You are on page 1of 5

Kini, negara kita sedang mengalami kenaikan harga barangan yang

berterusan. Dalam erti kata lain, kenaikan harga barangan yang berterusan ini lebih
dikenali sebagai inflasi. Inflasi ini meliputi kenaikan harga barang dan perkhidmatan
secara keseluruhan di pasaran. Keadaan ini sangat membebankan hidup rakyat
yang memang sudah berada dalam keadaan susah pada saat ini. Hal ini seperti
sudah jatuh ditimpa tangga. Masalah inflasi ini bukan sahaja dihadapi oleh negara-
negara membangun, namun ia juga turut dihadapi oleh negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat. Pada realitinya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan
kenaikan harga barangan ini.
Antara punca kenaikan harga barang dalam sesebuah negara adalah
disebabkan oleh kenaikan harga minyak. Kenaikan harga minyak tempatan ini
disebabkan oleh kenaikan harga minyak yang mendadak di pasaran antarabangsa.
Minyak seperti diesel dan petrol merupakan bahan keperluan untuk mengerakkan
kenderaan, jentera dan mesin di dalam kilang. Apabila berlaku kenaikan harga
minyak, kos pengeluaran dan pengangkutan akan meningkat. Hal ini akan
menyebabkan margin keuntungan pengeluar akan berkurang kerana kos untuk
mengeluarkan suatu barang dengan kuantiti yang sama telah meningkat. Oleh itu,
bagi memastikan margin keuntungan kekal sama ataupun mengelakkan kerugian,
pengeluar terpaksa menaikkan harga keluaran mereka. Hal ini menyebabkan harga
barang di pasaran meningkat.

Selain itu, permintaan barang yang melebihi penawaran barang juga menjadi
punca kepada kenaikan harga barang. Dalam erti kata lain, kenaikan harga barang
disebabkan oleh terlalu banyak wang yang mengejar barang yang sedikit. Hal ini
biasanya berlaku pada musim perayaan. Pada musim perayaan, permintaan
terhadap barang makanan seperti ayam, telur, daging, biskut dan sebagainya
meningkat sedangkan penawaran barang makanan tersebut kekal sama. Hal ini
memaksa pengeluar atau penjual menaikkan harga barangan untuk
menyimbangkan kuantiti barangan dengan jumlah wang yang beredar di pasaran.
Hal ini bertambah buruk lagi disebabkan oleh kewujudan individu yang berbelanja
tanpa mengikut keperluan. Oleh itu, permintaan yang tinggi ini menyebabkan harga
barang di pasaran meningkat.

Sikap peniaga yang mementingkan keuntungan juga menyumbang kepada


kenaikan harga barang di pasaran. Terdapat peniaga yang sengaja mengambil
kesempatan menaikkan harga barang pada musim perayaan untuk mengaut
keuntungan yang lebih banyak. Selain itu, terdapat juga peniaga yang sengaja
menyorokkan barang-barang kawalan seperti gula dan minyak masak dengan niat
untuk mengurangkan penawaran agar harga barang dapat dinaikkan. Lebih
menyedihkan lagi, terdapat pengeluar barang yang sengaja mengurangkan
pengeluaran barang supaya harga barang tersebut meningkat. Sikap peniaga-
peniaga dan pengeluar-pengeluar yang tamak ini akan mendorong kepada kenaikan
harga barang di pasaran.
Kelemahan penguatkuasaan juga menyebabkan peningkatan harga barang di
pasaran. Kelemahan penguatkuasaan ini berlaku kerana kurangnya anggota
penguatkuasa. Hal ini menyukarkan kerja-kerja pemantauan di permis-permis
perniagaan seperti pasar raya. Pemantauan yang kurang oleh penguatkuasa ini
menyebabkan terdapat peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. Selain
itu, terdapat segelintir peniaga juga yang sengaja melakukan perbuatan curang
dengan menyorok barang dengan tujuan untuk menaikkan harga barang. Oleh itu,
harga barang di pasaran meningkat. Jelaslah bahawa kelemahan penguatkuasaan
undang-undang menyebabkan para peniaga yang tidak bertanggungjawab sesuka
untuk menaikkan barang.

Krisis global seperti perang, bencana alam dan pandemik adalah masalah
besar yang mempengaruhi dunia. Hal ini membawa kesan yang teruk kepada
ekonomi dan harga barang. Perang dan bencana alam membawa kepada
kekurangan sumber-sumber penting seperti makanan dan minyak. Keadaan ini
membuat harga barang meningkat kerana permintaan untuk barangan tersebut
meningkat dan penyediaan menjadi terhad. Pandemik pula membawa kesan yang
besar kepada ekonomi dunia. Ramai perniagaan terpaksa ditutup sepanjang
tempoh lockdown dan ini membawa kepada kekurangan barangan dan
meningkatkan harga barang. Terdapat juga kos yang tinggi bagi membeli barangan
seperti peralatan keselamatan dan rawatan bagi memerangi virus.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kenaikan harga


barang di pasaran. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagi
membendung kenaikan harga barang di pasaran ini. Pihak kerajaan perlu
memastikan barangan keperluan sentiasa mencukupi di pasaran dan
penguatkuasaan undang-undang dilaksankan dengan cekap. Selain itu, masyarakat
juga perlu mengamalkan sikap tidak keterlaluan semasa membeli barang di pasar
raya untuk mengelakkan kekurangan bekalan yang akan mendorong kenaikan
harga barang. Semoga kenaikan harga barang di negara kita dapat dibendung
dengan segera untuk meringankan beban rakyat.
Langkah Mengatasi Kenaikan Harga Barang

Sejak akhir-akhir ini, kenaikan harga barang telah menjadi bualan masyarakat
akibat pergolakan ekonomi yang melanda. Polemik ini menjadi antara faktor kos
sara hidup di Malaysia meningkat dari tahun ke tahun. Namun, kadar gaji dan
peluang kerja yang ditawarkan masih berada di takuk yang sama pada 10 tahun
yang lalu. Masalah ini mungkin timbul oleh sikap tamak peniaga, pengilang atau
kapitalis yang mengawal ekonomi dan bersikap seperti lintah darat. Sekiranya sikap
mengaut keuntungan ini tidak dihentikan, jurang antara golongan berpendapatan
tinggi dan berpendapatan rendah akan semakin menjarak. Oleh itu, apakah inisiatif
yang boleh dilaksanakan bagi membendung kenaikan harga barang terus berlaku
dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat konvensional?

Pada masa yang sama, penguatkuasaan undang-undang adalah penting


dalam membendung kenaikan harga barang. Pihak berkuasa perlu melakukan
pemantauan lebih kerap atau menyediakan medium yang mudah untuk masyarakat
melaporkan sebarang kenaikan harga yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu,
pihak berkuasa juga perlu menggesa peniaga mempamerkan tanda harga pada
setiap produk yang dijual bagi mengelakkan pengguna daripada tertipu. Penetapan
Akta Kawalan Harga yang lebih menyeluruh serta hukuman yang lebih berat wajar
dilaksanakan supaya peniaga sedar tanpa pengguna, mereka tidak dapat
menjalankan perniagaan mereka. Jika tiada usaha daripada pihak kerajaan,
peniaga akan terus menaikkan harga barang dan masyarakat akan ditindas.
Tuntasnya, pemantauan daripada pihak berkuasa terhadap peniaga yang
menaikkan harga barang amat diperlukan kerana ianya adalah salah satu langkah
untuk membendung kenaikan harga barang

Selain daripada itu, pembendungan kenaikan harga barang boleh dilakukan


dengan memastikan pengeluaran barang mengikut unjuran permintaan pengguna.
Usaha ini memerlukan kerjasama dan etika daripada pihak pembekal dan pengeluar
produk. Hal ini demikian kerana pada musim perayaan atau krisis, permintaan
pengguna akan bertambah dan terdapat segelintir pihak yang mengambil
kesempatan dengan menaikkan harga barang. Pihak berkuasa perlu menjalankan
kajian dan menganalisis unjuran permintaan masyarakat saban tahun untuk
mengeluarkan jumlah jangkaan pengguna pada masa hadapan. Oleh itu, produktiviti
perlu dilipatgandakan bagi menampung kekurangan yang ada pada waktu-waktu
tertentu. Tambahan pula, pemberian subsidi kepada pengeluar dapat membantu
pengeluaran yang mencukupi untuk menampung permintaan rakyat yang semakin
bertambah.

Dari sudut pandang pengguna pula, kenaikan harga barang boleh dielakkan
dengan amalan berjimat cermat. Dewasa ini, pengguna kebanyakannya berbelanja
mengikut kehendak dan lebih daripada keperluan masing-masing. Situasi ini
berlaku rentetan pengaruh media massa dan selebriti yang menggunakan media
sosial untuk menunjukkan kemewahan hidup. Golongan marhaen sepatutnya
membuat perbandingan harga antara pasaraya dan kedai sebelum membuat
pembelian. Kehadiran pasaraya yang menjual pada harga borong dan berpatutan
perlu diperbanyakkan pada kawasan-kawasan tertentu terutamanya kawasan luar
bandar. Pengguna juga digalakkan untuk mengamalkan kitar semula dengan
menggunakan barang lama dan terpakai. Pelbagai tutorial yang telah dimuat naik
secara atas talian yang membantu kita untuk menukar barangan lama kepada
barangan yang berguna untuk digunakan pada ketika ini.

Prakarsa utama yang boleh dilakukan adalah dengan memperkenalkan mekanisme


kawalan terhadap harga barang terutamanya barang keperluan asas (引入商品价格
控制机制,尤其是基本必需品的价格 ) seperti beras, minyak masak dan gula.
Kerajaan yang intelektual dan prihatin dengan kelangsungan hidup rakyat
sewajarnya menetapkan harga siling terhadap barang-barang asas yang lazimnya
mendapat permintaan tinggi daripada pengguna. Tindakan ini pernah dilaksanakan
tetapi hanya apabila hari perayaan berlangsung dan tidak dikekalkan untuk tempoh
yang lama. Justeru, pihak berkuasa perlu menjalankan kajian bagi mencari senarai
barang keperluan yang penting untuk penduduk tempatan dalam kehidupan
seharian. Kesannya, rakyat dapat membeli barang keperluan bagi meneruskan
kehidupan masing-masing walaupun ekonomi negara terumbang-ambing akibat
daripada pergolakan negara-negara yang berkuasa.

Ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaankeluarga


dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkankeperluan. %al ini
bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklahdiketepikan. Sebagai
contoh, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkanpembelian pakaian yang
berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya.Mereka hendaklah
menumpukan pembelian barangan keperluan utama sepertiberas, gula, tepung, dan
sebagainya

tidak dinafikan bahawa media massa juga memainkan peranan yang dominan
dalam menangani masalah ini. Berperanan sebagai saluran informasi terkini, media
massa haruslah mendedahkan
isu kenaikan harga barangan serta masalah kekurangan bekalan makanan di
pasaran kepada masyarakat. Informasi atau berita tersebut boleh disampaikan
menerusi kaca televisyen, iklan, surat khabar, majalah mahupun internet dan
sebagainya. Dengan itu, masyarakat akan membuat persediaan awal dalam
menghadapi kemelut tersebut. Senarai barangan kawalan juga harus didedahkan
kepada masyarakat untuk pengetahuan pengguna, terutamanya semasa hari
perayaan. Misalnya, barang-barang yang disenaraikan sebagai barang kawalan
adalah seperti daging ayam, gula, telur ayam, tepung dan sebagainya. Implikasinya,
masyarakat akan menjadi lebih berpengetahuan dan mampu menjadi pengguna
yang bijak serta tidak mudah diperdaya oleh peniaga. Sekiranya berlaku perubahan
atau pindaan dalam senarai barang kawalan, maka maklumat tersebut perlu
diumumkan supaya hak pengguna tidak tergugat. Kempen-kempen yang efektif juga
tidak boleh dikesampingkan misalnya, media massa boleh menggiatkan serta
menggerakkan kempen berjimat cermat, kempen pertanian sebagai perniagaan dan
sebagainya. Hal ini akan dapat melatih masyarakat agar sentiasa bersedia dan tidak
panik ketika masalah kenaikan harga barangan dan kekurangan bekalan makanan
di pasaran berlaku. Kempen pertanian sebagai perniagaan juga akan dapat
merangsangkan minat golongan muda untuk bergiat aktif dalam bidang pertanian
atau menerimanya sebagai kerjaya. Hal ini demikian kerana dengan bertani, kita
juga boleh mengaut keuntungan jika dilakukan secara gigih dan merupakan salah
satu profesion yang dapat menjamin peningkatan ekonomi. Sekiranya sektor
pertanian digiatkan, nescaya bekalan makanan di pasaran akan meningkat.

Konklusinya, pelbagai usaha yang boleh digarap untuk membendung


kenaikan harga barang yang semakin merunsingkan masayrakat hari ini. Isu ini
pasti dapat diselesaikan dengan baik sekiranya semua pihak bekerjasama bagai aur
dengan tebing untuk memainkan peranan masing masing. Sebagai rakyat, kita
hendaklah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama-sama
dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Semoga
pihak berkuasa konsisten dalam memperjuangkan isu yang dekat dengan realiti
kehidupan masyarakat hari ini agar kemakmuran bersama dapat dicapai secara
saksama.

Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri, Koperasi dna


Kepenggunaan (KPDNKK)

You might also like