You are on page 1of 13

Isi Penting Esei Pelancongan

Jun 30, 2008 mindabahasa


Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan
mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata
dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik)
berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada
pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong
yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai
menerima pelancong di Asia Timur selepas China dan Hong Kong.
* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan
sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.
Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-
industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega
Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.
Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika
usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang
sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang,
kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang
secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.
Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan
(melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara.
Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita (pengalaman-pengalaman) para
pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang
baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan
mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.
Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh
pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam,
pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak
menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.
Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri
pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada
pelancong.
Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan,
agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan
industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan
hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-
baiknya.
Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini
dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam
industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum
Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah
dianjurkan di sini.
Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri
pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan
sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong
oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada
kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-
pusat membeli-belah.
Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai
kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.
Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan
memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor
swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap
menyumbang kepada industri ini.
Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah
kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa
menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga
harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.
Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri
dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi
industri itu.
Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat
mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar
negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-
idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.
Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini
dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan
pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat
alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN
PELANCONGAN
Bentuk muka bumi:
Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.
Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau.
Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.
Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.
Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.
Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.
Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.
Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.
Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.
Iklim:
Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.
Suhu bawah 0 C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.
Pemandangan yang menarik:
Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.
Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.
Gua yang menarik + cth gua.
Kesan sejarah + cth lokasi.
Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.
Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.
Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.
Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf
lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.
Ketersampaian kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /
jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.
Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
Peranan agensi + (nama agensi + peranan).
Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.
Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .
Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.
Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +
Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.
Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.
Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.
KEPENTINGAN PELANCONGAN
Pendapatan negara + RM? .
Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.
Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.
KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman
rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai.
Kepupusan pokok berharga + cth pokok.
Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya
kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran
matahari.
Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.
Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah
berlaku.
Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.
Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan laut
berkenaan + cth lokasi / sungai.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.
Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara;
menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.
Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.
USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN
Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang + cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.
Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth
Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.
Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.
Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).
Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.
Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan
mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke
destinasi antarabangsa.
Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru /
membina hotel kos sederhana.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.





LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN
INDUSTRI PELANCONGAN DOMESTIK
KARANGAN : LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN
DOMESTIK

Darsawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang pesat
di negara kita .Pada tahun 2007, purata pelancongan yang berkunjung ke Malaysia dianggarkan
seramai 20.6 juta orang dengan perolehan pendapatan RM46.2 bilion. Senario ini, menjadikan
Malaysia sebagai negara ketiga paling ramai menerima pelancong Asia Timur selepas China dan
Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa telah juga mendapat tempat di mata pelancong asing.
Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman kepada pelancong supaya menghargai
kehidupan dikampung dan merasai budaya dan adat resam ini sesuai dengan peribahasa masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Pelancongan domestik akan
bertambah maju sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk memajukan industri
ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar
terus berkembang maju?

Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan domestik ialah pihak
kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik. Melalui kempen
yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan pusat pelancongan dalam dapat disebarkan kepada
masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan pantas. Oleh itu, kerajaan mesti memanfaatkan
kecanggihan teknologi yang ada pada kini, dengan membina laman sesawang yang mengandungi
pelbagai informasi tentang keistimewaan tempat-tempat peranginan di negara kita kepada kepada
masyarakat luar. Dalam hal ini, kerajaan mesti melipatgandakan usaha memperkenalkan Malaysia
dengan melancarkan pelbagai program pembangunan pelancongan, jika tidak industri ini akan
terus hilang ditelan zaman, sekali gus mengurangkan pendapatan penduduk setempat. Tegasnya,
kempen merupakan langkah pragmatik dalam usaha memajukan pelancongan desa agar industri
ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan.

Minhaj seterusnya untuk memajukan pelancongan domestik agar terus berkembang dengan
menyediakan prasarana yang lengkap dan moden. Hal ini demkian kerana, kemudahan prasarana
dan infrastuktur yang sempurna dan kondusif akan menarik minat pengunjung untuk pergi ke
destinasi tersebut. Dan apabila mereka pulang ke tempat asal sudah pasti mereka akan
menghebahkannya kepada rakan-rakan. Dalam hal ini, Kementeriaan Pelancongan di bawah
pimpinan Dato Sri Dr. Ng Yen Yen haruslah menlengkapkan infrastruktur di negara kita sebagai
tarikan kepada para pelancong. Selain itu, kemasukan pelancong asing akan dapat meningkatkan
ekonomi negara kita melalui pengaliran mata wang asing. usaha menaik taraf destinasi
pelancongan ini merangkumi infrastuktur seperti rumah penginapan, siber kafe, bekalan air bersih,
kafe dan kemudahan asas yang lain. Seandainya pihak kerajaan menjalankan
tanggungjawab seperti melepaskan batuk di tangga, maka industri pelancongan negara akan
terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan perlulah
menyediakan infrastruktur agar industri pelancongan di negara kita terus berkembang maju.

Selain itu, pihak pengurusan homestay perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai satu
minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-altiviti rekreasi perlu
dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada
pelancong asing dan pelancong tempatan untuk beraktiviti, sekaligus meningkatkan industri
pelancongan desa. Sebagai contohnya, mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional
masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau,dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan
pertandingan tarian,aktiviti menuai padi,dan pertandingan membuat kraftangan. Di samping dapat
memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancing asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat
diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka
diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah,hati kuman sama
dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen,sudah pasti
industry pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya,pihak
pengurusan homestay perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk
memajukan industri pelancongan desa di negara kita.

Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga bertanggungjawab
mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan di desa-desa kepada pelancong dalam dan luar
negeri. Dalam hal ini, kerajaan boleh bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk
meningkatkan lagi kemasukan pelancong ke negara kita. Hal ini perlu diberi perhatian oleh
kerajaan, khasnya Kementerian Pelancongan kerana tidak ramai rakyat Malaysia dan pelancong
asing mengenali kawasan-kawasan desa yang strategik untuk mereka lawati di negara kita.
Kerajaan perlu lebih proaktif kerana 80 peratus ekonomi negara bergantung kepada sektor
pelancongan. Kemasukan pelancong asing secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber
pendapatan negara. Antara usaha yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan ialah mengadakan
kempen pelancongan desa menerusi media massa dan media elektronik. Promosi pelancongan juga
boleh dilaksanakan melalui lawatan pembesar negara beserta rombongan kebudayaan dan artis-
artis ke negara jiran boleh menimbulkan keinginan masyarakat luar negara untuk mengenali
Malaysia lebih dekat lagi, seperti kata peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu,
kerajaan perlu mengambil langkah menguar-uarkan keindahan dan keistimewaan Malaysia pada
peringkat antarabangsa.

Pihak kerajaan juga haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan festival-festival
seni dan kebudayaan di kawasan-kawasan tumpuan pelancong untuk mengenali dengan
lebih dekat lagi. Secara tidak langsung, pelancong yang berkunjung ke kawasan berkenaan
akan mengetahui selok belok kebudayaan masyarakat di situ. Sebagai contohnya, kerajaan boleh
menganjurkan pesta wau, pesta mencanting batik dan pesta kebudayaan masyarakat di kawasan
desa itu. Promosi yang berkesan akan menjayakan lagi kempen kerajaan, iaitu, cuti-cuti
Malaysia, Tahun Melawat Malaysia dan "Kenali Malaysia, Cintai
Malaysia'. Tegasnya, kerajaan tidak memandang enteng akan hal ini sebaliknya perlu bekerja
keras mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan domestik kepada pelancong dalam dan
luar negeri untuk menghasilkan pulangan yang lumayan terhadap pembangunan ekonomi negara.

Seterusnya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan kawasan desa
sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan domestik. Berdasarkan kajian yang telah
dibuat menunjukkan bahawa masih terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu
dieksploitasi sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-kawasan desa. Sehubungan itu,
pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan
sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan. Pihak kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-
kurangnya satu industri dalam sesebuah desa seperti industri pemprosesan makanan,batik dan
kraftangan. Industri desa haruslah diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek
panasserta dapat memberi pulangan yang lumayan dalam industri pelancongan. Andainya kerajaan
negeri melalui pihak berkuasa tempatan mengambil langkah sebegini, maka industri pelancongan
domestik di negara kita dapat terus berkembang dan menjadikan kawasan tersebut pusat
pelancongan desa.

Sebagai intihanya, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur dan
tebing dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan domestik di negara
kita. Pelancongan merupakan suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan
industri-industri lain yang berkaitan. seperti industri kraftangan, "homestay" dan industri
makanan ringan. Dari sudut komersial pelancongan, sudah tentu para pelancong yang datang ke
destinasi tersebut akan membeli ole-ole sebagai buah tangan sebagai kenangan atau untuk
dihadiahkan kepada orang yang istimewa. secara tidak langsung kunjungan pendatang luar ke
negara ini dengan sendirinya dapat memakmurkan pendapatan perkapita penduduk
Malaysia. Senario ini secara tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara
barat yang suatu ketika dahulu pernah mengatakan bahawa penduduk negara kita 'masih tinggal
di atas pokok dan bercawat. Tegasnya, industri pelancongan secara tidak langsung dapat
menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas
peta.




Karangan Industri Pelancongan....Usaha-usaha gigih diperlukan

Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara.
Huraikan usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri
pelancongan negara.

Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat malaysia oleh kerajaan kita. Industri
pelaancongan berpotensi untuk dimajukan di negara ini kerana Malaysia ialah destinasi
pelancongan yang unggul dan mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat
yang boleh dikunjungi oleh peancong-pelancong asing dan tempatan di negara ini. jadi,
memang ada banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memajukan industri pelancongan
kita.

Kerajaan boleh menambahkan kemudahan prasarana seperti kemudahan pengangutan
dan perhubngan ke destinasi-destinasi yang menarik. Kemudahan ini memberi lebih banyak
peluang kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka suka. Jadual
penerbangan juga perlu ditaambah terutama dengan mengadakan promosi tambang
murah. Cuma mutu perkhidmatan pengangkutan ini hendaklah diselia sepanjang masa
untuk memastikan keselesaan pelancong.

Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginaan seperti hotel dan
chalet. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan mengenakan kadar bayaran yang berpatutan
bersama-sama bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Keadaan yang selesa ini
menimbulkan rasa untujk mekawt semula kepada pelancong tersebut. Mereka akan
mngajak kawan kawan untuk datang ke malaysia dan menyebabkan kemasukan mata
wang asing.

Malahan, kerajaan perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan aktiviti
pelancongan. Promosi tentang destinasi, kebudayaan dan karnival jualan di laksanakan
dengan giat. Usaha mempromosikan negara ini bokeh dijalankan melalui penggunaan
teknologi maklumat seperti internet untuk menyebarkan maklumat pelancongan ini.
Penggunaan internet memastikan semua pelancong memperoleh maklumat apabila mereka
melayari internet untuk mendapatkan maklumat pelancongan. Jelaslah, promosi yang giat
ini memastikan bahawa semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan.

Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah
aspek kebersihan. Kemudahan pelancongan ssemestinya bersh dan diselenggarakan
dengan baik. Ketiadaan pencemaran terutama kekotoran memastikan pelancong akan
terus datang ke destinasi tersebut tanpa rasa ragu-ragu lagi. Jelaskan, kebersihan yang
diberikan penekanan ini menyebabkan pelancong dapat menikmati udara yang segar dan
keadaan yang selesa.

Manakala itu, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramah
dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat negara ini. Pelancong tidak
suka rakyat negara ini mengambil kesempatan atau menipu mereka selama mereka berada
di negara ini. Keramahan rakyat negara iini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan
tetamu kita itu. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan
pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik.

Kesimpulannya, industri pelancongan ini memang penting dberi penekanan oleh rakyat dan
kerajaan negara ini. Pelbagai usaha yang dilakukan itu memerlukan gandingan tenaga
semua pihak untuk memastikan kejayaannya. Mungkin semua pihak harus merenung dan
melihat peranan yang telah dilakukan oleh mereka.






PELANCONGAN
A. Sepintas Lalu

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembangmaju dan
mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing sertamemasyhurkan
Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 jutaorang pelancong
(termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia
yangmenghasi l kan pendapat an RM20 bi l i on, t er masuk RM17 bi l i on da
r i padapertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi
jangkaan6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia.
Malaysia jugamerupakan negara keti ga paling ramai meneri ma pelancong di
Asia Timur -selepas China dan Hong Kong.

Ma l a y s i a me r u p a k a n d e s t i n a s i p e l a n c o n g a n t r o p i k a i n d a h y a n g
s a n g a t berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong
antarabangsatetapi juga menawan warga tempatan.

Pel ancongan menj adi suat u bi dang pel abur an bi j ak yang dapat mema
cupertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya
berperanansebagai wahana dalam pembangunan mega
Malaysia menuju negara majudalam abad ini.

Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya
dapatdi r eal i sasi kan j i ka usaha-
usaha memaj ukan dan membangunkan i ndust r i pelancongan diberi
penekanan yang sewajarnya. Isu-i su seperti pelanconganeko,
alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan
persekitaran,sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya me
nyumbangsecara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada
kempendan pr omosi gal akan ( mel al ui pengi kl anan yang mel i bat kan pe
r bel anj aanber j ut a-
j ut a r i nggi t ) di dal am dan l uar negar a. Kej ayaan i ni j uga sedi ki t seban
yak bergantung kepada `cerita-cerita' (pengalaman-
pengalaman) parapelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang
mempunyaipengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan
datang semuladan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan
promosigalakan yang terbaik.

Jika diperhalus, banyak yang perlu dibai ki dan dibetulkan. Insiden-
insidenpel ancong di t i pu ol eh pemandu t eksi , kekot or an pusat -
pusat makanan, kel emahan si st em pengangkut an awam, pencemar an
sungai dan kawasanrekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak
menyumbang kepadapengalaman yang baik kepada para pelancong.

Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik
untukmemajukan industri pelancongan ki ta lagi. Satu anjakan sikap perlu
berlakudalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

Si r i -
si r i di al og dan per t emuan l ebi h ker ap per l u di adakan dengan semuak
ementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka
perancangandan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan te
mpatan.Usaha-
usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil j ikasetiap
pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan merekadengan sebaik-
baiknya.



Dat uk Abdul Kadi r Shei kh Fadzi l , Ment er i Kebudayaan dan Pel ancon
ganme n g a t a k a n b a h a w a f u n g s i d a n t a n g g u n g j a w a b m e m a j
u k a n i n d u s t r i pelancongan negara tidak terletak pada bahu kementeriannya
sahaja. Namun,kementeriannya sewajarnya memainkan peranan yang lebih besar dan
pentingdalam memastikan para pelancong pulang dengan `cerita-cerita' yang
menarikdan menggembirakan dari Malaysia.

Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri
pelancongandi negara ini di jalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (P
ATA) yangmempunyai pengaruh besar dalam
industri pelancongan di rantau ini telahmengadakan per si dangan t ahunan
nya di si ni . For um Pel ancongan Maj l i sEkonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua
turut diadakan. Begitu juga dengan PestaPersatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan
Antarabangsa Malaysia (MATTA)2001 telah dianjurkan di sini.

Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program
untukmemajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepa
dausaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor
awamatau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh
sektorswasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan
pelancongan samaada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan,
perhotelan, rekreasi,penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri -
industri ini sepertim e n g a d a k a n p e l b a g a i k e m p e n s e r t a m e n y e d
i a k a n d a n me n c e k a p k a n infrastruktur.

Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan
sebenarindustri pel ancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat M
alaysias e n d i r i . Se l a i n p i h a k k e r a j a a n d a n s e k t o r s wa s t a b e k e r j
a s a ma u n t u k memajukan pelancongan, rakyat juga
harus bersedia untuk memiliki sikapmenyumbang kepada industri ini.

Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-
tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara
dalammembuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja
seharian.Untuklebih memahami
keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendirimenjadi pelancong dalam
negeri.

Dengan menjadi pel ancong dalam negeri, bukan
saja boleh meningkatkankualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi
pelancongan, tetapi jugadapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.

Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih
kukuh,ma k a i n i d a p a t me mp e r t i n g k a t k a n k u a l i t i p e r k h i d ma t a n n y
a y a n g a k a n memudahkannya meneri ma pelancong luar negara. Selain itu,
dengan seringkali melakukan
perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea barubagaimana hendak
meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunj ungan
pendatangluar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran
Malaysiadi mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi
pengalamankepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam
semula jadimel awat l adang buah- buahan, l adang sayur -
sayur an, t er nakan i kan dansebagainya


USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PERLANCONGAN
Membanyakkan kawasan pel ancongan spt pul au-
pul au yang ai r nya j er ni h danberbatu karang + cth.Membina banyak hotel yang bertaraf
lima bintang, padang golf + cth.Menambah lesen agensi pelancongan.Pemuliharaan kawasan-
kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.Membuka kawasan hutan simpan untuk
trekking + cthMembuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.Membina
chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.Promosi oleh agensi kerajaan (agensi +
usaha).Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.Membaiki jalan raya /
keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya
kawasanpelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt kereta
pi ExpressLangkawi penerbangan MAS ke destinasi
antarabangsa.Member i pengur angan cukai kepada syar i kat pel ancongan
unt uk memaj ukankawasan baru / membina hotel kos
sederhana.Mengadakan kedai bebas cukai + ct h l okasi , pol i s pel ancong
unt uk menj ami nkeselamatan pelancong.Kerjasama serantau

You might also like