You are on page 1of 14

taip LPK JOV hntr p 32776

APA ITU INFLASI?


Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di i berlaku kenaikan harga (kebanyakan gan don perkhidmatan) yang
berterusan.
 
APAKAH PUNCA INFLASI?
 
1. Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan erkhidmatan fidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca
daripada pertambahan permintaan acara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk
menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi
keuntungan yang lebih.
 
2. Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apadla kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada
pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.
 
3. Inflasi Bekalan Wang
Briaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini
iasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang
yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada
tahap tertentu bersesuaian dengan barangan don perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa.
 
4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoll) yang
membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika
pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli
pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan
menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos
meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran,
 
5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkon inflasi. Apabila kos bahanbahan mentah, barang siap atau
perkhidmatan yang dilmport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di
pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedarl. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung
iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing
yang memlhak kepada negara pengeksport.
 
LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI
 
1. Mengawal Permintaan
Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu
untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.
 
2. Mengawal Bekalan
Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran,
mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupa-kan langkah berkesan untuk
mengurangkan tekanan inflasi.
 
3. Polisi Ekonoml Makro
Tindakan Kerajaan melalul pengurusan cukal, kewangan dan pentadbiran untuk menentukan halacara pembangunan
negara.
 
PERANAN PENGGUNA MENGHADAPI INFLASI

 Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa ditawarkan harga rendah.
 Elokkan pembaziran, berjimat dan membeli apabila perlu sahaja dan mengikut rancangan perbelanjaan dan
kemampuan anda.
 Carl kedai yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.
 Dapatkan harga terbalk juga dengan cara tawar-menawar jika clapat dilakukan.
 Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar atau pemberi khidmat untuk meningkatkan
produktiviti mereka.
 Pengguna/pengeluar henclaklah beretika.
 Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli baru, jika ekonomik.







Amalan membaca
  

Topik : Amalan membaca.

Kepentingan/ Faedah/ Manfaat membaca :


Mengapa kita perlu membaca?

1. Percambahan idea baharu dalam bentuk yang lebih tersusun dan jelas diperoleh melalui
amalan membaca.

2. Amalan yang baik ini dapat mengasah fikiran supaya lebih bercapah,
di samping menyuburkan perkembangan jiwa seseorang.

3. Sehubungan dengan itu, orang yang kurang membaca akan ketinggalan dalam segala bidang.
4. Orang yang banyak membaca akan mempunyai imaginasi yang tinggi berdasarkan buku yang
dibacanya.

5. Orang yang membaca akan memperoleh ilmu yang berguna sepanjang hayatnya dan

6. Akan sentiasa dihormati oleh orang lain.

7. Menerusi amalan membaca, seseorang individu dapat meningkatkan penguasaan bahasanya


dan

8. Membolehkan seseorang itu maju dalam kehidupannya.

9. Hasrat kita untuk menjadi bangsa yang maju dan bermaklumat akan dapat dicapai sekiranya
kita tahu menghargai dan memartabatkan ilmu melalui pembacaan.

Cara-cara menggalakkan amalan membaca :

1. Peranan Ibu Bapa


- menjadi "role model" iaitu mesti rajin membaca.
- mengeluarkan duit untuk membelikan anak-anak bahan-bahan bacaan yang sesuai
- wujudkan perpustakaan mini di rumah

2. Peranan Kerajaan
- memberi subsidi kepada penerbit buku supaya dapat merendahkan harga buku.
- memberi pelepasan cukai pendapatan terhadap pembelian buku.

Dasar pertanian negara

Dasar Pertanian Negara telah dilancarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’

Musa Hitam selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Pertanian Negara pada 12 Januari 1984.

Ia memberi garis panduan untuk membantu kerajaan dan sektor swasta dalam menggiatkan lagi sektor

pertanian, meliputi sektor kecil tanaman, ternakan, perikanan serta perhutanan dan seterusnya ekonomi negara

secara keseluruhannya.
Disiplin pelajar

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah


untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan
hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk
membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah
ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan
kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan


perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya
mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang
dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan
keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk
menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah
yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
Gangsterisme

Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia
dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh
mengganggu-gugat perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana
gengsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah,
ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol.

Iks

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang
menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25
juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai
peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan
Pelancongan

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan
mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan
Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk
pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20
bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).
Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke
Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di
Asia Timur - selepas China dan Hong Kong.
* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di
Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan
warga tempatan.

· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan
industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini

Perikanan

Industri perikanan ialah kegiatan komersil yang selalunya bertujuan membekalkan ikan dan
makanan laut lain untuk kegunaan manusia atau sebagai bahan mentah industri lain dan tidak
berfokus di dalam negara sahaja.

Perikanan ataupun kegiatan 'menangkap ikan' termasuk juga aktiviti memancing, menjala,
membubu dan menahan pukat. Perikanan komersil membabitkan perikanan laut dalam dan
penangkapan ikan secara banyak dengan bantuan pukat tunda. Walau bagaimanapun, pukat
tunda hasil daripada perikanan komersil ini boleh menyebabkan pemusnahan habitat batu karang
dan hidupan laut serta sekaligus menyebabkan pencemaran kawasan tepi pantai. Oleh itu, kini
terdapat juga program ternakan ikan sama ada ikan air masin atau atau air tawar.

Kafe siber

Kafe siber boleh didapati di seluruh dunia tetapi lebih banyak tertumpu di kawasan bandar.
Kebanyakan pengguna menggunakan khidmat kafe siber semasa melancong bagi memeriksa e-
mel dan perkhidmatan mesej segera. Selain itu, pengguna yang tidak mempunyai capaian
internet di rumah juga banyak yang menggunakan khidmat kafe siber. Kebanyakan kafe siber
turut menyediakan permainan atas talian yang membolehkan pengguna bermain melalui
sambungan LAN, popular di negara-negara Asia.

Lazimnya, semua komputer di kafe siber dihubungkan melalui sambungan LAN. Setiap
komputer dipasang dengan perisian khas yang membolehkan komputer di kaunter mengawal
setiap komputer di dalam kafe siber. Pekerja kaunter boleh menetapkan masa penggunaan,
menambah masa penggunaan, menutup komputer serta mengunci komputer secara automatik
apabila masa penggunaan tamat.

Terdapat juga kafe siber yang turut menyediakan perkhidmatan mencetak serta mengimbas imej.

Keganasan rumah tanga

Menurut pakar kanak-kanak buta Amerika


Syarikat,Ammeerman ,keganasan rumah
tangga didefinisikan sebagai suatu tindakan
yang mempunyai niat merosakkan ,
,
mencederakan atau membunuh orang lain.
Manakala takrif keganasan dalam Akta
Manakala takrif keganasan dalam Akta
Keganasan Rumahtangga 1994 ialah tindakan
Keganasan Rumahtangga 1994 ialah tindakan
menyebabkan kecederaaan ,penderaan seksual
menyebabkan kecederaaan ,penderaan seksual
,kerosakan harta dan meletakkan mangsa
,kerosakan harta dan meletakkan mangsa
dalam keadaan ketakutan.
dalam keadaan ketakutan.
PENGENALAN…
PENGENALAN…

Kes keganasan rumah tangga adalah seperti
penderaan fizikal dan mental, pencabulan ,
, penganiayaan dan pembunuhan .
penganiayaan dan pembunuhan .

Kekerasan terhadap seseorang adalah
Kekerasan terhadap seseorang ada


Menurut pakar kanak-kanak buta Amerika
Menurut pakar kanak-kanak buta Amerika
Syarikat,Ammeerman ,keganasan rumah
Syarikat,Ammeerman ,keganasan rumah
tangga didefinisikan sebagai suatu tindakan
tangga didefinisikan sebagai suatu tindakan
yang mempunyai niat merosakkan ,
yang mempunyai niat merosakkan ,
mencederakan atau membunuh orang lain.
mencederakan atau membunuh orang lain.

Manakala takrif keganasan dalam Akta
Manakala takrif keganasan dalam Akta
Keganasan Rumahtangga 1994 ialah tindakan
Keganasan Rumahtangga 1994 ialah tindakan
menyebabkan kecederaaan ,penderaan seksual
menyebabkan kecederaaan ,penderaan seksual
,kerosakan harta dan meletakkan mangsa
,kerosakan harta dan meletakkan mangsa
dalam keadaan ketakutan.
dalam keadaan ketakutan.
PENGENALAN…
PENGENALAN…

Kes keganasan rumah tangga adalah seperti
Kes keganasan rumah tangga adalah seperti
penderaan fizikal dan mental, pencabulan ,
penderaan fizikal dan mental, pencabulan ,
penganiayaan dan pembunuhan .
penganiayaan dan pembunuhan .

Kekerasan terhadap seseorang adalah
Kekerasan terhadap seseorang adalah
melanggar perundangan negara dan hak asasi.
melanggar perundangan negara dan hak asasi.

Menurut Menteri Perpaduan dan Pembangunan
Menurut Menteri Perpaduan dan Pembangunan
Masyarakat, keganasan rumah tangga semakin
Masyarakat, keganasan rumah tangga semakin
meningkat dan menjadi masalah masyarakat.
meningkat dan menjadi masalah masyarakat.

Kepenggunaa n

Kepenggunaan atau konsumerisme (bahasa Inggeris: consumerism) ialah penyamaan


kebahagiaan peribadi dengan pembelian barang kebendaan serta penggunaannya. Istilah itu
seringnya dikaitkan dengan kritikan tentang penggunaan, dengan perkembangan ini dimulakan
oleh Karl Marx dan Thorstein Veblen.

Kelas menengah yang baru muncul pada peralihan abad ke-20, tajuk penyelidikan Veblen,
tercapai menjelang akhir abad ke-20 menerusi proses globalisasi. [1]
Dalam bidang ekonomi, kepenggunaan merujuk kepada dasar ekonomi yang menekankan
penggunaan. Dari segi mujarad, ia merupakan kepercayaan bahawa pilihan bebas pengguna
harus menentukan struktur ekonomi sesebuah masyarakat (berbeza dengan Produserisme
(kepenggeluaran), khususnya dari segi istilah British).

[sunting] Sejarah
Kepenggunaan seringnya berkait dengan dunia Barat, tetapi sebenarnya bersifat berbilang
budaya dan tidak bergantung kepada kawasan geografi. Orang yang membeli dan menggunakan
barang yang melebihi keperluan asasnya adalah sesuatu perkara yang wujud sejak tamadun
pertama (sila lihat Mesir Kuno, Babylon, dan Rom Kuno, misalnya). Sejak permulaan
kepenggunaan, berbagai individu dan kumpulan telah sengaja mencari-cari gaya kehidupan yang
alternatif menerusi kehidupan sederhana.

Kesesakan lalu lintas

Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan awam
di nusa kita makin hari makin maju dan giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan.
Sehubungan dengan itu, penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita
kian banyak, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagai
jenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak kerajaan yang berjiwa rakyat
untuk penduduk di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan lalu
lintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran Ringan (LRT),
Komuter dan sebagainya. Walaupun pelbagai jenis pengangkutan disediakan,
malangnya, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita masih tidak pernah mencapai
titik noktah selama ini. Fenomena ini berubah menjadi lebih kronik dan
membimbangkan semua pihak terutamanya pada waktu puncak. Masalah ini
haruslah dititikberatkan oleh semua pihak dan bersama-samalah kita berganding
bahu menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Hal yang tidak dapat
dinafikan ialah kesesakan dan pengangkutan awam adalah simbiosis. Nescaya,
beberapa punca yang menyebabkan kesesakan lalu lintas tetap berlaku saban
waktu dalam perjalanan walakin pengangkutan awam disediakan.

Pendatang asing tanpa izin

Pendatang tanpa izin (sing. PTI) atau pendatang haram adalah mereka yang masuk atau tinggal di
sesebuah negara secara haram. Secara haram bermaksud tidak mengikut undang-undang imigrasi,
contohnya memasuki negara tujuan tanpa permit dan bukan dengan melalui pintu masuk utama.
Pelan induk perindustrian

Sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah dilaksanakan ke arah kegiatan-
kegiatan yang bercorak gantian-import. Bagaimanapun strategi ini telah mula berubah dalam tahun
1970 di mana lebih banyak tumpuan telah dibuat terhadap kegiatan-kegiatan yang berorientasikan
eksport, memandangan kegiatan berorientasikan gantian import membantutkan perkembangan
perindustrian oleh kerana Malaysia dianggap mempunyai skop pasaran yang kecil. Matlamat-matlamat
pembangunan Perindustrian dalam tahun 70an hingga sekarang berasaskan faktor-faktor berikut:-
tempoh 115 hingga 120 tahun

Pembuangan bayi

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan
teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari,
terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-
lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.

Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang


bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut
diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh,
dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka
bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan
remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana
pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuangmasa
dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita
sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan
yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka
hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya.
Selepas
itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan
hingga sanggup mengorbankan anak.
Penderaan kanak2

Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada
golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18
tahun.
Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-

1. Penderaan fizikal kanak-kanak.


2. Penderaan mental kanak-kanak.
3. Penderaan seksual kanak-kanak.

Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah perubatan dan sosial yang berlaku di seluruh
dunia.

Penderaan kanak2

Akhir-akhir ini, kejadian mendera atau menyeksa kanak-kanak semakin menjadi- jadi.Kisah
kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak sering dipaparkan di media massa sama ada media
elektronik atau media cetak. Apabila sesuatu berita penganiayaan itu dipaparkan, perasaan masyarakat
akan terusik lalu mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Reaksi seumpama ini memang
lumrah. Setiap kali kes penganiayaan dipaparkan di surat khabar, setiap kali itu juga masyarakat akan
bangun meminta orang yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Kanak-kanak sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental.Penderaan dari
segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti luka,parut atau lebam
sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda- benda panas. Manakala penderaan dari segi mental berlaku
sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan
jiwa,gangguan emosi,dan mental atau proses pembesarannya.Selain itu,terdapat juga kes-kes
penganiayaan seks,seperti pencabulan kehormatan dan kes rogol.

Pengganguran.

Pengangguran berlaku apabila seseorang yang boleh bekerja dan mahu bekerja tetapi tidak
dapat mendapat pekerjaan. Mereka ini digolongkan dalam tenaga buruh sesebuah negara, iaitu
mereka yang berumur 16 ke 64 tahun dan sanggup bekerja.

Dalam masyarakat di mana kebanyakan orang boleh mencari nafkah dengan bekerja dengan
orang lain, pengangguran adalah masalah serius. Kesan negatifnya termasuk kehilangan,
perasaan ditolak dan kegagalan peribadi, dan kerana itu pengangguran digunakan secara secara
meluas untuk mengukur kebajikan pekerja. Kadar pekerja yang menganggur juga menunjukkan
tahap kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti
ekonomi.

Pengangguran atau tuna karya adalah istilah untuk orang yang tidak bekerja sama sekali,
sedang mencari kerja, bekerja kurang dari dua hari selama seminggu, atau seseorang yang
sedang berusaha mendapatkan pekerjaan yang layak. Pengangguran umumnya disebabkan
karena jumlah angkatan kerja atau para pencari kerja tidak sebanding dengan jumlah lapangan
kerja yang ada yang mampu menyerapnya. Pengangguran seringkali menjadi masalah dalam
perekonomian karena dengan adanya pengangguran, produktivitas dan pendapatan masyarakat
akan berkurang sehingga dapat menyebabkan timbulnya kemiskinan dan masalah-masalah sosial
lainnya.

Tingkat pengangguran dapat dihitung dengan cara membandingkan jumlah pengangguran


dengan jumlah angkatan kerja yang dinyatakan dalam persen. Ketiadaan pendapatan
menyebabkan penganggur harus mengurangi pengeluaran konsumsinya yang menyebabkan
menurunnya tingkat kemakmuran dan kesejahteraan. Pengangguran yang berkepanjangan juga
dapat menimbulkan efek psikologis yang buruk terhadap penganggur dan keluarganya. Tingkat
pengangguran yang terlalu tinggi juga dapat menyebabkan kekacauan politik keamanan dan
sosial sehingga mengganggu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Akibat jangka panjang
adalah menurunnya GNP dan pendapatan per kapita suatu negara. Di negara-negara berkembang
seperti Indonesia, dikenal istilah "pengangguran terselubung" di mana pekerjaan yang
semestinya bisa dilakukan dengan tenaga kerja sedikit, dilakukan oleh lebih banyak orang.

Penswastaan

Penswastaan di Malaysia merujuk kepada agensi dan syarikat milik kerajaan Malaysia yang
telah diswastakan oleh kerajaan Malaysia. Dasar ini diperkenalkan bagi meningkatkan
kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju. Sesetengah agensi kerajaan pula amat
menarik dan menguntung . Kerajaan tidak perlu meminjam dari sumber luar untuk meningkatkan
sumber kewangan kerana pelabur tempatan sendiri boleh melabur dalam syarikat yang
diswastakan.

Biasanya agensi ini menyediakan utiliti utama seperti pengangkutan, bekalan air, elektrik,
telekomunikasi dan lain-lain. Kerajaan Malaysia mengambil teladan dari negara Barat terutama
Britain yang mengamalkan dasar itu sejak sekian lama.

Persaingan akan meningkatkan kecekapan dan kerajaan tidak akan dipersalahkan jika kelemahan
berlaku. Perdana Menteri malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad lebih percaya kepada
perkongsian pintar antara kerajaan dan pihak swasta. Syarikat multinasional atau gergasi ini akan
menjadi penaung kepada syarikat yang lebih kecil .

Permainan tradisional

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai
keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir
setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini
termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu
terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran
resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang


dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan
harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini
membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil
lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi
berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja
sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan
antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

Rasuah

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat
kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat
selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

 Meminta/Menerima Rasuah
 Menawar/Memberi Rasuah
 Membuat Tuntutan Palsu
 Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana
undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan
ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di
kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

Sekolah klauster

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam
klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster
bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun
sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Setinggan

Setinggan adalah kawasan-kawasan penempatan yang terletak di atas tanah kerajaan dan rumah-rumah
yang dibina di atasnya tidak mendapat kebenaran pihak kerajaan. Selalunya, pola petempatan sesebuah
kawasan setinggan ialah berselerak.

Tanah terbiar

Tanah terbiar bermaksud tanah bermilik atau tanah yang diberikan Lesen Pendudukan Sementara (TOL)
yang tidak ditanam/diusahakan selama tiga tahun berturut-turut, suatu tanaman/ternak air/ternakan
secara khusus atau integrasi dengan maksud mendapatkan        hasilnya.

Urbanisasi

Urbanisasi adalah perpindahan penduduk dari desa ke kota. Urbanisasi adalah masalah yang
cukup serius bagi kita semua. Persebaran penduduk yang tidak merata antara desa dengan kota
akan menimbulkan berbagai permasalahan kehidupan sosial kemasyarakatan. Jumlah
peningkatan penduduk kota yang signifikan tanpa didukung dan diimbangi dengan jumlah
lapangan pekerjaan, fasilitas umum, aparat penegak hukum, perumahan, penyediaan pangan, dan
lain sebagainya tentu adalah suatu masalah yang harus segera dicarikan jalan keluarnya.

Berbeda dengan perspektif ilmu kependudukan, definisi Urbanisasi berarti persentase penduduk
yang tinggal di daerah perkotaan. Perpindahan manusia dari desa ke kota hanya salah satu
penyebab urbanisasi. perpindahan itu sendiri dikategorikan 2 macam, yakni: Migrasi Penduduk
dan Mobilitas Penduduk, Bedanya Migrasi penduduk lebih bermakna perpindahan penduduk dari
desa ke kota yang bertujuan untuk tinggal menetap di kota. Sedangkan Mobilitas Penduduk
berarti perpindahan penduduk yang hanya bersifat sementara atau tidak menetap.

Vandelisme

Vandalisme boleh

didefinisikan sebagai tindakan


membinasakan atau
merosakkan harta benda awam
atau harta benda orang lain. Vandalisme ialah tindakan merosakkan harta benda awam dengan
sewenang-wenangnya. Tahukah anda bahawa kegiatan vandalism. aku musnah atau
Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta
benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal,
yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap
sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk
ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat.

Wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia
ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan
negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan
sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga
perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial,
kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga
keyakinan.

You might also like