You are on page 1of 2

Usaha-usaha memajukan sektor pelancongan di Malaysia

Malaysia merupakan negara yanq mempunyai keistimewaan yang unik dan luar biasa. Oleh itu,
Malaysia merupakan telah menjadi tarikan pelancongan yang terkenal di mata dunia. Walau
bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan virus COVID-19 telah
menjejaskan sektor pelancongan. Isu ini haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana sektor
pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan utama, negara Malaysia. Dengan ini,
marilah kita bersama-sama mengenal pasti usaha-usaha memajukan sektor pelancongan di negara
kita.

Antara usaha memajukan sektor pelancongan di Malaysja ialah pihak kerajaan


memperuntukkan sumber kewangan bagi membangunkan tapak. pelancongan. Hal ini disebabkan
oleh pihak kerajaan bertanggungjawab untuk memperkembangkan dan menyokong sektor
pelancongan domestik, Contohnya,jalan pihak kerajaan boleh memberi peruntukan kepada
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk membina bangunan yang dapat melambangkan
keistimewaan adat dan budaya Malaysia. Implikasinya, bukan sahaja usaha ini, dapat menarik
pelancong asing malah dapat mempromosikan kebudayaan negara kita. Pada masa yang sama,
ekonomi negara dapat dirangsangkan seperti sambil menyelam minum air. Tuntasnya, pihak
kerajaan memainkan peranan yang penting dalam memajukan sektor pelancongan di negara kita.

Manakala daripada lensa media pula, pihak media hendaklah mengambil inisiatif membantu
kerajaan dan pihak swasta yang terlibat dalam industri pelancongan dengan membuat promosi
dalam media cetak , media sosial dan media elektronik. Hal in demikian kerana media massa
merupakan platform yang dapat mendedahkan info terkini khususnya sektor pelancong an negara
kepada para pengguna di seluruh pelosok dunia, Misalnya, syarikat badan bukan kerajaan seperti
Traveloka menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang berbaloi untuk menarik minat pelancong
tempatan dan pelancong asing. Implikasinya, usaha Ini bukan sahaja dapat memajukan ekomomi
negara sebaliknya juga dapat memperkenalkan keunikan dan budaya negara kita kepada para
pelancongan ,bak kata pepatah melayu tak kenal maka tak cinta .Pendek kata, usaha murni pihak
media ini akan menggalakkan industry pelancongan negara terutamanya pelancongan tempatan di
Malaysia.

Di samping itu, masyarakat harus menunjukkan sikap yang mesra kepada pelancong asing.

-berbudi bahasa dan bersopan santun semasa berinteraksi-

- memperkenalkan budaya dan keistimewaan negara-

-menterjemah bahasa Melayu kepada bahasa mereka-

-pelanconq asing akan berasa gembira kerana berasa dirinya dihormati-

- mempromosikan negara kita kepada kawan-kawannya.

- Imej negara dapat ditingkatkan di pentas dunia.

- lebih banyak pelancong asing akan tertarik untuk melancong ke negara kita membangunkan sektor
pelancongan.

-Pendek kata ,sikap masyarakat yang mesra penting untuk memajukan sektor pelancongan di negara
kita.
Walhasilnya,sudah terang lagi bersuluh bahawa sektor pelancongan merupakan prasaka yang
efektif untuk memajukan ekonomi negara kita.Ini selari dengan teori kesan rama-rama atau
“Butterfly effect” yang dikemukakan oleh Henri Poincare ,setiap perubahan kecil akan mendorong
kepada kesan yang besar,Lantaran itu, kemajuan sektor pelancongan harus dipentingkan kerana
sektor pelancongan merupakan elemen penting dalam pembangunan negara.Diharapkan semua
pihak seyogianya bersatu padu melaksanakan usaha-usaha memajukan sektor pelancongan secara
ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni.Marilah kita Bersama-sama memajukan sektor
pelancongan di negara kita supaya negara kita duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan
negara lain.

You might also like