You are on page 1of 45

BAB 2:

TEORI PERMINTAAN,
PENAWARAN DAN
KESEIMBANGAN
PASARAN

UNIT EKONOMI AE 015 1


TAJUK-TAJUK:
2.1 PERMINTAAN
2.2 PENAWARAN
2.3 KESEIMBANGAN PASARAN
2.4 LEBIHAN PENGGUNA DAN
LEBIHAN PENGELUAR

UNIT EKONOMI AE 015 2


2.1.1 Menerangkan teori
Permintaan
a. Mentakrifkan Permintaan
b. Menerangkan jadual dan keluk
Permintaan individu
c. Menerangkan Hukum Permintaan
d. Menerangkan fungsi dan
persamaan permintaan
e. Membentuk keluk permintaan
pasaran

UNIT EKONOMI AE 015 3


a. Mentakrif
Permintaan

Permintaan ialah kesanggupan dan


kemampuan pembeli untuk membeli
barang dan perkhidmatan pada
pelbagai tingkat harga dan tingkat
masa tertentu.

Contoh:
Melisa sanggup dan mampu membeli
3 majalah setiap bulan pada harga
RM3 dan dia sanggup membeli 5
majalah setiap bulan pada harga RM2.
UNIT EKONOMI AE 015 4
Permintaan berkesan

Permintaan berkesan ialah permintaan


yang disokong oleh kuasa beli.

Contoh 1:
Melisa sanggup untuk membeli kereta
tersebut tetapi tidak mampu membayar
harga tersebut.

Contoh 2:
Melisa sanggup untuk membeli
komputer tersebut dan mampu
membayar harga tersebut.

UNIT EKONOMI AE 015 5


b.Menerangkan jadual dan keluk
permintaan
Jadual permintaan ialah jadual yang
menunjukkan kuantiti barang yang diminta
pada pelbagai tingkat harga.
Contoh:
Keadaan Harga Kuantiti
(RM) diminta
(Qd)
A 10 3
B 8 6
C 6 9
D 4 12

UNIT EKONOMI AE 015 6


Keluk Permintaan.

P
D
A
10
B
8
C
6
D
4
D

3 6 9 12 Q

UNIT EKONOMI AE 015 7


c. Hukum Permintaan
Menyatakan apabila harga sesuatu barang
meningkat kuantiti yang diminta jatuh: dan
apabila harga sesuatu barang jatuh maka
kuantiti yang diminta akan meningkat,
ceteris paribus.

Ringkasnya: Wujud hubungan songsang


antara harga barang dan kuantiti yang
diminta.

P naik Qd jatuh
P jatuh Qd naik ceteris paribus

UNIT EKONOMI AE 015 8


MENGAPA KUANTITI PERMINTAAN
MENURUN APABILA HARGA MENINGKAT
DAN SEBALIKNYA ?
  1. Utiliti sut bertambah kurang
  Hukum Utiliti Sut Bertambah Kurang
menyatakan bahawa tingkat kepuasan akan
berkurangan ke atas sesuatu barang yang
digunakan apabila kuantiti barang yang
digunakan semakin bertambah.
Contoh:
Permintaan pengguna terhadap air minuman.
Apabila terlalu haus, ia sanggup membayar
dengan harga yang relatif tinggi. Pengguna
sanggup bayar RM10 untuk satu unit gelas air
pertama. Kesediaan membayar semakin
berkurang bagi setiap tambahan gelas air
yang diminum
 
UNIT EKONOMI AE 015 9
2. Kesan
penggantian
 Kesan penggantian merupakan
kesan ke atas kuantiti yang diminta
apabila berlaku satu perubahan dalam
harga relatif sedangkan pendapatan
benar tidak berubah.
 Apabila harga sesuatu barang
meningkat (katakan Milo), secara
relatifnya harga barang penggantinya
(katakan Vico) telah menjadi murah.
 Kesannya pengguna akan
mengurangkan pembelian Milo dan
menggantikannya dengan Vico. Jadi
kuantiti diminta oleh Milo telah jatuh
apabila harga Milo meningkat.

UNIT EKONOMI AE 015 10


3.Kesan Pendapatan
 Apabila harga naik, pendapatan
benar atau kuasa beli pengguna telah
menurun. Ini bermakna dengan
sejumlah wang yang sama, kuantiti
barang yang dapat dibeli berkurangan.

 Sebaliknya apabila harga jatuh,


dengan sejumlah wang yang sama
semakin banyak barang yang dapat
dibeli. Jadi pendapatan benar pengguna
telah meningkat

UNIT EKONOMI AE 015 11


d. Fungsi dan Persamaan
Permintaan
Fungsi Permintaan:

Qd = a – bP

Dimana:
Qd =Kuantiti diminta
a =Kuantiti barang yang diminta apabila
harga adalah kosong.
b = kecerunan keluk permintaan (negatif
P = Harga

UNIT EKONOMI AE 015 12


Persamaan Permintaan
Persamaan permintaan ialah Qd = a – bP, di
mana a dan b ialah pemalar sementara P
ialah harga. Katakan harga asal ialah RM 10
dan kuantiti diminta adalah sebanyak 3 botol
manakala apabila harga jatuh kepada RM 8,
kuantuti diminta meningkat sebanyak 6
botol.
Maka:
Fungsi Permintaan : Qd = a – bP

Dapatkan dahulu nilai b


b = ∆Qd / ∆P

UNIT EKONOMI AE 015 13


∆Qd = 6–3=3
∆P = 10 – 8 = 2
∆Qd / ∆P = 3 / 2 = 1.5
b = 1.5
Qd = a – 1.5 Peserta

Cari nilai kuantiti a ( kuantiti diminta pada harga


= 0)
Katakan P = RM8, jadi Qd = 6: masukkan:
Qd = a – 1.5 P
6 = a – 1.5 (8)
6 = a – 12
a = 12 + 6
a = 18

Jadi fungsi permintaan


Qd = 18 – 1.5 P

UNIT EKONOMI AE 015 14


e. Keluk Permintaan Pasaran
Permintaan individu:
Permintaan individu adalah permintaan ke
atas sesuatu barang oleh seseorang
individu pada suatu tingkat harga tertentu
dalam suatu tempoh masa tertentu

Permintaan pasaran:
Permintaan pasaran adalah jumlah
permintaan semua individu dalam pasaran
pada suatu tingkat harga tertentu dalam
suatu tempoh masa tertentu

UNIT EKONOMI AE 015 15


Andaikan dalam pasaran terdapat 2
orang pembeli iaitu Hisyam dan Asyraf.
Berdasarkan jadual di bawah:

Keadaa Harga Qd Qd Qd
n Hisyam Asyraf Pasara
n
A 20 2 3 5

B 15 4 6 10

C 10 6 9 15

D 5 8 12 20

UNIT EKONOMI AE 015 16


Sebagai contoh:

Pada tingkat harga = RM10


Permintaan pasaran = Permintaan Hisyam
+ Permintaan
Asyraf
= 6+9
= 15

UNIT EKONOMI AE 015 17


KELUK PERMINTAAN PASARAN

KELUK PERMINTAAN
ASYRAF KELUK PERMINTAAN
KELUK PERMINTAAN
PASARAN
HISYAM
P DH P DA P DP
B B B
15 15 15 DP
C C C
10 10 10
DH DA Q

4 6 Q 6 9 Q 10 15

UNIT EKONOMI AE 015 18


2.1.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi
permintaan.
a. Harga barang itu sendiri
b. Harga barang lain (barang pengganti dan
penggenap)
c. Citarasa
d. Pendapatan
e. Jumlah penduduk
f. Jangkaan masa depan
g. Kemudahan kredit
h. Dasar kerajaan
i. Musim

UNIT EKONOMI AE 015 19


a. Harga barang itu sendiri
Ceteris Paribus, semakin tinggi harga
barang, semakin kurang kuantiti
barang yang diminta. Sebaliknya,
semakin rendah harga sesuatu
barang semakin banyak kuantiti
barang yang diminta

b. Harga barang lain


Terdapat dua jenis barang yang
berkaitan iaitu barang pengganti dan
barang penggenap.

UNIT EKONOMI AE 015 20


C Barang pengganti
Barang yang mempunyai fungsi yang sama
dan mudah diganti antara satu sama lain
dalam penggunaan untuk mendapat
kepuasan yang hampir sama.
Sebagai contoh: Getah asli dan getah tiruan.
Andaikan harga getah asli adalah sama
dengan getah tiruan. Apabila harga getah
asli meningkat maka pengguna akan
mengurangkan pembelian getah asli dan
membeli getah tiruan walaupun harga
getah tiruan tidak berubah.

UNIT EKONOMI AE 015 21


Katakan getah tiruan adalah pengganti
kepada getah asli.

 Apabila harga getah asli meningkat


pengguna kurang meminta getah asli
dan lebih meminta getah tiruan (di
mana harga getah tiruan tidak
berubah)
 Keluk permintaan getah tiruan akan
berubah ke kanan (DD ke DD1).
 Sebaliknya, apabila harga getah
asli menurun, ini menyebabkan
pengguna lebih meminta getah asli
dan kurang meminta getah tiruan.
Keluk permintaan getah tiruan
berpindah kekiri (DD ke DD2)
UNIT EKONOMI AE 015 22
Getah tiruan

harga

Po

D1
D

D2
q2 q0 q1 Kuantiti

UNIT EKONOMI AE 015 23


D

Harga
getah
asli p1

po

qo q1 Kuantiti
getah tiruan
UNIT EKONOMI AE 015 24
Barang penggenap

• Barang penggenab ialah barang yang perlu


digunakan bersama-sama / serentak. Jika tiada
satu barang, barang yang satu lagi tidak
berfungsi. Contohnya kamera dan filem.

• Apabila harga kamera turun, kuantiti diminta


terhadap kamera akan naik. Ini akan
meyebabkan permintaan terhadap filem akan
meningkat juga (harga filem tidak berubah)
keluk permintaan filem bergerak ke kanan.
Keadaan sebaliknya berlaku.

 
 

UNIT EKONOMI AE 015 25


Harga filem

Po

D1
D

D2
q2 q0 q1
kuantiti
UNIT EKONOMI AE 015 26
Harga camera

P1

Po

q1 q0 Kuantiti
filem
UNIT EKONOMI AE 015 27
A. Citarasa

 Pengguna sekarang banyak


dipengaruhi oleh pengiklanan melalui
pelbagai media dan pertunjukan-
pertunjukan serta ekspo.
 Sekiranya perubahan citarasa
pengguna menyebabkan kuantiti
diminta bertambah pada setiap tingkat
harga yang asal, keluk permintaan
akan beralih ke kanan.
 Keadaan adalah sebaliknya dimana
keluk permintaan akan beralih ke kiri
jika citarasa pengguna terhadap
sesuatu barang berkurangan.

UNIT EKONOMI AE 015 28


Perubahan citarasa

Harga

Po

D1
D

D2
q2 q0 q1
kuantiti
UNIT EKONOMI AE 015 29
d. Pendapatan

Perubahan pendapatan pengguna boleh


mempengaruhi permintaan pengguna ke
atas barang-barang dan perkhidmatan dalam
3 kategori:
 
i. Barang biasa 
Apabila pendapatan meningkat, permintaan
terhadap barang biasa bertambah. Keluk
permintaan berpindah ke kanan. Ini kerana
pada tingkat harga yang sama, semakin
banyak kuantiti barang yang mampu dibeli.
Sedangkan apabila pendapatan berkurangan,
keluk permintaan akan beralih ke kiri. Ini
kerana pada tingkat harga yang sama,
semakin sedikit kuantiti yang
UNIT EKONOMI AE 015 30
     ii.       Barang bawahan

  Barang bawahan mempunyai hubungan negatif antara


tingkat pendapatan dengan kuantiti barang yang
diminta . Bila pendapatan pengguna meningkat,
permintaan barang bawahan akan menurun dan keluk
permintaannya berpindah ke kiri. Contohnya beras
hancur
 
iii. Barang Mesti
barang yang diperlukan oleh pengguna dan
permintaan terhadap barang ini tidak dipengaruhi
oleh perubahan dalam tingkat pendapatan. Kuantiti
barang diminta tetap sama walaupun tingkat
pendapatan pengguna berubah. Contoh barang mesti
ialah gula, garam dan beras.

UNIT EKONOMI AE 015 31


Keluk Hubungan pendapatan dengan
permintaan D

pendapatan

y1

yo

qo q1 Kuantiti diminta
UNIT EKONOMI AE 015 32
e. Jumlah Penduduk
Semakin banyak jumlah penduduk di
sesebuah negara semakin banyaklah
permintaan terhadap barangan dipasaran

f. Jangkaan masa depan


Sekiranya pengguna menjangkakan harga
akan meningkat pada masa depan, mereka
akan didorong akan membeli lebih banyak
pada masa sekarang. Ini akan
menyebabkan keluk permintaan berpindah
ke kanan.

g. Kemudahan kredit
Sekiranya terdapat kemudahan untuk
mendapatkan kredit dari bank-bank maka
UNITpermintaan
EKONOMI barang dipasaran
AE 015 akan 33
h. Dasar Kerajaan
Dasar Kerajaan akan mempengaruhi
permintaan pasaran sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Contohnya
apabila kerajaan megenakan cukai
pendapatan, pendapatan individu akan
berkurangan. Ini akan mengurangkan
permintaan barang di pasaran .

i. Musim
Pada musim hujan, permintaan terhadap
baju hujan bertambah.

UNIT EKONOMI AE 015 34


2.1.3 Perubahan kuantiti diminta
dan
perubahan permintaan
Perubahan dalam kuantiti diminta bermaksud
pergerakan titik di sepanjang keluk
permintaan yang sama disebabkan oleh
perubahan harga barang itu sendiri
sementara faktor-faktor lain yang
mempengaruhi permintaan adalah tetap.

Kenaikan harga akan menyebabkan


penurunan dalam kuantiti diminta.
Pergerakan ini dipanggil penguncupan
permintaan.

Penurunan harga akan menyebabkan


kenaikan dalam kuantiti diminta. Pergerakan
ini dipanggil pengembangan permintaan
UNIT EKONOMI AE 015 35
Rajah : Perubahan dalam kuantiti diminta

A Penguncupan DD
P2
B
P Pengembangan DD

P1 C

0 q2 q q1 Q

UNIT EKONOMI AE 015 36


Perubahan permintaan
Perpindahan atau peralihan keluk permintaan
sama ada ke kanan atau kekiri disebabkan
oleh faktor-faktor lain yang mempengaruhi
permintaan selain daripada harga barang itu
sendiri.

Ia disebabkan oleh faktor-faktor seperti:


i. perubahan harga barang lain,
ii. citarasa pengguna,
iii. pendapatan pengguna,
iv. jumlah penduduk,
v. jangkaan masa depan,
vi. kemudahan kredit,
vii.dasar kerajaan dan
viii.musim.

UNIT EKONOMI AE 015 37


Rajah : Perubahan permintaan
P

C A B
Po

D3
D2

D1
q2 q0 q1

UNIT EKONOMI AE 015 38


2.1.4 Permintaan luar biasa

Keluk permintaan luar biasa tidak mematuhi


hukum permintaan. Ia tidak mencerun ke
bawah dari kiri ke kanan.

Ia berlaku kepada 3 jenis barang:


1. Barang Mewah
2. Barang Giffen
3. Barang Mesti

UNIT EKONOMI AE 015 39


Barang Mewah.
Barang mewah pengguna merasakan
semakin tinggi harganya, barang itu
semakin berprestij.
Pengguna akan merasakan ia memberi
taraf sosioekonomi yang tinggi kepada
pengguna.
Contohnya kereta Rolls Royce.
Semakin tinggi harga kereta ini
semakin tinggi kuantiti yang diminta
oleh pengguna yang kaya raya.
.

UNIT EKONOMI AE 015 40


Keluk permintaan luar biasa bagi
barang mewah

P P
D
P2
P2 C

P1 B P1 B

0 q0 Q 0 q1 q2 Q

UNIT EKONOMI AE 015 41


Barang Giffen.
• Contohnya beras hancur. Apabila harga
beras hancur jatuh, pendapatan benar
pengguna meningkat. Maka pengguna
mampu menggantikan sebahagian beras
hancur dengan makanan yang lebih
bermutu tinggi

UNIT EKONOMI AE 015 42


Keluk permintaan luar biasa bagi
Barang bawahan

P P
D
D

P2 C
P2 C
B P1 B
P1
D
D

0 q1 q2 Q 0 q1 q2 Q

UNIT EKONOMI AE 015 43


Barang Mesti

Keluk permintaan bagi barang mesti berbentuk


garis tegak (tidak anjal sempurna). Menunjukan
Perubahan harga tidak memberi kesan kepada
kuantiti.

Contohnya garam. Apabila harga naik


dari 50sen ke 60 sen atau sebaliknya. Kuantiti
permintaan garam tetap pada 1kg sebulan.

UNIT EKONOMI AE 015 44


Rajah : Keluk permintaan barang mesti

P
D

P2 C

P1 A

P0 B

0 q0 Q

UNIT EKONOMI AE 015 45

You might also like