You are on page 1of 12

SOALAN 1

Pemasaran ialah satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan
melaksanakan konsep produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk
menggalakkan berlaku pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa
yang sama mencapai objektif organisasi.

PRODUK

Produk ialah apa sahaja yang ditawarkan dipasaran untuk perhatian, perolehan,
kegunaan atau belian yang memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Contohnya, ARBA
Travel & Tour Sdn Bhd menawarkan pakej pelancongan ke luar negara kepada pengguna.

PENENTUAN HARGA

Penentuan harga ialah nilai yang diletakkan ke atas sesuatu barangan ataupun
servis yang dijual. Contohnya, ARBA Travel & Tour Sdn Bhd meletakkan harga yang
berpatutan bagi pakej pelancongan ke Perancis dan United Kingdom yang ditawarkan
mereka. Syarikat ARBA Travel & Tours Sdn Bhd menggunakan harga psikologi dengan
menawarkan harga yang berpatutan bagi mempengaruhi pelanggan kepada emosi.

PROMOSI

Promosi merupakan bentuk-bentuk komunikasi yang digunakan untuk


memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang
dikeluarkan ataupun yang dijual oleh sesebuah syarikat. Contohnya, ARBA Travel & Tour
Sdn Bhd membuat promosi melalui promosi melalui sistem visa yang dapat memasarkan
pakej pelancongan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

PENGEDARAN PRODUK

Pengedaran produk ialah proses memindahkan produk dari pusat pengeluaran


kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki mereka. Contohnya, syarikat ARBA
Travel & Tours Sdn Bhd yang melabur dalam teknologi digital apabila sudah membangunkan
satu sistem kecerdasan buatan (AI) yang mampu membantu melancarkan operasi syarikat
serta memudahkan menyampaikan maklumat syarikat kepada para pengguna.
SOALAN 2
Kepentingan pemasaran bagi pakej pelancongan kepada individu pengguna di Malaysia
terbahagi kepada tiga iaitu

i) Memenuhi kepuasan pengguna


Pemenuhan kepuasan ini untuk memenuhi keperluan dan kehendak
manusia. Contohnya, ARBA Travel & Tours Sdn Bhd yang menawarkan pelbagai
tempat menarik di serata UK dan Perancis kepada pelanggan kerana pengalaman
mereka belajar di luar negara.
ii) Menjalani kehidupan yang lebih baik
Aktiviti pemasaran sentiasa mengkaji keperluan, kehendak, dan
kemampuan pengguna menurut aliran semasa. Contohnya, ARBA Travel & Tours
Sdn Bhd yang berjanji tidak akan menawarkan pengalaman ‘tourist trap’ kepada
pelanggan dalam setiap pakej pelancongan mereka.
iii) Memperbanyakkan peluang pekerjaan
Pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti professional, separa
professional dan tidak professional dengan peluang pekerjaan kepada anggota
masyarakat. Peluang pekerjaan dan peluang perniagaan boleh dijalankan oleh
anggota masyarakat secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan
ekonomi negara. Contohnya dengan perkembangan pelancongan pada masa kini,
ARBA Travel & Tours Sdn Bhd dapat menawarkan pelbagai peluang pekerjaan
kepada individu di negara kita seperti bekerja secara sambilan bagi pelajar lepasan
SPM atau mengambil pelajar lepasan ijazah bagi bidang perakaunan sebagai
akauntan syarikat mereka.
SOALAN 3

Langkah-langkah dalam menentukan pasaran sasaran terbahagi kepada tiga iaitu segmentasi
pasaran, sasaran pasaran dan pemposisian pasaran.

i) Segmentasi Pasaran
Segmentasi pasaran ialah pembahagian pasaran yang besar kepada
pasaran yang kecil berdasarkan keperluan, ciri dan kriteria yang sama. Tujuannya
supaya syarikat lebih memahami keperluan dan kehendak pengguna. Pengusaha
syarikat pelancongan mestilah waspada dengan keadaan sekeliling dan
mengetahui asas segmentasi iaitu gelagat, demografi, psikografi dan geografi.
Elemen geografi ialah elemen terpenting dalam pakej pelancongan kerana ia
melibatkan aspek lokasi, cuaca, dan masa. Contohnya, ARBA Travel & Tours Sdn
Bhd yang menawarkan pakej pelancongan ke United Kingdom dan Perancis.

ii) Sasaran Pasaran


Sasaran pasaran ialah proses menilai daya tarikan setiap segmen
pasaran yang dikenal pasti dan memilih satu atau lebih segmen yang hendak
dimasuki. Sasaran pemasaran terbahagi kepada empat iaitu pemasaran tidak
dibezakan, pemasaran dibezakan, pemasaran tertumpu, pemasaran mikro. ARBA
Travel menumpukan kepada pasaran tertumpu. Contohnya, ARBA Travel &
Tours Sdn Bhd hanya menawarkan dan menumpukan kepada pakej pelancongan
ke UK dan Perancis sahaja kepada penggunanya.

iii) Pemposisian Pasaran


Pemposisian pasaran ialah usaha meletakkan imej produk yang
jelas, baik dan berbeza dalam minda pengguna berbanding produk pesaing.
Tujuannya untuk mendefinisikan produk kepada pengguna, menyampaikan ciri-
ciri yang relevan kepada pengguna dan membantu pengguna mengingati produk.
Sebagai contoh, ARBA Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan melakukan “tourist
trap” kepada pelanggannya.

SOALAN 4

SILA RUJUK PADA LAMPIRAN 1 DAN 2


SOALAN 5

Dua elemen faktor peribadi (individu) ialah kedudukan ekonomi dan personaliti

i) Kedudukan ekonomi
Kedudukan ekonomi merujuk kepada jumlah pendapatan,
pendapatan boleh guna, simpanan, hutang dan sikap untuk berbelanja berbanding
menyimpan. Keadaan ekonomi yang berkembang meningkatkan kuasa beli
pengguna. Oleh itu, syarikat ARBA Travel & Tours Sdn Bhd meletakkan harga
yang sangat berpatutan seiring dengan keadaan ekonomi semasa kepada individu
untuk melancong ke luar negara.
ii) Personaliti
Personaliti merujuk kepada ciri-ciri psikologi yang menonjol pada
diri seseorang seperti keyakinan diri menonjol pada diri seseorang dan membawa
kepada tindakbalas yang konsisten untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan
yang ditawarkan. Contohnya, golongan yang gemar menonton bola dan
menggemari pasukan bola sepak dari England akan cenderung untuk melancong
ke United Kingdom untuk melihat pasukan bola sepak kegemaran mereka seperti
Manchester United, Arsenal dan Liverpool.

Tiga elemen faktor psikologi mempengaruhi gelagat pengguna dalam pembelian pakej
pelancongan ialah persepsi terhadap produk, pengalaman, dan tahap kesetiaan

i) Persepsi terhadap produk


Individu memperolehi, memilih, mengelola dan menafsir maklumat ke
dalam semasa yang mungkin diperolehi dari pembacaan, rakan atau lain-lain.
Contohnya, persepsi pengguna terhadap negara yang ditawarkan oleh ARBA
Travel & Tours Sdn Bhd mempengaruhi pilihan mereka. Pengguna lebih
cenderung memilih pakej pelancongan yang menarik dan murah.

ii) Pengalaman
Pengalaman baik akan membuatkan seseorang pelanggan melakukan
ulangan pembelian. Pengalaman merupakan perubahan tingkahlaku yang
ditunjukkan oleh individu setelah menggunakan sesuatu produk atau pembelian.
Contohnya, pengalaman yang mengujakan pelanggan ke sesebuah negara
mendorong seseorang itu mengulang percutiannya ke destinasi yang sama.
iii) Tahap kesetiaan
Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan
yang disediakan oleh pemasar, pelanggan akan melakukan pembelian secara
berulangkali serta tidak berubah untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan
yang lain. Ia merupakan nilai yang dipegang seseorang mengenai sesuatu benda
atau perkara. Contohnya, seseorang yang pernah menggunakan pakej pelancongan
dari syarikat ARBA Travel & Tours Sdn Bhd berkemungkinan tidak akan
bertukar kepada syarikat lain.

SOALAN 6

i) Dua jenis risiko (boleh diinsuranskan) yang mungkin dihadapi oleh pelanggan
agensi pelancong ialah risiko kesihatan dan risiko kemalangan
Risiko kemalangan
Pelancong yang melancong ke negara luar berpotensi untuk
menghadapi risiko kemalangan semasa perjalanan atau semasa melancong di
negara tersebut. Contohnya, menurut laporan dari Berita Harian pada Rabu, 16
Oktober 2019, seorang rakyat Malaysia maut, manakala 10 lagi cedera setelah bas
yang mereka naiki ketika mengikuti satu rombongan terlibat dengan kemalangan
di Afyonkarahisar, Turki.

Risiko jatuh sakit


Pelanggan mempunyai risiko untuk jatuh sakit semasa melancong ke
luar negara. Pelanggan disarankan untuk membeli insurans sebelum melancong.
Contohnya, menurut laporan Berita Harian pada Selasa, 20 Disember 2016,
seorang pesara kerajaan koma dan sedang bertarung nyawa dan terlantar dalam
keadaan kritikal selepas diserang darah tinggi di Hospital Ankara, Turki.
ii) Dua jenis hazad dan contoh yang berkaitan dengan risiko yang dihadapi oleh
pelancong ialah hazard fizikal dan hazard morale.

Hazard Fizikal
Hazard fizikal ialah keadaan fizikal yang meningkatkan kekerapan
atau ketenatan kerugian. Contohnya, Md Zahir yang diserang angin ahmar dan
dikerjakan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital St Vincent’s serta terpaksa
menanggung kos perubatan tinggi di negara Australia.

Hazard Morale
Hazard morale ialah individu yang mempunyai sifat cuai atau tidak
ambil kisah terhadap musibah boleh meningkatkan kekerapan atau ketenatan
kerugian. Contohnya, Md Zahir yang tidak mempunyai insurans perjalanan,
sebaliknya penganjur rombongan lawatan kerja diikuti beliau hanya mengambil
insurans penerbangan sahaja.

iii) Dua produk perlindungan insurans yang boleh ditawarkan kepada pelanggan
sebagai pelengkap kepada pakej pelancongan ialah

Syarikat Allianz Travel Insurance


Syarikat ini menanggung kos kesihatan dengan memberi jumlah perlindungan
sebanyak RM 350,000. Tempoh perlindungan yang diberi oleh syarikat ini adalah
sepanjang percutian tersebut.

Syarikat Takaful Malaysia


Syarikat ini menanggung kos kemalangan dengan memberi jumlah perlindungan
sebanyak RM 900,000. Tempoh perlindungan yang diberikan oleh syarikat ini
adalah sepanjang percutian tersebut.
SOALAN 7

Empat langkah di dalam proses pengurusan risiko dan perkaitannya dengan perniagaan pakej
pelancongan ialah mengenalpasti pendedahan kerugian, mengukur dan menganalisis
pendedahan kerugian, memilih teknik pengendalian rawatan risiko, melaksana dan memantau
program pengurusan risiko

i) Mengenalpasti pendedahan kerugian


Mengenalpasti semua pendedahan kerugian besar dan kecil. Langkah ini
melihatkan peninjauan teliti semua potensi kerugian. Seperti kerugian aset,
kemalangan pekerja dan jenayah. Sebagai contoh, kakitangan syarikat ARBA
Travel & Tours Sdn Bhd pecah amanah dalam melaksanakan kerja.

ii) Mengukur dan menganalisis pendedahan kerugian


Memerlukan angggaran kekerapan dan keterukan kerugian. Kekerapan kerugian
merujuk kepada kemungkinan bilangan kerugian dalam satu jangka masa.
Keterukan kerugian merujuk kepada saiz kerugian yang mungkin berlaku. Sebagai
contoh, suatu rompakan telah berlaku di syarikat ARBA Travel & Tours Sdn Bhd
telah mengakibatkan kekerapan kerugian.

iii) Memilih teknik pengendalian rawatan risiko


Melibatkan pemilihan teknik kawalan risiko dan pembiayaan risiko. Teknik
kawalan risiko melibatkan kaedah mengurangkan kekerapan terhadap kerugian
dan pembiayaan risiko melibatkan pengurusan membiayai kerugian. Contohnya,
ARBA Travel & Tours Sdn Bhd menguatkan sistem keselamatan agar kecurian
tidak berulang lagi.

iv) Melaksana dan memantau program pengurusan risiko


Melibatkan polisi pengurusan risiko dan manual pengurusan risiko yang
merangkumi semua jabatan di organisasi. Contohnya, pengurus syarikat ARBA
Travel & Tours Sdn Bhd sentiasa memantau kakitangan pekerja dan mengambil
tahu hal tentang syarikat tersebut.
RUJUKAN

 Pengurus Perniagaan (AP025) Semester 2 2019/2020


 Mohd Fahmi Mohd Yusof (2016), Berita Harian, “Pesara kerajaan koma di Turki
mohon bantuan kos perubatan”, https://www.bharian.com.my/node/225571.
 Fazrik Kamaruddin (2019), Berita Harian, “Bas pelancong Malaysia kemalangan di
Turki”, https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/618553/bas-pelancong-
malaysia-kemalangan-di-turki

You might also like