You are on page 1of 38

ekonomi

LILY,YATIMA,NURIN,SITI
2013
25.Dengan menggunakan gambar rajah,terangkan mengapa firma pasaran
persaingan bermonopoli dapat meneruskan operasinya walaupun firma
tersebut mengalami kerugian. (10m)
2013
1.Keseimbangan pasaran berlaku apabila MC bersilang dengan MR pada titik
keseimbangan E0 harga keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0.
2.Jumlah hasil firms ialah sebanyak P0AQ00.Manakala jumlah kos sebanyak
P1BQ00.Jumlah kos lebih besar daripada jumlah hasil.
3.Firma akan mengalami untung kurang normal sebanyak P1BAP0.
4.Walaupun firma mengalami untung kurang normal firma ini meneruskan operasi kerana
firma mampu membayar semua kos berubah.
5.Jumlah hasil P0AQ00 mampu menampung semua kos berubah dan sebahagian kos
tetap.
6. Dengan meneruskan operasi firma dapat mengekalkan pelanggan sedia ada dan dapat
menjaga reputasi firma.
2014
(a)Apakah yang dimaksudkan dengan untung
ekonomi dan untung perakaunan? [2m]
Untung ekonomi ialah perbezaan antara jumlah
hasil dengan jumlah kos eksplisit dan kos
implisit,iaitu kos ekonomi .Manakala kos
perakaunan merupakan perbezaan antara jumlah
hasil dengan jumlah kos.
(b)Dengan menggunakan contoh berangka,bezakan
pengiraan untung ekonomi dengan untung
perakaunan.[8m]
Untung ekonomi=jumlah hasil-(kos
eksplisit+kos implisit)
=50-(10+10)
Untung perakaunan=jumlah
=RM30
hasil-jumlah kos
=50-10
=RM40
2015
Soalan 23
a)Jelaskan maksud keanjalan
permintaan harga? (2m)
Maksud keanjalan permintaan harga
didefinisikan sebagai ukuran darjah tidak
balas perubahan kuantiti diminta
sesuatu barang kesan perubahan harga
itu sendiri.
b) Huraikan empat faktor yang menentukan
keanjalan permintaan harga.(8m)
2016
22. a)Takrifkan harga maksimum dan harga minimum

Harga maksimum ialah tindakan kerajaan


menetapkan harga yang lebih
rendah daripada harga keseimbangan di pasaran,
manakala harga minimum ialah tindakan kerajaan
menetapkan harga yang
lebih tinggi daripada harga keseimbangan.
2016
22. b) (i) Dalam keadaan bagaimanakah kerajaan boleh melaksanakan
dasar harga maksimum.

— Kerajaan boleh melaksanakan dasar harga


maksimum untuk mengawal kenaikan harga
di pasaran dan untuk menjaga kebajikan
pengguna.
2016
22. b) (ii) Huraikan tiga tujuan dasar harga maksimum dilaksanakan oleh
kerajaan.
1. Tujuan dasar harga maksimum dilaksanakan untuk menjaga kebajikan pengguna,bagi
membolehkan pengguna mendapatkan barang keperluan pada harga yang rendah.
2. Untuk menjamin kestabilan harga dan mengawal inflasi, terutamanya pada musim tertentu,
misalnya kerajaan menjalankan dasar harga maksimum ayam pada musim perayaan.
3. Untuk mengelakkan berlakunya penindasan terhadap pengguna,agar pengeluar tidak
mengambil kesempatan untuk menaikkan harga dengan sesuka hati untuk meningkat kan
keuntungan.
2017 soalan 21
Dengan memberikan contoh, terangkan perkaitan konsep
kekurangan, konsep pilihan dan konsep kos lepas bagi
a) PENGGUNA
Apabila pendapatan terhad, pengguna terpaksa membuat pilihan. Semasa membuat pilihan,
pengguna akan memaksimumkan kepuasannya.
Ketika membuat pilihan, pengguna akan melepaskan barang kedua terrbaik. Maka wujud kos
lepas.
Contohnya,dengan pendapatan sebanyak RM150, pengguna mempunya dua pilihan sama ada
hendak membeli beg atau kasut. Jika pengguna membeli kasut, maka kos lepasnya ialah beg.
b) PENGELUAR
Apabila sumber ekonomi terhad, pengeluar terpaksa membuat pilihan. Semasa
membuat pilihan, pengeluar akan memaksimumkan keuntungan.
Oleh itu, pengeluar akan melepaskan pilihan kedua terbaik dan wujud kos lepas
Contohnya, seorang pengeluar yang mempunyai sebidang tanah terpaksa memilih
untuk menanam jagung atau menanam kelapa sawit. Sekiranya pengeluar memilih
menanam kelapa sawit maka, kos lepasnya ialah menanam jagung.
2017
26. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran persaingan
bermonopoli ?
Pasaran persaingan bermonopoli merupakan pasaran yang
terdapat ramai pembeli dan penjual di pasaran yang membeli
dan menjual barang yang berbeza tetapi merupakan barang
pengganti hampir.
2017
26. b) Huraikan empat bentuk persaingan bukan harga yang terdapat
dalam pasaran persaingan bermonopoli.

persaingan bukan harga yang pertama ialah pembezaan produk.Firma ppb


akan berusaha menghasilkan produk yang berbeza dari segi reka
bentuk,kualiti,jenama dan corak.
Yang kedua ialah pengiklanan.Tujuan utama pengiklan adalah untuk
memujuk orang ramai supaya membeli sesuatu keluaran dari firma.
2017
26. b) Huraikan empat bentuk persaingan bukan harga yang terdapat
dalam pasaran persaingan bermonopoli.
Yang ketiga ialah dengan galakan jualan.Dengan galakan jualan firma
akan memberi tawaran istimewa,hadiah percuma dan parkir percuma
kepada pengguna yang membeli keluaran firma pada kuantiti tertentu.
Yang keempat ialah khidmat selepas jualan.Khidmat selepas jualan
yang disediakan oleh firma ialah kemudahan penghantaran secara
percuma dan jaminan penggantian(waranti) bagi keluaran yang dibeli
untuk tempoh tertentu
2018
25 .Terangkan lima ciri yang membezakan firma yang beroperasi dipasaran
persaingan sempurna dengan firma yang beroperasi dipasaran
monopoli. (10m)
(2019) 24.Dengan berbantukan gambar rajah ,terangkan
hubungan antara
a) jumlah keluaran dengan keluaran sut
2019
24 b) hubungan keluaran purata dengan keluaran sut
2019
2021 Soalan 22

(a) Apakah hukum permintaan?


Hukum permintaan menyatakan apabila harga
sesuatu barang naik, kuantiti diminta akan
berkurangan dan sebaliknya apabila harga sesuatu
barang turun, kuantiti diminta akan meningkat.
Hubungan antara harga barang itu sendiri dan
kuantiti diminta adalah songsang.
2021
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan
hukum permintaan.

D0
B
A
C
D0
2021 Soalan 22 (b)

1.Harga asal adalah P0 dandan kuantitiasal adalah Q0 pada titik A


2.Jika harga naik dari P0 ke P1, kuantiti diminta berkurang dari Q0 ke Q1.
Berlaku penguncupan kuantiti diminta.
3.Jika harga turub dari P0 ke P2, kuantiti diminta meningkat dari Q0 ke Q2.
Berlaku pengembangan kuantiti diminta.
4.Wujud hubungan songsang antara harga dan kuantiti diminta.
5.Keluk permintaan berbentuk mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
2022 soalan 21
(a)Berikan satu contoh barang percuma dam satu contoh
barang ekonomi.[2m]

Contoh barang percuma ialah cahaya


matahari.Manakala contoh barang ekonomi ialah
telefon pintar
(b)Huraikan empat perbezaan antara barang
percuma dengan barang ekonomi.[8m]
-barang percuma ialah barang anugerah tuhan yang sangat
diperlukan dalam kehidupan seharian.Manakala barang ekonomi
ialah barang yang dikeluarkan oleh manusia.
-barang percuma tidak mempunyai kos lepas.Manakala barang
ekonomi mempunyai kos lepas.
-barang percuma penawarannya tidak terhad.Manakala barang
ekonomi penawarannya terhad
-barang percuma tidak mempunyai kos pengeluaran.Manakala
barang ekonomi mempunyai kos pengeluaran .
2022 Soalan 26

Dengan menggunakan gambar rajah yang


berasingan ,jelaskan kesan ke atas
keseimbangan pasaran buruh sekiranya
(a)lebih ramai wanita memasuki pasaran buruh.[5m]
1) keseimbangan asal pasaran tercapai apabila keluk permintaan
buruh bersilang dengan keluk penawaran buruh (DD=SS) pada titik
E0.Tingkat upah W0 dan kuantiti buruh L0.
2)apabila lebih ramai wanita memasuki pasaran buruh,maka lebih
ramai wanita akan bekerja.Penawaran buruh meningkat di pasaran.
3)keluk penawaran buruh beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1.
4) keseimbangan baharu pasaran buruh tercapai apabila keluk D0D0
bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik E1.Tingkat upah W1
dan kuantiti buruh L1.
5)Kesannya upah akan menurun dari W0 ke W1 dan kuantiti buruh
yang digunakan akan meningkat dari L0 ke L1.
(b)kos pendidikan dan latihan di pasaran
meningkat.[5m]
1) keseimbangan asal pasaran buruh berlaku apabila keluk permintaan
bersilang dengan keluk penawaran (DD=SS) pada titik E0 .Tingkat upah W0
dan kuantiti buruh L0.
2) Apabila kos pendidikan dan latihan dipasaran meningkat ,maka majikan
akan kurangkan penghantaran buruh melanjutkan pelajaran dan
latihan,buruh mahir berkurang ,produktiviti berkurang menyebabkan
permintaan buruh berkurang .
3)keluk penawaran beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1
4)pada tingkat upah W0,penawaran buruh lebih besar daripada
permintaan buruh D0D0.Berlaku lebihan penawaran menyebabkan upah
cenderung untuk jatuh.
5) keseimbangan baharu pasaran buruh tercapai apabila keluk D1D1
bersilang dengan keluk S0S0 pada titik E1.Tingkat upah W1 dan kuantiti
buruh yang digunakan L1.
6)Kesannya,upah akan akan jatuh dari W0 ke W1 dan kuantiti buruh yang
digunakan akan berkurang dari L0 ke L1

You might also like