You are on page 1of 2

KEPENTINGAN INDUSTRI PELANCONGAN KEPADA NEGARA

OLEH : NURUL IZZANY

Perindustri Pelancongan di Malaysia telah dikenalpasti sebagai pendorong utama


di dalam sektor perkhidmatan. Sektor pelancongan telah mengambil peranan yang
lebih besar dalam merangsangkan ekonomi dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kelapan. Teras keseluruhan dasar dalam sektor pelancongan ialah untuk mencapai
pertumbuhan pelancongan yang mampan bagi merealisasikan potensi pekerjaan
yang banyak dan kesan penjanaan pendapatan di tahap negara, negeri dan kawasan
tempatan. Menurut Unit Perancang Ekonomi (2016) di dalam laman rasmi
berkenaan telah menyatakan satu pendekatan holistik dan bersepadu yang memberi
pengaruh keatas inovasi dan daya tenaga sektor swasta, layanan baik, sopan-santun
dan kesedaran sivik orang awam dan juga sokongan dari kerajaan adalah amat
perlu untuk menaikkan industri pelancongan ke tahap pencapaian yang lebih
tinggi.

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang dan


mendatangkan keuntungan yang besar dalam bentuk tukaran asing serta menaikkan
nama Malaysia di mata dunia. Sektor pelancongan negara kini menjadi
penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan
sejumlah RM161 bilion atau 14.9 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara
Kasar (GDP) pada tahun 2014 (Berita Harian Online, 17 Oktober 2015). Angka
tersebut telah melebihi jangkaan 8.1 juta orang pelancong yang diramalkan akan
datang ke Malaysia pada tahun tersebut. Malaysia juga merupakan negara ketiga
paling ramai menerima pelancong di Asia Timur – selepas China dan Hong Kong.
Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) tahun 2015, dari
segi resit pelancongan, ia menurun sebanyak 4 peratus daripada RM72 bilion
kepada RM69.1 bilion pada 2015, manakala jumlah ketibaan pelancong merosot
sebanyak 6.3 peratus daripada 27.4 juta orang pada 2014 kepada 25.7 juta
orang tahun lepas.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika yang indah dan sangat


berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi
juga menawan warga tempatannya. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan
bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang
kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia
menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana
ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan
membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu
seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang,
kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong,
semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang
melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung
kepada kempen dan promosi di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit
sebanyak bergantung kepada penceritaan pengalaman para pelancong yang sudah
melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik
melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu
rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar


ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di
mata dunia. Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada
pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat
ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

You might also like