You are on page 1of 24

031112-08-0829

1.0 PENGENALAN

Pengkaji telah memilih syarikat Toyota Motors untuk mengkaji strategi


kemasukan dan cabaran-cabaran perniagaan antarabangsa serta meneliti lini
produk dan kitaran hayat produk.

Syarikat Toyota Motors ialah sebuah syarikat pengeluar kenderaan


yang ditubuhkan di Jepun. Penubuhan Toyota diasaskan oleh Sakichi
Toyoda yang merupakan seorang industrialist. Syarikat ini pada mulanya
menghasilkan mesin untuk tenunan kain yang dikenali sebagai Toyoda
Automatic Loom Works. Syarikat ini mula berkembang pesat selepas
perang dunia pertama akibat permintaan yang tinggi di dalam industri
pakaian. Pada tahun 1933, anak kepada pengasas syarikat ini iaitu Toyoda
Kiichiro, telah menjadikan syarikat ini sebuah syarikat kenderaan yang
mana pada ketika itu, permintaan kenderaan penumpang adalah tinggi di
sana. Beliau kemudiannya telah menamakan syarikat kenderaan ini sebagai
Toyota. Mereka mengkaji kenderaan dari negara barat seperti General
Motors, Ford Motors dan Chrysler bagi menghasilkan kenderaan pertama
mereka yang dikenali sebagai Toyota Model AA.

Ketika perang dunia kedua berlaku, syarikat ini beralih kepada


pembuatan trak untuk digunakan di dalam peperangan. Selepas Jepun
tewas di dalam perang dunia kedua, syarikat ini kembali dalam
menghasilkan kenderaan penumpang untuk pasaran domestik.

Strategi yang digunakan oleh syarikat Toyota Motors pada tahun 1980
ialah eksport. Pada 1982 UMW Corporation Sdn Bhd & Toyota Motor
Corporation (TMC) menandatangani perjanjian pengedar untuk memasang,
memasarkan dan mengedar kenderaan Toyota melalui Sejati Motor di
Malaysia. Sejati Motor adalah nama lama sebelum mereka bertukar kepada
UMW Toyota Motor Sdn Bhd pada 24 September 1987. Antara produk

1
031112-08-0829

Toyota yang menjadi pilihan rakyat ketika itu ialah Toyota Corolla. Toyota
Corolla mendapat tempat dihati rakyat diatas faktor penjimatan minyak, reka
bentuk yang menarik dan harga jualan produk tersebut agak murah. Toyota
telah mengeluarkan beberapa model yang lain untuk memenuhi kehendak
pengguna seperti Toyota Vios, Toyota Hilux Toyota Veloz dan sebagainya.

Antara cabaran yang dihadapi oleh syarikat Toyota dalam


mengembangkan pasarannya dalam Malaysia ialah politik dan perundangan.
Apabila Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan maka Malaysia
tidak boleh mengimport atau mengeksport barang ke luar atau dalam negara.
Hal ini menjadikan cabaran kepada Toyota Motors kerana tidak dibenarkan
untuk mengeksport barangan mereka ke Malaysia dan menjadikan cabaran
yang besar untuk Toyota Motors mengembangkan perniagaannya. Selain itu
ekonomi juga menjadi salah satu cabaran untuk mengembangkan perniagaan
mereka di Malaysia. Ekoran ekonomi negara yang tidak stabil ditambah pula
dengan cukai import yang agak tinggi disertakan dengan cukai SST
menyukarkan Toyota Motors untuk membawa model-model premium kerana
menjadikan harga bagi sesuatu kenderaan itu menjadi agak mahal dan
menyebabkan pengguna lebih memilih jenama lain. Seterusnya cabaran bagi
Toyota Motors ialah sosiobudaya. Citarasa menjadikan peranan utama untuk
pembeli membeli produk pengeluar. Toyota Motors perlu memastikan reka
bentuk kenderaan mereka menepati citarasa pelanggan demi melariskan jualan
kenderaan yang dikeluarkan oleh Toyota Motors. Sekiranya reka bentuk tidak
menepati citarasa rakyat tempatan kenderaaan tersebut tidak dapat dijual dan
menjadikan kenderaan yang gagal di Malaysia

2
031112-08-0829

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama kajian bagi
syarikat Toyota Malaysia Sdn.Bhd seperti berikut:

2.1 menjelaskan strategi kemasukan organisasi ke perniagaan antarabangsa


bagi syarikat Toyota ke Malaysia;

2.2 menjelaskan cabaran-cabaran perniagaan yang dihadapi oleh syarikat


Toyota di Malaysia dari aspek:
a) Ekonomi
b) Sosiobudaya
c) Politik dan perundangan

2.3 menjelaskan lini produk syarikat Toyota dari aspek:

a) Kedalaman produk dan


b) Kelebaran produk; dan

2.4 menjelaskan kitaran hayat bagi salah satu produk syarikat Toyota Malaysia

3
031112-08-0829

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengkaji akan membuat kajian keatas syarikat Toyota Motors terhadap


strategi kemasukan organisasi ke perniagaan antarabangsa, cabaran-cabaran
perniagaan yang dihadapi olehorganisai, lini produk organisasi, dan kitaran
hayat produk bagi syarikat Toyota Motors di Malaysia.

Menurut Sabri Haji Hussin 2010, perniagaan antarabangsa merupakan


sebarang organisasi atau syarikat yang mempunyai urusan perniagaan atau
perdagangan atau pelaburan di sesebuah negara lain dengan bermatlamatkan
keuntungan. Di antara peranan perniagaan antarabangsa ini ialah untuk tujuan
tukaran asing dengan bermatlamatkan keuntungan mengalirkan mata wang
masuk atau keluar negara dalam usaha untuk mewujudkan imbangan
pembayaran, meluaskan pasaran produk, membantu mewujudkan peluang
pekerjaan iaitu degan wujudnya mobiliti dalam faktor pengeluaran,
perpindahan teknologi dan memberi sumbangan kepada ekonomi tempatan.
Menurut Philip Kolter 2009 pula, strategi kemasukan perniagaan antarabangsa
adalah kaedah pengedaran dan penghantaran barang atau perkhidmatan yang
dirancang kepada pasaran sasaran yang baru. Dalam import dan eksport
perkhidmatan, ini merujuk kepada pembuatan penubuhan dan pengelolaan
kontrak di negara asing. Terdapat lapan strategi kemasukan perniagaan
antarabangsa iaitu import, eksport, dan pembuatan, kontrak pengeluaran,
usahasama, pelesenan, francais, subsidiari, dan operasi serah kunci. Strategi
yang digunakan oleh syarikat Toyota Motors Malaysia untuk memasuki
pasaran Malaysia ialah eksport. Menurut Sabri Haji Hussin (2010) , strategi
eksport adalah sebarang aktiviti yang melibatkan penjualan barangan dan
perkhidmatan ke luar negara kepada pembeli individu atau organisasi di
negara asing . Eksport merupakan pilihan atau kaedah kemasukan ke pasaran
asing yang paling mudah dan cepat. Menurut Sabri Haji Hussin (2010)

Menurut Peery 1995, cabaran perniagaan antarabangsa pula merupakan


suatu halangan dan rintangan dalam urusan jual beli yang dijalankan antara
penduduk sesebuah negara dengan penduduk negara lain yang perlu ditempuhi

4
031112-08-0829

oleh sesebuah syarikat. Terdapat lima cabaran perniagaan antarabangsa yang


diahadapi oleh sesebuah organisai iaitu struktur organisasi, kawalan
pengurusan, politik, dan perundangan, ekonomi dan sosiobudaya. Oleh itu,
terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh syarikat Toyota Motors
Malaysia ialah politik dan perundangan Menurut Peery N.S (1995) politik
perundangan bermaksud keadaaan politik, polisi awam, peraturan dan kawalan
kerajaan, sokongan atau galakan kerajaan serta sistem percukaian yang mana
bergantung kepada sistem yang diamalkan dalam sesebuah negara bagi
melindungi hak cipta Selain itu, cabaran yang dilalui oleh syarikat Toyota
Motors ialah ekonomi Menurut Covey S.R (1993),cabaran dalam ekonomi
merujuk kepada keadaan ekonomi di negara tempat organisasi antarabangsa
beroperasi yang mana mempengaruhi kuasa beli pengguna dalam pasaran.
Seterusnya cabaran yang dihadapi oleh Toyota Motors ialah Menurut Kerin
Roger A (2009),cabaran perniagaan antarabangsa bagi sosiobudaya merujuk
kepada konsep kebudayaan dengan mengenalpasti kelakuan yang sering
dipraktikkan melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat

Menurut Maimunah Aminuddin 1992, Lini produk adalah produk yang


sama jenis atau yang berkaitan yang dijual oleh perniagaan setiap satu lini
mempunyai ciri-ciri pengguna dan penggunaan sama dalam produk dengan
menggunakan teknologi, pengedaran, harga, dan promosi yang lebih kurang
sama. Lini produk merangkumi dua aspek iaitu kelebaran produk dan
kedalaman produk. Kedalaman produk merupakan bilangan item produk yang
terdapat sesuatu lini atau barisan produk dan bilangan item yang lebih dalam
dapat memberi pilihan yang lebih luas kepada pengguna. Menurut Kotler &
Keller (2009) kelebaran produk ialah bilangan produk yang berbeza yang ada
dalam syarikat.. Kepentingan kelebaran produk adalah bilangan barisan yang
lebih banyak atau lebar dapat menarik pelbagai segmen pasaran

5
031112-08-0829

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menerangkan tentang kaedah kajian yang digunakan


untuk melaksanakan kajian ini dengan sempurna. Menurut Bryman (1992)
kaedah kajian merujuk kepada penggunaan pelbagai strategi bagi
pengumpulan data untuk mencapai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi sumber data terdiri daripada sumber primer dan sumber data sekunder.
Pengkaji telah memilih sumber data sekunder melalui rujukan laman
sesawang, rujukan surat khabar, rujukan laporan, rujukan media social dan
rujukan kepustakaan.

4.1 Data sekunder

Menurut Hasan (2002) data sekunder merupakan data yang


diperoleh atau dikumpul oleh orang yang melakukan penelitian dari
sumber-sumber yang telah ada. Data ini digunakan untuk mendukung
informasi primer, dimana data ini boleh diperoleh dari bahan pustaka,
penelitian terdahulu, buku, dan banyak lagi.

4.1.1 Rujukan Laman Sesawang

Pengkaji turut menggunakan rujukan laman sesawang


sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian.
Menurut Mohd Arif dan Mohd Jasmy (2000) menjelaskan
laman sesawang bolehkan ditakrifkan sebagai satu
penghantaran maya untuk menjalinkan komunikasi sesama
manusia secara global yang dikuasakan dengan teknologi
internet dan multimedia. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian

6
031112-08-0829

sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara


interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, e-
mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, gambar, dan blog
daripada konsep laman sesawang. Pengkaji mengkaji latar
belakang Syarikat UMW Toyota Malaysia dilaman sesawang
rasmi syarikat tersebut.

4.1.2 Rujukan Surat Khabar

Pengkaji juga menggunakan rujukan surat


khabar sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat
berkaitan kajian. Menurut Onong Uchjana Effendy
(1993) menjelaskan bahawa surat khabar merupakan
penerbitan berkala sama ada harian, mingguan, atau
bulanan yang menyebarkan berita semasa. Surat khabar
biasanya dicetak pada kertas yang menjimatkan kos
rendah yang dikenali sebagai kertas khabar, dan
mengandungi berita-berita terkini dalam pelbagai topik.
Nama-nama surat khabar antaranya ialah Berita Harian,
Sinar Harian, Berita Metro dan banyak lagi yang telah
membawa berita terkini kepada seluruh masyarakat.
Antara surat khabar pilihan pengkaji untuk mengkaji
ialah Berita Harian dan Utusan Malaysia

7
031112-08-0829

4.1.3 Rujukan Laporan

Pengkaji menggunakan rujukan laporan sebagai sumber


untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian. Menurut J.C
Denyern (2001) menjelaskan bahawa laporan merupakan
maklumat tentang sesuatu kedudukan iaitu maslalah yang
dihadaai terhadap sesuatu perkara dan membuat tahunan
laporan yang dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali
dan yang lazimnya melaporkan atau menerangkan hal-hal yang
penting dalam sepanjang setahun yang berkenaan. Laporan ini
juga adalah pesanan yang disampaiakan secara sistematik dan
objektif bagi bertujuan menyampaikan informasi dari satu
organisasi kepada jabatan lain atau jawatan yang lain untuk
membantu pengambilan keputusan atau menyelesaikan
masalah.

4.1.4 Rujukan Media Sosial

Pengkaji juga menggunakan rujukan media sosial


sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian.
Menurut BK Lewis (2010) menjelaskan bahawa media
merupakan alat atau pengantara dalam komunikasi ataupun
perhubungan. Manakala sosial bermaksud segala hal yang
berkaitan dengan kemasyarakatan. Oleh itu, media sosial secara
mudahnya membawa erti instrumen sosial dalam
berkomunikasi. Terdapat juga media sosial sebagai kelompok
aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar
ideologi dan teknologi Web 2.0. Media Sosial yang digunakan
oleh pengkaji ialah laman Instagram rasmi Syarikat Toyota
Motors Malaysia untuk mendapatkan maklumat berkaitan

8
031112-08-0829

dengan jenis-jenis produk yang ditawarkan oleh syarikat


tersebut.

4.1.5 Rujukan Kepustakaan

Menurut Sulistyo Basuki (1991), definisi kepustakaan


adalah sebuah ruangan atau gedung yang digunakan untuk
menyimpan buku dan terbitan lainnya yang biasanya disimpan
menurut tata susunan tertentu yang digunakan pembaca yang
bukan untuk dijual. Pengkaji menggunakan kaedah
kepustakaan untuk mencari bahan berkaitan konsep strategi
kemasukan perniagaan antarabangsa, cabaran-cabaran
perniagaan, lini produk organisasi dan kitaran hayat produk.
Antara buku yang pengkaji gunakan ialah buku Pengurusan
Perniagaan (2010) yang ditulis oleh Sabri Haji Hussin dan buku
Business, Government and Society (1995) yang ditulis Peery.

9
031112-08-0829

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini membincangkan hasil kajian berkaitan strategi


kemasukan dan cabaran-cabaran perniagaan antarabangsa, serta penelitian
terhadap lini produk dan kitaran hayat produk bagi Syarikat Toyota Motors di
Malaysia.

5.1 Strategi Kemasukan Organisasi ke Perniagaan Antarabangsa

Terdapat lapan strategi kemasukan organisasi ke perniagaan


antarabangsa ialah import, eksport, kontrak pengeluaran, pelesenan,
francais, usaha sama, subsidiari dan operasi serah kunci

Pengkaji mendapati Syarikat Toyota Motors menggunakan


strategi eksport untuk masuk ke Malaysia. Menurut Sabri Haji Hussin
(2010) , strategi eksport adalah sebarang aktiviti yang melibatkan
penjualan barangan dan perkhidmatan ke luar negara kepada pembeli
individu atau organisasi di negara asing . Eksport merupakan pilihan
atau kaedah kemasukan ke pasaran asing yang paling mudah dan cepat.
Pada tahun 1980 bertarikh 23 Julai hari Rabu telah tubuhnya
Perbadanan yang bertanggungjawab memasukan model-model kereta
keluaran Toyota ke Malaysia. Perbadanan ini di namakan sebagai
Sejati Motors sehingga pada 24 September 1987 ditukarkan nama
sebagai United Motors Works (UMW) Toyota Sdn Bhd. UMW Toyota
Motor Malaysia mempunyai pegangan saham sebanyak 51%, Toyota
Motors Corporation sebanyak 39% manakala Toyota Tsusho
memegang saham sebanyak 10%. Disebabkan itu Toyota Malaysia
boleh memilih model kereta yang akan dibawa masuk kedalam negara

10
031112-08-0829

ini dengan bajet dan citarasa yang kena dengan masyarakat di negara
ini.

5.2 Cabaran-cabaran Perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat Toyota di


Malaysia

Pengkaji mengkaji cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat Toyota di


Malaysia. Terdapat lima cabaran perniagaan iaitu perniagaan antarabangsa iaitu
struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan perundangan, ekonomi dan
sosiobudaya.

Pengkaji mendapati Syarikat Toyota menghadapi cabaran, politik dan


perundangan, ekonomi serta sosiobudaya

5.2.1 Politik dan Perundangan

Menurut Peery N.S (1995) politik perundangan bermaksud keadaaan


politik, polisi awam, peraturan dan kawalan kerajaan, sokongan atau galakan
kerajaan serta sistem percukaian yang mana bergantung kepada sistem yang
diamalkan dalam sesebuah negara bagi melindungi hak cipta sebagai contoh
dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan sejak 1 Jun 2021,
banyak operasi sektor perniagaan perlu ditutup. Hal ini juga telah memberi
kesan kepada sektor automotif, mengakibatkan jualan kenderaan baru seluruh
industri merudum bagi bulan Jun. Mengulas situasi berkenaan, Presiden UMW
Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. berkata, penutupan berterusan semua
bilik pameran Toyota dan Lexus di seluruh negara bermakna tiada perniagaan
yang boleh dilakukan. Dalam masa sama, pengeluaran kenderaan termasuk
usaha rantaian bekalan serta logistik juga perlu dihentikan sementara.
Walaupun menerima langkah kerajaan itu adalah untuk kebaikan negara,
namun ia hadir dengan cabaran tersendiri buat syarikat.

11
031112-08-0829

5.2.2 Ekonomi

Menurut Covey S.R (1993),cabaran dalam ekonomi merujuk kepada keadaan


ekonomi di negara tempat organisasi antarabangsa beroperasi yang mana
mempengaruhi kuasa beli pengguna dalam pasaran sebagai contoh UMW Toyota
Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang terus membantu memacu
pertumbuhan ekonomi negara di sebalik ancaman pandemik Covid-19. Naib
pengerusinya Akio Takeyama berkata, dasar kewangan diperkenalkan berjaya
membantu syarikat itu kekal berdaya saing walau berdepan cabaran ekonomi semasa.
“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mengambil beberapa
langkah dan campur tangan.“Ini memberi kesan yang tidak terlalu parah terhadap
ekonomi termasuklah lanjutan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) yang kami
percaya akan terus menyumbang di dalam memulihkan keyakinan membeli,” katanya.
Sementara itu, UMW Toyota menggantung sementara operasi pengilangan serta
penjualannya. Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K. berkata, ia sebagai
langkah menyokong usaha membasmi penularan Covid-19 di negara ini.

12
031112-08-0829

5.2.3 Sosiobudaya

Menurut Kerin Roger A (2009),cabaran perniagaan antarabangsa bagi


sosiobudaya merujuk kepada konsep kebudayaan dengan mengenalpasti kelakuan
yang sering dipraktikkan melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat.
Sebagai contoh ia menjadi cabaran kepada Toyota Motors untuk membawa masuk
beberapa model kereta ke dalam Malaysia akibat citarasa yang berbeza. Hal ini
menjadikan sukar kepada Toyota Motors kerana model kereta yang dapat dibawa
masuk kedalam Malaysia adalah terhad. Sekiranya Toyota Motors menganggap
perkara ini remeh ia akan mendatangkan kerugian yang besar kepada Toyota Motors
itu sendiri.

13
031112-08-0829

5.3 Lini Produk Syarikat Toyota Motors di Malaysia

Pengkaji mengkaji lini produk Toyota Motors di Malaysia dari


aspek kelebaran produk dan kedalaman produk. Menurut Gary
Armstrong (2011), lini produk merupakan sebuah barisan produk yang
lebih kurang sama jenis atau berkaitan antara satu sama lain yang
dijual oleh sesebuah perniagaan. Setiap satu lini atau barisan produk
mempunyai ciri-ciri pengguna dan kegunaan yang sama. Lini produk
merangkumi dua aspek iaitu kelebaran produk dan kedalaman produk.
Menurut Kerin Roger A (2009), kelebaran produk bermaksud bilangan
lini atau barisan produk yang berlainan yang ditawarkan oleh
pengeluar kepada pengguna. Dengan wujudnya kelebaran produk, ia
dapat menarik pelbagai segmen pasaran. Menurut Eberg R.J (2009)
kedalaman produk bermaksud bilangan item produk yang terdapat
dalam sesuatu lini atau barisan produk yang ditawarkan kepada
pengguna. Kepentingan adanya kedalaman produk ia dapat memberi
pemilihan yang meluas kepada pengguna dalam urusan pembelian
produk.

14
031112-08-0829

KELEBARAN PRODUK
SEDAN EV MPV 4X4 SUV HATCHBACK
Corolla Estima 2.4 Hilux Corolla Yaris 1.5 j
Altis 1.8 G X spec Single Cab Cross 1.8
2.4 G
Corolla Estima 2.4 Hilux Corolla Yaris 1.5 E
Altis 1.8 E Aeras 8 Double Cross 1.8
Seater Cab 2.4 V
Camry 2.5 Estima 2.4 Hilux 2.4 Corolla Yaris 1.5 G
V Aeras 7 G Cross 1.8
Seater Hybrid
Vios 1.5 J Estima 2.4 Hilux 2.8 Rav 4 1.8 Yaris 1.6 GR
Aeras G G Turbo 6MT
Premium
KEDALAMAN
PRODUK

Vios 1.5 E bZ4X Estima 2.4 Hilux 2.8 Rav 4 1.8 Corolla GR
Aeras Rouge V Turbo 6MT
Premium
G
Vios 1.5 G Estima 2.4 Hilux 2.8 Fortuner
Smart GR 2.4
Edition
Vios 1.5 V Alphard Fortuner
2.5 SC 2.8
Vios 1.5 Alphard
GR 3.5 SC
Alphard
3.5
Excutive
Lounge
Jadual 1 menunjukkan kedalaman dan kelebaran produk Toyota

15
031112-08-0829

5.3.1 Kelebaran Produk

Menurut Kerin Roger A (2009), kelebaran produk bermaksud


bilangan lini atau barisan produk yang berlainan yang ditawarkan oleh
pengeluar kepada penggun. Dengan wujudnya kelebaran produk, ia
dapat menarik pelbagai segmen pasaran.

Berdasarkan jadual 1 syarikat Toyota Motors Malaysia menawarkan


produk seperti :

I. SEDAN
II. MPV
III. EV
IV. 4 WHEEL DRIVE
V. HATCHBACK
VI. SUV

5.3.2 Kedalaman Produk

Menurut Eberg R.J (2009), kedalaman produk bermaksud


bilangan item produk yang terdapat dalam sesuatu lini atau barisan
produk yang ditawarkan kepada pengguna. Kepentingan adanya
Kedalaman produk adalah dapat memberi pemilihan yang meluas
kepada pengguna dalam urusan pembelian produk.

-Berdasarkan Jadual 1 , syarikat Toyota Motors Malaysia menawarkan


produk seperti:

I. MPV (Alphard, Vellfire, Estima)


II. Sedan (Corolla Altis, Vios, Camry)
III. EV (bZ4X)
IV. Hatchback (Yaris, Corolla)
V. SUV (Fortuner, Corolla Cross, Rav 4)
VI. 4X4 ( Hilux)

16
031112-08-0829

5.4 Kitaran Hayat Produk Toyota Corolla Altis bagi Syarikat Toyota Motors
Malaysia

Pengkaji mengkaji kitaran hayat produk Toyota Corolla Altis yang


dikeluarkan oleh Syarikat Toyota Motors Malaysia. Menurut Koontz Harold
(1995), kitaran hayat produk ialah suatu konsep kitaran yang menunjukkan
peringkat kitaran produk dari aspek jualan dan keuntungan yang berlainan
tahap bermula dari peringkat pengenalan, pertumbuhan, kematangan, dan
kemerosotan. Kitaran hayat produk juga dikatakan jangka hayat sesuatu
produk dalam pasaran bergantung kepada tahap penerimaan dan permintaan
pengguna terhadap pasaran produk yang dikeluarkan. Terhadap empat
peringkat kitaran hayat produk iaitu Peringkat pengenalan, peringkat
pertumbuhan, peringkat kematangan, dan peringkat kemerosotan.

17
031112-08-0829

Rajah 1 : Rajah Kitaran Hayat Produk

5.4.1 Peringkat Pengenalan

Menurut Philip Kotler (2009), peringkat pengenalan merupakan


tempoh pertumbuhan jualan yang perlahan apabila produk mula
diperkenalkan di pasaran. Peringkat pengenalan merujuk kepada ketika
produk dipasarkan di pasaran untuk pertama kalinya dan pada tahap ini
menunjukkan penjualannya adalah rendah kerana berada di fasa awal
yang tidak ramai pengguna sedar akan keluaran produk tersebut. Pada
peringkat ini, kereta Toyota Corolla Altis diperkenalkan tahun 1966,
menjadi kereta terlaris di dunia sejak 1974, dengan jualan lebih
daripada 40 juta unit tahun 2013. Tahun 1997, Corolla menjadi model
kereta terlaris sedunia melampaui Volkswagen Beetle. Corolla tidak
hanya dihasilkan di Jepun , tetapi juga di negara-negara seperti
Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Thailand, Inggeris, Turki,
serta beberapa negara lain.Corolla dilengkapi enjin 4-silinder petrol
dan di Jepun serta Eropah juga dipasarkan dengan enjin diesel

5.4.2 Peringkat Pertumbuhan

Menurut Philip Kotler (2009), peringkat pertumbuhan


merupakan tempoh penerimaan pasaran yang pesat dan peningkatan
keuntungan. Pada masa ini peningkatan ramai pengguna menyedari
kewujudan produk dan mula menerima produk tersebut. Jualan mula
meningkat dengan cepat. Pada peringkat ini pada 1970-an, Toyota
menjadi jenama kereta nombor satu di Malaysia dengan model Corolla
adalah yang paling laris. Ini kerana, Corolla menawarkan kereta untuk
pelbagai kegunaan. Selain sedan, terdapat varian 'station wagon' buat
peniaga kecil dan 'liftback' untuk gaya sporty.

18
031112-08-0829

5.4.3 Peringkat Kematangan

Menurut Philip Kotler (2009), peringkat kematangan adalah tempoh dimana


kelembapan dalam pertumbuhan jualan kerana produk telah mencapai
penerimaan oleh kebanyakan pembeli berpotensi. Ia menunjukkan tahap
jualan mula berkurangan kerana pesaing-pesaing mula memasuki pasaran.
Antara pesaing hebat bagi Toyota Corolla Altis ialah Honda Civic 1.5 Turbo.
Honda Civic merupakan pesaing utama bagi Toyota Corolla Altis disebabkan
berada dalam segmen pasaran yang sama dan dalam julat harga yang sama.
Terdapat beberapa kelebihan yang ada pada Honda Civic yang tidak ada pada
Toyota Corolla Altis iaitu enjin yang dibantu oleh system sokongan turbo.
Perkara ini menyebabkan pengguna beralih kepada jenama Honda.
Keuntungan mula menurun. Meskipun model permulaan, namun dengan
permintaan yang semakin meningkat selain pengguna mahukan sebuah kereta
yang tampil dengan ciri lebih premium, maka beberapa elemen diperkemaskan
termasuk daripada segi rekaan. Untuk itu, sejak generasi kesembilan, dengan
konsep 'New Century Value', nama 'Altis' ditambah bagi melihatkan
peningkatan kualiti, kemewahan serta saiz yang meletakkannya dalam kelas
tersendiri.

19
031112-08-0829

5.4.4 Peringkat Kemerosotan

Menurut Philip Kotler (2009), peringkat kemerosotan merupakan


tempoh jualan jatuh dan keuntungan menurun. Pada peringkat ini,
menunjukkan pengeluaran produk yang telah memberi kesan kejatuhan
keuntungan telah ditamatkan kerana mereka akan mengalami kerugian
yang besar akibat barangan tersebut tiada lagi mendapati permintaan
orang ramai. Jualan kenderaan merosot kepada 49,603 unit pada Mei,
berbanding 56,213 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan, berkata
kemerosotan jualan sekitar 12 peratus pada bulan dikaji disebabkan
tempoh hari bekerja yang singkat ekoran cuti Hari Raya Aidilfitri. Bagi
tempoh tahun ke tahun, jualan Mei 2022 adalah 7.4 peratus lebih tinggi
berbanding 47,207 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.
Jumlah jualan yang hilang telah banyak diragut oleh pesaingnya iaitu
Honda Civic. Honda Civic mempunyai rupa bentuk yang lebih agresif
yang menjadikan tumpuan bukan sahaja pengguna dari golongan muda
malah dapat menarik pembeli dari golongan-golongan yang berusia
tetapi ingin nampak lebih muda. Reka bentuk Toyota Corolla Altis
lebih kepada reka bentuk yang agak membosankan dan agak matang.
Selain itu talaan enjin yang diberikan oleh Honda Civic ialah 1.5 Turbo
manakala Toyota Corolla Altis 1.8. Hal ini menyebabkan pengguna
beralih ke Honda Civic disebabkan enjin yang lebih kecil tetapi
berkuasa tinggi. Dengan ini pengguna tidak perlu membayar cukai
jalan yang lebih kerana enjin yang berkapasiti 1.5 sahaja manakala
Toyota Corolla Altis mempunyai enjin berkapasiti 1.8 yang
menyebabkan cukai jalan agak tinggi.

20
031112-08-0829

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama bagi Syarikat
Toyota Motors Malaysia. Antara objektifnya ialah menjelaskan strategi
kemasukan organisasi ke perniagaan antarabangsa bagi syarikat Toyota
Motors ke negara Malaysia, menjelaskan cabaran-cabaran perniagaan yang
dihadapi oleh syarikat Toyota Motors di Malaysia dari aspek politik dan
perundangan, ekonomi dan sosiobudaya menjelaskan lini produk syarikat
Toyota Motors Malaysia dari aspek kedalaman produk dan kelebaran produk
serta menjelaskan kitaran hayat bagi salah satu produk syarikat Toyota Motors
Malaysia.

Berdasarkan objektif pertama, pengkaji mendapati bahawa syarikat Toyota


Motors menggunakan eksport sebagai strategi kemasukan perniagaan ke
Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana eksport adalah kaedah yang
terbaik bagi syarikat Toyota motors meluaskan perniagaannya di seluruh
negara dengan memasarkan kenderaan yang telah dibina dinegaranya dan
dijual ke negara-negara membangun.

Berdasarkan objektif kedua, pengkaji mendapati bahawa terdapat 3


cabaran perniagaan bagi syarikat Toyota Motors semasa menjalankan operasi
perniagaan di Malaysia. Antaranya ialah cabaran politik dan perundangan,
cabaran ekonomi dan cabaran sosiobudaya. Bagi cabaran politik dan
perundangan , syarikat Toyota ialah kekurangan bekalan cip pembuatan kereta
disebabkan Pandemik Covid-19 dan negara menjalankan Perintah Kawalan
Pergerakkan menyebabkan kilang-kilang tidak boleh beroperasi. Perkara
tersebut telah menjejaskan hasil jualan kenderaan Toyota itu sendiri. Selain
itu, cabaran sosiobudaya ialah penerimaan rakyat Malaysia terhadap produk
yang dibawa masuk ke Malaysia.Tidak kesemua produk yang dihasilkan oleh
Toyota Motors mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia seperti contoh
Toyota RAV 4, Toyota C-HR dan sebagainya Bagi cabaran ekonomi syarikat
Toyota Motors tidak dapat memasukkan model-model tertentu ke dalam
negara ini. Hal ini disebabkan cukai yang dikenakan terhadap kereta import

21
031112-08-0829

agak tinggi menyebabkan harga kereta menjadi agak mahal dan menyebabkan
kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk memilikinya. Disebabkan
perkara tersebut Toyota Motors tidak mampu untuk menjana keuntungan yang
lebih di negara ini.

Berdasarkan objektif ketiga, pengkaji mendapati bahawa Syarikat Toyota


Motors bukan sahaja menjual satu jenis bentuk kereta iaitu Sedan malah turut
menjual pelbagai bentuk iaitu MPV, SUV, Hatchback, 4X4, EV menjadikan
pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memilih rekaan bentuk kereta untuk
dibeli oleh rakyat Malaysia

Berdasarkan objektif keempat, pengkaji mendapati bahawa kereta Toyota


Corolla Altis telah mengalami kitaran hayat produk dari peringkat pengenalan,
pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan. Pada peringkat pengenalan,
penjualan produk ini agak perlahan kerana produk tersebut baru muncul dalam
pasaran dan tidak dikenali oleh ramai orang. Pada peringkat pertumbuhan,
masyarakat telah mengenali produk menyebabkan masyarakat mula menerima
kewujudan produk serta jualan semakin meningkat di pasaran. Pada peringkat
kematangan, pengguna setia terhadap produk ini meningkat dan jualan telah
melebihi anggaran yang ditetapkan. Namun begitu, pesaing mula memasuki
pasaran dengan menjual produk yang sama dengan harga yang rendah dan
kualiti yang lebih baik. Keuntungan mula menurun. Pada peringkat
kemerosotan, pengeluaran Toyota Corolla Altis perlu diganti semula demi
memikat hati pembeli kerana reka bentuk dan teknologinya telah ketinggalan
zaman, hal ini dikatakan demikian kerana pesaingnya Honda Civic menjadi
pilihan utama rakyat Malaysia yang berada dalam sasaran penjualannya.
Honda Civic mempunyai reka bentuk yang lebih agreasif dan dilengkapi
teknologi terkini.

22
031112-08-0829

Berdasarkan rumusan di atas, pengkaji mendapati bahawa teknologi dan


reka bentuk yang ditawarkan oleh Toyota Motors agak tidak mendapat tempat
di hati masyarakat setempat. Oleh sebab itu, pengkaji mencadangkan supaya
pengeluar menjalankan penyelidikan tentang kemahuan dan citarasa
pelanggan demi rebut kembali perhatian rakyat supaya model-model kereta
yang dihasilkan oleh Toyota Motors terus laku keras dan menjana keuntungan
yang banyak.

23
031112-08-0829

7.0 SENARAI RUJUKAN

Harian, B. (n.d.). Untung Operasi Mungkin Merosot. Dicapai dari


https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2020/05/687919/untung-operasi-toyota-
dijangka-merosot

Harris. (2022, JUN 21). Jualan kenderaan terus merosot, Mei 2022 hanya catat
49,603 unit sahaja - MAA. Dicapai dari WAOCAR:
https://www.wapcar.my/bm/jualan-kenderaan-terus-merosot-mei-2022-hanya-
catat-49603-unit-sahaja--maa-48867

Malaysia, T. (2023, JANUARI 16). UMW Toyota Motors Lead The Way.Dicapai dari
TOYOTA MALAYSIA: https://www.toyota.com.my/en/discover-toyota/news-and-
events/UMW-TOYOTA-MOTOR-LEAD-THE-WAY-IN-CLEAN-MOBILITY-THROUGH-
MULTI-PATHWAY-STRATEGY-WITH-THE-DELIVERY-OF-HYDROGEN-FUEL-CELL-
TOYOTA-MIRAI-TO-SEDC-ENERGY-AND-THE-PREMIER-OF-SARAWAK.html

Malaysia, T. (n.d.). Official Toyota Malaysia Instagram. Dicapai dari


https://instagram.com/toyotamy?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Mohd Farhan Alias. (2020, JULAI 25). Segalanya Tentang Corolla Altis. Dicapai dari
Mekanika Malaysia: https://www.mekanika.com.my/segalanya-tentang-toyota-
corolla-altis/

N., P. (1995). In Business, Goverment And Society. New Jersey: Prentice-Hall:


Eanglewood Cliffs.

Sabri Haji Hussin. (2010). In PENGURUSAN PERNIAGAAN JILID SATU. KUALA


LUMPUR: DEWAN BAHASA PUSTAKA.

Toyota. (n.d.). Instagram Official Toyota. Dicapai dari


https://instagram.com/toyotamy?igshid=YmMyMTA2M2Y=

24

You might also like