You are on page 1of 15

Pengenalan

Industri Pelancongan di Malaysia telah dikenalpasti sebagai pendorong utama di


dalam sektor perkhidmatan. Sektor pelancongan telah mengambil peranan yang
lebih besar dalam merangsangkan ekonomi dalam tempoh Rancangan Malaysia
kelapan dahulu. Teras keseluruhan dasar dalam sektor pelancongan ialah untuk
mencapai pertumbuhan pelancongan yang mampan bagi merealisasikan potensi
pekerjaan yang banyak dan kesan penjanaan pendapatan di tahap negara, negeri
dan kawasan tempatan.Satu pendekatan holistik dan bersepadu yang memberi
pengaruh keatas inovasi dan daya tenaga sektor swasta, layanan baik, sopansantun dan kesedaran sivik orang awam dan juga sokongan dari Kerajaan adalah
amat perlu untuk menaikkan industri pelancongan ke tahap pencapaian yang lebih
tinggi.
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian
berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran
asing serta memasyhurkanMalaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2
juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang
menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran
asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta
pelancong yang diramalkan akan datang keMalaysia. Malaysia juga merupakan
negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China dan
Hong Kong. Manakala pada tahun 2015 jumlah ketibaan pelancong ke Malayisa
menurun 8.6 peratus bagi sukuk pertama berbanding ytempoh sama tahun 2014
iaiti daripda 7.091 juta kepada 6.482 juta.( My Metro, 18 Jun 2015). Malaysia
merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi diAsia yang
bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga
tempatan. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu
pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan
sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam
abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya
dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri
pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko,
alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem
pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif
dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kejayaan industri
pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan
(melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam

dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada cerita-cerita
(pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia.
Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di
Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan
mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik
Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang
luar kenegara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di
matadunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada
penggunamerasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat
ladang buah- buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya

Apa itu Industri Pelancongan


Perkataan tourism datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan
juga Greek iaitutornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu
bulatan.Pada awalnya, Jafari (1977) mendefinisikan pelancongan sebagai, Suatu
kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta
penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan
ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan
persekitaran. Seterusnya, Leiper (1981) menjelaskan pelancongan sebagai, Suatu
sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen
manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan
persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri
pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara
bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.
Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi pengertian
yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri
pelancongan. Secara khususnya WTO atau World Tourism Organization merujuk
kepada, Aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar
daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun
bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya. Definisi WTO ini secara langsung
membawa kepada pengertian apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan
antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik dan pelancongan
kebangsaan.Selain itu, McIntosh dan rakan-rakan (1995) mengatakan bahawa
pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat daripada
interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan
rumah dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing. Secara tidak langsung,
definisi ini menjelaskan pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan ke suatu
tempat lain dalam tempoh semalam, bertujuan berhibur, berehat, berniaga dan
sebagainya.

Dari segi perspektif sejarah pula, pelancongan adalah bermula kira-kira


5000 tahun yang telah lalu selaras dengan perkembangan pertanian intensif, kota,
kapal laut dan juga wang sebagai satu medium pertukaran pada tahun itu.
Perjalanan ini telah berlaku yang didorong oleh perdagangan, ketenteraan dan
pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria, Yunani, Mesir, Parsi dan
Rom di rantau Mediterranean dan juga Timur Tengah. Apabila empayar tersebut
telah berkembang terutamanya di dalam abad yang ke dua Masihi, orang-orang
Rom khususnya telah membina sistem jalan raya yang lebar dan telah membinanya
dengan sangat baik sekali bertujuan untuk menyediakan perhubungan pentadbiran
dan juga perdagangan dari seluruh empayar dari Tembok Hadrian di Britain hingga
sampai ke Euphrates di Timur Tengah. Rumah-rumah tumpangan yang telah
didirikan di setiap 30 batu di sepanjang jalan dan terdapat beberapa buah hotelhotel di kebanyakkan bandar-bandar. Rumah-rumah tumpangan ini telah dikaitkan
dengan piktograf yang telah menunjukkan status kemudahan dan juga
perkhidmatan.
Tahap Pembangunan Industri Pelancongan

Dalam konteks Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran wang
asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna
tenaga. Kedatangan pelancong sejumlah 16.4 juta pada tahun 2005 telah
menyumbang sebanyak RM 18.1 bilion kepada pendapatan negara (Malaysia,
2006). Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi oleh
perubahan yang besar dan potensi industri pelancongan pada masa hadapan.
Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada
pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam

perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan (Nurulashila


Khalid, 2006).

Sistem Pelancongan
Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan baru yang dapat memacu
pertumbuhan industri-industri lain yang berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju menjelang tahun 2020. Dalam
sistem pelancongan, aspek yang perlu diberi penekanan adalah kewujudan
pelancong, pembekal barangan ataupun perkhidmatan pelancongan, kerajaan dan
juga tuan rumah destinasi yang terpilih. Dalam erti kata lain, keempat-empat
elemen ini perlu terlibat dalam mewujudkan sebuah industri pelancongan. Apabila
seseorang individu itu melancong, bermakna mereka adalah pelancong yang
memerlukan perkhidmatan seperti penginapan dan pengangkutan. Dalam sistem
pelancongan terdapat dua bahagian utama yang memainkan peranan dalam
menentukan perkembangan dan kemajuan dalam industri pelancongan iaitu
bahagian pasaran dan bahagian pembekalan.

Komponen Populasi
Dalam bahagian pasaran, kompenen yang memainkan peranan dalam
menentukan perkembangan dan kemajuan industri pelancongan ialah kompenen
populasi. Dalam pelancongan, individu yang terlibat dikategorikan kepada dua iaitu
penduduk setempat dan pelawat. Apabila kedua-duanya mengembara, wujudlah
istilah pengembara atau pelawat. Pengembara pula dapat dilihat dalam dua aspek
iaitu mereka yang mengembara dalam skop pelancongan dan mereka yang
mengembara bertujuan memenuhi aktiviti lain. Mengikut perspektif pelancongan,
mereka yang mengembara dalam skop pelancongan dikenali sebagai pelancong.

Pelancong biasanya mempunyai motivasi yang berbeza yang mendorong


mereka untuk melancong seperti terdapat pelancong yang melancong bertujuan
untuk menambah minat dalam kehidupan dan terdapat juga pelancong yang
melancong sekadar untuk memenuhi keperluan untuk berehat dan mengenali diri
sendiri. Pelancong yang mempunyai motivasi yang berbeza mendorong seseorang
untuk melancong dan mempengaruhi kehendak terhadap lawatan yang dilakukan
seperti pelancong yang merasakan hidup terlalu pendek berkecenderungan untuk
mencuba segala aktiviti dan melawati destinasi-destinasi yang sukar didapati.
Selain itu, pelancong biasanya melancong ke suatu destinasi bertujuan memenuhi
beberapa aktiviti antaranya tujuan perniagaan, melawat kawan dan keluarga atau

serta berhibur. Tujuan mereka melancong ini seterusnya mewujudkan kategori dan
jenis pelancong dalam industri pelancongan.

Bahagian Pembekalan
Bagi melengkapkan keberkesanan dan keselesaan dalam industri
pelancongan, pembekal perlu membekal serta menawarkan produk atau pun
perkhidmatan pelancongan kepada pelancong. Terdapat tiga kompenen utama yang
perlu diberi perhatian dalam industri pelancongan. Kompenen-kompenen ini adalah:

Komponen Pengangkutan
Sektor pengangkutan memainkan peranan penting bagi memastikan
pelancong sampai ke destinasi yang hendak dituju. Malah, sektor pengangkutan
masa kini adalah salah satu produk yang ditawarkan dalam industri pelancongan.
Terdapat pelbagai mod pengangkutan antaranya jalan raya, air, udara dan
landasan. Pengangkutan yang berdasarkan mod jalan raya lebih mudah ditawarkan
kerana ia banyak digunakan masa kini memandangkan kos penggunaannya juga
lebih murah. Malah, bagi tujuan pelancongan masa kini, penggunaan bas ekspres
sering kali digunakan terutamanya oleh mereka yang melancong secara
berkumpulan. Mod pengangkutan udara walaupun mahal tetapi penting kerana ia
dapat menghubungkan destinasi yang tidak mempunyai mod pengangkutan jalan
raya dan air. Penggunaan pengangkutan udara juga dapat menjimatkan masa
terutamanya perjalanan antarabangsa. Mod pengangkutan air pada masa kini lebih
kerap digunakan dalam pelancongan bagi tujuan berehat dan berhibur. Ini terbukti
dengan wujudnya kapal pelayaran. Pemilihan pelancong dalam memilih mod
pengangkutan dipengaruhi oleh beberapa aspek. Antaranya, pelancong lebih
cenderung memilih pengangkutan mengikut jarak destinasi yang hendak mereka
kunjungi. Pelancong juga lebih cenderung memilih mod pengangkutan yang dapat
menawarkan keselesaan dan mempunyai status yang tinggi.
Selain itu, pelancong lebih menitik beratkan aspek keselamatan dan harga
dalam memilih mod pengangkutan. Ini memandangkan industri pelancongan masa
kini sering kali tergugat oleh faktor-faktor di luar jangkaan seperti pengganas dan
bencana alam. Sistem pengankutan yang sistematik akan memudahkan pelancong
asing pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Dengan adanya sistem
pengangkutan yang mengenakan tambang pada harga yang berpatutan, selamat,
selesa, cekap dan mengikut jadual yang ditetapkan, para pelancong mudah pergi ke
sesebuah tempat tanpa perlu menghadapi banyak masalah. Antara contoh
pengangkutan moden yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter, kapal laut,
bas, teksi dan sebagainya. Mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah
pengangkutan untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para

pelancong boleh menggunakan perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk pergi ke
Pulau Langkawi. Terbukti bahawa pengangkutan awam memainkan peranan penting
dalam memajukan ekonomi di Malaysia. Sesebuah destinasi pelancongan tidak
mungkin berkembang tanpa sokongan infrastruktur pengankutan yang baik.

Komponen Tarikan
Peningkatan jumlah kedatangan pelancong di sesuatu kawasan pelancongan
banyak berkaitan dengan daya tarikan yang terdapat di destinasi pelancongan
tersebut. Daya tarikan yang unik dan tersendiri merupakan kuasa magnet yang
menarik seseorang untuk melancong ke destinasi tersebut. Pelancong lebih
berminat untuk melancong ke sesuatu destinasi pelancongan yang mempunyai ciriciri tarikan semula jadi seperti Gunung Kinabalu. Selain itu destinasi pelancongan
yang mempunyai ciri-ciri tarikan kebudayaan juga dapat menarik minat pelancong
untuk melancong di destinasi pelancongan tersebut. Contohnya, negeri Melaka
yang mempunyai elemen-elemen sejarahnya dan keunikan budaya kaum seperti
Portugis dan Baba Nyonya yang tiada di negeri-negeri lain di Malaysia
menyebabkan Melaka terkenal dengan Bandaraya Bersejarah.

Komponen Perkhidmatan
Kompenen perkhidmatan merupakan kompenen yang penting dalam industri
pelancongan di sesebuah Negara. Ini kerana faktor penentu kepada kemasukan
pelancong di sesebuah tempat pelancongan berkait rapat dengan kompenen
perkhidmatan yang ditawarkan oleh industri pelancongan tersebut. Semakin tinggi
kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah industri pelancongan
semakin tinggi jumlah kedatangan pelancong ke kawasan pelancongan tersebut.
Kompenen perkhidmatan meliputi segala bentuk kemudahan yang digunakan oleh
pelancong semasa berada di destinasi pelancongan. Elemen-elemen perkhidmatan
diperlukan oleh pelancong di destinasi pelancongan yang mereka lawati adalah
untuk menyokong mereka menjalani kehidupan sepanjang mereka berada di
destinasi pelancongan.

Antara kompenen perkhidmatan yang diperlukan oleh pelancong untuk


menyokong mereka menjalani kehidupan sepanjang berada di destinasi
pelancongan ialah penginapan. Oleh kerana pelancong itu sendiri membawa
maksud ke luar dari tempat tinggal asal, maka ia juga membawa maksud pelancong
menginap di tempat itu. Di sini jelas sektor penginapan penting bagi memenuhi
keperluan pelancong. Sektor penginapan juga menawarkan pelbagai bentuk
penginapan dan makanan kepada pelancong. Antara jenis penginapan yang

ditawarkan kepada pelancong adalah yang berbentuk tidak perlu dibayar ataupun
perlu bayaran yang murah seperti hostel atau asrama sekolah.

Maklumat dan Promosi


Maklumat atau promosi juga penting dalam industri pelancongan bagi
mempromosikan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman yang boleh diperolehi
oleh pelancong sepanjang berada di destinasi pelancongan tersebut. Bagi
meningkatkan kedatangan pelancong di sesuatu destinasi pelancongan pihak
pengurusan perlu menyediakan maklumat-maklumat yang ditawarkan sebelum dan
semasa pelancong melancong di destinasi tersebut. Maklumat-maklumat yang
boleh dipromosikan adalah seperti aktiviti-aktiviti dan pengalaman yang
ditawarkan, tarikan-tarikan yang boleh mendorong pelancong untuk melancong ke
destinasi tersebut, pengankutan dan kos yang diperlukan untuk sampai ke destinasi
pelancongan tesebut dan tempat-tempat penginapan yang boleh didapati di
kawasan pelancongan tersebut. Selain itu, pihak pengurusan perlu mempromosikan
latar belakang sesuatu destinasi pelancongan seperti bahasa dan budaya yang
digunakan oleh penduduk tempatan bagi memudahkan pelancong berkomunikasi
danberinteraksi dengan penduduk tempatan.

Pelancongan luar bandar melibatkan kepelbagaian aktivirti, perkhidmatan


dan keselesaan yang disediakan oleh penduduk luar bandar. Di Malaysia
pembangunan pelancongan desa semakin berkembang sejak 20 tahun lepas
melalui pembangunan program-program homestay. Dalam konteks Negara ini,
pelancongan desa merujuk kepada pembangunan program-program homestay di
kampung-kampung berjaya di seluruh Malaysia. Inisiatif kerajaan dalam
membangunkan program homestay sebagai produk pelancongan desa adalah satu
pendekatan yang baik dalam memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi
tradisional tempatan. Namun tahap pencapaian sehingga kini, perubahan hanya
berlaku dari aspek kuantiti program tetapi dari aspek kualiti program homestay
tidak jauh berbeza.

Kepentingan Dan sumbangan Industri Pelancongan Terhadap


Pembangunan Ekonomi Negara

Kepentingan dari segi ekonomi, sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi


negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita.Pelancong yang
datang dari negara luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata
wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama
ada di bank tempatan atau di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing
ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan
mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat
keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang
asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat
digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar
negara.

Di samping itu,sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang


perniagaan di Malaysia. Ini adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia
memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan
pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan yang lain-lain. Pelancong
asing amat menggemari makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun
makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada
menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan
berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka
juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara
terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup
panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan
yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas
kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai
cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi
pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima
bintang, resort atau menginap secara pakej seperti Eco-Tuorism yang
membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara
hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya.
Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu
lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang

pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang
untuk menjalankan perniagaan.
Selanjutnya, pelancongan turut menarik pelabur asing. Kegiatan
pelancongan yang aktif memudahkan kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing
untuk menanam modal di negara ini. Industri pelancongan bukan hanya untuk
pelabur yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan seperti pengusaha hotel,
pengusaha taman tema, pengusaha pusat beli-belah, dan sebagainya malahan
dapat menarik pelabur asing dalam bidang yang tiada kaitan dengan pelancongan
seperti pengangkutan dan pembinaan. Kerajaan dapat mengelakkan pembaziran
wang negara digunakan untuk mengindahkan kawasan-kawasan pelancongan yang
menelan kos terlalu tinggi. Sebagai contohnya, Pulau Langkawi yang dibangunkan
sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia, pihak kerajaan dan swasta terpaksa
melabur sebanyak RM4.5 bilion. Adalah lebih bermanfaat kos yang terlalu tinggi
disalurkan untuk memenuhi keperluan rakyat yang lebih mendesak dengan
membina lebih banyak rumah kos rendah untuk mereka yang masih tidak berumah.
Jelaslah, kehadiran pelabur asing yang ramai dapat membantu kehidupan
masyarakat kita, terutamanya di kalangan mereka yang miskin dan terabai akan
lebih terjamin. Oleh itu,sektor pelancongan ini telah banyak menyumbang dari segi
ekonomi terhadap negara kita.

Halangan Dan Cabaran Industri Pelancongan

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber


pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di
negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah
menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan

berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun,


masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk
memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika
ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sektor
pelanconagan di negara kita pada masa depan.
Antara cabaran yang dihadapi termasuklah persaingan sektor
pelancongan dengan negara-negara yang lain. Hal ini demikian,bukan sahaja
negara kita tetapi negara-negara yang lain juga mengetahui kebaikan dan
kepentingan sektor pelancongan terhadap sesebuah negara. Oleh itu banyak
negara mempromosikan pelancongan di negara mereka dan kita hendaklah
bersaing dengan mereka untuk menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita
haruslah membuat persediaan yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara
kita. Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu cabaran
sektor pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini disebabkan,
pencemaran alam sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap
tidak bertanggungjawab segelintir ahli masyarakat dan telah merosakkan
kecantikkan alam sekeliling kita. Pada masa kini, negara kita mempunyai alam
sekeliling yang cantik sekali dan telah menjadi tulang belakang bagi sektor
pelancongan di negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi buruk, sektor
pelancongan di negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong hendak
menikmati persekitaran yang cantik dan bersih bukan yang kotor serta busuk.

Selain itu, tidak kestabilan politik di negara kita juga merupakan cabaran
yang kita akan hadapi. Politik yang tidak stabil akan menjejaskan imej negara.
Sebagai contoh, pergaduhan yang berlaku kebelakangan ini di Thailand. Kekeliruan
ini telah menyebabakan pelancong dari negara lain tidak berani pergi ke sana
disebabkan kaselamatan diri semasa melancong. Ramai pelancong tidak lagi suka
datang ke sini atau memberitahu kawan-kawan mereka tentang keindahan negara
kerana imej yang sudah terjejas itu. Lama-kelamaan, imej yang tidak dijaga ini akan
membawa lebih banyak kemusnahan imej. Jelaslah, politik yang tidak stabil akan
membawa banyak kesan buruk pada sektor pelancongan. Negara kita akan
menghadapi banyak cabaran dalam sektor pelancongan pada masa depan. Kita
sebagai ahli masyarakat haruslah bersama-sama untuk menghadapi segala cabaran
masa depan bagi menjanjikan sektor pelancongan sebagai tulang ekonomi di
negara kita.

Sistem Sokongan Oleh Pihak Kerajaan Dan Swasta Yang Di tawarkan Untuk
Pembangunan Industri Pelancongan

Pada tahun 1972, Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 telah
diluluskan oleh Parlimen dan mendapat persetujuan Diraja dan dengan ini
Perbadanan menjadi sebuah badan berkanun. Ahli-ahli Lembaga Pengarang adalah
dilantik oleh Y.B. Menteri Perdagangan dan Perindustrian dan adalah
bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Perbadanan dan pentadbiran am
mengenai hal ehwal dan urus Perbadanan. Di dalam menjalankan tugas-tugas yang
diperuntukkan, garis-garis yang ditetapkan oleh Perbadanan adalah seperti
memperkenalkan Malaysia di dalam pasaran antarabangsa dan serantau,
menambahkan perjalanan warganegara Malaysia di masa cuti di antara negeri bagi
menggiatkan lagi perkembangan pelancongan dalam negeri menyertai dalam
pembangunan fizikal industri pelancongan, mengadakan perhubungan perwakilan
dan menjalani tugas-tugas yang berhubung dengan pelancongan Antarabangsa
dan serantau, mengikuti perkembangan pembangunan dan mempastikan
keperluan sekarang dan masa depan bagi pelancong-pelancong dalam negeri dan
luar negeri dan juga membuat pengesyoran bagi pembangunan Wilayah,
mengumpul, mengolah data-data pelancongan dan keterangan-keterangannya bagi
penggunaan statistic pelancongan, mengatur, mengawal dan menentukan Industri
Pelancongan berkembang bagi kepentingan negara.
Dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6: 1991-1995), kerajaan telah
bekerjasama dengan pihak swasta dalam membangunkan produk-produk
pelancongan baru. Kemudian, pada tahun 1994, kerajaan sekali lagi melancarkan
Tahun Melawat Malaysia 1994 (TMM 94) dengan menawarkan 170 program dan
acara merangkumi kebudayaan, kesenian, kraftangan, perayaan kebangsaan,
sukan, konvensyen dan pameran. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan
oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan
adalah seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran
Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi.
Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat
dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas.
Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memperkenalkan negara
kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik
kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka
bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf
antarabangsa tetapi jugaterbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya,
kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu

musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan


ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan
pelancong ke negara kita.
Dalam usaha untuk memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang patut dikunjungi, kerajaan melalui pelbagai agensinya begitu
agresif mempromosikan produk pelancongan kepada warga dunia kerana kata
orang tak kenal, maka tak cinta. Hasilnya, baru-baru ini Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan acara Malaysian Kitchen di kota
London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan kepada warga
Britian. Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga
negara berkenaan. Selain itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai
pameran-pameran pelancongan terutama di pasaran baharu yang berpotensi besar
seperti negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang
telah diatur sudah pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia. Pada
masa yang sama juga kerajaan sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk
pelancongan negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada. Kini,
terdapat pelbagai produk pelancongan yang cuba diteroka dan dimajukan untuk
memenuhi citarasa pelancong yang pelbagai. Antara lain, kerajaan mula
menonjolkan pelancongan sukan melalui penganjurkan banyak acara sukan bertaraf
antarabangsa seperti Formula One dan Tour De Langkawi. Malahan, kerajaan tidak
ketinggalan memajukan sektor ekopelancongan lantaran kekayaan khazanah alam
semula jadi di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman Negara Kinabalu
yang telahpun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tidak
ketinggalan, kerajaan juga menggalakkan agro pelancongan menerusi acara-acara
sepeti Pesta Buah-buahan Tempatan dan Pesta Flora. Dalam tempoh terdekat ini
pula, kerajaan telah bersedia untuk memajukan pelancongan kesihatan lantaran
kemajuan negara dalam bidang perubatan. Tidak dapat kita nafikan bahawa
masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada usaha mengangkat nama
Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Sementalahan pula, sebagai tuan
rumah kepada para pelancong, warga tempatan hendaklah mempamerkan sikap
ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong selesa dan berasa
kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang untuk bercuti dan
melancong, rakyat tempatan hendaklah menjadikan destinasi pelancongan
tempatan sebagai pilihan.
Salah satu cara sokongan kerajaan dalam meningkatkan industri
pelancongan adalah melalui, fungsi tourism Malaysia. Tourism Malaysia akan
memanfaatkan promosi dan pemasaran digital sepenuhnya melalui penggunaan
perkakasan interaktif dan media sosial yang inovatif untuk menawarkan
pengalaman pelancongan yang disesuaikan mengikut keperluan segmen pasaran
khusus. Media sosial akan digunakan untuk menguasai pasaran pelancong
memandangkan pandangan dan ulasan dalam talian menjadi semakin popular
sebagai rujukan kepada pelancong dalam membuat keputusan pengembaraan.

Peserta industri akan digalakkan untuk memaksimumkan potensi pemasaran digital


dengan memanfaatkan platform yang disediakan oleh Tourism Malaysia. Platform
pemasaran akan dipertingkatkan untuk lebih mesra pengguna, interaktif dan
mempunyai kandungan yang menarik dan relevan.

Usaha ini adalah untuk membolehkan kecekapan dan keberkesanan dalam


pembangunan pelancongan secara lestari dengan penggunaan sumber secara
optimum dapat dicapai. Semua projek pelancongan akan dibangunkan berdasarkan
Dasar Pelancongan Negara.

Langkah-Langkah Untuk Mendorong Dan Membangunkan IKS Luar Bandar

Pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu


meningkatkan sektor pelancongan melalui pertanian dan perikanan. Kita sedia
maklum bahawa IKS memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran
kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian,
perikanan atau perhutanan. Tamsilnya kilang membuat keropok memerlukan hasil
tangkapan laut, manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti
ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan
perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk
kampung yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para
pengusaha IKS.
Hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran
dan harga barangan. Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi,
pisang, keledek, keladi akan meningkat. Secara tidak langsung sektor pertanian
akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi
perhatian serius untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.
Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan IKS terhadap bahan

mentah yang semakin meningkat kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti


FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan
subsidi kewangan kepada para petani dan nelayan. Jadi, IKS ini merupakan
serampang dua mata kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan
ekonomi malahan dapat membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara kita yang
tercinta ini.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama telah


melancong ke separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai kesenian
dan budaya daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama. Apakah kaitan
penyataan ini dengan IKS? Kolerasinya ialah kewujudan IKS dapat meningkatkan
sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong suka
membeli kraftangan untuk dibawa pulang. Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak
barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi warganegara
Malaysia. Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar, pasu bunga, ukiran, labu
sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan lain-lain lagi. Hasil kraf
tangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para pelancong
membelanjakan berjuta - juta ringgit untuk membeli kraftangan ini sebagai
cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan apabila pulang
kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada menyebut bahawa tak tumbuh, tak
melata, tak sungguh orang tak kata. Hal ini menjelaskan bahawa kualiti serta
keunikan kraftangan Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita.
Ironinya perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia sebagai negara
berbilang bangsa malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi sektor
pelancongan.

Kesimpulan

Sektor pelancongan merupakan satu industri yang mampu menjana pertumbuhan


ekonomi negara. Ia merupakan satu sektor yang penting bagi meningkatkan hasil
pendapatan Negara melalui peningkatan jumlah pelancong yang berkunjung.
Pergerakan dan perbelanjaan para pelancong mampu meningkatkan pendapatan
negara melalui cukai membeli belah, cukai penginapan, cukai makanan dan juga
melalui pertukaran matawang asing. Di samping itu, sektor pelancongan juga dilihat
mampu menjana pendapatan dan ekonomi penduduk setempat dengan penyertaan
mereka dalam industri tersebut. Kerajaan Persekutuan telah melakukan pelbagai
pelaburan dengan jumlah peruntukan dana yang tinggi bagi membangunkan sektor
pelancongan negara.

Tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua


pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja supaya industri pelancongan dapat
dimajukan. Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang istiqamah,
pragmatik dan efektif perlu diambil untuk melihat industri ini merentasi benua dan
dunia. Langkah prima untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah
kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan
perhubungan di negara kita sehingga menjadi prasarana kelas pertama
terutamanya destinasi yang menjadi tumpuan pelancong. Pelbagai lapisan
masyarakat perlu sama-sama membantu meningkatkan bidang pelancongan negara
seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

You might also like