You are on page 1of 4

1.

Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga [6m]

Faktor Huraian

Kewujudan barang Semakin banyak barang pengganti bagi sesuatu barang semakin
pengganti anjal permintaan barang tersebut kerana mudah mencari
pengganti. Sebaliknya, semakin kurang barang pengganti bagi
sesuatu barang, semakin kurang anjal permintaan harga barang
tersebut kerana kesukaran mencari pengganti [2m]

Kegunaan barang Jika sesuatu barang mempunyai banyak kegunaan, maka semakin
tersebut anjal permintaannya berbanding dengan barang yang mempunyai
kegunaan yang terhad [2m]

Peratus perbelanjaan Semakin besar bahagian pendapatan dibelanjakan ke atas sesuatu


daripada pendapatan barang, maka semakin anjal permintaan barang tersebut [2m]
pengguna

Jangka masa Dalam jangka panjang jika mudah memperoleh barang pengganti
ia semakin anjal / ada masa untuk mencari [2m]

Kepentingan barang Barang penting / perlu tak anjal manakala barang tak penting lebih
/ jenis barang anjal permintaan
Barang mesti tak anjal / barang mewah anjal permintaan [2m]

Mana-mana 3 fakta + huraian


2(a) Apakah maksud keanjalan permintaan pendapatan ? [2]

 Keanjalan permintaan pendapatan mengukur tindak balas kuantiti diminta akibat


perubahan pendapatan [1m]. Keanjalan ini diukur dengan nisbah peratus perubahan
kuantiti diminta kepada peratus perubahan pendapatan atau rumus [1m]

% perubahan Qd
Ey = -----------------------
% perubahan Y

2(b) Terangkan kaitan antara nilai keanjalan pendapatan dengan jenis barang [8m]

(a) Apabila e > 1, iaitu % kenaikan kuantiti permintaan lebih besar daripada %
kenaikan pendapatan.
Jenis barang yang mempunyai nilai keanjalan pendapatan melebihi satu ialah barang
mewah [2m]
(b) Apabila 0 < e < 1, iaitu % kenaikan kuantiti permintaan lebih besar daripada 0 tetapi
kurang daripada 1.
Barang normal / biasa [2m]
(c) Apabila e = 0, iaitu pertambahan pendapatan tidak mengubah kuantiti permintaan.
Barang Mesti [2m]
(d) Apabila e < 0, pertambahan pendapatan mengurangkan kuantiti barang yang
diminta. Barang bawahan [1m].

3 Huraikan lima faktor ekonomi bidangan dalaman yang menyebabkan kos purata jangka
panjang firma semakin menurun [10]

1. Ekonomi pengkhususan : Adanya pengkhususan kerja dalam proses pengeluaran, lebih


cekap ,kos purata akan menurun [2m]

2. Ekonomi pengurusan : Pengeluaran secara besar-besaran mampu mendapatkan


pengurus yang cekap yang akhirnya akan menurunkan kos pengeluaran [2m]
3. Ekonomi kewangan : Firma besar mudah mendapat modal dengan kadar pinjaman
murah dan bayar dalam jangka masa lama, juga senang kumpul modal baharu yang
akhirnya akan mengurangkan kos. [2m]

4. Ekonomi pemasaran : Beli secara pukal dan terus maka harga lebih rendah berbanding
dengan beli secara kredit. Kos per unit keluaran menurun. [2m]

5. Ekonomi teknikal : Pengeluaran secara besar-besaran boleh guna alat lebih moden,
pengeluaran lebih cekap, kos per unit lebih rendah. [2m]

4.(a) Terangkan perbezaan antara keanjalan penawaran yang tak anjal sempurna dengan
penawaran yang anjal sempurna [4]

 Keanjalan yang tak anjal sempurna bermaksud sebarang perubahan harga tidak
akan merubah kuantiti yang ditawarkan di pasaran. Keluk penawaran adalah
garis lurus yang selari dengan paksi menegak, nilai keanjalannya sifar [2m].
 Manakala keanjalan penawaran yang anjal sempurna pula sebarang perubahan
kuantiti tidak akan memberikan kesan harga / harga tidak akan berubah. Keluk
penawaran bagi kes ini adalah satu garis lurus mendatar. Nilai keanjalannya
adalah infiniti [2m]

(b) Huraikan bagaimana faktor masa boleh mempengaruhi keanjalan penawaran [6]

Jangka masa Dalam jangka masa singkat, tidak wujud input berubah, maka
singkat pengeluar tidak dapat menambahkan pengeluaran barangnya
[2] jika terdapat peningkatan dalam permintaan di pasaran. Oleh
itu penawaran adalah tak anjal sempurna dalam jangka masa
singkat.

Jangka masa Dalam jangka masa pendek, pengeluar dapat menambahkan


pendek pengeluarannya hanya dengan mengubah faktor berubah.Oleh
[2] itu, penawaran adalah tak anjal dalam jangka masa pendek.

Jangka masa Dalam jangka masa panjang, penawaran boleh ditambah kerana
panjang semua faktor pengeluaran boleh ditambah. Maka penawaran
[2] adalah anjal dalam jangka masa panjang.
5. Andaikan seorang pengeluar menjual produk X di dua buah pasaran iaitu pasaran A dan
Pasaran B.

dengan DA = Keluk permintaan di pasaran A


DB = Keluk permintaan di pasaran B

(a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga bagi produk X di pasaran A dan B, jika
harganya menurun daripada RM10.00 kepada RM5.00 [4]

Pasaran A :
3 10
EDA = -------- x ---------- = -0.46 [2m]
-5 13
Pasaran B :

EDB = 7 10
-------- x ---------- = -2.62 [2m]
13 -5

(b) Hitung perbezaan jumlah hasil yang diperolehi di setiap pasaran [4]

Jumlah hasil pasaran A


Asal = 10 x 13 = RM130
Baru = 5 x 16 = RM80
Oleh itu, perbezaan = RM80 – RM30 = RM-50 (rugi) [2m]

Jumlah hasil pasaran B


Asal = 10 x 13 = RM130
Baru = 5 x 30 = RM150
Oleh itu, perbezaan = RM150 – RM130 = RM20 [2m]

(c) Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh pengeluar tersebut bagi meningkatkan
jumlah hasil di kedua-dua pasaran ? [2]
Bagi pasaran A naikkan harga [1m] dan bagi pasaran B turunkan harga [1m]
6. Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti diminta dan kuantiti ditawar bagi suatu
barang dalam pasaran.

Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar


(RM) (unit) (Unit)
6.00 22 14
8.00 20 16
10.00 18 18
12.00 16 20

(a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga apabila meningkat daripada RM8.00
kepada RM10.00 [3]

(b) Hitung nilai keanjalan penawaran harga apabila harga meningkat daripada
RM8.00 kepada RM10.00 [3]

(c) Hitung jumlah hasil pada setiap tingkat harga [2]

Harga Kuantiti diminta Jumlah hasil


(RM) (unit) (RM)
6.00 22 132.00
8.00 20 160.00
10.00 18 180.00
12.00 16 192.00

(d) Apakah kesan pada jumlah hasil jika harga jualan meningkat [1]
Jumlah hasil meningkat apabila apabila harga meningkat

(e) Apakah kaitan antara jumlah hasil dengan keanjalan permintaan harga ?[1]
Apabila keanjalan permintaan harga adalah tak anjal, kenaikkan harga
menyebabkan jumlah hasil meningkat atau apabila keanjalan permintaan harga
adalah tak anjal, penurunan harga menyebabkan jumlah hasil berkurang.

You might also like