You are on page 1of 12

TUGASAN INDIVIDU 1

SEMESTER 2 SESI 2019/2020

NAMA : TISSHANTINI LOGESWARAN


TUTORAN : A1T9A
NO. MATRIK : MA1914200643
SUBJEK : PENGURUSAN PERNIAGAAN (AP025)
PENSYARAH : ENCIK HELMI BIN KASIM
T. HANTAR : 13 DISEMBER 2019

1
1. Huraikan maksud pemasaran dan kaitannya dengan perniagaan pakej pelancongan
Pemasaran ialah satu sistem aktiviti peniagaan yang dibentuk untuk merancang dan
melaksanakan konsep produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk
menggalakkan berlaku pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa
yang sama mencapai objektif organisasi. Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi
ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti
produk, perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan
sebagainya. Keputusan-keputusan ini adalah berkaitan dengan aspek-aspek pemasaran yang
akan kita pelajari dalam pelajaran-pelajaran yang akan datang.
Panduan pemasaran ialah:
i) Produk
Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian,
pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan, samada barangan
atau perkhidmatan. Baranagan adalah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk
perhatian, pemilikan, pemakaian, atau kepenggunaan yang dapat memenuhi kehendak dan
keperluan pembeli. Manakala, perkhidmatan pula merupakan sesuatu bentuk produk yang
mengandungi aktiviti, kelebihan atau kepuasan yang ditawarkan untuk jualan tetapi berbentuk
tidak ketara dan tidak menghasilkan pemilikan sesuatu produk secara fizikal.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours menyediakan perkhidmatan pelancongan
kepada rakyat Malaysia ke luar negara yang berkualiti dan berjenama. Mereka juga
menyediakan pakej pelancongan yang sesuai dan memenuhi semua kehendak dan keperluan
pelanggan mereka.

ii) Penentuan harga

Harga ialah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatau barangan atau perkhidmatan yang
diberikan. Bagi pembeli, harga adalah nilai yang dibayar sebagai pertukaran untuk
mendapatkan produk atau perkhidmatan yang dijual dalam urusniaga di pasaran. Bagi penjual,
harga adalah satu sumber pendapatan yang dihasilkan melalui jualan.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours menentukan harga mengikut golongan dan
merujuk kepada sasaran pengguna. Harga yang ditetapkan oleh Syarikat ARBA Travel & Tours
juga merupakan harga yang berpatutan dan pada masa yang sama dapat menghasilkan pulangan
yang setimpal dengan usaha dan risiko yang dihadapi.

iii) Promosi

Promosi ialah aktiviti-aktiviti yang memberitahu kebaikan dan kelebihan produk dan memujuk
pelanggan sasaran untuk membelinya. Kaedah-kaedah promosi ini terdiri daripada pengiklanan,
promosi jualan, publisiti dan jualan persendirian.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours membuat pengedaran brochure, membuat
iklan tentang pakej pelancongan mereka melalui televisyen dan juga radio dengan berulang
supaya dapat sentiasa mengingati pelanggan tentang pakej pelancongan mereka.

2
iii) Pengedaran
Pengedaran ialah proses memindahkan barangan di pusat pengeluaran kepada pengguna di
lokasi dan masa yang dikehendaki oleh mereka. Pengedaran terdiri daripada pengedaran
langsung, pengedaran peruncitan dan pengedaran pemborongan.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours membuka beberapa cawangan syarikat
mereka di kebanyakan negeri di Malaysia supaya dapat memudahkan urusan bersama
pelanggan mereka secara mudah.

3
2. Jelaskan tiga kepentingan pemasaran bagi pakej pelancongan kepada individu pengguna
di Malaysia.
Kepentingan pemasaran kepada individu ialah:

i) Untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Pemasaran haruslah memenuhi keperluan dan kehendak individu yang berpelbagai, sentiasa
berubah dan juga harus memuaskan manusia serta menginginkan mereka untuk menggunakan
sesuatu produk atau perkhidmatan itu semula.
Contohnya, ARBA Travel & Tours Sdh Bhd memenuhi setiap keperluan dan kehendak
yang dituntuti oleh pelanggan mereka seperti memenuhi permintaan pelanggan yang ingin
mendapatkan penjagaan istimewa atau ingin mendapatkan servis istimewa daripada syarikat
bagi sesuatu tujuan atau sebab.

ii) Untuk kehidupan yang lebih baik.

Kajian terhadap keperluan, kehendak dan kemampuan pengguna menurut aliran semasa
di mana aktiviti pemasaran dapat menyediakan pelbagai pilihan produk dari segi kualiti dan
harga. Hal ini dapat menjadikan kehidupan pengguna lebih baik semasa ke semasa.
Contohnya, Pengasas dan juga Pengarah Urusan ARBA Travel & Tours Sdh Bhd,
Ammar Roslizar berkata bahawa oleh sebab banyak agensi gemar melakukan ‘tourist trap’, yang
membuatkan pelanggan berasa tertipu, syarikat kami cuba tangani pada tahun ini dengan tidak
akan menawarkan pengalaman ‘tourist trap’ kepada pelanggan dalam setiap pakej pelancongan”
kata beliau kerana selalunya pelanggan inginkan kualiti yang baik dan harga yang murah.

iii) Memperbanyakkan peluang pekerjaan.

Pelbagai aktiviti professional, separa profesional dan tidak profesional seperti jurujual,
pegawai pemasaran disediakan melalui oleh bidang pemasaran kepada masyarakat. Ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Contohnya, Encik Ammar Roslizar telah telah terbabit secara serius dan sepenuh masa
membangunkan agensi pelancongannya sendiri selepas melihat potensi besar dalam industry
itu. Selain beliau. ARBA Travel & Tours turut digerakkan secara bersama oleh tiga rakan niaga
lain iaitu Ammar Shahrin sebagai Pengarah Operasi; Pengarah Pemasaran, Amiruddin
Hamidun dan Pengarah Teknologi, Wan Mohd Aizuddin Wan Mohamad. Encik Ammar
Roslizar juga berkata bahawa Syarikat ARBA Travel & Tours kini beroperasi dengan 28 orang
kakitangan yang berusia di antara 24 hingga 31 tahun.

3. Jelaskan langkah-langkah dalam menentukan pasaran sasaran dan kaitannya


dengan pakej pelancongan?

Pasaran sasaran ialah satu pasaran yang ingin ditumpukan perhatian oleh sesebuah firma yang
mengeluarkan sesuatu produk.
Antara langkah menentukan pasaran sasaran ialah:

4
i) Segmentasi Pasaran

Langkah segmentasi pasaran ialah pembahagian pasaran yang besar (pelbagai) kepada pasaran
yang kecil berdasarkan keperluan, ciri dan kriteria yang sama. Antarnya, ialah Segmentasi
Menggunakan Asas Demografi, Segmentasi Menggunakan Asas Psikografi, Segmentasi
Menggunakan Asas Gelagat dan Segmentasi Menggunakan Asas Geografi. Segmentasi
Menggunakan Asas Geografi ialah langkah membahagikan pasaran kepada unit-unit atau
kumpulan geografi yang berbeza berdasarkan lokasi seperti mengikut wilayah, negeri, mukim,
bandar, daerah ataupun taman perumahan.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours Sdh Bhd mengaplikasikan kaedah geografi
di mana syarikat membahagikan pasaran kepada unit-unit atau kumpulan geografi yang berbeza
berdasarkan negeri.

ii) Sasaran pasaran

Langkah sasaran pasaran ialah proses menilai daya tarikan setiap segmentasi pasaran yang telah
dikenal pasti dan memilih satu atau lebih segmen yang hendak dimasuki. Antaranya ialah
Pemasaran Tidak Dibezakan, Pemasaran Dibezakan, Pemasaran Tertumpu dan Pemasaran
Mikro. Pemasaran Tertumpu ialah strategi yang sesuai untuk syarikat yang mempunyai
sumber-sumber terhad di mana mereka akan cuba mendapatkan syer yang besar dari satu atau
beberapa subpasaran.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours Sdh Bhd melaksanakan pemasaran tertumpu di
mana mereka hanya menumpukan kepada satu segmen sahaja daripada keseluruhan pasaran
iaitu hanya pelancongan kepada rakyat Malaysia. Syarikat atau agensi tersebut tidak membuka
ruang kepada pelancong dari luar negara untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

iii) Pemposisian pasaran

Pemposisian pasaran ialah usaha meletakkan imej produk yang jelas, baik dan berbeza dalam
minda pengguna produk berbanding produk pesaing. Pemposisian pasaran termasuk cara
pemasar meletakkan produk dalam minda pengguna berbanding produk pesaing, termasuk
menanam manfaat unik sesuatu jenama dan pembezaan dalam minda pengguna dan juga
bagi memplotkan persepsi sesuatu jenama kerap digunakan.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours Sdh Bhd meletakkan baner dan membuat brochure
yang teliti, jelas maklumatnya serta kreatif supaya rakyat akan tertarik. Pihak Syarikat ARBA
Travel & Tours Sdh Bhd juga memastikan iklan mereka diulangi secara kerap untuk
mengingati rakyat tentang syarikat agensi mereka yang akan secara langsungnya melahirkan
rasa ingin mencuba perkhidmatan pelancongan.

5
4.Berikan buti-butir bagi 2 pakej pelancongan dalam bentuk pamplet yang merangkumi
maklumat seperti tarikh, destinasi percutian, harga pakej (perlu merangkumi harga
insurans kembara), tentatiflawatan, penerbangan dan transit serta penginapan.

6
5. Huraikan dua elemen faktor peribadi (individu) dan tiga elemen faktor psikologi
mempengaruhi gelagat pelanggan dalam pembelian pakej pelancongan.

Elemen Faktor Peribadi


Antara elemen faktor peribadi ialah:
i) Kedudukan ekonomi.
Kedudukan ekonomi merujuk kepada jumlah pendapatan, pendapatan boleh guna,
simpanan, hutang dan sikap untuk berbelanja berbanding menyimpan. Pengguna akan
membeli sesuau produk berdasarkan kedudukan ekonomi dan kemampuan untuk membeli
produk atau perkhidmatan.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours Sdh Bhd menawarkan pakej pelancongan
yang amat murah dan berpatutan harganya serta berkualiti. Hal ini membuat penggunanya
dari semua taraf kedudukan ekonomi khususnya kepada individu yang tidak stabil
kedudukan ekonominya ingin membeli pakej pelancongan Syarikat ARBA Travel & Tours
Sdh Bhd.

ii) Personaliti
Personaliti merujuk kepada ciri-ciri psikologi yang menonjol pada diri seseorang seperti
keyakinan diri menonjol pada diri seseorang dan membawa kepada tindakbalas yang
konsisten untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Personaliti yang
berbeza akan mempengaruhi gelagat pengguna dalam membuat keputusan pembelian.
Pengeluar perlu memahami personaliti pengguna yang berlainan dan seterusnya
menggunakan strategi pemasaran yang sewajarnya untuk mempengaruhi keputusan
pengguna.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours Sdh Bhd menyediakan hotel yang bertaraf dan
yang mempunyai pemandangan yang indah bagi pengguna pakej pelancongan mereka bagi
boleh membuatkan pengguna perkhidmatan mereka yang berlainan personality berasa
selesa dan dapat menenangkan fikiran selepas penat melancong ke banyak tempat.

Elemen Faktor psikologi

Antara elemen faktor psikologi ialah:

i) Motivasi diri.

Motivasi diri ialah dorongan yang menyebabkan seseorang bertindak untuk memenuhi
sesuatu keperluan. Pemasar mengkaji faktor-faktor motivasi yang mendorong pengguna
untuk membuat pembelian bagi memenuhi keperluan.
Contohnya, ramai pengguna memilih pakej pelancongan Syarikat ARBA Travel & Tours
Sdh Bhd kerana agensi ini memberikan insurans perjalanan bagi jaminan keselamatan
pengguna. Sebagai bukti insurans yang sah, Syarikat ARBA Travel & Tours Sdh Bhd juga

7
mempunyai kelulusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan juga Kementerian
Kesihatan Malaysia.

ii) Pengalaman

Pengalaman merupakan perubahan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh individu setelah


menggunakan sesuatau produk atau perkhidmatan.
Contohnya, pengguna yang telah menggunakan pakej pelancongan Syarikat ARBA Travel
& Tours Sdh Bhd akan pasti memilih pakej pelancongan syarikat ini semula jika ingin
melancong kerana telah mendapat pengalaman yang baik. Hal ini kerana, Syarikat ARBA
Travel & Tours Sdh Bhd menyempurnakan segala kehendak dan keperluan penggunanya.

iii) Tahap Kesetiaan.

Tahap kesetiaan ialah sekiranya pelanggan berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan
yang disediakan oleh pemasar, pelanggan akan melakukan pembelian secara berulangkali
serta tidak berubah untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang lain. Ia
merupakam nilai yang dipegang seseorang mengenai sesuatu benda atau perkara.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours Sdh Bhd mempunyai ramai pelanggan yang
sangat setia terhadap syarikat mereka dengan membeli pekej pelancongan syarikat mereka
berulang kali kerana Syarikat ARBA Travel & Tours Sdh Bhd telah memberikan layanan
dan perkhidmatan yang begitu memuaskan kepada pelanggan.

8
6. i) Jelaskan dua jenis risiko (boleh diinsuranskan) yang mungkin dihadapi oleh
pelanggan agensi pelancongan.

Risiko (boleh diinsuranskan) yang mungkin dihadapi oleh pelanggan agensi pelancongan ialah:

i) Risiko kesihatan

Risiko kesihatan ialah kemungkinan seseorang individu untuk menanggung kos perubatan yang
amat tinggi untuk menyembuh sesuatu penyakit yang dijangkiti atau dihidapinya.
Contohnya, Prof Madya Md Zahir Mat Cha yang berusia 51 tahun yang jatuh koma semasa
melancong ke Australia menyesal tidak mengambil insurans kesihatan. Hal ini kerana, keluarga
beliau terpaksa menanggung kos yang tinggi kerana beliau tidak mempunyai insurans.

ii) Risiko kemalangan

Risiko kemalangan ialah kemungkinan seseorang individu menghadapi atau terlibat dalam
sesuatu kemalangan yang memberi kesan negatif seperti kecederaan atau kemusnahan.
Contohnya, 3 orang pelancong telah terlibat dalam kemalangan yang amat serius dan telah
meninggal dunia semasa melancong di Sydney. Disebabkan merekan mempunyai insurans
kemalangan, segala urusan kematian telah ditanggung oleh pihak syarikat insurans.

ii) Kenalpasti dua jenis hazad dan contoh yang berkaitan dengan risiko yang dihadapi
oleh pelancong.

Jenis hazard ialah:

i) Hazard Morale

Hazard Morale ialah individu yang mempunyai sifat cuai atau tidak ambil kisah terhadap
musibah boleh meningkatkan kekerapan atau ketenatan kerugian.
Contohnya, Prof Madya Md Zahir Mat Cha telah cuai dengan tidak mengambil insurans
perjalanan yang menyebabkan beliau terpaksa menanggung segala kos perubatan yang tinggi
apabila beliau jatuh koma semasa melancong ke Australia.

ii) Hazard Moral

Hazard fizikal ialah keadaan fizikal yang meningkatkan kekerapan atau ketenatan kerugian.
Contohnya, 3 orang pelancong yang melancong ke Sydney telah meninggal dunia akibat
terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan dalam bas pelancongan ke sesuatu
destinasi disebabkan selekoh jalan yang tajam dan keadaan jalan yang berlubang-lubang.

9
iii) Cadangkan 2 produk perlindungan insurans yang boleh ditawarkan samada
berasaskan konsep konvensional atau takaful.

Antara produk insurans ialah:

i) Insurans kesihatan

Insurans Perubatan dan Kesihatan (IPK) ialah satu polisi yang melindungi kos rawatan
perubatan swasta yang memerlukan kos yang tinggi, seperti kos kemasukan ke hospital dan
pembedahan. Polisi insurans ini juga menjamin pembiayaan sekiranya anda memerlukan
rawatan kecemasan.
Contohnya, Syarikat Takaful Ikhlas menawarkan pakej IKHLAS Basic Term Takaful insurans
bagi individu 17 tahun hingga 70 tahun dengan pembayaran sebanyak RM200 sebulan bagi
insurans sebanyak RM50,000 untuk tempoh 20 tahun.

ii) Insurans Kemalangan

Insurans Kemalangan Diri adalah polisi insurans tahunan yang menyediakan pampasan
sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang semata-mata berlaku akibat
kemalangan. Kemalangan pula didefinisikan sebagai kejadian yang bersifat ganas, tidak
disengajakan, berbentuk luaran dan jelas kelihatan.
ContohnyaYarikat EZ Takaful menawarkan insurans dari hanya RM10 sebulan bagi individu
yang berusia 18-70 tahun seperti RM525,000 tunai sekaligus untuk Kematian dan Hilang
Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangandan sehingga RM250 tunai mingguan “manfaat
kehidupan” untuk Hilang Upaya Keseluruhan Sementara

10
7. Huraikan 4 langkah di dalam proses pengurusan risiko dan perkaitannya dengan
perniagaan pakej pelancongan.

i) Mengenalpasti pendedahan kerugian

Langkah pendedahan kerugian ialah mengenal pasti semasa pendedahan kerugian besar dan
kecil yang melibatkan peninjauan teliti semua potensi kerugian.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours Sdn Bhd mengesan masalah kerugian syarikat
mereka iaitu masalah penurunan nilai mata wang negara.

ii) Mengukur dan menganalisis pendedahan kerugian

Langkah mengukur dan menganalisis pendedahan kerugian ialah keperluan anggaran


kekerapan dan keterukan kerugian. Kekerapan kerugian ialah kemungkinan bilangan kerugian
dalam satu jangka masa manakala keterukan kerugian merujuk kepada saiz kerugian yang
mungkin berlaku.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours Sdn Bhd mengukur dan sentiasa memantau nilai
kerugian syarikat mereka serta juga memantau kekerapan syarikat perlu menanggung kerugian.

iii) Memilih teknik pengendalian rawatan risiko

Langkah memilih teknik pengendalian rawatan risiko melibatkan pemilihan teknik kawalan
risiko dan pembiayaan risiko. Teknik kawalan risiko melibatkan kaedah mengurangkan
kekerapan terhadap kerugian dan pembiayaan risiko melibatkan pengurusan membiayai
kerugiaan.
Contohnya, bagi mengurangkan risiko kerugian syarikat, Syarikat ARBA Travel & Tours Sdn
Bhd bercadang untuk meningkatkan harga pakej pelancongan syarikat sebagai langkah
keselamatan apabila nilai mata wang negara jatuh.

iv) Melaksana dan memantau program pengurusan risiko

Langkah melaksana dan memantau program pengurusan risiko melibatkan polisi pengurusan
risiko dan manual pengurusan risiko yang merangkumi semua jabatan di organisasi.
Contohnya, Syarikat ARBA Travel & Tours Sdn Bhd meningkatkan semua harga pakej
pelancongan sebanyak 5% apabila nilai mata wang negara telah jatuh secara drastik.
Berdasarkan laporan tahunan syarikat tersebut, langkah ini telah menyelamatkan syarikat
mereka dari mengalami masalah kerugian yang amat besar.

11
LAMPIRAN

12

You might also like