You are on page 1of 3

Soalan 1

i) Jelaskan dua(2) kepentingan industri pelancongan dalam aspek ekonomi

Kepentingan dan sumbangan industri pelancongan yang pertama lalah menyumbang kepada
pendapatan negara. Setiap pelancong yang datang semestinya berbelanja untuk
kemudahan asas mereka ketika melancong seperti pengangkutan dan makanan. Justeru
itu, wang hasil daripada perbelanjaan tersebut akan menambahkan pendapatan negara
dan dapat digunakan untuk pembangunan ekonomi. pelancongan di negara kita dan
kemudahan pelancongan di negara kita.
Seterusnya, kepentingan dan sumbangan industri pelancongan yg kedua ialah membuka
peluang pekerjaan yang lebih luas dalam memastikan pergerakan pelancongan berjalan
lancar, industri pelancongan akan memerlukan tenaga kerja yang lebih banyak.
Contohnya, pekerja hotel, pemandu pelancong, peniaga makanan dan minuman, peniaga
kraf tangan dan sebagainya. Kepentingan dan sumbangan industri pelancongan yang
seterusnya ialah mengembangkan industri pembuatan makanan di Malaysia, pelbagai
jenis makanan unik dan menjadi kegemaran para pelancong kerana negara kita
mempunyai pelbagai kaum, jadi kita dapat merasai masakan yang berbeza seperti
masakan Melayu contohnya nasi impit dan ketupat. Masakan cina seperti kuih bulan,
juga makanan india seperti muruku dan tosai. Keunikan makanan tradisi yang
diperkenalkan ini dapat menarik selera pelancong untuk mencuba makanan di negara
kita.
Kesimpulannya, industri pelancongan memberikan banyak sumbangan kepada negara kita.
Oleh itu, kita haruslah bersama sama mengembangkan lagi industri pelancongan untuk
pembangunan negara.

Soalan 2

i) Terangkan dua(2) budaya yang terdapat dalam masyarakat Melayu yang boleh menarik
minat pelancong untuk datang ke Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara dengan masyarakat berbilang bangsa dengan


majorit masyarakat Melayu,Cina dan India. Terdapat pelbagai kaum etnik berbeza di
Malaysia dengan identiti budaya mereka yang unik dan istimewa, dengan beberapa
persamaan di antaranya. Budaya merupakan salah satu aspek penting yang mempengaruhi
perkembangan dalam industri pelancongan di Malaysia. Namun apakah budaya yang
terdapat dalam masyarakat Melayu yang boleh menarik minat pelancong untuk datang ke
Malaysia?
Antaranya ialah ,budaya dari segi makanan tradisional di semenanjung kaum Melayu.
Makanan tradisional Melayu contohnya, nasi lemak yang sudah menjadi kebiasaan untuk
sarapan pagi semakin digemari ramai masyarakat tempatan mahupun pelancong
luar.Selain itu, rendang daging,ketupat,lemang,tapai dan sebagainya juga merupakan
satu tarikan pelancong untuk datang ke Malaysia kerana mereka dapat merasa sendiri
budaya makanan tradisional masyarakat Melayu.
Seterusnya, budaya masyarakat Melayu yang dapat menarik minat pelancong adalah
melalui perayaan. Negara lain juga mempunyai perayaan mereka tersendiri, begitu
juga dengan negara Malaysia. Perayaan yang adalah wajib dan harus disambut oleh
masyarakat Melayu di Malaysia ialah Hari Raya Aidilfitri. Perayaan ini diraikan
oleh masyarakat yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam juga boleh sambut
bersama mereka untuk memeriahkan dan mengeratkan lagi silaturahim antara kaum dan
agama. Disebabkan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan saling hormat-
menghormati , para pelancong yang datang melawat ke Malaysia akan merasa gah dengan
budaya yang terdapat di Malaysia.
Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di
Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang
unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain sekaligus menarik minat para
pelancong untuk mengetahui lebih banyak tentang budaya masyarakat Melayu di
Malaysia. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi
kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan , bahasa dan sebagainya haruslah
dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru dan para pelancong
juga turut dapat mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh orang-orang dahulu
atau pun nenek-nenek moyang masyarakat Melayu. Oleh hal yang demikian, peranan
semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang dilakukan akan membuahkan
hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.

Soalan 3
i) Jelaskan kepentingan pemeliharaan dan pemuiharaan alam semula jadi.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk megelakkan kepupusan flora
dan fauna.Dengan itu,habitat hidupan darat dan air terpelihara dengan baik.Selain
itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar manusia mendapat
sumber yang bersih dan tidak tercemar contohnya, seperti air.Seterusnya,flora dan
fauna sangat penting bagi keseimbangan ekosistem alam semula jadi.Akhir
sekali,flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan.

ii.Terangkan aktiviti rekreasi yang berasaskan alam semulajadi.

Aktiviti penjagaan alam semula jadi,untuk menjamin persekitaran yang lebih sihat
dan sesuai untuk didiami serta menikmati keindahan alam semula jadi dan perlu
memikul komitmen untuk lebih berhati-hati dengan alam semula jadi.Selain
itu,menggabungkan aktiviti kitar semula,ia merupakan salah satu aktiviti yang boleh
disertai oleh ibu bapa dan anak-anak dari rumah ialah pengkelasan sampah dan
penerapan prinsip “3 R”iaitu Recycle,Reuse dan Reduce.Bukan itu sahaja,hubungan
dengan alam semula jadi dan penjagaanya,cara untuk belajar mencintai alam sekitar
adalah dengan pergi bersiar-siar ke luar bandar dengan tujuan untuk belajar menjaga
alam sekitar dan mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Seterusnya,hidangan
vegan di rumah dengan tujuan untuk memasukkan secara beransur-ansur aktiviti yang
menyedarkan ahli rumah dalam menjaga alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup
semua tanpa perlu melakukan aktiviti di luar.Akhir sekali,menghadiri aktiviti
pendidikan alam sekitar, ini merupakan salah satu aktiviti dengan impak yang
positif yang boleh disertai dan menjaga alam sekitar boleh membantu kita mendidik
diri kita tentang menjadi warga yang lebih baik dan melindungi alam sekitar.

Soalan 4

(i) Terangkan dua kepentingan kestabilan politik dalam industri pelancongan.

Kepentingan kestabilan politik dalam industry pelancongan adalah satu sector


ekonomi yang sering menerika perhatian pelbagai pihak. Keadaan ini timbul kerana
sektor ini dikatakan mudah mendatangkan keuntungan ekonomi kepada sesebuah negara
itu. Banyak negara telah memberikan perhatian kepada sektor ini tetapi keadaan
ketidakstabilan politik telah menyebabkan sektor ini tidak berkembang.Jadi,memang
ada impak yang timbul jika negara itu tidak memiliki kestabilan politik.
Impak yang ketara ialah industry pelancongan itu akan terjejas . Jumlah pelancong
yang melawat ke negara itu akan berkurang setahun demi setahun sepanjang
ketdakkestabilan itu berlaku.Kekurangan jumlah pelancong ini berkait dengan
keselamatan pelancong yang tidak boleh dijamin keselamatannya. Pendapatan negara
daripada sumber pelancongan turun merosot. Jadi, ketidakkestabilan politik memang
membawa sektor buruk kepada pelancongan negara.
Selain itu,pelaburan dalam sektor pelancongan berkurangan.Keadaan politik yang
tidak stabil menyebabkan pelabur takut untuk melabur di negara itu.Pelaburan di
negara negara yang berisiko tinggi ini dianggap tidak membawa keuntungan. Situasi
ini turut menyebabkan pelabur tempatan kekurangan modal untuk melaksanakan sesuatu
projek pelancongan pula. Lantaran itu,pelabur asing ini akan memilih negara lain
yang lebih stabil politiknya.
Keadaan politik yang tidak stabil turut menyebabkan pembangunan negara menjadi
perlahan. Pembinaan prasarana untuk pelancong semakin berkurangan.Keadaan prasarana
yang sedia ada pula semakin dibiarkan begitu sahaja. Keadaan ini menyebabkan semua
aktiviti pembangunan yang dirancng akan diganggu. Oleh itu, kestabilan politik
memang penting untuk memastikan pembangunan berjalan lancar.

Soalan 5

i) Terangkan kepentingan kewujudan aplikasi tempahan seperti grab, Traveloka,


booking.com dan agoda.

Kepentingan aplikasi tempahan ialah untuk memudahkan para pelanggan untuk membuat
tempahan atas talian. Selain itu, dengan adanya aplikasi tempahan ini juga dapat
mengembangkan perniagaan. Contohnya, aplikasi tempahan seperti grab, Traveloka,
booking.com, agoda dan lain-lain dapat menjana duit lebih dari puluhan juta.
Seterusnya, aplikasi tempahan juga dapat mengurangkan pelanggan untuk menempah
terus ke tempat pelancongan. Aplikasi tempahan juga dapat mengurangkan masa
pelanggan untuk menempah.

ii) Jelaskan kepentingan pengangkutan dalam industry pelancongan.

Kepentingan pengangkutan dalam industri pelancongan adalah untuk memudahkan


pelancong dari luar negara untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju. Selain
itu, pengangkutan dalam industri pelancongan juga dapat memudahkan pelabur-pelabur
asing untuk melaburke negara kita. Contohnya, pelabur asing dari India, China dan
dari negara lain. Seterusnya, kepentingan pengangkutan dalam industri pelancongan
juga dapat meningkatkan dan dapat memperkenalkan tempat-tempat menarik. Sebagai
contoh Gunung Kinabalu, Pulau Sapi, Pantai Tanjung Aru dan sebagainya kepada
pelancong-pelancong dari negara luar.

You might also like