You are on page 1of 24

DASAR AWAM DARI

PERSPEKTIF ANALITIK
PENGENALAN
Pendekatan yang digunakan untuk menganalisis dasar awam;

Sains Politik
Pentadbiran awam
Ekonomi

Tidak semua dasar atau program boleh diselesaikan dengan
menggunakan pendekatan politik.

Model Ekonomi/model analitik selesaikan masalah spt.

sistem belanjawan
kos untung/rugi
penyelidikan operasi dan statistik
kecekapan/kegagalan pasaran
EKONOMI MALAYSIA: GABUNGAN
SEMUA PUNCA PENGELUARAN
Pengertian ekonomi;

satu proses bagaimana cara manusia hendak memenuhi
keperluan hidup mereka seperti makanan,
pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan kesejahteraan.

Bagi menentukan sistem ekonomi berjalan lancar, bergantung
kepada pengendalian sistem politik oleh pemimpin.

Sistem ekonomi;

Komunisme
Sosialisme
Diktator
Kapitalisme
Ekonomi campuran.

4.0 SISTEM PASARAN DAN SYARAT-SYARAT PASARAN.

4.1 Isi Rumah

Mana-mana kelompok individu yang menentukan secara kolektif
bagaimana mereka mendapatkan pendapatan mereka dan
cara mereka membelanjakannya.


4.2 Perniagaan

Membeli faktor-faktor pengeluaran daripada isi rumah dan tukar
kepada barangan, perkhidmatan dan menjual balik mesin-mesin
output kepada isi rumah untuk mendapat wang.

4.3. Pasaran.

Isi rumah dan perniagaan berkait rapat. Kedua-duanya berkaitan
dengan penawaran dan permintaan dalam sistem pasaran. Ciri-ciri
pasaran yang sempurna ialah:



a. Persaingan sempurna.
Setiap pasaran mempunyai banyak pembeli dan penjual.
Pembeli dan penjual merupakan penukar harga
dan bukan pembuat harga.
Harga ditentukan oleh pasaran.
Jika satu atau lebih penjual mempunyai kawalan terhadap
penawaran, dikenali sebagai monopolistik.
Satu atau sedikit pembeli yang mempunyai kawalan terhadap
permintaan, dikenali sebagai monopsonistik.
Apabila wujud kuasa pasaran samada monopolistik atau
monopsonistik, pasaran tidak berjalan dengan cekap.
Ketidak cekapan mengakibatkan pembuangan ekonomi dan
seterusnya membawa kerugian kebajikan sosial.

b. Penambahan kos di semua industri.

Sebarang pengeluaran (firma perniagaan) dalam ekonomi
tumbuh lebih besar menyebabkan terdapat beberapa tingkat
keluaran atau hasil apabila tiap-tiap satu unit mula bertambah.







Jika penambahan kos tidak wujud, kos pengeluaran barangan
akan jatuh berterusan, bertambah besarlah pertumbahan industri.


c. Prinsip Exclusive

Satu ciri barangan/perkhidmatan mesti diperolehi jika mahukan sistem
pasaran berfungsi secara ideal.
Cth.stoking hanya orang yang memakai sahaja yang merasa selesa.
Barangan yang tidak tertakluk ciri exclusive mempunyai ciri spill over.
Cth.orang yang membuang sampah ke dalam sungai tidak akan rugi
apa-apa, tetapi orang lain akan menerima pencemaran.

d. Ketiadaan barangan awam.

Tidak tertakluk kepada prinsip exclusion tetapi mengalami spill over
yang extreme. Setiap orang akan mendapat barangan awam dalam
jumlah yang sama.

Cth.barangan awam; rumah api, pertahanan nasional, lampu jalan dll.
e. Pengetahuan yang lengkap.

Semua pembeli dan penjual mesti mempunyai pengetahuan yang
sepenuhnya mengenai semua alternatif.
Dengan itu, kerelaan untuk membayar semua barangan yang
dikehendaki dan kerelaan untuk menjual barangan yang ditawarkan
adalah sempurna keadaanya dipasaran.

f. Mobiliti yang lengkap

Punca-punca keluaran akan bergerak mengikut perubahan harga.
Dikaitkan dengan teori penawaran/permintaan iaitu
i. Permintaan akan tinggi sekiranya harga rendah.
ii. Penawaran barang rendah jika permintaan kurang dan harga
tinggi.
Setiap orang berhak untuk ubah corak perbelanjaan & pendapatan
dalam meransang perubahan-perubahan harga.
Cth. Buruh bebas mendapatkan pekerjaan yang menawarkan kadar
gaji yang berbeza. Atau firma turunkan kadar gaji buruh sekiranya
harga barang rendah dan sebaliknya.

KEGAGALAN PASARAN:
PERLU TINDAKAN YANG KOLEKTIF
1. Monopoli, pengurangan kos dan ketidakcekapan ekonomi.

Terjadi kerana kekurangan modal/bahan mentah. Hanya teknologi
yang boleh mengatasi masalah tersebut. Menyebabkan munculnya
monopoli.
Masalah tersebut boleh diatasi dengan cara;
Anti trust legislation.
Peraturan-peraturan awam
Syarikat kerajaan/badan berkanun.
Wujudkan keadaan yang tiada persaingan.
Jika sedikit firma beroperasi dengan cekap-oligopoli.
Untuk mengatasi keadaan ini, kerajaan boleh keluarkan
undang-undang, melarang monopoli dan mengawal harga spt.
kawal harga minyak, gula, beras dan minyak dll.


.
2. Ketidakcekapan ekonomi dan spill over.

Penggubal dasar mestilah sedar akan kesan spill over.

Spill over cost- bila sebuah kereta rosak yang menyebabkan kesesakan
lalu lintas, orang lain akan terkena spill over cost.

Spill over benefit- sebuah syarikat terpaksa mengeluarkankan modal
untuk memberi latihan kepada kakitangan,tiba-tiba kakitangan tersebut
mencari kerja lain, syarikat baru akan mendapat spill over benefit,
manakala syarikat lama akan membayar spill over cost.


Ekonomi Spill Over (lebihan)
D S
D
S
O
X
kuantiti
Harga P
E
Q1
P1
Q2
Keluk penawaran dan keluk permintaan bertemu tentukan
Harga yang stabil.
Rajah 1

Titik E dianggap titik pertemuan bila pengeluaran dan harga seimbang.
Q dianggap kuantiti yang sesuai dan P pula harga yang sesuai.
Jadi marginal cost dan marginal benefit adalah sama.
Jika Q tinggi pengeluarannya, menyebabkan harga menjadi mahal,
dan permintaan akan menjadi rendah.
Jika pengeluaran rendah, penawaran rendah, sedangkan permintaan
tinggi dan harga barangan mungkin meningkat.

Pendidikan- samada tinggi ataupun tidak, masyarakat akan tetap
membayar. Melambangkan penilaian masyarakat terhadap pelajaran
adalah tinggi.
Kemungkinan jika harga rendah, unit pelajaran akan ditambah dan
sebaliknya.
.
Harga P
T
D
S
S
T
D
Q1
Q2
0
$b
$b
Kuantiti
Keluk yang dapat menetapkan yang
seimbang dengan harga
Rajah 2

D dikatakan harga tinggi, sedikit unit pelajaran yang akan dibayar.
P rendah, banyak unit pelajaran.
Q2 dianggap sebaik-baik yang patut dikeluarkan. Q1 minimum shj.

Tindakan kolektif dan spill over
Jika berlaku ketidakseimbangan dalam pasaran, kerajaan akan
i. bertindak mengambil alih. Cth. Polis, pelajaran, hospital dll.
ii. Kurangkan cukai dan beri subsidi kepada industri untuk dapatkan
spill over benefit.
iii. Subsidi/biasiswa kepada rakyat


PRINSIP-PRINSIP KEBERUNTUNGAN
SOSIAL YANG MAKSIMUM: SATU
RANGKA PENILAIAN KERAJAAN

Untuk melihat keberkesanan impak ekonomi daripada keputusan-
keputusan dan penilaian sektor awam;

i. Adakah rakyat di negara ini mendapat lebih keuntungan daripada
keputusan-keputusan itu?
ii. Adakah kenaikan dan nilai ekonomi yang disebabkan oleh
keputusan itu lebih besar daripada kos ekonomi yang dikenakan?
Keputusan kerajaan ialah untuk mewujudkan faedah dengan
mengenakan kos-kos yang mengandungi pelbagai bentuk-cukai,
undang-undang dan penguatkuasaan pencegahan.

Kesan keputusan kerajaan dibuat dalam banyak kerajaan yang
dipanggil kewangan awam.
Kerugian/keuntungan yang diakibatkan oleh keputusan kerajaan
Berkaitan dengan cara kerajaan meninggikan perbelanjaan dan
Membelanjakan pendapatan, atau berapa banyak pendapatan
ditinggi/dibelanjakan.


Prinsip-prinsip Keberuntungan Sosial yang maksimum

Ada 2 prinsip yang perlu ditekankan;
i. Ujian Minimum
ii. Ujian Maksimum

i. Ujian Minimum

Aktiviti sektor awam mestilah ditemui jika hendak wujudkan
kepentingan masyarakat.
Berkehendakkan cadangan gambaran keuntungan yang melebihi
kos.
Jika lebih rendah drpd.kos- projek tidak perlu dijalankan.

ii. Ujian Maksimum

Untuk dapatkan keuntungan sosial yang maksimum.
penyelidikan lengkap mengenai alternatif untuk dapatkan lebih
keuntungan melebihi kos sosial. Cth.



Pilihan A
RM 25 ribu kos
RM 10 ribu untung
Pilihan B
RM 35 ribu kos
RM 15 ribu untung
Pilihan yang tepat ialah B kerana pulangan lebih besar.
KOS SOSIAL DAN KEUNTUNGAN SOSIAL
Terdapat 2 model untuk melihat sejauhmana kerajaan memperolehi
keberuntungan sosial yang maksimum;

i. Saiz projek kerajaan yang optimum
ii. Kesan pemindahan program sektor swasta.

i. Saiz Projek kerajaan yang optimum.

Andaian;
i. Semua pasaran di sektor awam beroperasi dengan baik.
ii. Setengah barangan awam tidak boleh dikeluarkan oleh swasta.
iii. Kerajaan telah menilai semua alternatif pengeluaran barangan awam
dan tahu nilai sosial yang dikeluarkan drpd setiap ringgit.


a
b
RM
1 juta
RM
300
juta
RM
301
juta
Unit
Bagi
Nilai
sosial
TSV (Total Sosial Value)
Saiz projek yang sesuai mengikut nilai sosial dan nilai ringgit
TSV berkait dengan jumlah kos sesuatu projek.
Keluk TSV menunjukkan bahawa setiap sejuta ringgit yang pertama,
rakyat rela membayar jumlah yang banyak iaitu RM 300 juta.
Nilai sosialnya adalah besar.
$SC
$SV
B
C
0 A
TSC (Total Social Cost )
TSV (Total Social Value)
45
Jumlah nilai yang dikeluarkan bagi setiap tambahan ringgit
Rajah..

$SV atau $SC juta yang pertama dibelanjakan mengeluarkan
satu kerelaan membayar-satu kenaikan kepada nilai sosial (SV)
ialah (0A) .
Manakala daripada RM 301 juta yang dibelanjakan
akan menghasilkan satu kenaikan kepada nilai sosial (SV) hanya
BC.
Pertambahan setiap ringgit, jumlah nilai yang dikeluarkan menjadi
lebih kecil.

Dlm.hal ini, saiz kerajaan diukur-berapa banyak cukai yang didapati.
Jadi, penggubal dasar mesti memikirkan bagaimana hendak mendapat
kan keuntungan lebih drpd kos.

Anggaran kerajaan mestilah OA, tidak lebih/kurang drpd A.
0A untung bersih ialah BC.
Jika perbelanjaan kerajaan kurang drpd A, tidak dapat untung bersih.
MODEL II- PEMINDAHAN PENDAPATAN
DAN KEBAJIKAN SOSIAL.
Keberuntungan sosial yang maksimum diagihkan semula orang
ramai.
Sesuatu projek yang dibuat mesti menguntungkan orang ramai.
Beri bantuan kepada orang miskin dengan bantuan subsidi
Ini disebabkan nilai sosial $1 bagi X mungkin kurang daripada Y.
Ringgit pertama yang diambil oleh Y menunjukkan kebajikan
sosialnya sedikit, tetapi besar nilainya kepada X.
Prinsip-prinsip keberuntungan sosial yang maksimum ialah

i. Bagaimana dan berapa jumlah perbelanjaan yang patut
kerajaan perhatikan.
ii. Apakah program yang patut kerajaan belanjakan dan
berapa banyakkah yang patut dibelanjakan terhadap tiap-tiap
program itu.

iii. Kerajaan perlu memperuntukkan terhadap program-program
supaya nilai sosialnya bagi ringgit terakhir yang dibelanjakan terhadap
tiap-tiap nilai sosial yang lain.
iv. Apakah jenis cukai yang patut kerajaan kenakan dan berapa banyak
hasil atau cukai yang patut dinaikkan.

Kos Sosial dan Keputusan Awam

Kerajaan memerlukan hasil dalam bentuk cukai untuk menanggung
kos sosial.
Bentuk cukai antara lain ialah;
i. Cukai langsung dan tak langsung.
a. Cukai langsung cukai pendapatan, honararium, upah dan
lain-lain.
b. Cukai tak langsung cukai harta, sewa dan sebagainya.
Tax incidence dan beban cukai.Merujuk kepada sumber samada
lgsg atau tidak. Cukai yang dikenakan terhadap orang kaya mungkin
tidak terasa daripada yang dikenakan kepada orang miskin
JENIS CUKAI

Ciri-ciri cukai;
i. Progresif semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi
kadar/peratusan yang harus dibayar.
ii. Proportional tidak mengira jumlah pendapatan kadarnya
tetap sama.
iii. Regressive - semakin banyak pendapatan, semakin rendah
kadar atau peratusan yang harus dibayar.

Di Malaysia cukai pendapatan berasaskan progresif.
Persekutuan-cukai jualan.
Kerajaan Negeri- cukai harta; tanah, galian, hasil hutan, cukai
pintu dll.
Kerajaan Tempatan cukai kedai todi, nombor ekor, gerai,
pasar sehari dll.
KNK banyak bergantung kepada besarnya jumlah cukai yang
dipungut.

KESIMPULAN


Dengan memahami dasar awam melalui
pendekatan analitik, ia dapat membantu kita
dalam membincangkan dasar dari sudut
analitik,ia dapat membantu kita membincangkan
dasar dari sudut ekonomi.

Namun tidak semua masalah sosial yang berlaku
dalam masyarakat atau negara dapat
diselesaikan menggunakan pendekatan
ekonomi, sebaliknya menggunakan pendekatan
sains politik.

You might also like