Minggu ke 2 “Ministry of Tourism and Culture Malaysia”.
(24 Jan – 28 Jan 2022) iii. Tugasan mereka ayat untuk mempromosikan
pakej umrah.

17
i. Pembelajaran cara editing dari segi pemilihan
Minggu ke 3 warna yang sesuai sesama rakan sekerja.
(21 Jan – 5 Feb 2022) ii. Penambah baik flyers umrah pakej istimewa.
iii. Penyediaan bahan content posting Facebook
“Jom Travel Taiping”.
i. Menerima kehadiran Jemaah seramai 2 orang
untuk melihat pakej yang ditawarkan.
Minggu ke 4 ii. Melibatkan diri dalam gotong-royong di
(7 Feb – 12 Feb 2022 Dewan Amal Holidays.
iii. Melibatkan diri dalam Kursus Umrah Siri 1
bertemakan “Pengisian Hati” disampaikan oleh
Ustaz Azmi Bin Abdul Ghani.
i. Menerima kehadiran Jemaah untuk mengambil
set bagasi, kain ihram, telekung dan buku doa.
ii. Perjumpaan pengurus Bersama staff untuk
penerangan permulaan proses sebelum
Jemaah berlepas.
iii. Menyediakan flyers pakej syawal yang
Minggu ke 5 dibimbing oleh Mutawwif Ustaz Drs. Zambri
(14 Feb – 20 Feb 2022) Bin Abdul Hamid.
iv. Melibatkan diri dalam gotong-royong di Dewan
Amal Holidays.
v. Pembelajaran semakan dokumen keperluan
Jemaah seperti Passport, IC, Sijil Vaksin,Visa,
Muqeem.
vi. Melibatkan diri di dalam kursus umrah siri 2
untuk menjalankan praktikal umrah.
i. Pembelajaran menyediakan dokumen Jemaah
untuk kegunaan airlines.
ii. Menerima kehadiran Jemaah untuk
Minggu ke 6 menyerahkan dokumen dan mengambil set
(21 Feb – 26 Feb 2022) bagasi.
iii. Pembelajaran cara pembelian Takaful Insurans
Jemaah.

18
iv. Pembelajaran cara editing Tag ID dan Tag
Beg Jemaah bersama Staff.
v. Melibatkan diri di dalam kursus Intensif Umrah
di Dewan Amal Holidays.
i. Mempelajari cara pengurusan daftar visa
jemaah bersama staff.
ii. Mempelajari cara pengurusan daftar Muqeem
Minggu ke 7 Jemaah.
(28 Feb – 5 Mac 2022) iii. Melakukan semakan terakhir ke atas dokumen
yang diperlukan oleh Jemaah.
iv. Melibatkan diri untuk meraikan Jemaah yang
akan berangkat umrah di Masjid Jamek,
Kamunting.
i. Menyediakan borang umrah kit list terbaru.
ii. Menerima kehadiran Jemaah untuk menyerahkan
dokumen yang diperlukan.
Minggu ke 8 iii. Melibatkan diri dalam aktiviti gotong -royong
(7 Mac – 12 Mac 2022) mengemas kawasan dalaman pejabat.
iv. Menyediakan flyers Pakej Super Ekonomi.
v. Menghadirkan diri ke syarikat Punsu
Travel untuk penyerahan dokumen Jemaah.
i. Melakukan posting di facebook “Jom
Travel Taiping”.
ii. Menyediakan flyers Pakej Super Saver
Minggu ke 9 dan penambah baikan flyers.
(14 Mac – 19 Mac 2022) iii. Perjumpaan pengurus bersama staff berkaitan
penambah baik berkaitan flyers.
iv. Menyediakan dan penambah baik flyers pakej
Premium Selesa dan flyers pakej Istimewa
Premium Selesa.

19
i. Melakukan posting di facebook “Jom Travel
Taiping”
ii. Penambah baik flyers super ekonomi, super
saver, ekonomi standard, premium selesa dan
Minggu ke 10 istimewa premium selesa.
(21 Mac – 25 Mac 2022) iii. Menyediakan flyers Pakej Turki Musim Bunga
iv. Perjumpaan pengenalan pelajar praktikal baharu
Bersama pengurus untuk sesi pengenalan,
menerangkan berkaitan syarikat,PNC syarikat,
keselamatan, proses pengurusan Jemaah,
penyampaian tugas, dan pakej yang di tawarkan.
i. Menerima kehadiran Jemaah untuk melihat
pakej yang di tawarkan.
ii. Menyediakan flyers Pakej Umrah Super Jimat
Minggu ke 11 Istimewa.
(28 Mac – 2 April 2022) iii. Mencantikkan whiteboard dengan pakej yang
ditawarkan dan Tarikh penerbangan.
iv. Melibatkan diri ke Taklimat Semarak
Pelancongan di Hotel Flemington.
Minggu ke 12 i. Proses melengkapkan dokumen Jemaah dengan
(4 April – 9 April 2022) scan passport, IC, dan Sijil Vaksin
ii. Menerima Kehadiran Jemaah untuk membuat
pembayaran dan penyerahan cenderahati.
iii. Editing poster pakej umrah “Super Jimat
Istimewa”
iv. Melibatkan diri dalam Kursus Umrah yang
disampaikan oleh Ustaz Drs. Hj Zamri Bin
Abdul Hamid.

20
i. Pembelajaran cara-cara memohon lessen syarikat
SDN.BHD dan Enterprise Bersama pengurus.
Minggu ke 13 ii. Membuat surat pengesahan umrah untuk Jemaah
(11 April – 16 April 2022) atas kegunaan Imigresen.
iii. Editing flyers Pakej Umrah “Musim Sejuk”
dibimbing oleh Mutawwif Ustaz Azmi Bin Hj
Abdul Ghani.
i. Muat naik content di Facebook “Jom Travel
Taiping”
ii. Pengurusan penyusunan bilik Jemaah di Tanah
Minggu ke 14 Suci dan Tiket Penerbangan Jemaah.
(18 April – 23 April 2022) iii. Pembelajaran cara permohonan tikrt
penerbangan Bersama pengurus.
iv. Pembelajaran cara membuat rangka perjalanan
“itinerary”
i. Pembelajaran cara membuat Tag ID dan Tag
Beg Jemaah.
Minggu ke 15 ii. Membuat permohonan Visa Jemaah Umrah.
(25 April – 30 April 2022) iii. Membuat permohonan Insurans Takaful
berkelompok.
iv. Penyusunan dokumen Jemaah Umrah yang telah
lengkap.

Minggu ke 16 i. CUTI RAYA


(2 April – 6 April 2022)

21
BAB 4: KESIMPULAN

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah menetapkan semua pelajar Kolej
untuk menjalani Latihan Industri sebagai syarat sebelum menerima pengiktirafan diploma.
Secara tidak langsung, program Latihan Industri ini memberi banyak manfaat serta ganjaran
untuk setiap pelajar Kolej ini.

Tujuan Utama Latihan Industri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar
tentang keadaan sebenar dunia pekerjaan. Ia merupakan suasana yang pelajar akan merasa
lebih bertanggungjawab, berdisiplin serta berdikari dalam melakukan tugas-tugas yang
diberikan.

Selain itu, dalam dunia pekerjaan sebenar terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi.
Oleh sebab itu, sikap profesionalisme dan kepintaran pelajar amat penting untuk menangani
masalah yang ditempuhi dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Bermula dari 17 Januari 2022
hingga 6 Mei 2022 di Syarikat Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd, pelbagai pengetahuan
dan pengalaman yang telah saya perolehi.

Selain itu, saya juga telah berjaya untuk menanam rasa bertanggungjawab dan
berdisiplin untuk kerja yang telah di buat. Terdapat banyak perkara baharu yang telah saya
pelajari. Antaranya:

a. Mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan klien atau pekerja dengan lebih
yakin.
b. Memahami serta dapat menerapkan sistem pengurusan organisasi dalam membuat
tugasan yang diberikan.
c. Meningkatkan tahap keyakinan yang tinggi.
d. Dapat merasa sendiri pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang
sebenar yang lebih mencabar dan menimba ilmu pengetahuan.

Sejujurnya, Latihan Industri ini banyak memberi manfaat yang banyak kerana ia telah
memberi peluang khususnya kepada pelajar untuk mengalami sendiri, serta mengetahui
bahawa situasi bekerja merupakan situasi yang berbeza dengan situasi pembelajaran.

Di samping itu, pihak kolej juga banyak memberi petunjuk dan pengetahuan mengenai
Latihan Industri untuk dilaksanakan dengan jayanya. Saya disini ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Antarabangsa Inovatif dan Pihak Syarikat Embun
Ritz

22
Travel Network Sdn. Bhd kerana tidak berasa jemu untuk memberikan ilmu kepada saya
disamping menerima kehadiran saya sepanjang tempoh ini.

Selepas tamat Latihan Industri, saya berasa lebih yakin dalam melakukan tugasan. Hal
ini kerana, dengan berbekalkan pengalaman kerja yang diperoleh sepanjang Latihan Industri
ini amat berguna dalam dunia pekerjaan yang sebenar pada masa akan datang.

Kesimpulannya, setiap pelajar akan memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang


berguna dan bermanfaat selepas menjalani program Latihan Industri. Secara tidak langsung,
pelajar dapat belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab serta memberikan komitmen
sepenuhnya terhadap tugasan yang diberikan, terutamanya tugasan secara berkumpulan.

Pihak Syarikat Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd juga banyak memberi sokongan
dan dorongan kepada pelajar yang menjalani Latihan Industri dalam usaha untuk mendidik
dan menasihati mereka dalam setip perkara bagi kegunaan masa hadapan.

Secara Keseluruhannya, Latihan Industri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
pelajar tentang dunia sebenar dan untuk mengajar pelajar menguruskan sesebuah organisasi
secara sistematik untuk bersaing dengan ekonomi yang berdaya maju pada masa kini.

23
BAB 5: KOMEN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan Komen dan Cadangan

Latihan Industri penting kepada pelajar merupakan pelengkap syarat kepada


Penganugerahan Diploma selepas menamatkan pengajian mereka. Sekiranya mereka bawah
kendalian pihak kolej, mereka diwajibkan untuk menjalani program Latihan Industri selama
satu semester.

Pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang berada di
Syarikat Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd walaupun selama 4 bulan. Akan tetapi, masih
banyak yang perlu saya perbaiki dan pelajari di masa akan datang.

Tambahan pula, pelajar perlu menghadapi lebih banyak situasi dalam dunia pekerjaan.
Hal ini kerana untuk mengajar pelajar itu sendiri cara untuk menguruskan dengan
pelbagai situasi. Dengan setiap peluang yang diberikan, pelajar harus memanfaatkan
setiap peluang yang wujud bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang
berguna pada masa akan datang.

5.2 Pihak Syarikat Embun Ritz Travel Network Sdn. Bhd

Secara keseluruhan, dapat dikatakan bahawa sepanjang Latihan Industri di Organisasi ini
sepanjang 16 minggu yang bermula pada 17 Januari 2022 sehingga 6 Mei 2022 amat
memuaskan. Latihan Industri disyarikat ini amat membantu pelajar menuju ke alam
Pekerjaan yang sebenar dengan baik, disamping dengan etika kerja yang baik telah
ditunjukkan. Sebagai pelatih di organisasi tersebut, pekerja di syarikat tidak pernah
menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa membantu sekiranya pelajar
mempunyai masalah dari segi pembelajaran. Pelajar yang menjalankan Latihan Industri di
organisasi ini sering diberi peluang untuk mencuba dan melakukan setiap proses permohonan
berkaitan Jemaah dan memberi penerangan yang terperinci kepada setiap kerja yang
dilakukan.

24
5.3 Kolej

Sebelum pelajar menjalani Latihan Industri, Pihak Kolej akan memberi penerangan dan
taklimat kepada pelajar tentang proses keadaan semasa menjalani praktikal dan tugasan yang
perlu di hantar kepada pihak kolej.

Akan tetapi, pihak kolej perlu memperbaiki sedikit kelemahan agar pelajar dapat
menjalankan Latihan Industri dengan mudah dan jayanya.

5.3.1 Menaik taraf sistem penghantaran tugas

Kolej perlu mengubah cara peroses penghantaran tugas pelajar dengan menaik

taraf dari sistem pengeposan kepada menggunakan sistem atas talian.

Hal ini adalah untuk memudahkan urusan pelajar dalam melakukan tugasan

sepanjang Latihan Industri. Tambahan pula, terdapat pelajar yang luar bandar dan

pelajar yang dari Sabah dan Sarawak membuatkan menghadapi kesukaran untuk

proses penghantaran tugas melalui sistem pengeposan.

25
5.4 Pelatih/Pelajar

Diharapkan agar rakan-rakan seperjuangan yang akan menjalankan Latihan Industri pada
masa akan datang membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal bagi menempuh
suasana kerja di tempat Latihan Industri.

5.4.1 Membuat persediaan yang lengkap dan berkeyakinan tinggi

Sebelum pelajar menjalani Latihan Industri, mereka perlu memastikan bahawa

berkeyakinan yang tinggi boleh dipamerkan semasa Latihan Industri dengan

persediaan yang rapi.

Ia juga membantu memberi kesan yang positif kepada syarikat atau firma dan boleh

memberi komitmen yang baik bagi seluruh industri di Malaysia.

5.4.2 Pemilihan Organisasi yang sesuai

Sebelum menjalani Latihan Industri, pelajar perlu memilih organisasi yang selari

dengan bidang mereka di Kolej. Ia adalah untuk membolehkan pelajar memahami

apa yang telah dipelajari dengan lebih mendalam disamping mengelakkan sebarang

konflik dalam sesuatu organisasi.

26
BIBILIOGRAFI /RUJUKAN

SUMBER: Buku

1. Buku laporan harian Latihan Industri

SUMBER: Laman Sesawang

1. https://m.facebook.com/embunritztraveltaiping/

SUMBER: Kakitangan Pengurusan Embun Ritz Travel Network

1. Mohammad Nordin Bin Saedin (Pegawai Unit Pembangunan Produk


Domestik / Inbound / Outbound)

27
LAMPIRAN

LAMPIRAN A

- Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri

28
LAMPIRAN B

- Muka Depan Buku Log Laporan Harian Latihan Industri

29
LAMPIRAN C

- Tempat Latihan Industri

30
LAMPIRAN D
- Aktiviti-aktiviti sepanjang Latihan Industri

Bahagian Department Marketing

Menguruskan Kursus Umrah

31
Menguruskan pelanggan bertanya berkaitan Pakej

Menghadiri Taklimat Semarak Pelancongan

32
Edit flyers Pakej

Permohonan Visa, Muqeem dan Takaful Insuran

33
Pengurusan Dokumen Jemaah

Pembelajaran Booking Tiket Penerbangan

34

You might also like