You are on page 1of 6

NO 19, JALAN LAGENDA 1/1, TAMAN LAGENDA,

09400, PADANG SERAI, KEDAH. DARUL AMAN.


019 4930936 / 0111 4894848 / 0112 8443644

E-mail: fadlim_travel@yahoo.com /
fadlimtravel@gmail.com

1.0 PENGENALAN

Fadlim Travel & Tours Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada 1 September 2015 di
bawah Akta Syarikat 1965 dan kini telah bergiat aktif menjalankan perniagaan
pengendalian pelancongan dalam luar negeri dan agensi pengembaraan.
Syarikat telah beroperasi secara aktif selama lebih 1 tahun dalam perniagaan
pelancongan dengan menawarkan pelbagai pakej pelancongan, perkhidmatan bas,
tempahan hotel dan pemandu pelancong.
Sepanjang operasi, syarikat telah menerima banyak tempahan pakej terutamanya bagi
aktiviti pakej berkumpulan. Kebiasaannya, pakej berkumpulan ini bukan sahaja diterima
daripada pelancong tempatan yang tinggal di sekitar kawasan Kulim malah terdapat
permintaan yang tinggi turut diterima daripada syarikat-syarikat atau jabatan kerajaan di
sekitar Pulau Pinang, Alor Setar dan Sungai Petani.
Usaha mempelbagaikan pakej-pakej pelancongan dari semasa ke semasa turut
dilaksanakan oleh syarikat bagi memenuhi kehendak pasaran dan permintaan
pelancong. Di antara pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan adalah bersifat alam
sekitar (eko-pelancongan), hiburan, rombongan pelajar, mesyuarat, seminar dan
sebagainya.
(Sila Rujuk: Pakej-Pakej Pelancongan Syarikat)
Sebagai sebuah agensi pengembaraan berlesen, syarikat kini turut aktif sebagai
Ticketing Agent dengan menawarkan perkhidmatan tempahan tiket penerbangan dari
pelbagai syarikat penerbangan seperti MAS, Air Asia, Fire Fly dan sebagainya. Dengan
peningkatan jumlah permintaan terhadap pengangkutan udara, permintaan bagi
tempahan tiket penerbangan turut meningkat dari semasa ke semasa.
Syarikat turut melengkapkan pejabat dengan sistem ABACUS untuk melancarkan
operasi tempahan tiket penerbangan di samping menempatkan kakitangan yang
berpengetahuan dan berpengalaman dalam kedua-dua bidang iaitu pengendalian
pelancongan dan agensi pengembaraan.
Kemampuan syarikat untuk terus bersaing dan berkembang sentiasa dipertingkatkan
dengan penyertaan aktif dalam sebarang perbincangan dan usahasama dengan
pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam menghadapi saingan industri pelancongan
yang serba mencabar.

2.0 OBJEKTIF SYARIKAT


Objektif penubuhan syarikat Fadlim Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah untuk
meningkatkan dan mengembangkan perniagaan dalam bidang pelancongan ke peringkat
antarabangsa di samping memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan
kepada para pelanggan dengan harga pakej yang murah dan mampu dibayar oleh setiap
pelanggan.

3.0 MISI
Misi kami adalah untuk menyediakan pakej pelancongan yang selesa, selamat, serta
makanan halal pada harga yang paling kompetitif serta mengutamakan kepuasan
pelanggan.

4.0 VISI
Menjadi agen pelancongan terbaik di utara yang menawarkan pelbagai pakej
pelancongan di dalam dan di luar negara.

5.0 MOTO
Murah Tapi Berkualiti!

6.0 PROFILE SYARIKAT


NAMA SYARIKAT
ALAMAT BERDAFTAR
ALAMAT PERNIAGAAN
NO. TELEFON

FADLIM TRAVEL & TOURS SDN.


BHD.
NO. 19 JALAN LAGENDA 1/1,
TAMAN LAGENDA, PADANG SERAI,
KEDAH DARUL AMAN MALAYSIA
NO. 19 JALAN LAGENDA 1/1,
TAMAN LAGENDA, PADANG SERAI,
KEDAH DARUL AMAN MALAYSIA
+6019-493 0936

E-MAIL

fadlim_travel@yahoo.com
fadlimtravel@gmail.com

NO. LESEN

NO. KKKP : KPK/LN 2615

NO. SYARIKAT

265789-M

JENIS PERNIAGAAN

STATUS BUMIPUTRA

Pengendalian
Pelancongan
Dalam Negeri
Pengendalian Pelancongan Luar
Negara
Agensi Pengembaraan
100% SYARIKAT BUMIPUTRA

PENGARAH

PENGALAMAN

TUAN HAJI ABDUL HALIM BIN


MD SALLEH
PUAN HAJJAH FADZIAH BINTI
ABDUL MAJID
BERPENGALAMAN SELAMA LEBIH
DUA PULUH (20) TAHUN

7.0 AKTIVITI SEMASA SYARIKAT


Fadlim Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan pelancongan ke destinasidestinasi pelancongan seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan bas
persiaran. Antara tempat-tempat yang sering menjadi pilihan ialah Pulau Langkawi,
Cameron Highland, Genting Highland, Melaka dan Pulau Tioman.
Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi perkhidmatan pengangkutan, tempahan
penginapan serta penyediaan makanan bagi acara-acara tertentu. Syarikat ini juga
menyediakan perkhidmatan tempahan bilik mesyuarat dan dewan seminar.
Sehingga kini Fadlim Travel & Tours Sdn. Bhd. telah mengembangkan perniagaaannya
dalam bidang perkhidmatan pengangkutan selaras dengan kemajuan yang pesat dalam
bidang ini. Hampir kesemua perkhidmatan yang ditawarkan mendapat kepuasan hati
para pelanggan serta memantapkan lagi operasi syarikat dalam bidang pengangkutan.

8.0 STRATEGI & PERANCANGAN PEMASARAN


Promosi
Syarikat Fadlim Travel & Tours Sdn. Bhd. akan menjalankan promosi secara meluas
bagi pasaran tempatan dan antarabangsa. Syarikat memberi penekanan kepada promosi
melalui media cetak iaitu penyediaan seperti brochures dan kad perniagaan.

Pelanggan
Pelanggan syarikat ini terdiri daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan
swasta serta pelajar sekolah.
Hubungan Dengan Agensi Pelancongan Lain
Syarikat ini mempunyai hubungan yang baik dengan pihak hotel terutamanya di destinasi
utama dalam negara dan luar negara.
Harga Yang Terbaik
Syarikat akan sentiasa memastikan harga yang ditawarkan adalah tidak membebankan
pelanggan disamping dapat menjamin keuntungan jangka panjang syarikat.

9.0 CARTA ORGANISASI & PENGURUSAN SYARIKAT

PENGARAH 1

SETIAUSAHA SYARIKAT

PENGARAH 2

PENGURUS

PEGAWAI

PEMASARAN & PENGANGKUTAN

EKSEKUTIF

PENYELARAS
PELANCONGAN

KERANI
PENYELARAS

10.0 BIDANG TUGAS


Ahli Lembaga Pengarah
Merupakan pemilik syarikat yang sah, bertanggungjawab membuat keputusan dan
meluluskan cadangan/perancangan aktiviti syarikat.
Pengarah Urusan
Dilantik sebagai ketua dalam membuat keputusan atau menentukan perjalanan operasi
syarikat. Selain itu turut bertanggungjawab membahagi tugas dan menyelia operasi
setiap bahagian.
Pengurus Pemasaran & Pengangkutan
Merekabentuk produk perkhidmatan pengangkutan mengikut kehendak pasaran dan
harga semasa.
Pegawai Eksekutif
Menjalankan kerja-kerja bahagian pengurusan seperti merekod senarai pelanggan,
maklumat kakitangan dan kedudukan kewangan syarikat.
Penyelaras Pelancongan
Menjalankan kerja-kerja bahagian pengkeranian, melancarkan pengagihan broser-broser
pakej syarikat, merekod maklumat dan senarai pelanggan serta susun atur pejabat.
KERANI
Menjalankan kerja-kerja bahagian pengkeranian,
Penyelaras Stor
Menguruskan segala barang-barang di dalam stor,penghantaran

11.0 KESIMPULAN
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memajukan lagi industri pelancongan negara,
maka adalah penting kepada syarikat untuk mendapat sokongan dari pihak
kementerian untuk mengorak langkah menceburi salah satu sektor terpenting dalam
industri pelancongan iaitu sektor pengangkutan.
Syarikat yakin, pengurusan yang sedang dilaksanakan sekarang tidak akan terganggu
dengan adanya operasi perkhidmatan bas persiaran dan bas sekolah.

You might also like