You are on page 1of 26

9: Persaingan Bermonopoli, Oligopoli dan Teori Permainan

Kursus EEB1013 Prinsip Ekonomi Fakulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia

Teori Persaingan Bermonopoli


Ramai penjual dan pembeli. Setiap firma dalam industri mengeluar dan menjual barang yang dibezakan. Kebebasan untuk keluar dan masuk.

Bentuk Persaingan Bermonopoli


Terdapat barang pengganti tetapi bukan pengganti sempurna. Dalam persaingan sempurna P=MC, dalam monopoli, P>MC. Dalam persaingan sempurna, keluk permintaan mendatar; dalam persaingan bermonopoli, keluk permintaan mencerun ke bawah. Dalam persaingan bermonopoli P>MR.

Harga dan Output dalam Persaingan Bermonopoli


Pesaing bermonopoli mengeluarkan kuantiti output di mana MR=MC. Ini adalah Q1 dalam rajah. Ia mengenakan harga tertinggi pada paras kuantiti tersebut, iaitu P1.

Apakah Terdapat Untung dalam Jangka Panjang?


Jika firma dalam industri mendapat keuntungan, firma baru akan memasuki industri dan mengurangkan permintaan yang dihadapi setiap firma dalam industri. Akhirnya persaingan akan mengurangkan keuntungan ekonomi kepada sifar dalam jangka panjang.

Persaingan Bermonopoli dalam Jangka Panjang


Oleh sebab kebebasan keluar dan masuk industri, keuntungan ekonomi sifar dalam jangka panjang berlaku bagi pesaing bermonopoli. Dengan kata lain, P=ATC

Teori lebihan kapasiti: dalam keseimbangan pesaing bermonopoli akan mengeluarkan output lebih kecil daripada output yang meminimumkan kos seunit pengeluarannya. Dalam keseimbangan jangka panjang, apabila pesaing bermonopoli memperolehi keuntungan ekonomi sifar, ia tidak mengeluarkan kuantiti output di mana jumlah kos purata diminimumkan bagi setiap skala kilang yang diberikan. Dalam jangka panjang, firma persaingan sempurna mengeluarkan output pada tahap kos seunit yang minimum.

Kapasiti Lebihan: Apakah Maksudnya dan Adakah ia Baik atau Tidak?

Firma persaingan sempurna mengeluarkan output yang konsisten dengan kos seunit yang paling rendah. Pesaing bermonopoli pula tidak. Sekiranya ia berbuat demikian, ia mengeluarkan pada tahap qMC2, berbanding qMC1. Firma persaingan bermonopoli dikatakan tidak mencapai kecekapan peruntukan sumber atau lebihan kapasiti.

Perbandingan Pasaran Persaingan Sempurna dan Persaingan Bermonopoli

Pengiklanan dan Label Pereka


Pesaing bermonopoli beroperasi pada lebihan kapasiti sebagai kesan keluk permintaannya yang mencerun ke bawah. Keluk permintaannya yang mencerun ke bawah adalah sebagai kesan barangan yang boleh dibezakan. Kadangkala firma-firma menggunakan pengiklanan untuk cuba membezakan barangan mereka daripada barang pesaing.

Q&A
Mengapa pesaing bermonopoli dikatakan serupa dengan monopoli? Mengapa pesaing bermonopoli beroperasi pada lebihan kapasiti?

Oligopoli: Andaian dan Gelagat Dunia Sebenar


Terdapat sedikit penjual dan ramai pembeli. Firma mengeluar dan menjual barang yang homogen atau barangan yang boleh dibezakan. Terdapat sekatan untuk firma baru memasuki industri. Nisbah Penumpuan (Concentration Ratio): Peratusan jualan industri yang dihitung oleh bilangan firma dalam industri.

Harga dan Output dibawah Oligopoli


Teori Kartel: Firma-firma oligopoli bertindak seolah-olah hanya satu firma sahaja yang wujud dalam industri. Kartel adalah satu organisasi mengandungi beberapa firma yang mengurangkan output dan meningkatkan harga sebagai satu usaha untuk menambahkan keuntungan bersama. Setiap firma mempunyai insentif untuk membentuk kartel dan bertindak secara bekerjasama daripada secara bersaing.

Faedah Menjadi Ahli Kartel


Kita andaikan industri berada dalam keseimbangan jangka panjang, mengeluarkan Q1, dan mengenakan harga P1. Tiada keuntungan diperolehi. Pengurangan output kepada QC melalui pembentukan kartel meningkatkan harga kepada PC dan memberikan keuntungan sebanyak CPCAB.

Masalah dengan Kartel


Keuntungan yang tinggi menjadi insentif kepada firma baru di luar industri untuk memasuki industri. Selepas perjanjian kartel dibuat, ahli kartel mempunyai insentif untuk menipu atas perjanjian. Jika sebuah firma dalam kartel menipu dan lainlain firma tidak, firma yang menipu boleh menambahkan keuntungannya. Sekiranya semua firma menipu, ahli-ahli kartel kembali kepada asal mereka bermula: tiada perjanjian kartel dan pada harga asal.

Situasi bagi firma yang mewakili cartel: dalam keseimbangan persaingan jangka panjang, ia mengeluarkan q1 dan mengenakan harga P1, memperolehi keuntungan ekonomi sifar. Sebagai kesan daripada perjanjian kartel, firma menguraangkan output kepada qC dan mengenakan harga PC. Keuntungan adalah kawasan CPCAB. Jika ia menipu dan firma lain tidak, ia akan meningkatkan output kepada qCC dan memperolehi keuntungan sebanyak FPCDE.

Faedah Penipuan dalam Perjanjian Kartel

Andaian gelagat utama adalah sekiranya sebuah firma menurunkan harga, firma lain akan mengambil tindakan yang sama, tetapi jika sebuah firma menaikkan harga, firma lain tidak akan mengikutinya.

Teori Keluk Permintaan Terpatah (Kinked)

Kritikan Terhadap Teori Keluk Permintaan Terpatah


Harga adalah melekit (sticky) jika firma oligopoli berdepan dengan keluk permintaan terpatah. Kos boleh berubah dalam had tertentu, dan firma-firma tersebut tidak akan mengubah harga mereka kerana mereka menjangkakan pesaing tidak akan mengikut tindakan menaikkan harga tetapi akan mengikut sekiranya mereka menurunkan harga. Keluk permintaan terpatah menganggap harga dalam oligopoli akan menjadi kurang fleksibel daripada struktur pasaran yang lain.

Teori Pimpinan Harga


Sebuah firma dalam industri, dipanggil firma dominan, menentukan harga dan semua firma lain mengambil harga yang diberikan. Firma dominan meletakkan harga yang memaksimumkan keuntungan, dan semua firma lain akan mengambil harga ini. Semua firma lain menjadi penerima harga. Mereka akan menyamakan harga dengan kos marginal masing-masing.

Terdapat satu firma dominan dan beberapa firma sampingan. Jumlah keluk kos marginal mendatar bagi firma sampingan adalah keluk penawaran. Pada harga P1, firma sampingan membekalkan barangan untuk keseluruhan pasaran. Firma dominan membentuk keluk permintaannya dengan menghitung perbezaan permintaan pasaran, D, dan MCF pada setiap harga di bawah P1. Kemudian ia mengeluarkan output qDN dan mengenakan harga PDN. PDN menjadi harga yang diterima oleh firma sampingan. Mereka menyamakan harga dan kos marginal dan mengeluarkan output qF dalam (a). Baki output dikeluarkan oleh firma dominan.

Teori Pimpinan Harga

Q&A
Buku ini menyatakan, Firma mempunyai insentif untuk membentuk kartel, tetapi apabila ia dibentuk, mereka mempunyai insentif untuk menipu. Apakah insentif untuk membentu kartel dan apakah insentif untuk menipu? Apakah penjelasan mengenai bahagian yang patah dalam teori permintaan terpatah oligopoli? Berdasarkan teori pimpinan harga dalam oligopoli, bagaimana firma dominan menentukan harga yang dikenakan?

Teori Permainan
Satu teknik matematik yang digunakan untuk menganalisa gelagat pembuat keputusan di mana: 1. Cuba untuk mencapai satu kedudukan optimal melalui permainan atau penggunaan gelagat strategik. 2. Mengetahui sepenuhnya bentuk interaktif dalam proses yang dilalui. 3. Menjangkakan langkah yang diambil oleh pembuat keputusan yang lain.

Dilema Banduan
Nathan dan Bob setiap seorang mempunyai dua pilihan: mengaku bersalah atau tidak bersalah. Walau apapun yang Bob lakukan, adalah lebih baik bagi Nathan untuk mengaku bersalah. Walau apapun yang Nathan lakukan, adalah lebih baik bagi Bob untuk mengaku bersalah. Kedua-dua Nathan dan Bob mengaku bersalah dan berkahir dalam kotak 4 di mana setiap seorangan membayar $3,000. Keduaduanya boleh memilih strategi yang lebih baik iaitu mengaku tidak bersalah. Dengan pilihan tersebut mereka berakhir dalam kotak 1 dan hanya membayar denda $2,000.

Kartel dan Dilema Banduan


Firma yang membentuk kartel sering berhadapan dengan situasi dilema banduan. Firma cartel memperolehi keuntungan yang tinggi sekiranya mematuhi perjanjian berbanding jika mereka mengingkarinya. Tetapi mereka akan memperolehi keuntungan yang lebih tinggi jika mengingkarinya dengan syarat firma lain mematuhi perjanjian. Cara untuk keluar daripada dilema banduan adalah dengan membentuk satu entiti atau badan yang boleh menguatkuasakan perjanjian kartel.

Teori Pasaran Boleh Tanding


Kemasukan ke pasaran adalah mudah dan tiada kos untuk keluar daripada pasaran. Firma baru yang masuk pasaran boleh mengeluarkan barang pada kos yang sama dengan firma sedia ada. Firma yang keluar daripada pasaran boleh melupuskan aset tetap mereka secara mudah dengan menjualnya kepada firma lain.

Kritikan Terhadap Teori Pasaran Boleh Tanding


Dikritik kerana andaian terdapatnya kebebasan memasuki pasaran dan tiada kos untuk keluar daripada pasaran.

Kesimpulan Pasaran Boleh Tanding


Walaupun sesebuah industri mempunyai bilangan firma yang kecil, atau hanya satu firma, ini tidak membuktikan mereka tidak mampu berdaya saing. Keuntungan yang diperolehi adalah sifar dalam industri walaupun bilangan penjual adalah kecil. Jika pasaran adalah boleh tanding, pengeluar yang tidak cekap tidak boleh bertahan. Pasaran boleh tanding menggalakkan firma untuk mengeluarkan output pada kos purata paling rendah dan mengenakan harga pada P=ATC, dan mereka juga menjual pada harga yang sama dengan kos marginal.

You might also like