You are on page 1of 3

3.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini berkaitan dengan strategi kemasukan PROTON ke China, cabaran-cabaran


perniagaan, lini produk dan juga kitaran hayat bagi produk yang dipasarankan oleh Syarikat
PROTON . Terdapat pelbagai strategi kemasukan yang boleh digunakan bagi syarikat yang
ingin meluaskan pasaran mereka ke perniagaan antarabangsa seperti import, eksport,
pelesenan, kontrak pengeluaran, francais, operasi serah kunci, subsidiari dan juga usaha
sama.

Menurut Maralop Tandjung , 2011, Aspek dan prosedur eksport-import ,pergertian import
adalah kegiatan perdagangan dengan cara memasukan barang dari luar negara ke dalam
negara yang berbeza dengan ketentuan peraturan dan undang -undang yang berlaku . Import
yang juga merupakan aktivitiyang akan melibatkan pertukaran mata wang dari sebuah negara
ke sesebuah negara.

Menurut United Nations New York. (2010). International Merchandise Trade Statistics:
Concepts and Definitions Eksport bermaksud aktiviti membawa keluar keluaran atau
barangan buatan tempatan dari negara. Eksport juga merupakan aktiviti yang akan melantik
ejen atau wakil penjual bagi sesebuah pihak dalam segala urusan yang berkaitan dan akan
memberikan komisen atas jualan yang dibuat . Seterusnya, menurut Sabri Haji Hussin (2010),
kontrak pengeluaran merujuk kepada pemberian kontrak kepada pengkilang-pengkilang luar
negara mengeluarkan sesuatu produk sesebuah syarikat. Syarikat yang menerima kontrak
perlu membayar royalti dan harga bahan adunan kepada syarikat yang memberi kontrak
tersebut.

Selain itu , menurut Martin Mendelsohn,1995 , The Guide to Franchising, ed. ke-5,Francais
dapat didefiniskan sebagai satu usaha hubungan kontrak antara francaisor dan francaisi ,
dimana francaisor diwajibkan memberi penyeliaan dan bimbingan bagaimana menjalankan
dan menjaga agar perniagaan francais tetap berjalan , manakala pihak francaisi pula
berkewajipan membuat pembayaran berupa pelaburan dalam jumlah tertentu dan ia
mendapatkan kebenaran untuk menggunakan jenama ,bentuk dan sebarang sistem francais
dibawah kawalan francaisor  Usaha sama merupakan gabungan beberapa syarikat
antarabangsa yang bertujuan untuk menjalankan sesuatu perniagaan yang bermotifkan
keuntungan serta mencapai misi tertentu.Usaha sama dilakukan untuk memperoleh
pengetahuan rakan kongsi tentang sesebuah persaingan , politik dan budaya dalam
perniagaan. . Selain itu, menurut Sabri Haji Hussin (2010), usahasama ialah gabungan
beberapa syarikat antarabangsa bertujuan menjalankan perniagaan yang bermotifkan
keuntungan serta mencapai misi tertentu. Segala pengalaman, bahan mentah, risiko, harta aset
dan modal dikongsi secara bersama. Menurut Sabri Haji Hussin (2010), pelesenan ialah
pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di negara asing untuk mengeluar atau
memasar atau kedua-duanya sekali sesuatu jenama produknya (pemberi lesen) di pasaran
tempatan.

Subsidiari merupakan anak syarikat yang dikawal sepenuhnya atau sebahagiannya dimiliki
oleh syarikat lain yang memiliki lebih daripada 50% saham syarikat subsidiari tersebut.
Operasi serah kunci bermaksud sebuah syarikat mereka bentuk, bina dan menyiapkan sesuatu
kemudahan atau kilang di luar negara di samping melatih tenaga kerja tempatan untuk
mengambil alih operasi kilang atau kemudahan yang dibina.

Menurut Janet Morrison. (2009). International Business: Challenges in a Changing World,


terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh perniagaan antarabangsa.  Cabaran juga
merujuk kepada sesuatu halangan yang perlu dilalui oleh sesebuah syarikat untuk
mengembangkan perniagaannya kepada seluruh tahap perniagaan. Antara cabaran perniagaan
ialah stuktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan perundangan, ekonomi serta
sosiobudaya.Stuktur organisasi syarikat di sesebuah negara berbeza dengan stuktur organisasi
syarikat di negara yang lain. Kawalan pengurusan terbahagi kepada 2 iaitu berpusat dan tidak
berpusat. Berpusat bermaksud  syarikat induk akan membuat keputusan dan kawalan ke atas
semua cawangannya yang berada di seluruh dunia. Tidak berpusat bermaksud setiap
cawangan akan membuat keputusan dan kawalan terhadap cawangannya sendiri dan
keputusan yang dibuat lebih tepat kerana anak syarikat lebih tahu selok-belok perniagaan di
negara luar.Politik dan perundangan bermaksud setiap negara mengamalkan system politik
yang berbeza. Ini menyebabkan polisi dan undang-undang sesebuah negara berbeza akibat
campur tangan kerajaan di mana sesebuah syarikat multinasional beroperasi. Ekonomi
merujuk kepada aspek kuasa beli pengguna, kitaran ekonomi dunia, penawaran wang dan
system ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara. Sosiobudaya ialah faktor budaya
setempat perlu diberi perhatian utama dalam menjalankan perdagangan antarabangsa kerana
ia menjurus kepada tahap penerimaan penduduk terhadap produk yang ingin dipasarkan oleh
syarikat multinasional.

Menurut Philip Kotler. (2001). Principles of Marketing : 2nd Edition, lini produk terbahagi
kepada tiga dimensi iaitu kelebaran produk, kedalaman produk dan ketekalan produk. Lini
produk bermaksud kelebaran dan kedalaman sesuatu produk yang dihasilkan oleh sesebuah
syarikat . Kelebaran bermaksud bilangan barisan produk yang banyak membolehkan
pengeluar memasuki lebih segmen pasaran dan menarik lebih ramai pelanggan . Kedalaman
ialah bilangan item produk yang lebih dalam dapat memberi lebih banyak pilihan kepada
pelanggan .

Menurut Philip Kotler. (2001). Principles of Marketing : 2nd Edition ,  Product Life Cycle
atau kitaran hayat produk merujuk kepada keseluruhan proses yang harus dilalui oleh suatu
produk sejak dilancarkan ke pasar hingga saat dikeluarkan dari pasaran dan dibahagikan
kepada empat tahap - pengenalan, pertumbuhan, kematangan, dan penurunan. Konsep ini
banyak digunakan oleh profesional pemasaran bersama dengan pasukan pengurusan kerana
dilihat sebagai pendahulu untuk pelbagai strategi pemasaran, yang meliputi peningkatan
iklan, pengurangan harga, pengembangan ke pasar baru. Kitaran hayat produk ialah produk
baharu yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat kebiasaannya akan melalui satu pusingan
hayat . Ini disebabkan oleh perubahan citarasa pengguna , persaingan , barangan penganti ,
perubahan sosial dan sebagainya. 

Proton Holdings Berhad atau lebih dikenali sebagai PROTON merupakan salah satu syarikat
automobil yang terkenal di Malaysia. Syarikat PROTON mengeluarkan pelbagai jenis
automobil yang bergaya dan berketerampilan tinggi. Proton ditubuhkan pada tahun 1983 di
mana PROTON merupakan satu-satunya syarikat nasional sehingga kedatangan Perodua
pada tahun 1993. PROTON ditubuhkan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad. PROTON juga
akronim daripada perkataan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad. Proton Saga merupakan
model pertama dilancarkan pada September 1985 di Shah Alam. Aktiviti utama PROTON
adalah perkilangan, pemasangan dan penjualan kenderaan bermotor serta produk yang
berkaitan. PROTON menghasilkan pelbagai jenis kenderaan seperti Proton Gen Dua, Proton
Wira, Proton Saga, Proton Waja, Proton Perdana, Proton Satria dan banyak lagi.

You might also like