You are on page 1of 5

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 (ESEI) PERNIAGAAN

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

1. (a) Jelaskan maksud pemasaran? [2 markah]

Maksud pemasaran ialah:


- satu aktiviti mencipta nilai barang, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk . (1m)
- ianya menggalakkan berlaku pertukaran bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna untuk mencapai
keuntungan (1 m)
(2 huraian= 2 markah)

2. Jelaskan maksud pembangunan produk dan pembangunan pasaran [4 markah]

Maksud pembangunan produk ialah:


- memperkenalkan produk baharu di pasaran sedia ada (1m)
- menghasilkan produk baru/mengubahsuai produk sedia ada untuk menarik pelanggan di pasaran (1m)

Maksud pembangunan pasaran ialah:


- Usaha mencari pasaran baharu bertujuan untuk memasarkan produk yang sedia ada (1 m)
- Kerana pasaran sedia ada sudah tepu/ tidak dapat meningkatkan jualan produk (1 m)
(2 huraian untuk setiap maksud – 2 markah+2 markah)

3. Rajah 1 di bawah berkaitan dengan tujuan perniagaan.

Jelaskan organisasi perniagaan di atas? [3 markah]


(mesti beri huraian berdasarkan bahan yg diberi, bukan huraian umum)

Organisasi di atas ialah Organisasi bukan bermotif untung (OBBU) (1m)


- Berperanan mengumpulkan dan menggunakan setiap usaha, kepakaran dan kebajikan
dari setiap lapisan masyarakat untuk melawan penyakit kanser (1m)
- Ia bertujuan untuk menyediakan penjagaan rawatan, penjagaan pencegahan, penyelidikan dan perkhidmatan
sokongan kanser untuk pesakit kanser dan keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi dan orang awam di
Malaysia (1m)
- Ia menawarkan perkhidmatan sokongan, rawatan, pendidikan & kesedaran, penyelidikan
dana dan pembangunan dan bahagian antarabangsa.(1m)
( 1 fakta+2 huraian-3 markah)

4. Bezakan kos tetap dengan kos berubah. [4 markah]

Perbezaan antara kos tetap dengan kos berubah ialah :


Kos Tetap Kos Berubah
Tidak dipengaruhi oleh kuantiti Kos yang dipengaruhi oleh kuantiti pengeluaran (1m)
pengeluaran (1m)
Kos yang ditanggung sama (1m) Kos yang ditanggung bergantung kepada kuantiti
produk. (1m)
Contoh kos bangunan, insuran, pekerja, Contoh bahan mentah, bil air, elektrik, telefon (1m)
kilang dan jentera (1m)
(maksima 2 perbezaan yang sepadan – 4 markah)
5. Gambar di bawah menunjukkan dua jenis organisasi perniagaan.

Bezakan organisasi A dan Organisasi B dari segi


(i) Aktiviti yang dijalankan
(ii) Tujuan Penubuhan
(iii) Sumber kewangan (6 markah)

Perbezaan antara organisasi A dan B ialah :


Organisasi A Organisasi B
Organisasi Bermotif untung Organisasi Bukan Bermotif untung
i Mengeluarkan barang dan perkhidmatan Menyediakan perkhidmatan kepada
(1m) masyarakat (1m)
ii Memaksimumkan keuntungan (1m) Menjaga kebajikan masyarakat (1m)
iii Sumbangan dana oleh pemilik, pinjaman dan Derma orang ramai dan sumbangan kerajaan.
keuntungan perniagaan. (1m) (1m)
(Mesti beri ( perbezaan mengikut ciri yg telah ditetapkan di (i),(ii) dan (iii) – 6 markah )

6. Bandingkan perniagaan Hotel Haiwan Peliharaan Sarah dengan Kedai Haiwan Peliharaan Preety dari aspek
aktiviti perniagaan yang dijalankan. (6 markah)
( berikan fakta, 2 persamaan dan 2 perbezaan – 2 markah utk persamaan, 4 markah utk perbezaan)

Perbandingan antara ialah Hotel Haiwan Peliharaan Sarah dengan Kedai Haiwan Peliharaan Preety dari aspek
aktiviti perniagaan yang dijalankan ialah :

Persamaan:
1 Kedua-kedua perniagaan menjalankan perniagaan berasaskan keuntungan (F1-1m)
2. Kedua-dua perniagaan untuk memenuhi kehendak pengguna (F2-1m)

Perbezaan :
Hotel Haiwan Peliharaan Sarah Kedai Haiwan Peliharaan Preety
1. Menyediakan Perkhidmatan (1m) 1. Menyediakan barang (1m)
2. Menawarkan barang tidak nyata (1m) 2.Menawarkan barang fizikal (1m)
3. Contoh: perkhidmatan penjagaan haiwan (1m) 3. Contoh : makanan haiwan dan syampu (1m)
(2 markah utk persamaan+ 4 markah utk perbezaan= 6 markah)

7. Nyatakan enam aspek yang perlu diberi perhatian oleh pengurus sumber manusia untuk
mewujudkan organisasi perniagaan yang mampan. [6 markah]
(mesti beri 6 jawapan = 6 fakta utk dapat 6 markah, tidak perlu huraian )

Aspek yang perlu diberikan perhatian oleh pengurus sumber manusia untuk mewujudkan organisasi perniagaan yang
mampan ialah :

1. Menyediakan pelbagai program kompetensi dan praktikal untuk pekerja (F1-1m)


2. Mengamalkan pelbagai penilaian dalam proses pembangunan prestasi pasukan (F2-1m)
3. Melaksanakan penambahbaikan prestasi pekerja menerusi pelbagai ganjaran dan insentif (F3-1m)
4. Melaksanakan program kepimpinan/pemantapan budaya profesionalisme/dalam kalangan
pengurus atasan dan pertengahan (F4-1m)
5. Mewujudkan pelbagai skim ganjaran seperti peluang pembagunan dan
kerjaya/faedah/insentif jangka panjang (F5-1m)
6. Menyediakan penghuraian kerja dan spesifikasi tugas yang jelas agar pekerja dan
kakitangan mengetahui fungsi masing-masing (F6-1m)
8. Rajah di bawah menunjukkan klasifikasi perniagaan.

Sektor

X Kedua Ketiga

Huraikan X. [3 markah]
(mesti beri jawapan ada fakta, huraian dan contoh )

- X ialah sektor pertama iaitu aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi untuk mengeluarkan bahan mentah atau
hasil semula jadi dari bumi atau laut. (fakta – 1 m)
- Terdiri daripada aktiviti seperti pertanian, perlombongan, pembalakan, perikanan. (huraian-1m)
- Contohnya tanaman kelapa sawit, carigali petroleum. (contoh- 1m)

9. Rajah di bawah menunjukkan bilangan rakan kongsi.


Bilangan Rakan Kongsi

Perkongsian Biasa Perkongsian Berhad Perkongsian Y

Terangkan kebaikan perkongsian Y? [4 markah]


(mesti beri jawapan fakta+huraian – 2 jawapan utk dapat 4 markah. Kenal pasti Y ialah perkongsian
liabiliti terhad (PLT) )

Kebaikan perkongsian Y ialah :

1. Entiti berasingan (fakta1 -1m)


- Rakan kongsi bebas daripada tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap PLT. (huraian1- 1m)

2. Liabiliti Terhad (fakta2 – 1m)


- Aset semua rakan kongsi dilindungi sekiranya perniagaan muflis. (huraian2– 1m)

3. Penjimatan kos (F3 – 1m)


- PLT tifdak tertakluk kepada sistem audit dan pematuhan pada undang-undang berkanun. (H3 – 1m)

4. Hayat berterusan (F4 – 1m)


- Perubahan yang berlaku pada PLT tidak menjejaskan kewujudan/ hak/ liabiliti PLT. (H4 – 1m)

5. Fleksibiliti Perniagaan. (F5 – 1m)


- Rakan kongi boleh meletak syarat tambahan menurut perjanajian perkongsian (H5 – 1m)
(mana-mana 2 jawapan – 2m+2m, maksima 4 markah)
10. Maklumat berikut berkaiatan dengan satu jenis kemudahan pembiayaan yang disediakan
oleh bank perdagangan .
Pada 1 Januari 2018 baki akaun semasa En Asri adalah sebanyak sebanyak RM15, 000. Pada 10
Januari 2018 beliau telah memasukkan tunai RM2,000 ke dalam akaun tersebut. Pada
15 Januari 2018, beliau telah mengeluarkan sekeping cek bernilai RM20,000 untuk pembayaran kepada
pembekal barang niaga.

Jelaskan sumber pembiayaan yang digunakan oleh En. Asri. [5 markah]


(mesti beri 5 jawapan – 1 fakta +4 huraian utk dapat 5 markah)

Sumber pembiayaan tersebut ialah overdraf . (F1 -1m)


- Merupakan kemudahan kredit yang disediakan oleh bank perdagangan kepada pemegang akaun semasa. (H1 -1m)
- Pemegang akaun semasa boleh mengeluarkan wang melebihi jumlah wang dalam akaun semasa
setakat had yang ditetapkan. (H2-1m)
- Faedah hanya dikenakan ke atas jumlah overdraf yang digunakan mengikut kadar harian. (H3-1m)
- Pembiayaan jangka pendek. (H4-1m)

( 1 fakta + 4 huraian = 5 markah)

11. Maklumat berikut berkaitan dengan iklan jawatan kosong di sebuah syarikat.

Berdasarkan maklumat di atas, terangkan kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan bagi mendapat jawatan
tersebut. [4 markah]
( berikan 2 fakta+2 huraian berdasarkan bahan rangsangan , bukannya huraian umum)

Kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan bagi mendapat jawatan tersebut ialah :


1. Kelayakan yang sesuai (F1-1m)
- mengikut keperluan perniagaan/ Diploma perakaunan (H1-1m)

2. Pengalaman (F2-1m)
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam perakaunan (H2-1m)

3. Berpengetahuan tentang perkhidmatan (F3-1m)


- Berpengetahuan dalam sistem perakaunan UBS (H3-1m)

4. Keberksanan mencapai sasaran individu/ pasukan/ jabatan (F4-1m)


- Berdikari/ mempunyai kenderaan sendiri (H4-1m)
12. Maklumat di bawah berkaitan dengan dua buah syarikat dalam industri yang sama.

Butiran Aset Semasa dan Syarikat ABC Bhd (RM) Syarikat XYZ Bhd (RM)
Liabiliti Semasa
Tunai di bank 1000 1500
Penghutang 500 400
Stok 100 100
Pemiutang 2000 1500

(i) Hitungkan nisbah semasa bagi kedua-dua syarikat tersebut. [4 markah]


(buat pengiraan untuk dapatkan nisbah semasa )

(ii) Sekiranya anda ingin membuat pelaburan, syarikat manakah yang anda pilih?
Berikan alasan. [4 markah]
[ buat pilihan (fakta) + 3 alasan (huraian) ]

Syarikat yang dipilih untuk melabur ialah Syarikat XYZ BHD (F1-1m)

Alasannya ialah :
1. Nisbah semasa Syarikat XYZ Bhd ialah 1.33 : 1 (H1-1m)
2. Bagi setiap RM1 liabiliti semasa, syarikat mempunyai RM1.33 aset semasa (H2-1m)
3. Syarikat XYZ Bhd mampu membayar hutang-hutang jangka pendeknya dengan
menggunakan aset semasa (H3-1m)

( 1m fakta+3m huraian = 4 markah)

You might also like