You are on page 1of 24

Struktur Pasaran

Firma boleh didefinasikan sebagai sebuah unit yang


membuat keputusan berkaitan dengan penggunaan
faktor-faktor pengeluaran dalam proses mengeluarkan
output seperti barangan dan perkhidmatan.
Industri pula merupakan satu kumpulan firma-firma
yang beroperasi dalam mengeluarkan barangan dan
perkhidmatan.
Tingkah laku firma?
Wujud beberapa bentuk pasaran yang beroperasi, iaitu
pasaran persaingan sempurna, pasaran monopoli,
pasaran persaingan monopolistik dan pasaran
oligopoli. Bentuk-bentuk pasaran tersebut dibezakan
berdasarkan kepada ciri-ciri firma, jenis barangan yang
ditawarkan di pasaran, kemampuan untuk masuk dan
keluar daripada pasaran dan maklumat tentang jenis
barangan yang ditawarkan.

Pasaran persaingan sempurna berlaku apabila terdapat beberapa buah
firma kecil dalam sesebuah industri beroperasi mengeluarkan barangan
atau perkhidmatan yang homogeneous. Contohnya, beberapa orang
petani yang menanam padi mengeluarkan padi dalam pasaran dengan
menerima harga yang telah wujud dalam pasaran. Maka, petani-petani
tersebut dianggap sebagai firma yang beroperasi dalam pasaran
persaingan sempurna. Ini kerana, terdapat ramai bilangan petani yang
merupakan firma yang mengeluarkan barangan yang bersifat
homogeneous.



Di samping itu, saiz petani yang kecil berbanding industri tidak mampu
untuk mempengaruhi tingkat harga pada produk yang dikeluarkan oleh
firma. Akibatnya, petani-petani tersebut hanya menerima sahaja tingkat
harga yang telah ditentukan oleh pasaran dan ianya disebut sebagai
penerima harga. Keadaan sedemikian telah menyebabkan keluk
permintaan petani atau firma berbentuk anjal sempurna, iaitu mendatar.
Ramai pembeli dan penjual

Produk bersifat homogeneous

Firma bebas masuk dan keluar pasaran

Pembeli mempunyai maklumat yang
sempurna
Pasaran persaingan sempurna tidak berupaya
menentukan tingkat harga kerana setiap firma
tidak mempunyai pilihan selain daripada
menerima harga yang telah ditetapkan oleh
pasaran. Keadaan sedemikian menyebabkan PPS
dikatakan sebagai penerima harga dan ianya
digambarkan oleh satu keluk yang bergaris lurus.

Berdasarkan Rajah 6.1, tingkat harga PPS ditentukan oleh kuasa
permintaan dan penawaran industri yang bersilang pada satu tingkat
keseimbangan. Ini menunjukkan bahawa pada tingkat harga P, firma
boleh menjual sebanyak mana output yang dikehendaki.

You might also like