You are on page 1of 8

SKRIP JURUACARA MAJLIS HARI PERSARAAN EN.

MICHAEL CHOONG ENG


HOCK (05 OKT. 2018)

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan masuk Yang Diraikan


En. Michael Choong Eng Hock, diiringi oleh
yang berusaha Tuan Pengetua En.
Sangaranathan a/l Govindasamy dan Tetamu
Jemputan

NANYIAN LAGU Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama


NEGARAKU DAN kita berpadu suara menyanyikan lagu Negaraku dan
LAGU NEGERI lagu negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah bersama
PULAU PINANG, iringan muzik. Semua hadirin diminta berdiri dan
LAGU SEKOLAH bersedia.

Hadirin dipersilakan duduk. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

ALU-ALUAN Seiring madah pantun bersambut,


Disulam senyum pengubat jemu;
Mesra berdakap kasih berpaut,
Yang Berbahagia puan kini bertamu.

Awal bismillah pembuka bicara,


Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
Persaraan Pengetua majlis bernama.

PROTOKOL PROTOKOL
1. Yang Diraikan, En. Michael Choong Eng Hock,
Penolong Kanan SMART.
2. Yang Berusaha, Encik Sangaranathan A/L
Govindasamy,
Pengetua SMART.
3. Yang Dihormati, Encik Ang Hong Geow,
Penolong PPD Sains dan Matematik Sekolah
Menengah,
Selaku Wakil Ketua Pegawai Pendidikan
Daerah Timur Laut,
4. Yang Dihormati, Puan Diana Loo Lay See,
Isteri Yang Diraikan, Encik Michael Choong
Eng Hock,
5. Yang Dihormati, Encik Mohd Bakhir Bin Abu,
Yang Dipertua PIBG SMART,
6. Yang Dihormati, Barisan Pengetua sekolah-
sekolah jemputan
7. Yang Dihormati, Encik Andrew Leong,
Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah
Timur Laut,
8. Yang Dihormati, Penolong Kanan dan Wakil
Pengetua sekolah-sekolah jemputan,
9. Barisan Penolong Kanan SMART.
10. Guru-guru, staf-staf sokongan dan
seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam


sayangi Malaysiaku.

UCAPAN ALU-ALUAN Jasamu dikenang


Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala
bakti yang ditaburkan oleh yang diraikan En.
Michael Choong Eng Hock sepanjang perkhidmatan
beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir
sebagai Penolong Kanan Pentadbiran pada hari ini.

BACAAN BIODATA RUJUK LAMPIRAN BIODATA

UCAPAN WAKIL PELAJAR Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan ucapan


wakil pelajar, Saudara Chin Gian Terng ketua
pelajar SMART. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.
………………………………..UCAPAN………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Chin Gian
Terng di atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.
SELINGAN Hadirin sekalian,
prinsip hidup En Michael pegang sepanjang
bergelar seorang pendidik ialah “be a teacher that
you want your children to have”.
Jadi semestinya beliau sentiasa berusaha menjadi
yang terbaik buat anak-anak didiknya.

UCAPAN YDP PIBG Seterusnya, majlis dengan berbesar hati


menjemput Yang Dihormati Encik Mohd Bakhir Bin
Abu, Yang Dipertua PIBG SMART untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
……………………………………UCAPAN…………………………………….
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Dihormati Encik Mohd Bakhir Bin Abu di atas
ucapan itu tadi.

UCAPAN TUAN Hadirin sekalian,


PENGETUA Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha,
Encik Sangaranathan a/l Govindasamy Pengetua
SMART untuk menyampaikan ucapan.

……………………………………..UCAPAN…………………………………….

Terima kasih diucapkan kepada Encik


Sangaranathan a/l Govindasamy di atas ucapan
yang penuh bermakna tadi. Diharap ucapan yang
disampaikan menjadi kenangan terindah buat En.
Michael.
Sesungguhnya, tiada terkalam kasih dijunjung, jasa
baktimu tetap dikenang. Budi baikmu tetap
disanjung.
UCAPAN EN. MICHAEL Seterusnya dijemput Encik Michael Choong Eng
Hock untuk naik ke pentas bagi menerima
penghormatan sempena persaraan daripada Tuan
Pengetua dan seterusnya menyampaikan ucapan.
Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan, amanat dan salam perpisahan


daripada Yang kita raikan, En Michael Choong Eng
Hock,

Secarik budi memberi


Sekalung terima kasih kami sertai
Sejambak tulusmu menghulur
Segugus penghargaan terpahat di hati
Budi, komitmen yang Encik Michael berikan akan
sentiasa dirindukan.

SELINGAN Limau manis dimakan manis,


Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis, dipandang manis,
Manis lagi hati budinya.

Hadirin sekalian
Sedikit selingan yang ingin dikongsi bersama. Encik
Michael sebenarnya seorang yang meminati muzik
dan boleh juga bermain alat muzik dan menyanyi.
Antara kenangan manisnya adalah beliau pernah
memenangi pertandingan nyanyian peringkat negeri
dan antara lainnya beliau pernah membuat
persembahan nyanyian di hadapan kira-kira 15 ribu
orang.

Mengapa saya berkongsi tentang perkara ini..


kerana persembahan yang seterusnya ini ialah
persembahan dari guru-guru SMART dan diharap
En. Michael redha menerima persembahan ini
dengan seikhlas hati.
PERSEMBAHAN GURU majlis dengan segala hormatnya menjemput
gabungan guru-guru dan kakitangan SMART untuk
mempersembahkan koir dengan lagu berjudul

MY LOVE

…………………………..PERSEMBAHAN……………………………….
Demikian tadi persembahan yang julung-julung kali
diadakan oleh para guru SMART. Teristimewa
ditujukan kepada En. Michael. Diharapkan hadirin
terhibur.

PERSEMBAHAN PELAJAR Hadirin sekalian,


Majlis diteruskan dengan persembahan drama
muzikal oleh pelajar-pelajar 4Sn. Drama ini
berkisarkan secebis kenangan En. Michael
sepanjang bergelar pendidik.
……………………………………..DRAMA………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar di
atas persembahan itu tadi. Drama muzikal ini
adalah di bawah pimpinan Pn. Valarmathi dan En.
Ang Bin Jun.

TAYANGAN VIDEO Hadirin sekalian,


Seterusnya kita akan saksikan Tayangan Video
Biografi yang didedikasikan khas kepada, En.
Michael Choong Eng Hock

Sesungguhnya setiap yang bermula pasti akan ada


pengakhirannya. Semoga bingkisan ini akan menjadi
kenang-kenangan buat En. Michael. Tayangan video
ini telah direalisasikan oleh En. Chu Maw Ping dan
pasukannya.
PENYAMPAIAN Seterusnya dijemput yang diraikan En. Michael
CENDERAHATI diiringi Tuan Pengetua En. Sangaranathan untuk
naik ke pentas untuk menerima cenderahati

Dimulakan dengan:
1. Cenderahati Dari Pelajar
Dijemput :
4Sn :
5A:

2. Cenderahati dari Bekas Pelajar SMART


Saudari Chin Yun Rou, yang akan diwakili
oleh adiknya Saudara Chin Gian Terng.

3. Cenderahati dari En. Chu Maw Ping (KIV)

4. Cenderahati dari Koperasi


Cik Yeoh Bee Tuan

5. Cenderahati dari Kelab Guru dan Kakitangan


Dijemput : En. Mohd Izaini B. Zainon
Pn. Ruzanna Harun
Pn. Norfadhlina Bt Abd Aziz
Kelab Guru dan Kakitangan berbesar hati
menyampaikan 2 buah photobook dan plak
kepada En. Michael sebagai buah tangan
kenang-kenangan sepanjang bergelar
pendidik.

6. Cenderahati dari Persatuan Agama Kristian


Pn. Chew Teng Teng

7. Cenderahati dari Panitia


- Panitia Bahasa Inggeris (Pn. Lim Kooi Nai)
- Panitia PJK (En. Muhammad Norikhwan)

8. Cenderahati dari Guru Kanan Smart


Keempat-Empat GK untuk naik ke pentas

9. PENOLONG KANAN SMART (KIV)


10. Cenderahati dari PIBG
Dijemput Yang Dihormati En. Mohd Bakhir
Bin Abu, YDP PIBG SMART untuk
menyampaikan cenderahati. Hadiah berupa
sebuah beg diberikan kerana En. Michael
merupakan seorang yang gemar melancong.
Dikhabarkan destinasi pertama selepas
bersara mungkin akan melawat anak di
Switzland.

11. Jemputan
Mantan Pengetua Dr. Arunasala Pandy dan
Mantan Guru Kanan SMART
Wakil – Cik Teh Ah See

12. Jemputan
Penolong Kanan
-
-
-
13. Jemputan
Pengetua/wakil pengetua
-
-
-
14. Jemputan
Dijemput En. Ang Hong Geow dan En.
Andrew Leong sebagai wakil daripada PPD
Timur Laut untuk menyampaikan cenderahati

15. Pengetua
En Sangaranathan a/l Govindasamy akan
menyampaikan hadiah peribadi daripada
beliau sendiri dan jambangan bunga daripada
warga SMART

16. Jemputan
Isteri En. Michael Choong Eng Hock (KIV)
PENUTUP Dengan berakhirnya penyampaian cenderahatiitu
tadi, acara kita juga hampir sampai ke
penghujungnya.

Kami berdoa semoga En. Michael diberikan


kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu
pengetahuan bagi manfaat bangsa dan Negara.

Sudah teradat si anak lelaki mati berjuang,


berundur jangan.
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Akhir kata..
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat cikgu kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

ACARA MENANAM POKOK Hadirin sekalian


Seterusnya majlis menjemput En. Michael Choong
Eng Hock, Tetamu kehormat dan barisan pentadbir
untuk menyempurnakan acara menanam pokok yang
akan disempurnakan oleh Yang Diraikan Encik
Michael di tapak yang telah disediakan di bawah.

SEND OFF 1. Pelajar-pelajar / unit uniform berbaris


sepanjang koridor
2. Guru-guru di hadapan bilik guru kanan.

You might also like