You are on page 1of 16

Bahagian A

1. Huraikan empat kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. [4]

Skema pemarkahan
1. Sebagai ganjaran kewangan [1]

 kepada pemilik perniagaan, pengusaha, usahawan atau pelabur dalam bentuk dividen.
 hasil daripada keuntungan yang diperoleh
2. Penakatan [1]

 memastikan perniagaan kekal dan terus beroperasi di pasaran


3. Motivasi kepada pemilik perniagaan [1]

 memberikan dorongan untuk bekerja lebih kuat memajukan perniagaannya


4. Ukuran kejayaan sesebuah perniagaan [1]

 sebagai kayu pengukur prestasi perniagaan dalam persaingan di pasaran


5. Meningkatkan keyakinan pelabur [1]

 menarik lebih ramai pelabur untuk melabur dalam perniagaan seterusnya mempengaruhi nilai
syer syarikat atau nilai syarikat di pasaran.
6. Meningkatkan imej syarikat [1]

 boleh melaksanakan tanggungjawab sosial dan memberikan kesan positif dalam jangka masa
panjang
7. Modal tambahan [1]

 Boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan


8. Melaksanakan tanggung jawab social [1]

 mewujudkan persepsi baik masyarakat terhadap perniagaan


9. Mempengaruhi nilai syer syarikat atau nilai syarikat di pasaran [1]

 sebagai petunjuk prestasi kewangan syarikat


10. Kepuasan kepada pemilik perniagaan [1]

 keuntungan yang diperolehi merupakan hasil dari kerja yang dilakukan sendiri
[Mana-mana empat pertama (1F = 1M) x 4 = 4M]
2. Huraikan tiga faktor persekitaran tugas yang mempengaruhi perniagaan. [6]

Skema pemarkahan
1. Pelanggan [1]
- Permintaan pelanggan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan akan mempengaruhi
perniagaan untuk beroperasi. [1]
2. Pembekal [1]
- Pemilihan pembekal yang baik dapat memastikan bekalan dihantar dengan segera, barangan
berkualiti dan menyediakan kemudahan kredit yang lebih panjang. [1]
3. Pembiaya [1]
- Keupayaan perniagaan membayar balik pinjaman akan memberi kesan kepada pembiaya. [1]
4. Pemodal atau pelabur [1]
- Perniagaan harus bijak menggunakan sumber-sumber perniagaan agar keuntungan dapat
dimaksimumkan dan seterusnya memberi pulangan kepada pemodal atau pelabur. [1]
5. Pesaing [1]
- Perniagaan perlu mengenal pasti strategi-strategi persaingan yang digunakan oleh pihak pesaing agar
dapat menghadapi persaingan tersebut dan melakukan inovasi dalam pengeluaran produk. [1]
6. Kerajaan [1]
- Kerajaan mempengaruhi aktiviti perniagaan melalui penguatkuasaan undang-undang perniagaan
untuk memastikan perniagaan beroperasi dengan adil serta menjaga kepentingan pengguna. [1]
7. Pekerja [1]
- Perniagaan perlu sensitif kepada keperluan pekerja dan menjaga kebajikan pekerja agar produktiviti
kerja tidak terjejas. [1]
8. Masyarakat [1]
- Pandangan masyarakat terhadap perniagaan dari pelbagai aspek seperti imej perniagaan, tanggung
jawab sosial yang dijalankan, hubungan komuniti dan lain-lain amat mempengaruhi jualan sesebuah
perniagaan. [1]
[Mana-mana tiga pertama (1F + 1H = 2M) x 3 = 6M]
3. Nyatakan lima kekurangan perniagaan pemilikan tunggal. [5]

Skema pemarkahan
1. Modal terhad [1]
2. Liabiliti tidak terhad [1]
3. Perniagaan tidak berkekalan [1]
4. Kemahiran pengurusan yang terhad [1]
5. Kesukaran mendapatkan modal tambahan [1]
6. Risiko ditanggung sepenuhnya oleh pemilik [1]
7. Beban pengurusan ditanggung oleh pemilik sahaja [1]
8. Kerugian perniagaan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik [1]
[Mana-mana lima pertama (1F = 1M) x 5 = 5M]
4. Jelaskan tiga cabaran pengurus pengeluaran. [6]

Skema pemarkahan
1. Peningkatan teknologi [1]
- Wujudnya kaedah atau teknologi baharu yang membolehkan proses pengeluaran dibuat dengan lebih
cepat. [1]
2. Penekanan kepada kualiti [1]
- Peningkatan kualiti akan memerlukan kos tambahan dalam pengeluaran. [1]
3. Isu penjagaan alam sekitar [1]
- Pengendalian sisa pengeluaran harus mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi pemuliharaan
alam sekitar. [1]
4. Sumber semakin berkurangan
- Perlu menguruskan sumber seperti bahan mentah, sumber manusia dan kewangan dengan cara yang
terbaik tanpa mewujudkan pembaziran. [1]
5. Fleksibiliti dalam pengeluaran [1]
- Corak permintaan dalam pasaran mempengaruhi kefleksibelan dalam sistem pengeluaran. [1]
6. Perubahan cita rasa pengguna yang pelbagai [1]
- Harus menawarkan pelbagai produk bagi memenuhi cita rasa pengguna yang berbeza. [1]
7. Persaingan yang semakin sengit [1]
- Produk yang dikeluarkan mampu bersaing dari segi kualiti, harga dan reka bentuk. [1]
[Mana-mana tiga pertama (1F + 1H = 2M) x 3 = 6M]
5. Lakar gambar rajah proses pengeluaran. [5]

Skema pemarkahan

Maklum balas

Proses
Input Output
transformasi

Fakta dalam kotak/tiada kotak diterima, lengkap fakta = 4M


Anak panah lengkap = 1M
Jumlah = 5M
Mesti dalam rajah
6. Huraikan dua pendekatan pemasaran. [4]

Skema pemarkahan
1. Pengeluaran [1]
- Pengguna akan membeli apa sahaja produkyang ditawarkan di pasaran [1]
- Pengeluaran barang dengan kuantiti banyak membolehkan pengeluar mencapai ekonomi bidangan.
[1]
2. Produk [1]
- Pengguna lebih menggemari produk yang berkualiti tinggi. [1]
- Produk dapat dijual dengan mudah jika ia berkualiti dan mempunyai kepelbagaian fungsi. [1]
3. Penjualan [1]
- Pengguna akan membeli produk jika syarikat menjalankan promosi yang agresif dan usaha yang
aktif serta kreatif dalam memasarkan produk. [1]
- Hal ini dapat meyakinkan pengguna untuk membeli suatu produk. [1]
4. Pemasaran moden [1]
- Strategi campuran pemasaran seperti produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi akan
digunakan untuk memasarkan produk [1]
- Perlukan komitmen seluruh organisasi untuk memenuhi kehendak pelanggan [1]
5. Pemasaran kemasyarakatan [1]
- Perniagaan mengambil berat tentang isu dan kebajikan sosial pelanggan dan masyarakat [1]
- Turut mempertimbangkan aspek persekitaran, sumber yang terhad dan kesejahteraan pengguna. [1]
[Mana-mana dua pertama (1F + 1H = 2M) x 2 = 4M]
7. Senaraikan empat langkah dalam penyelidikan pemasaran [4]

Skema pemarkahan
1. Mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif penyelidikan [1]
2. Membentuk rancangan penyelidikan [1]
3. Melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data [1]
4. Menginterpretasikan data dan melapor penemuan [1]
(1F = 1M) x 4 = 4M]
8. Jelaskan dua perbezaan antara segmentasi pasaran, sasaran pasaran dan peletakan pasaran. [6]

Skema pemarkahan

Aspek Segmentasi pasaran Sasaran pasaran Peletakan pasaran


Skop liputan Proses membahagikan suatu Proses menilai daya Proses membangunkan
pasaran kepada kumpulan tarikan setiap segmen suatu campuran
pengguna yang memerlukan pasaran dan memilih pemasaran yang spesifik
produk dan campuran satu atau beberapa untuk mempengaruhi
pemasaran yang berbeza [1] segmen untuk persepsi pengguna [1]
ditembusi [1]
Langkah - Mengenal pasti asas - Mengenal pasti - Mengenal pasti strategi
pelaksanaan segmentasi untuk pasaran strategi pengukuran peletakan untuk segmen
[1] daya tarikan untuk pasaran [1]
- Membangunkan profile segmen pasaran [1] - Membentuk suatu
segmen pasaran [1] - Memilih segmen campuran pemasaran
pasaran [1] untuk setiap segmen
pasaran [1]
Asas - Segmentasi geografi - Pemasaran tidak - Atribut produk
penetapan - Segmentasi demografi dibezakan - Manfaat
strategi - Segmentasi psikografi - Pemasaran dibezakan - Kekerapan penggunaan
- Segmentasi gelagat - Pemasaran tertumpu - Pengguna
pengguna/manfaat produk - Pemasaran mikro - Klasifikasi produk
[1] [1] [1]
Kepentinga - Meningkatkan kecekapan - Memilih segmen - Membentuk suatu
n pemasaran dengan pasaran yang paling strategi pemasaran yang
memfokuskan aktiviti menguntungkan [1] kompetitif demi
pemasaran kepada mengatasi pesaing lain
kumpulan pengguna dalam pasaran. [1]
tertentu. [1]

[Mana-mana dua pertama (1F + 1F + 1F = 3M) x 2 = 6M]


9. Berikut ialah maklumat aset, liabiliti, hasil dan belanja bagi Syarikat ABC pada 31 Disember 2020:

Jumlah aset tetap RM31,500


Akaun belum terima RM10,800
Inventori RM9,800
Jumlah aset semasa RM63,200
Liabiliti jangka panjang RM15,200
Jumlah liabiliti semasa RM23,350
Jualan RM55,000
Kos barang dijual RM28,440

Berdasarkan maklumat di atas, hitung nisbah yang berikut: [4]


(i) Nisbah semasa (ii) Pusing ganti inventori

Skema pemarkahan
(i) Nisbah semasa
= Jumlah aset semasa / Jumlah liabiliti semasa
= RM63,200 [1] / RM23,350 [1]
= 2.71 : 1
(ii) Pusing ganti inventori
= Kos barang dijual / Inventori
= RM28,440 [1] / RM9,800 [1]
= 2.90 kali setahun
[(1F + 1F = 2M) x 2 = 4M]
10. Huraikan tiga prinsip insurans. [6]

Skema pemarkahan
1. Prinsip ganti rugi [1]
- Pemberian ganti rugi atau pampasan mengikut nilai lindungan atau nilai kerugian yang di alami
sahaja. [1]
- Menghalang si diinsurans memperolehi keuntungan terhadap risiko yang diinsuranskan. [1]
- Tiga prinsip tambahan iaitu caruman, subrogasi dan limpah. [1]
2. Prinsip Doktrin Punca Terdekat [1]
- Memberi perlindungan bagi kerugian yang dialami atau risiko yang diinsuranskan sahaja. [1]
- Jika bukan dari risiko yang diinsuranskan, tidak akan dibayar ganti rugi. [1]
3. Prinsip Kepentingan Boleh Diinsuranskan [1]
- Seseorang tidak boleh membeli insurans untuk melindungi nyawa atau harta orang lain yang tidak
mempunyai hubungan dengannya. [1]
- Si diinsurans akan mengalami kerugian jika berlaku kerosakan atau kemalangan ke atas harta
tersebut atau nyawanya sendiri. [1]
4. Prinsip Penuh Percaya Mutlak [1]
- Memerlukan sikap jujur dan kepercaya di antara penginsurans dan si diinsuransdalam memberi
maklumat masing-masing agar penipuan tidak berlaku. [1]
- Penyembunyian dianggap sebagai pelanggaran kontrak insurans di mana perjanjian insurans akan
terbatal. [1]
[Mana-mana tiga pertama (1F + 1H = 2M) x 3 = 6M]
Bahagian B
11.

a) Dua pembolehubah segmentasi yang diaplikasikan oleh The Theory Engineers café.

Bil Segmen Huraian Kaitan Kes


Pasaran
1 Demografi Pembahagian Fokus kafe ini menarik golongan:
pasaran yang -warga emas
besar kepada
-Berkeluarga
segmen yang
lebih kecil -Anak-anak muda
berdasarkan -Sambutan yang menggalakkan bukan sahaja
faktor umur, j di kalangan masyarakat Melayu malah Cina
antina, saiz
keluarga, dan India.
agama, bangsa -pelanggan berhasrat untuk membawa
dan taraf kawan-kawan rapat, ahli keluarga dan
perkahwinan. saudara menjamu selera di café.
2 Psikografi Pembahagian -Fokus kafe ini lebih kepada menarik
pasaran pelanggan kumpulan pertengahan.
bedasarkan
personality, -Membuka kafe makanan barat dan asia
gaya hidup, dengan menampilkan beberapa keunikan
citarasa, dan
tersendiri berkonsepkan 'Hipster'
kelas sosial
pengguna. -Antara menu makanan barat ialah double
decker,spicy beef burger,monster burger,
the big bang sizzling, lamb chop, monster
platter dan sherped pie.
-Manakala juadah Asia pula ialah nasi
goreng kampung, kambing panggang yang di
padankan dengan tauhu, tempe goreng
serta timun yang dicicah dengan sambal
kicap
-Ada 36 sajian makanan dan 29 jenis
minuman yang memenuhi citarasa
pelanggan

-Menu-menu yang ditawarkan di kafenya


dicipta dan di sesuaikan dengan citarasa
masyarakat Malaysia
-Hiasan dalaman berkonsepkan progresif di
samping diserikan dengan pentas untuk
pelanggan berkaraoke.
-Kafe ini juga turut menerima para pelanggan
yang ingin mengadakan majlis-majlis keramaian
termasuk sambutan hari jadi, majlis perpisahan
dan sebagainya Suasana kafe yang cosy dan
selesa menarik pelanggan untuk berkunjung
sambil bersantai dengan pelbagai kemaskini
status, ambil gambar dan dikongsi di media
sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Maksimun 6 kaitan
kes.
Fakta - 1m
Huraian - 1m
KK - 2m
(F-1, H-1, KK-2) X 2 =8m + KK4 =12m
[12 Markahl
b) Empat faktor yang dipertimbangkan dalam mempengaruhi gelagat pengguna mengunjungi kafe
ini.
Bil Faktor Huraian Kaitan Kes
1 Budaya Nilai, -Orang kita gemar menikmati 'makanan
persepsi,sikap dan campur' Kafe ini juga turut menerima
kepercayaan yang
di pelajari Oleh para pelanggan yang ingin mengadakan
individu daripada majlis-majlis keramaian termasuk
ahli keluarga, sambutan hari jadi, majlis perpisahan
masyarakat dan
kaum. dan sebagainya.
-Sambutan yang menggalakkan bukan
sahaja di kalangan masyarakat Melayu
malah Cina dan India.
2 Sosial Pengaruh daripada -Rata-rata pelanggan yang telah
kumpulan rujukan mengunjungi kafe ini berhasrat untuk
seperti membawa kawan-kawan rapat, ahli
keluarga,rakan, keluarga dan saudara menjamu selera di
jiran kumpulan café ini.
keahlian -Berkunjung sambil bersantai dengan
(gelagat, cara pelbagai update Status, ambil gambar
hidup dan sikap) dan dikongsi di media sosial seperti
dan kumpulan Facebook, Twitter dan Instagram
aspirasi.
3 Psikologi Faktor dalaman -Mencipta menu 'Monster Platter' untuk
berkaitan dengan meletakkan semua sajian signatur kafe
motivasi,
pembelajaran, ini dalam satu pinggan.
personaliti dan -Lebih menarik lagi, beberapa menu
persepsi. seperti 'monster burger', kami memberi
ruang kepada pelangan untuk mengolah
sendiri berdasarkan citarasa masing-
masing.
-Tidak ketinggalan menu pencuci mulut
wame bersama aiskrim dan minuman
istimewa 'mango shakolisto' dicipta
khusus untuk pelanggan.
-Untuk memastikan kafe tersebut terus
berdaya saing, pihaknya sentiasa
menjaga kualiti dengan

memastikan semua barangan asas dan


basah dibeli dari • enis remium
4 Situasi Faktor yang -Kafe makanan barat dan asia dengan
mempengaruhi menampilkan beberapa keunikan
gelagat pembelian
seperti tempat tersendiri berkonsepkan 'Hipster'
membeli, emosi dan -Menekankan keceriaan dengan
perasaan ketika hiasan dalaman berkonsepkan
membeli,masa dan progresif di samping diserikan dengan
musim. pentas untuk pelanggan berkaraoke.
Fakta - 1m
Huraian - 1m
KK - minimum 2m
(F-1, H-1, KK 2) X 4 = 16m + KK -2m =18m

12.Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan proses pengeluaran bagi pengeluaran perabot. [20]
a. Input
- Merupakan sumber atau faktor-faktor pengeluaran yang diperlukan untuk menghasilkan
perabot.
- Bahan mentah – kayu, besi, gam, kain, span dan lain-lain
- Teknologi - Mesian dan peralatan atau kaedah pengeluaran
- Keusahawanan
- Modal Insan atau sumber manusia- pekerja
- Modal - Sumber kewangan atau pinjaman

b. Proses transformasi
- Aktiviti mengubah input kepada output
- Mencantum, memotong, membengkok, mengeringkan, mengecat, menggilap dan lain-lain
- Penggunaan teknologi dan manusia – pekerja akan melakukan aktiviti yang menambah nilai
kepada input seperti memotong, membentuk, mengecat bahan mentah kayu atau besi
menggunakan mesin.
c. Output
- Hasil pengeluaran sama ada produk siap ataupun produk separa siap.
- Bahagian-bahagian perabot yang boleh dijual kepada pengilang perabot lain.
- Perabot yang lengkap dijual terus kepada pemborong, peruncit atau pengguna akhir.
d. Maklum balas
- Penyampaian maklumat tentang hasil keluaran disampaikan kepada peringkat input dan
proses transformasi
- Kualiti produk - maklum balas sama ada mutu perabot yang dihasilkan menepati piawaian
yang ditetapkan atau tidak disampaikan kepada peringkat input atau peringkat proses
transformasi..
- Ruba bentuk produk - maklum balas sama ada perabot yang dihasilkan sama seperti reka
bentuk yang dirancang.
Gambar rajah - 4 markah
Fakta - 1 markah
Huraian - 1/2 markah
Contoh - 2/1 markah
(F – 1, H – 1/2, C 2/1) X 4 = 16m + 4m
13. Jelaskan lima pendekatan pemasaran yang boleh digunakan oleh sesebuah syarikat.
[20]
1. Pengeluaran
- Tumpuan diberi kepada pengeluaran produk secara besar-besaran
- Pengeluaran produk dengan kuanti yang banyak membolehkan pengeluar mencapai
ekonomi bidangan
- Kesannya, kos pengeluaran menurun dan pengeluar dapat mengaut keuntungan yang
maksimum.
- Pengeluar mengandaikan produk akan dapat dijual jika pengeluaran yang banyak pada
harga rendah ditawarkan dengan kos yang minimum.
- Contohnya: Pengeluar hanya akan mengeluarkan produk keperluan harian yang mendapat
permintaan yang tinggi.

2. Produk
- Tumpuan pemasaran diberi keutamaan kepada kualiti produk.
- Pendekatan ini mempercayai bahawa barang akan dapat dijual dengan mudah sekiranya
berkualiti.
- Pelanggan hanya akan membeli produk yang paling berkualiti, berprestasi tinggi dan
mempunyai ciri-ciri inovatif.
- Contohnya : Pengeluaran kereta yang mempunyai ciri-ciri seperti berkualiti, berinovatif
dan berteknologi tinggi.

3. Penjualan
- Tumpuan diberi kepada kaedah, teknik dan cara menjual sesuatu produk bagi
meningkatkan jualan.
- Pendekatan ini mempercayai bahawa pelanggan hanya akan membeli jika dipujuk dan
digalakkan untuk membeli.
- Promosi akan dibuat secara agresif dan kreatif.
- Contohnya : Produk tidak akan dicari seperti insurans menggunakan pendekatan ini, di
mana ejen insurans diambil dan dilatih untuk mencari pelanggan yang disasarkan atau
bakal pelanggan.

4. Pemasaran
- Tumpuan diberi dalam usaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna atau
bertujuan memenuhi kepuasan pengguna.
- Pengeluar menggunakan strategi campuran pemasaran iaitu menggunakan harga, produk,
promosi dan pengedaran untuk memasarkan produk.
- Contohnya : Pemasaran kereta Honda sering menggunakan kaedah ini.

5. Pemasaran Kemasyarakatan
- Pendekatan pemasaran yang memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan dengan
menitik beratkan kebajikan sosial pengguna.
- Pemasarannya lebih tertumpu kepada memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
jangka panjang.
- Contohnya : Pengeluar kereta memperkenalkan alternative penggunaan kereta hybrid
berbanding kereta biasa bagi mengurangkan penggunaan petrol dan diesel seterusnya
mengurangkan kos dan pencemaran udara.

Fakta - 1m
Huraian - 2m
Contoh - 1m
(F-1, H-2, C-1) X 5 = 20m

You might also like