You are on page 1of 2

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.

Yang Berusaha, Encik Abdul Rahman


bin Hassan, Pengurus Kompleks Beli – Belah Sri Delima; dif-dif kehormat; para
pengunjung; dan hadirin yang budiman. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah faedah
kewujudan banyak kompleks beli-belah di Malaysia.
Para hadirin sekalian,
Kewujudan pusat membeli- belah semakin bertambah selari dengan kemajuan
ekonomi, taraf hidup dan cara hidup masyarakat. Perubahan dari konsep tradisional
kepada konsep moden dari segi imej dan peranan pusat membeli- belah dapat menarik
minat pelancong untuk datang. Salah satu ciri pusat perniagaan yang baik termasuklah
tempatnya mudah dikunjungi, mempunyai pelbagai kemudahan untuk pengguna dan
mempunyai imej yang terkenal. Pusat membeli- belah yang mempunyai tapak yang
strategik dilihat mampu bersaing dengan pusat membeli- belah yang kedudukannya
kurang strategik.
Malaysia telah lama menyedari kepentingan aktiviti membeli-belah sebagai pemacu
pertumbuhan sektor pelancongan negara. Justeru, Sekretariat Membeli-belah Malaysia
telah ditubuhkan pada 2002 di bawah kelolaan Tourism Malaysia bertujuan untuk
mempertingkatkan usaha membangunkan Malaysia sebagai destinasi beli-belah yang
unggul. Kerjasama erat yang terjalin antara kerajaan dan para penggiat industri
pelancongan Malaysia dalam membangunkan sektor beli-belah negara telah
membolehkan Malaysia menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.
Pada 2012, Kuala Lumpur juga telah disenaraikan sebagai Destinasi Beli-belah Ke-2
Terbaik di Asia Pasifik oleh Globe Shopper Index yang diperkenalkan oleh Economist
Intelligence Unit dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Ekonomi serta
dikomisyenkan kepada Global Blue, sebuah syarikat pelancongan beli-belah berpusat
di Switzerland. Sebanyak 25 bandar di rantau Asia Pasifik telah dinilai mengikut lima
kategori, iaitu rangkaian kedai, budaya dan persekitaran, hotel dan pengangkutan,
keupayaan membeli dan kemudahan membeli-belah.
Para hadirin yang saya kasihi,
Tiga daripada 12 EPP tersebut melibatkan pembangunan yang sesuai untuk aktiviti
membeli-belah dengan cara mempromosikan negara sebagai destinasi beli-belah
bebas cukai; menjadikan Bukit-Bintang KLCC sebagai lokasi beli-belah yang hebat; dan
menubuhkan pusat-pusat beli-belah premium.
Sekretariat Membeli-belah Malaysia juga menerajui Kempen Membeli-belah
Kebangsaan untuk membantu meningkatkan kedatangan pelancong asing. Sejak 2007,
kedatangan pelancong asing telah meningkat antara 0.4% hingga 7.6% semasa
kempen membeli-belah kebangsaan yang diadakan tiga kali setiap tahun berlangsung:

Aktiviti membeli-belah juga merupakan komponen yang lumayan dalam industri


pelancongan. Ia merupakan komponen kedua terbesar daripada jumlah keseluruhan
perbelanjaan pelancong selepas sektor penginapan. Tahun 2013 mencatatkan
pendapatan sebanyak RM65.44 bilion dengan peningkatan sebanyak 8.1% berbanding
RM60.6 billion pada tahun 2012.
Pada tahun lepas, pelancong telah membelanjakan sebanyak RM19.76 billion untuk
membeli-belah di Malaysia, meningkat sebanyak 6.3% daripada RM18.59 bilion yang
dibelanjakan pada 2012. Aktiviti membeli-belah menyumbang sebanyak 30.2%
daripada jumlah keseluruhan pendapatan pelancongan pada tahun tersebut berbanding
30.7% pada 2012.
Dua daya tarikan yang penting kepada ketiga-tiga kluster motif faedah membeli-belah
ialah kemudahan dan keselesaan fizikal pusat beli belah; serta imej dan reputasi pusat
membeli-belah. Kemudahan dan keselesaan adalah berkait dengan daya tarikan fizikal
yang dapat dilihat dengan jelas, manakala imej dan reputasi adalah daya tarikan yang
tidak boleh dilihat dengan pandangan mata kasar tetapi dibentuk oleh pihak
pengurusan dengan usaha-usaha tertentu sehingga menonjolkan imej yang tertentu.
Pihak pengurusan pusat membeli-belah di metropolitan Kuala Lumpur perlu sentiasa
menyediakan dan menambahbaik kemudahan dan keselesaan fizikal dan bukan fizikal
kepada pengunjung tanpa mengira motif sebenar mereka. Selain daripada memberi
kemudahan kepada peniaga dan pembeli, pusat beli belah juga dapat menyumbang
kepada proses pembangunan bandar-bandar seperti berlaku di Jepun dan Singapura
(Myer-Ohle 2009). Gedung-gedung membeli belah telah diletakkan di tengah-tengah
bandar berkepadatan tinggi di Jepun dan Singapura bagi memangkinkan pembangunan
bandar-bandar terlibat.

Para hadirin yang budiman,


Sesungguhnya, pengunjung merupakan elemen penting dalam mempengaruhi
kemajuan pusat membeli-belah. Pengunjung adalah pembeli terhadap produk dan
perkhidmatan yang disediakan oleh pusat membeli belah. Semakin sengit persaingan di
antara sesama pusat membeli-belah semakin gigih pula usaha mereka mempromosi
dan menarik pelanggan demi memenuhi cita rasa pengunjung dengan menawarkan
pelbagai keunikan. Sehubungan itu kejayaan pusat membeli-belah sangat bergantung
kepada keupayaannya memenuhi motif membeli-belah pengunjung.

You might also like