You are on page 1of 11

EKONOMI 3767/2

BAHAGIAN A
JAWAB SEMUA SOALAN
MARKAH : 60

1. (a) Jelaskan peranan kerajaan dalam sistem ekonomi campuran. [4 markah]


Peranan kerajaan dalam sistem ekonomi campuran :
-Membekalkan barangan awam
-Contoh – hospital, sekolah, klinik dan sebagainya
-Merapatkan jurang pendapatan antara penduduk
-Golongan berpendapatan tinggi membayar cukai yang tinggi
-Mengurangkan kesan eksternaliti negatif
-Melaksanakan peraturan dan undang-undang yang mengawal kesan eksternaliti negative
seperti Akta Kawalan Alam Sekitar
-Mengawal harga barang dan perkhidmatan
-Mengeluarkan lesen kepada peniaga supaya aktiviti pengeluar tidak bercanggah dengan
peraturan yang ditetapkan
-Mengatasi masalah inflasi / ekonomi stabil
-Memastikan golongan berpendapatan rendah / miskin dibantu
-Melaksanakan program ekonomi awam

(b) (i) Juru bank kepada kerajaan [3 markah]


- Mencetak matawang yang mencukupi / tidak berlebihan
- Mengeluarkan syiling dan wang kertas
- Contoh 10 sen, 20 sen, RM1, RM10, RM50..
- Mengelakkan daripada berlaku inflasi
- Mentadbir akaun negara
- Bank pusat menyimpan dan menguruskan akaun kerajaan
- Memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan
- Mengurus hutang / pinjaman dari dalam atau luar negara
- Memberi nasihat pelaburan bagi pihak kerajaan
- Mengkaji peluang projek luar negara yang berpotensi
- Menguruskan pertukaran asing

(c) Nyatakan kelebihan akaun semasa yang disediakan oleh bank perdagangan

[3 markah]
- Tidak menggunakan buku akaun
- Penyata transaksi bulanan akan dihantar oleh pihak bank
- Boleh menggunakan kad ATM
- Menggunakan cek untuk urusan pembayaran
- Membuat overdraf

(d) Jelaskan ciri-ciri pasaran monopoli kerajaan [4 markah]


- Hanya sebuah firma sahaja mengeluarkan barang atau perkhidmatan
- Keluaran tidak mempunyai pengganti
- Contoh : Bekalan elektrik (TNB), Telekomunikasi (TM)
- Kerajaan yang menentukan harga barang @ perkhidmatan
- Tiada kebebasan keluar masuk industri dalam pasaran

3767/2 @SMKDWAR 2018 1


EKONOMI 3767/2

- Halangan keluar masuk ialah melalui perlindungan undang-undang

(e) Maklumat berikut berkaitan perbelanjaan kerajaan.

Perbelanjaan X Perbelanjaan Y
 Pembelian jet pejuang dari Rusia  Pencen dan ganjaran

(i) Nyatakan jenis perbelanjaan kerajaan di atas [2 markah]


X – Perbelanjaan pembangunan / Keselamatan
Y – perbelanjaan mengurus

(ii) Bezakan ciri antara kedua-dua jenis perbelanjaan tersebut. [2 markah]


Perbelanjaan pembangunan Perbelanjaan mengurus
- Perbelanjaan pelaburan kerajaan dalam - Perbelanjaan semasa kerajaan yang
projek pembangunan ekonomi berulang-ulang setiap tahun
- Bertujuan meningkatkan taraf hidup - Bertujuan melancarkan pengurusan dan
rakyat pentadbiran kerajaan
- Dipengaruhi oleh pendapatan negara - Tidak dipengaruhi oleh pendapatan
negara
- Contoh : Pembangunan sektor ekonomi - Contoh : Bayaran khidmat hutang

2. (a) Maklumat di bawah berkaitan dengan Syarikat Teguh Bersatu Sdn. Bhd yang
merupakan pengeluar perabot.

Syarikat Teguh Bersatu Sdn. Bhd merupakan sebuah firma yang


mengeluarkan meja dan kerusi untuk sekolah di pantai timur tanah air.Pada
tahun ini, memandangkan kos pengeluaran semakin meningkat kesan
daripada peningkatan kos bahan mentah, syarikat ini telah membuat
keputusan untuk mengeluarkan kerusi sahaja berbanding meja bagi
sekolah-sekolah di pantai timur tanah air.

Pada pendapat anda, mengapakah Syarikat Teguh Bersatu Sdn. Bhd. Bertindak
sedemikian? Berikan alasan.
[5 markah]
- Syarikat Teguh Bersatu Sdn Bhd menghadapi masalah kekurangan faktor pengeluaran /
modal
- Tidak dapat mengeluarkan kedua-dua kerusi dan meja
- Membuat pilihan mengeluarkan kerusi
- Memilih output yang memaksimumkan untung
- Wujud kos lepas iaitu meja
- Keluaran / output kedua terbaik yang tidak dapat dikeluarkan @
Keuntungan yang mungkin diperoleh daripada output kedua terbaik yang tidak dapat
dikeluarkan

(b) Maklumat di bawah berkaitan dengan keanjalan penawaran bagi suatu barang.

3767/2 @SMKDWAR 2018 2


EKONOMI 3767/2

Peratus perubahan harga 40

Peratus perubahan kuantiti 20

(i) Nyatakan pekali keanjalan bagi barang di atas. [1 markah]


= 20/40
= 0.5 @ ½

(ii) Wajarkah tindakan firma menurunkan harga untuk memaksimumkan untung?.


[4 markah]
- Tidak wajar,
- Tidak anjal
- Pekali keanjalan kurang daripada 1
- Peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti
- Penurunan harga yang banyak hanya menyebabkan pertambahan permintaan yang sedikit
sahaja
- Pengguna kurang responsif terhadap perubahan harga
- Sepatutnya firma menaikkan harga
- Contoh – barang keperluan

(c) Maklumat di bawah berkaitan dengan sumber hasil kerajaan.

Sumber A Sumber B
Duti setem Duti import

Bezakan antara sumber A dan sumber B? [4 markah]


Sumber A / Duti Setem Sumber B / Duti Import
- Cukai langsung - Cukai tidak langsung
- Beban cukai tidak boleh - Beban cukai boleh dipindahkan
dipindah kepada orang lain kepada orang lain
- Wajib dibayar oleh individu / - Dikenakan ke atas barang
firma yang menggunakan setem penggunaan yang diimport

3767/2 @SMKDWAR 2018 3


EKONOMI 3767/2

(d) Rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran sebuah firma A.

Makanan (tan matrik)

P
Q

0 Pakaian (‘000 helai)

Setujukah anda jika firma A berhasrat mengeluarkan barang pada kombinasi S?.
Berikan alasan. [4 markah]
- Tidak setuju
- Tahap pengeluaran tidak cekap
- Sumber / faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya
- Berlaku pengangguran /pembaziran sumber

(e) Maklumat di bawah berkaitan dengan pengeluaran sos cili.

Jumlah pengeluaran 5 000 unit


Harga RM3 seunit
Kos seunit RM2
Kos tetap RM5 000
Hitungkan ;

(i) Jumlah hasil [2 markah]


Jumlah hasil = Keluaran x Harga jualan
= 5 000 x RM3
= RM15 000

(ii) Keuntungan atau kerugian jika kos seunit meningkat kepada RM2.50.
[3 markah]
Keuntungan = Jumlah hasil – jumlah kos
= RM15 000 – (5000 x RM2.50)
= RM15 000 – RM12 500
= RM2 500

(f) Maklumat di bawah berkaitan dengan tindakan yang telah dilakukan oleh bank pusat
untuk menstabilkan situasi ekonomi.

Tahun Tempoh kredit

3767/2 @SMKDWAR 2018 4


EKONOMI 3767/2

2013 7 tahun

2014 6 tahun

(i) Apakah situasi ekonomi tersebut? [1 markah]


- Inflasi

(ii) Jelaskan kesan tindakan tersebut kepada pengguna.


[4 markah]
- Tempoh bayaran balik pinjaman sewa beli pendekkan/dikurangkan
- Kemampuan pengguna untuk membeli akan berkurang
- Kos / bayaran bulanan sewa beli akan meningkat
- Pengguna akan mengurangkan permintaan suatu barang secara sewa beli
- Kepuasan pengguna akan berkurang
- Simpanan/tabungan akan berkurang

3. Maklumat di bawah berkaitan guna tenaga dalam sektor-sektor ekonomi di Malaysia dari
tahun 2009 hingga 2012.

GunaTenaga mengikut Sektor


(‘000) 2009 2010 2011 2012

Pertanian, perhutanan, ternakan


dan perikanan 1,390.90 1,390.20 1,388.60 1,386.90

Perlombongandankuari 42.3 42.2 41 41.1

Pembuatan 3,215.40 3,387.70 3,511.20 3,616.60

Pembinaan 762.6 766.3 769.5 773.6

Kewangan, insurans, hartanah 825.2 841.3 853.6 864.8

Pengangkutan dan komunikasi 675.2 683.3 706.7 723.8

Perkhidmatan kerajaan 1,247.90 1,249.50 1,251.80 1,254.90

Perkhidmatan lain 3,481.40 3,598.00 3,733.10 3,843.30

JUMLAH 11,640.90 11,958.50 12,255.50 12,505.00


Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia, Malaysia 2013

(a Nyatakan sektor yang menyumbangkan kepada guna tenaga paling ramai. [1 markah]
)

- Perkhidmatan lain

(b Hitungkan peratus perubahan guna tenaga bagi sektor pembuatan antara tahun 2011
) dan 2012.
[2markah]

3767/2 @SMKDWAR 2018 5


EKONOMI 3767/2

3616.60  3511.20
=  100
3511 .20
= 3%

(c) Pada pendapat anda, mampukah sektor pertanian, perhutanan, ternakan dan perikanan
menyumbang kepada peningkatan guna tenaga pada masa hadapan? Berikan alasan.
[5 markah]
- Tidak mampu/tidak setuju
- Peluang pekerjaan sektor tersebut terhad
- Pendapatan yang kurang lumayan
- Masyarakat tidak berminat bekerja dalam sector tersebut
- Harga komoditi sektor tersebut tidak stabil
- Jika harga komoditi tersebut turun, pendapatan akan terjejas
- Kurang insentif / faedah sampingan bagi sector tersebut
- Terdapat persaingan daripada barang tiruan menjejaskan sektor tersebut

(d Jelaskan dua halangan bagi perdagangan antarabangsa yang menjejaskan industri


) berorientasikan eksport. [4 markah]
- 2 Halangan Perdagangan antarabangsa
F1- Tarif
- Cukai ke atas barang yang diimport dari luar negara
- Menyebabkan harga barang import menjadi lebih mahal

F2- Kuota
- Had maksimum bagi sesuatu barang yang boleh diimport

F3- Kawalan pertukaran asing


- Menghadkan pembelian pertukaran asing oleh sesebuah negara

F4- Sekatan bukan ekonomi


- Sekatan dalam bentuk undang-undang, peraturan atau syarat tertentu.

BAHAGIAN B
JAWAB 2 SOALAN SAHAJA
MARKAH : 40

Gambar 1

3767/2 @SMKDWAR 2018 6


EKONOMI 3767/2

4. (a) Aktiviti pengeluaran dalam gambar 1 memberikan kesan eksternaliti. Bincangkan.


[12 markah]
- Eksternaliti ialah kos dan faedah daripada urus niaga di pasaran yang tidak ditunjukkan melalui
harga.
- Eksternaliti boleh dibahagikan kepada Eksternaliti positif (faedah social ) dan Eksternaliti negative (kos
sosial)
- Kos sosial merupakan kos yang ditanggung oleh seluruh masyarakat akibat kesan negatif yang timbul
daripada sesuatu aktiviti pengeluaran atau penggunaan dalam ekonomi.
- Masalah pencemaran mungkin menjejaskan kebajikan masyarakat di kawasan sekitar kilang
- Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap
pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. 
- Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global Kesanya
adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga
berlakunya kejadian alam yang tidak normal
- Pencemaran air yang berlaku akibat pembuangan sisa dari kilang memberi kesan bukan sahaja akan
dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain dan akhirnya manusia
akan kekurangan sumber protein.
- Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka
berdekatan dengan kilang.
- Asap kilang, adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu.. Kesan-kesan yang akan dialami setelah
terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan
batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas .
- Kerajaan terpaksa menggunakan hasil kutipan cukai untuk membersihkan kawasan yang mengalami
pencemaran yang serius
- Faedah sosial ialah jumlah faedah atau manfaat yang diperoleh oleh masyarakat hasil daripada
pengeluaran atau penggunaan sesuatu barangg atau perkhidmatan.
- Peluang pekerjaan bertambah
- Penambahbaikan kemudahan asas
- Pengurangan import dapat memberi kesan terhadap imbangan perdagangan
- Meningkat taraf hidup rakyat
- Peningkatan pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi serta KDNK

(b) Jelaskan tindakan yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan
eksternaliti negatif.
[8 markah]
Kerajaan berkuasa mengawal dan memantau aktiviti pengeluar melalui pelaksanaan

Undang-undang dan peraturan.


 Kerajaan menetapkan undang-undang dan peraturan untuk mengawal selia aktiviti pengeluar
dan menjaga kebajikan masyarakat.
 Pengeluar yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan hukuman.
 .contoh Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), 
 Kerajaan mengawal aktiviti pengeluaran firma melalui pemberian lesen. Lesen ditarik balik
jika firma tidak mematuhi peraturan
 kerajaan menentukan kawasan perindustrian, kawasan perumahan, kawasan industri berat
dan kawasan industri ringan . Kerajaan mempunyai agensi yang menjalankan pemantauan
aktiviti pengeluaran firma supaya tidak mengancam alam sekitar dah mematuhi peraturan
 Pengeluar wajib mempamerkan bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan dan
tarikh luput.
 Kerajaan mengisytiharkan sesetengah barang asas sebagai barang kawalan
 Peniaga tidak dibenarkan mengubah harga tanpa persetujuan kerajaan

Pemberian subsidi
 Pemberian subsidi menggalakkan pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan serta

3767/2 @SMKDWAR 2018 7


EKONOMI 3767/2

sesuatu teknik pengeluaran.


 Subsidi dapat mengurangkan kos pengeluaran
 Pengeluar yang ingin menikmati faedah daripada subsidi kerajaan, akan mengeluarkan
barang yang digalakkan oleh kerajaan atau menggunakan teknik pengeluaran yang
diperkenalkan.
 Contoh: Kaedah teknologi hijau

Cukai
. Cukai dapat meningkatkan kos firma
. Maka firma akan lebih prihatin terhadap alam sekitar
Contoh: Cukai Karbon telah dilaksanakan di negara-negara barat seperti Australia

KENINGAU 1 Julai - Para petani perlu memanfaatkan sepenuhnya bantuan


subsidi baja padi dan pelbagai input bantuan seperti racun rumpai dan racun
pemusnah perosak yang disalurkan kerajaan bagi meningkatkan hasil
pengeluaran tanaman masing-masing.

Diubah suai daripada Utusan online bertarikh 2/7/2012

5. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap penawaran padi.
[8 markah]
Pemberian subsidi akan mengurangkan kos pengeluaran

Keluk penawaran akan beralih ke kanan

Barang pertanian tidak anjal

Keseimbangan asal dicapai pada titik Eo apabila keluk permintaan DD bersilang dengan keluk
penawaran SoSo. Harga keseimbanga ialah Po dan kuantiti keseimbangan Qo

Apabila subsidi per unit BE1 diberi harga keseimbangan jatuh dari Po ke P1 maka kuantiti
keseimbangan bertambah dari Qo ke Q1

Subsidi yang dinikmati oleh pengeluar iaitu PoABCadalah lebih kecil daripada subsidi pembeli
iaitu P1PoCE1

(b) Dasar rasionalisasi subsidi telah memberi kesan kepada kerajaan dan negara.
Bincangkan?
[12 markah]
 bermula 16 julai 2010, subsidi bahan api, terutama petrol, diesel dan lpg juga gula akan

3767/2 @SMKDWAR 2018 8


EKONOMI 3767/2

dikurangkan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan berkala program rasionalisasi subsidi


malaysia

 Jika subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa
masalah:
 hutang kerajaan akan meningkat – hutang malaysia telah meningkat dan sumber tidak
mencukupi bagi pelaburan masa hadapan.
 mengurangkan daya tarikan di kalangan pelabur asing .

 maka kurang peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia.

 berkaitan ekonomi fiskal – pengurangan membolehkan malaysia mengurangkan defisit dan


mencapai sasaran pembangunan – malaysia perlu menguruskan dan mengurangkan defisit.

 pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan ini membolehkan malaysia melabur untuk masa
hadapannya – bagi pendidikan, kesihatan, infrastruktur, pembangunan masyarakat, latihan
dan mewujudkan pekerjaan – pelaburan yang menyediakan kemudahan berterusan untuk
generasi kini dan masa depan

 kita perlu meningkatkan sasaran sumber-sebahagian besar subsidi ini menguntungkan pihak
yang salah guna subsidi dan tidak cukup membantu mereka yang memerlukan.

• subsidi gula menguntungkan industri dan bukannya keluarga .

• warga asing dan golongan kaya mendapat manfaat sama rata, mereka yang memandu
kereta import menerima subsidi sama dengan orang menunggang motosikal atau memandu
kancil.

• lebih dua pertiga subsidi bahan api dipelopori golongan pertengahan, berpendapatan tinggi
serta warga asing manakala kurang daripada satu pertiga dapat dimanfaatkan golongan yang
memerlukan harga lebih murah.

langkah ini akan memberikan impak minimum terhadap individu dan keluarga, tetapi kesannya
pengurangan lebih daripada rm750 juta perbelanjaan kerajaan

Petikan di bawah berkaitan dengan Skim Latihan 1 Malaysia


(SL1M).

Skim Latihan 1 Malaysia yang telah diperkenalkan pada tahun 2011


telah berjaya membantu lebih 97 000 graduan meningkatkan
keupayaan, kemahiran serta ilmu pengetahuan mereka supaya
meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

(Dipetik dan disesuaikan daripada: www.utusan.com.my)

6. (a) Pelaksanaan skim di atas telah mengurangkan kadar


pengangguran. Bincangkan
[10markah]
Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), iaitu satu projek tanggungjawab korporat sosial
(CSR) bagi meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan graduan mendapatkan
pekerjaan.

3767/2 @SMKDWAR 2018 9


EKONOMI 3767/2

sebanyak 210 syarikat swasta dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang
menyertai

  Fokus utama program ini adalah graduan ijazah sarjana muda dan ke atas yang
belum mendapat pekerjaan, berasal daripada keluarga berpendapatan rendah
dan tinggal di luar bandar.

Antara faedah yang diperoleh graduan melalui


latihan keboleh pasaran oleh pihak syarikat terbabit adalah mereka mendapat
pendedahan dan pengalaman bekerja di syarikat terdiri daripada pelbagai
sektor, menerima latihan kemahiran insaniah (komunikasi, pemikiran kreatif dan
analitik, etiket, dandanan dan sebagainya),latihan pekerjaan (maksimum hingga
12 bulan) dan elaun bulanan minimum RM1,000.

Program latihan seperti ini bukan saja dapat mengurangkan kadar


pengangguran dalam kalangan graduan, tetapi juga meningkatkan bilangan
graduan yang mempunyai pengalaman dalam alam pekerjaan yang sebenar.

Bagi syarikat yang menyertai program ini pula, Kerajaan memperkenalkan


beberapa insentif antaranya, insentif potongan cukai berganda iaitu potongan
dua kali melalui kaedah cukai pendapatan dan skim levi caruman HRDF.

Matlamat kerajaan mencapai guna tenaga penuh akan dicapai

(b) Jelaskan sejauh manakah dasar kewangan mengembang


mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.
[10markah]
 cara kerajaan mempengaruhi aktiviti ekonomi melalui bekalan wang
dan kadar faedah untuk menjaga kestabilan ekonomi
 BNM bertanggungjawab melaksanakan dasar ini
 Dasar kewangan mengembang akan menambahkan bekalan wang
dalam ekonomi
 Dasar ini diamalkan semasa negara mengalami kemelesetan
ekonomi/deflasi
 Keadaan ekonomi yang lembab akan menyebabkan permintaan
agreget yang rendah
 Pengurangan aktiviti pengeluaran menyebabkan masalah
pengangguran
 Pertambahan bekalan wang menyebabkan permintaan agregat
meningkat kerana firma berupaya manambahkan pelaburan dalam
operasi perniagaan
 Ini menyebabkan peningkatan kuasa beli pengguna seterusnya
permintaan agregat
 Aktiviti pengeluaran berkembang menyebabkan permintaaan buruh
meningkat akan mengurangkan kadar pengangguran dalam negara
 Cara pelaksanaan dasar kewangan mengembang ialah melalui
melonggarkan syarat sewa beli, menurunkan nisbah rizab berkanun,
menurunkan nisbah rizab tunai, membeli surat jaminan kerajaan dan
menurunkan kadar faedah.

RantauPetikan
ASEANdibakal
bawahmenjadi
berkaitan dengan
blok blok global
ekonomi ekonomi rantau
paling ASEAN.
pesat membangun
pada tahun ini dengan kadar pertumbuhan 4.6 peratus dan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) gabungan 10 negara anggotanya mencecah AS$2.6
3767/2 @SMKDWAR 2018 10
trilion. Ekonomi ASEAN dijangka akan terus kukuh untuk beberapa dekad akan
datang. KDNK rantau itu juga berupaya melebihi Jepun menjelang 2027 kerana
mampu mencapai angka sebanyak AS$6.4 trilion pada tahun berkenaan.
EKONOMI 3767/2

Sumber daripada: “Blok ekonomi paling pesat”

7. (a) Penubuhan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan telah memberi kesan kepada
negara-negara anggota. Bincangkan.
[10 markah]
Kesan positif
- Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran
- Peluasan pasaran
- Mobiliti modal dan tenaga kerja
- Peningkatan pelaburan lansung asing
- Pertambahan peluang pekerjaan
- Peningkatan daya saing negara dan kualiti barang
- Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah
- Penjagaan alam sekitar
Kesan negatif
- Kegawatan ekonomi
- Tekanan ekonomi dan bebanan hidup orang miskin
- Corak penjajahan baharu ekonomi
- Masalah lambakan barang
- Ancaman kepada industri muda tempatan
- Pencemaran terhadap budaya tempatan

(b) Jelaskan kepentingan pertukaran asing antara negara-negara anggota blok ekonomi.
[10 markah]
- Membiayai import
- Membayar balik pinjaman luar negara
- Membuat pelaburan di luar negara
- Mempertahankan nilai mata wang negara

- KERTAS SOALAN TAMAT -

3767/2 @SMKDWAR 2018 11

You might also like