You are on page 1of 18

MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

Bahagian A
[60markah]
Jawab tiga soalan daripada bahagian ini.
1 (a) Gambar di bawah menunjukkan suatu faktor pengeluaran.

(i) Berikan definisi faktor pengeluaran. [1markah]


JAWAPAN:
- Sumber ekonomi (MODAL)
- Diperlukan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan

(ii) Terangkan ciri-ciri faktor pengeluaran di atas. [4markah]


JAWAPAN:
- Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan
- Mempunyai penawaran yang terhad
- Sesetengah modal mempunyai mobiliti geografi yang tinggi
- Contohnya peralatan dan mesin
- Sesetengah modal tidak mempunyai mobiliti geografi yang
tinggi
- Contohnya bangunan dan kilang
- Meningkatkan daya dan kecekapan pengeluaran

(b) Terangkan ciri-ciri utama Ekonomi Islam. [5markah]


JAWAPAN:
F1- Sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam
- Mencapai al-Falah (kebahagiaan di dunia dan akhirat
seimbang)
- Aktiviti dan keputusan ekonomi berlandaskan hukum Islam
serta halal

F2- Persaingan adil dan saksama


- Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan yang
halal
- Pengguna bebas memilih pekerjaan
- Pengeluar bebas mengeluarkan barang dan perkhidmatan
yang halal
- Kerajaan mengawal kebebasan melalui undang-undang

2 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

F3- Kepentingan antara individu dengan masyarakat


seimbang
- Penggunaan dan pengeluaran barang dan perkhidmatan
berdasarkan prinsip kesederhanaan
- Golongan mampu membayar zakat untuk membantu
golongan kurang mampu
( c) Dengan bantuan jadual, jelaskan hukum penawaran. [3 markah]
JAWAPAN:
Contoh jadual :
Harga (RM) Kuantiti Ditawar (unit )
10 40
20 50
30 60
- Label jadual yang lengkap - Harga (RM), Kuantiti (unit)
- Lajur Harga menunjukkan trend meningkat atau menurun
- Lajur Kuantiti menunjukkan trend yang sama dengan harga
- Apabila harga meningkat, kuantiti ditawar juga meningkat
- Hubungan antara harga dan kuantiti ditawar adalah positif

(d) Jadual di bawah berkaitan dengan keseimbangan pasaran suatu barang.

Harga (RM) Kuantiti Barang (unit )


Diminta Ditawar
300 30 10
600 20 20
900 10 30

(i) Lukis keluk keseimbangan pasaran pada kertas graf yang disediakan.
[5markah]
- Paksi Harga (RM) } mempunyai titik origin
- Paksi Kuantiti (unit )
- Keluk permintaan DD
- Keluk penawaran SS
- Titik keseimbangan E
(Rujuk rajah keluk keseimbangan pasaran di halaman
berikutnya)
(ii) Jelaskan keadaan pasaran pada tingkat harga RM750. [2markah]
- Berlaku lebihan penawaran
- Sebanyak 10 unit
- Harga cenderung menurun
- Apabila harga menurun, permintaan akan bertambah
- Penawaran akan berkurang
- Sehingga mencapai keseimbangan

Jawapan untuk soalan 1(d)(i)

3 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

2 (a) Terangkan bagaimana bank pusat mengawal kestabilan nilai matawang?


JAWAPAN: [6markah]

4 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

F1 - Mewujudkan sandaran minimum


- Ordinan Bank Negara Malaysia memperuntukkan sandaran
minimum 80.59% dalam bentuk emas dan rizab
antarabangsa
- Rizab antarabangsa termasuklah emas, pertukaran asing,
milikan hak pengeluarankhas, dan rizab kumpulan wang
antarabangsa
- Sekiranya bank pusat ingin mencetak RM100, sandaran
minimum yang perlu dimiliki ialah RM80.59

F2 - Campur tangan dalam pasaran pertukaran asing (FOREX)


- Bank Negara Malaysia akan membeli Ringgit Malaysia
dengan menjual DolarAmerika Syarikat apabila nilai Ringgit
Malaysia adalah rendah
- Kesannya jumlah Ringgit Malaysia di dalam pasaran akan
berkurang dan nilai Ringgit Malaysia akan meningkat
berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat
- Walaupun tindakan ini mengurangkan rizab antarabangsa
yang dipegang olehBank Negara Malaysia, nilai Ringgit
Malaysia dapat distabilkan

F3 - Mengawal inflasi
- Bank pusat akan memastikan kadar inflasi dalam negara
berada pada paras terkawal dengan menggunakan alat dasar
kewangan

(b) Jelaskan kelebihan dan kelemahan kemudahan overdraf. [4markah]


JAWAPAN:
Kelebihan kemudahan overdraf :
- Tidak memerlukan cagaran atau penjamin
- Boleh mengeluarkan wang mengikut keperluan
- Dikenakan faedah untuk jumlah yang digunakan sahaja

Kelemahan kemudahan overdraf :


- Dikenakan faedah yang tinggi
- Bukan semua pemegang akaun semasa yang ditawarkan
kemudahan overdraf
- Ada had tertentu yang telah ditetapkan
(c) Jelaskan konsep firma. [5markah]
JAWAPAN:
- Satu unit ekonomi
- Terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk
- Milikan tunggal , perkongsian atau syarikat berhad
- Merangkumi firma swasta dan firma awam
- Objektif firma swasta ialah mencapai keuntungan maksimum/
memaksimumkan jualan
- Objektif firma awam ialah memaksimumkan kebajikan
masyarakat / meningkatkan taraf hidup rakyat
- Mengeluarkan / membekalkan barang dan perkhidmatan
5 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur
MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

kepada isi rumah


- Meminta/ menggunakan faktor pengeluaran daripada isi
rumah

(d) Encik Hafiz telah memulakan perusahaan ternakan ikan setelah meletak jawatan
sebagai penyelia kilang dengan gaji bulanan sebanyak RM2500.

Butiran hasil dan kos untuk perusahaan ternakan ikan adalah seperti berikut:

Benih ikan RM2 500


Makanan ikan RM3 500
Peralatan RM1 000
Sewa tapak RM3 000
Jumlah hasil RM25 000

(i) Hitungkan jumlah untung. [3markah]


JAWAPAN:
Jumlah Hasil – Jumlah Kos
= RM 25 000 – RM10 000
= RM15 000

(ii) Jelaskan konsep kos implisit. [2markah]


JAWAPAN:
- Kos yang sepatutnya dibayar kepada faktor pengeluaran tetapi tidak diambil kira
dalam kos pengeluaran
- Contoh kos implisit seperti ganjaran upah yang sepatutnya dibayar kepada
pemilik sendiri/ kos sewa kepada pemilik tanah atau bangunan milik sendiri/
faedah atas sumber modal sendiri
- Diambil kira dalam pengiraan untung ekonomi

3 (a) Maklumat di bawah berkaitan dengan sejenis pengangguran.

 Berlaku akibat perpindahan pekerjaan


 Berlaku dalam jangka masa pendek

(i) Apakah jenis pengangguran di atas? [1markah]


JAWAPAN:
- Pengangguran geseran
(ii) Berdasarkan jawapan di 3(a)(i), mengapakah keadaan sedemikian berlaku?.
JAWAPAN: [3markah]
- Sikap penganggur yang terlalu memilih pekerjaan
- Menunggu peluang pekerjaan yang lebih baik
- Tidak bersungguh-sungguh mencari pekerjaan
- Tidak berminat bekerja
- Kekurangan maklumat tentang pekerjaan yang ditawarkan

6 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

- Pekerja kurang mobiliti


- Penganggur suka membuat kerja yang tidak formal
- Majikan mengambil masa yang lama untuk memilih pekerja
baharu

(b) (i) Terangkan jenis kadar faedah atas pinjaman. [2 markah]


JAWAPAN:
F1- Kadar faedah tetap
- Tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman
- Peminjam tahu dengan tepat berapa jumlah perlu dibayar
secara ansuran setiap bulan

F2- Kadar faedah terapung


- Mengikut turun naik Kadar Rujukan sepanjang tempoh
pinjaman
- Kadar Rujukan dikawal oleh Bank Pusat
- Perubahan dalam kadar faedah boleh menyebabkan
perubahan dalam bayaran ansuran bulanan

(ii) Bagaimanakah peningkatan kadar faedah atas pinjaman dapat mengatasi


inflasi? [ 4markah]
JAWAPAN:
- Perbelanjaan agregat pengguna menurun
- Kekurangan permintaan pengguna
- Kadar pengangguran meningkat
- Pelaburan firma menurun
- Penawaran agregat barang dan perkhidmatan dalam
ekonomi berkurang
- Firma tidak bermotivasi untuk mengeluarkan lebih banyak
barang
- Firma tidak mempunyai modal untuk mengembangkan
operasi
- Firma tidak dapat menampung kos operasi
- Firma memberhentikan operasi

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa.

Eksport Negara Lebih Kukuh


Kuala Lumpur 10 Julai – Eksport negara diunjur berkembang lebih tinggi sekitar
16% tahun ini terutama disokong oleh pertumbuhan ekonomi domestik yang
dijangka tumbuh 5%. Dengan prospek global yang dijangka kekal sihat,
peningkatan dalam perniagaan global dan keyakinan pengguna di negara
membangun dan ekonomi baharu muncul, ia akan terus memberi kelebihan
kepada eksport Malaysia.
(Sumber : Utusan Online, 11 Julai 2017)

Terangkan lima kepentingan perdagangan antarabangsa selain daripada yang di

7 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

atas kepada negara. [ 5markah]


JAWAPAN:
H1- Memperoleh barang dan perkhidmatan yang tidak dikeluarkan di
dalam negara
H2- Meluaskan pasaran
H3- Meningkatkan keuntungan firma tempatan
H4- Menambah pendapatan negara melalui kutipan duti import / duti
eksport / cukai keuntungan syarikat
H5- Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi
H6- Meningkatkan daya pengeluaran industri tempatan
H7- Dapat menikmati barang pada harga yang lebih murah
H8- Pengkhususan / pengeluaran barang secara besar-besaran
H9- Mutu / kualiti barang tempatan meningkat akibat persaingan
antara pengeluar
H10- Menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan
H11- Menawarkan pelbagai pilihan barang dan perkhidmatan
H12- Meningkatkan tingkat kepuasan / taraf hidup pengguna
H13- Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan / mengurangkan
masalah pengangguran
H14- Menggalakkan mobiliti tenaga buruh
H15- Menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing
H16- Mempercepat pertumbuhan ekonomi
H17- Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara negara
rakan dagang

(d) Rajah di bawah menunjukkan komponen dalam imbangan pembayaran.

Imbangan Pembayaran

Akaun Modal Akaun X Akaun Kewangan


(i) Apakah Akaun X dalam imbangan pembayaran? [ 1markah]
JAWAPAN:
- Akaun semasa

(ii) Terangkan butiran dalam Akaun X. [4 markah]


JAWAPAN:
F1- Akaun barangan
- Merekodkan jumlah nilai eksport barang nampak dengan jumlah nilai import
barang nampak

F2- Akaun perkhidmatan


- Merekodkan eksport dan import barang tak nampak

F3- Akaun pendapatan primer


- Merekodkan penerimaan dan pembayaran pampasan pekerja dan pendapatan

8 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

pelaburan

F4- Akaun pendapatan sekunder


- Merekodkan penerimaan dan pembayaran bayaran pindahan

4 (a) Dengan menggunakan rajah, terangkan konsep kekurangan, pilihan dan kos
lepas.
H - Kehendak manusia yang tidak terbatas berbanding dengan [6markah]
1 sumber ekonomi yang terhad
- Masalah kekurangan menyebabkan perlu membuat pilihan
H - Masalah pilihan melibatkan membuat keputusan tentang
2 kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan melibatkan
H pengorbanan, iaitu kos lepas
3 - Kos lepas merujuk kepada pulangan yang mungkin daripada
barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa
dilepaskan akibat daripada pemilihan sesuatu barangan
- Contoh kekurangan, pilihan dan kos lepas isi rumah
H
4

H
5
Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Makanan (unit)

L K

0 Jam tangan (unit)

- Kekurangan berlaku di luar keluk kemungkinan pengeluaran,


H6 iaitu titik K
- Pilihan kombinasi pengeluaran titik L dan titik M
H7

(b)

9 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

Harga Perkhidmatan Jalur Lebar (Internet ) Turun 25% Tahun Ini

Putrajaya: Harga perkhidmatan jalur lebar turun sehingga 25% tahun ini
berikutan implementasi Mandatory Standard of Access Pricing (MSAP) yang
membabitkan penetapan harga siling borong bagi pihak pembekal oleh syarikat-
syarikat komunikasi dalam negara. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) diminta untuk memantau harga perkhidmatan jalur lebar di
Malaysia supaya harga pakej peringkat permulaan adalah munasabah untuk
semua rakyat. Ini bertujuan untuk memastikan rakyat dari semua lapisan
masyarakat dan pendapatan mempunyai akses kepada Internet serta mendapat
faedah dan peluang menceburi era digital ini.

(Ubahsuai daripada Astro Awani/ 20 Jun 2018)

(b) Dengan bantuan rajah tunjukkan perubahan dalam kuantiti diminta yang berlaku.
JAWAPAN: [4markah]
Harga (RM)

P1 a
P0 b

D Kuantiti (unit)
0 Q0 Q1
H1- Paksi harga dan kuantiti lengkap dengan label dan titik origin
H2- Keluk permintaan DD
H3- Tingkat harga dan kuantiti diminta yang asal – P0 dan Q0
H4- Tingkat harga dan kuantiti diminta yang baharu – P1 dan Q1
H5- Arah anak panah yang betul

( c) Jelaskan kesan kejatuhan harga perkhidmatan jalur lebar terhadap [9 markah]


ekonomi negara.
Cadangan Jawapan :
Kesan terhadap isi rumah
- Lebih banyak isi rumah mampu melanggan perkhidmatan jalur
lebar
- Kebolehaksesan kepada internet dan maklumat dengan lebih
murah dan cepat
- Dapat mengetahui isu dan berita dari pelbagai persepsi
- Perbelanjaan untuk perkhidmatan jalur lebar lebih murah
- Boleh menggunakan lebihan peruntukan untuk tujuan-tujuan lain
- Berupaya meningkatkan taraf hidup isi rumah

10 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

Kesan terhadap firma


- Memudahkan firma menjalankan perniagaan dan urusan dengan
lebih baik
- Pasaran perniagaan secara atas talian ( online ) lebih meluas
- Hasil jualan firma meningkat
- Untung firma meningkat

Kesan terhadap kerajaan


- Urusan pentadbiran menjadi lebih cekap, pantas dan mudah
- Kos komunikasi yang lebih menjimatkan
- Hasil kerajaan meningkat menerusi kutipan cukai keuntungan
syarikat dan cukai pendapatan inidividu bagi pengusaha
perniagaan milikan tunggal
- Kemampuan kerajaan untuk membuat perbelanjaan pembangunan
meningkat

Kesan negatif
- Penyalahgunaan internet terutama media sosial boleh membawa
kepada pelbagai masalah dan jenayah siber
- Kemungkinan wujudnya risiko terminal maklumat digodam
membawa imej yang buruk kepada firma

5 (a) Belanjawan peribadi dapat membantu individu mencapai matlamat kewangan.


(b) Jelaskan tiga kepentingan belanjawan peribadi yang perlu dilakukan. [6markah]
JAWAPAN:
F1- Mendahulukan perkara penting
H1- Barang keperluan / contoh yang sesuai

F2- Menggalakkan tabungan


H2- Untuk kecemasan / awasan / contoh yang sesuai

F3- Menyelaraskan perbelanjaan mengikut pendapatan


H3- Berjimat / tidak boros dalam perbelanjaan

F4- Mengelakkan hutang


H4- Perbelanjaan tidak melebihi pendapatan

F5- Mengelakkan kenaikan harga barang / inflasi


H5- Membolehkan individu mengawal perbelanjaan

(c) Gambar dibawah berkaitan dengan sejenis hasil kerajaan.

11 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

Bagaimanakah kerajaan menggunakan hasil tersebut untuk mengatasi masalah


inflasi dan memberi kesan ke atas guna tenaga penuh negara?
Contoh Jawapan Tahap 3 [ 8markah]
- Hasil kerajaan ialah cukai tanah
- Maksud cukai langsung
- Masalah ketidakstabilan ekonomi ialah inflasi dan
kemelesetan
- Memberi maksud guna tenaga penuh
- Inflasi diatasi dengan dasar fiskal menguncup
- Kemelesetan diatasi dengan dasar fiskal mengembang
- Maksud inflasi
- Maksud kemelesetan
- Inflasi - menaikkan kadar cukai supaya pendapatan individu
berkurang. Dengan itu, kuasa beli menurun dan harga
barang menurun.
- Beri kesan pada guna tenaga penuh-guna tenaga akan
berkurang kerana firma mengurangkan pekerja akibat
pengurangan pengeluaran
- Kemelesetan – menurunkan cukai supaya pendapatan
individu bertambah. Dengan itu, kuasa beli meningkat dan
harga barang akan naik.
- Beri kesan pada guna tenaga penuh – guna tenaga akan
bertambah kerana firma menambahkan pekerja akibat
peningkatan pengeluaran
- Kerajaan perlu memastikan negara berada dalam keadaan
stabil supaya negara luar mahu datang membuat pelaburan
seterusnya meningkatkan pendapatan negara
- Semua masyarakat perlu membayar cukai supaya dapat
meningkatkan pendapatan negara seterusnya kerajaan
dapat menjalankan pembangunan –mewujudkan peluang
pekerjaan – guna tenaga penuh tercapai

12 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

Nota:terima mana mana jawapan dan huraian yang


munasabah

6 (a) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti. [6markah]


JAWAPAN:
F1- Tenaga manusia
H1a- Kemahiran dan tahap motivasi tenaga manusia akan
mempengaruhi produktiviti
H1b- Setiap tenaga manusia harus ditempatkan ke posisi kerja
mengikut kebolehan dan kemahiran masing-masing
H1c- Tahap kemahiran individu boleh ditingkatkan melalui
latihan dan program pembangunan diri
H1d- Tenaga manusia akan bekerja lebih bersungguh-sungguh
sekiranya bermotivasi tinggi
H1e- Pekerja boleh dimotivasi melalui ganjaran secara
kewangan atau bukan kewangan

F2- Sistem dan prosedur


H2a- Kecekapan dan keberkesanan sistem dan prosedur akan
mempengaruhi produktiviti
H2b- Sistem dan prosedur kerja harus ringkas dan selaras
dengan matlamat organisasi
H2c- Sistem dan prosedur yang efektif mampu membantu
mengesan kelemahan dalam organisasi

F3- Struktur organisasi


H3a- Struktur organisasi yang sesuai membantu meningkatkan
produktiviti
H3b- Sebuah organisasi akan dibahagikan kepada beberapa
bahagian supaya masing-masing mempunyai
tanggungjawab dan skop kerja sendiri
H3c- Pengkhususan dalam unit masing-masing dapat
meningkatkan produktiviti

F4- Gaya kepimpinan


H4a- Gaya kepimpinan akan membentuk budaya organisasi
dan mempengaruhi produktiviti
H4b- Pemimpin harus memiliki kemahiran membuat keputusan
yang tepat dan sudi mengambil risiko dalam menjalankan
kerjayanya
H4c- Pemimpin yang berwibawa mampu memimpin dan
memotivasikan ahli-ahli organisasinya

F5- Persekitaran kerja


H5a- Susun atur dan kemudahan di tempat kerja akan
mempengaruhi produktiviti
H5b- Susun atur tempat kerja dapat memastikan operasi

13 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

organisasi berjalan lancar dengan persekitaran kerja


kondusif dan selesa
H5c- Kemudahan yang disediakan di tempat kerja dapat
membantu pekerja dalam tugas mereka

F6- Bahan-bahan
H6a- Kualiti dan bekalan bahan mentah akan mempengaruhi
produktiviti
H6b- Bahan yang berkualiti dapat mengelakkan pembaziran
daripada kerosakan
H6c- Pengurusan inventori yang sistematik dapat mengelakkan
penyimpanan stok yang berlebihan dan bekalan bahan
sentiasa mencukupi untuk proses pengeluaran

F7- Teknologi
H7a- Penggunaan teknologi yang canggih semestinya
meningkatkan produktiviti
H7b- Penggunaan peralatan atau mesin moden dan
pelaksanaan automasi komputer dapat menjimatkan masa
dan tenaga buruh
H7c- Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting
untuk membawa inovasi dan pemurnian dalam proses
pengeluaran

F8- Kelengkapan modal


H8a- Prestasi sesebuah kelengkapan modal akan
mempengaruhi produktiviti
H8b- Bagi memastikan kelengkapan modal sentiasa berfungsi
baik, penyelenggaraan dan pemeriksaan harus dijalankan
dari semasa ke semasa
H8c- Penggunaan kelengkapan modal harus dirancang supaya
semuanya dapat digunakan dengan optimum

(b)

14 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

KUALA LUMPUR - Di sebalik insiden buruk di Fukushima dan Chernobyl,


semakin banyak negara membuat pertimbangan untuk menambah kuasa nuklear
sebagai sumber tenaga.

Sementara itu, Persatuan Nuklear Dunia menganggarkan lebih 45 buah negara


secara aktifnya menimbangkan untuk melaksanakan program kuasa nuklear.

Mikhail Chudakov, Timbalan Ketua Pengarah IAEA, berkata kuasa nuklear masih
berkembang dan akan terus memainkan peranan yang penting.

Ini kerana, katanya, di samping keboleharapan, tenaga nuklear boleh juga


memainkan peranan penting untuk mengurangkan perubahan iklim serta
mengawal kenaikan suhu global di bawah 2.0 darjah Celsius seperti sasaran
Persidangan Iklim Paris (COP21).

"Bagaimanapun ia perlu dibuat secara selamat dan tertakluk kepada keperluan


perlindungan," kata Chudakov pada Forum Antarabangsa VIII ATOMEXPO 2016
baru-baru ini.
Sumber : diubahsuai daripada Berita Harian 12 Julai 2016

Berdasarkan petikan atas, dikatakan perkembangan tenaga nuklear banyak


memberi manfaat kepada masyarakat kini. Berikan komen anda. [8markah]
Contoh Jawapan :
Faedah sosial
- Peningkatan peluang pekerjaan
- Perkembangan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut
- Penambahan peluang perniagaan seperti menggalakkan
perkembangan industri sokongan di kawasan tersebut
- Taraf hidup rakyat meningkat
- Permintaan agregat meningkat
- Memperkembangkan teknologi dan kemahiran dalam pelbagai
bidang seperti perubatan, pertanian / contoh yang sesuai
- Melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berdaya saing
- Menjimatkan kos pengeluaran tenaga dalam jangka masa panjang
/ lebih murah berbanding dengan petroleum
- Mengurangkan kesan Rumah Hijau / mengurangkan suhu global
- Menyediakan tenaga alternatif
- Memodenkan bidang pertahanan
Kos sosial
- Pencemaran alam sekitar
- Kemusnahan hidupan flora dan fauna
- Menjejaskan kesihatan masyarakat
- Kesan radioaktif
- Mutasi genetik yang menyebabkan kecacatan
- Ancaman peperangan bom nuklear

15 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

Kesimpulan / cadangan/ rumusan


- Perkembangan tenaga nuklear ada kebaikan dan kelemahan
- Kerajaan harus mengawal selia kajian nuklear
- Kerajaan harus membuat penyelidikan dan kajian sebelum
bertindak/ meluluskan/ perkembangan nuklear
- Menguatkuasa undang-undang / melalui Akta
- Merujuk pakar daripada luar negara
- Mengkaji kesesuaian perkembangan nuklear di negara kita
melalui soal selidik, pandangan rakyat
- Mengkaji semula tenaga sedia ada
- Mengambil kira kos jangka panjang

(c) Terangkan peranan kerajaan dalam mengawal selia perkembangan tenaga


nuklear. [6markah]
JAWAPAN:
F1- Undang-undang dan peraturan
H1a- Kerajaan telah menetapkan peraturan dan undang-undang
tertentu untuk mengawal selia aktiviti pengeluar
H1b- Demi menjaga keselamatan /kebajikan masyarakat
H1c- Contohnya, undang-undang dalam mengawal selia pengeluar
ialah Akta Keselamatan/ langkah pencegah radioaktif

F2- Subsidi
H2a- Subsidi merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh
kerajaan kepada industri nuklear
H2b- Kerajaan memberi subsidi dengan motif untuk mengurangkan
kos pengeluaran
H2c- Contoh memberi tarif galakan, memberi intensif kepada
program penjana tenaga terbaharu seperti SREP

F3- Cukai
H3a- Cukai merupakan satu mekanisme yang mengumpulkan hasil
daripada individu atau syarikat dan entiti lain
H3b- Untuk membangunkan negara dengan menyediakan pelbagai
kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat
H3c- Contohnya, cukai karbon yang dilaksanakan di negara
Australia, England, Amerika Syarikat,Ireland, Chile, Sweden
dan Finland

F4- Bekerjasama dengan negara Lain


H4a- Menjalankan penyelidikan terlebih dahulu sebelum meneroka
industri nuklear
H4b- Meminta pakar rujuk dari negara maju

7 (a) Maklumat berikut berkaitan dengan operasi sebuah bank tempatan.

16 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

 Pasaran utama meliputi Malaysia, Singapura dan Indonesia.


 Beroperasi di semua negara ASEAN dengan rangkaian 1,177 cawangan
 Memiliki operasi di pusat kewangan antarabangsa di Hong Kong, Shanghai,
London, New York dan Bahrain.
 Mencatat pendapatan operasi bersih sebanyak RM21.2 bilion dengan jumlah
asset sebanyak RM708 bilion.

Bolehkah syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah syarikat multinasional?


Kemukakan alasan anda. [4markah]
JAWAPAN:
F1- Ya
H1- Beroperasi di semua negara ASEAN secara serentak
H2- Mempunyai 1,177cawangan di semua negara ASEAN
H3- Semua cawangan dikawal oleh firma induk di negara asal
H4- Berlaku pemindahan teknologi antara cawangan di negara yang
berbeza

(b) Pada pendapat anda, apakah faktor yang mendorong bank tersebut beroperasi
di semua negara ASEAN? [ 8markah]
JAWAPAN:
F1- Meluaskan pasaran
H1- Penduduk di negara asal lebih kecil

F2- Negara pengimport mengenakan perlindungan perdagangan


H2a- Mengenakan kadar cukai yang tinggi
H2b- Dikenakan kadar cukai yang lebih rendah jika membuka
operasi di negara pengimport

F3- Kos pengangkutan yang tinggi


H3a- Jarak yang jauh antara pasaran dengan tapak operasi
H3b- Kos pengeluaran meningkat
H3c- Menaikkan harga jualan untuk mengekalkan margin
keuntungan

F4- Kewujudan tenaga buruh yang mahir di negara ASEAN


H4a- Pada kos yang rendah
H4b- Dapat menjimatkan kos buruh / memaksimumkan keuntungan
H4c- Daya saingan firma dari segi harga ditingkatkan

F5- Peranan kerajaan menggalakkan globalisasi


H5a- Mengamalkan sifat terbuka

17 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

H5b- Melonggarkan kawalan terhadap aktiviti ekonomi


H5c- Melaksanakan liberalisasi perdagangan
H5d- Mengamalkan polisi yang mesra perniagaan / pelepasan cukai
dan taraf perintis

F6- Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang maju


H6a- Penggunaan alatan teknologi secara interaktif
H6b- Akibat perkembangan internet
H6c- Memudahkan proses komunikasi / pemindahan maklumat
H6d- Menggalakkan inovasi, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi

(c) Maklumat berikut menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia


berbanding dengan Pound Sterling (£) dan Dolar Hong Kong (HKD).

Tempoh Berbanding dengan Pound Berbanding dengan Dolar


Sterling Hong Kong
1 Jun 2017 £1 = RM5.5240 HKD100 = RM55.0564
1 Jun 2018 £1 = RM5.2833 HKD100 = RM50.7759
(Sumber : www.bnm.gov.my)

Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing


tersebut terhadap eksport dan import Malaysia. [8markah]
JAWAPAN:
Perubahan kadar pertukaran asing :
- Berlaku kenaikan kadar pertukaran Ringgit Malaysia
- Harga mata wang asing lebih murah berbanding dengan Ringgit
Malaysia
- Untuk mendapatkan seunit Pound Sterling, hanya perlu dibayar
RM5.2833 pada Jun 2018 berbanding dengan RM5.5240 pada
Jun 2017
- Untuk mendapatkan seratus unit Dolar Hong Kong, hanya perlu
dibayar RM50.7759 pada Jun 2018 berbanding dengan
RM55.0564 pada Jun 2017
Kesan terhadap eksport Malaysia :
- Harga barang eksport Malaysia lebih mahal di pasaran UK / Hong
KOng
- Pengimport dari UK / Hong Kong membuat bayaran yang lebih
tinggi
- Contoh bayaran yang perlu dibuat
- Nilai eksport dagangan Malaysia menurun
Kesan terhadap import Malaysia :
- Harga barang import dari UK / Hong Kong lebih murah di Malaysia
- Pengimport Malaysia membuat bayaran yang lebih rendah
- Contoh bayaran yang perlu dibuat
- Nilai import dagangan Malaysia meningkat
Kesimpulan :
- Imbangan dagangan Malaysia cenderung mengalami kurangan /
defisit

18 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI (SET 2)

- Mengenakan sekatan perdagangan yang lebih ketat


- Mengenakan tarif yang lebih tinggi / kuota terhadap barang import
- Memberi subsidi kepada pengeluar tempatan untuk
mengurangkan kos pengeluaran

KERTAS SOALAN TAMAT

19 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur

You might also like