You are on page 1of 1

Pendahuluan

Apakah kedudukan istimewa orang Melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan? Di bawah

Perkara 153, Yang di Pertuan Agong dikehendaki dalam batas-batas perlembagaan dan

undang-undang Persekutuan, melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang

Melayu dan bumiputera negeri Sabah Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari

segi jawatan dalam perkhidmatan awam, dalam pemberian biasiswa, dan bantuan atau

kemudahan pendidikan yang lain dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan

dan perdagangan .

Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur tradisi yang keempat. Perkara 153

memberi tanggungjawab yang berat kepada Yang Dipertuan Agong untuk memelihara

kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dari Sabah dan Sarawak. Dalam

perjanjian itu antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British, peruntukan untuk

mengutamakan penduduk berbangsa Melayu tidak diperlukan, kerana Negara ini merupakan

sebuah negara Melayu dan tiada sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan

kedudukan orang Melayu. Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan British iaitu

raja-raja Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua hal ehwal kecuali adat

istimewa dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit demi sedikit

terhakis.

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak, bahawa ia di seimbangkan dengan

kepentingan sah kaum lain, yang secara amnya termasuklah hak mendapat

kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan,

hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing- masing, hak untuk menggunakan

bahasa ibunda dan yang paling penting, hak untuk mendapat layanan yang sama rata.

You might also like