You are on page 1of 2

BAB 3 PEMASARAN (3.5.

3 PENETAPAN HARGA)
Pendekatan/kaedah penentuan harga secara umum
1. Penentuan harga berdasarkan kos (cost based pricing)
(i) Penentuan Harga Tokokan-Kos
 Pemasar meletakkan harga produk dengan mengambil kira kos pengeluaran produk.
 Harga ditentukan dengan menambahkan margin untung yang dikehendaki ke atas kos pengeluaran.
1. Penentuan harga tokokan kos

Harga tokokan kos (RM)


= kos seunit
(1 – untung sasaran atas jualan)

[Kos seunit = kos tetap + kos berubah seunit ]


jangkaan jualan

2. Penentuan harga berdasarkan titik pulang modal dan untung sasaran

Titik pulang modal (unit)


= kos tetap
(harga jualan – kos berubah)

Titik pulang modal (unit) [untung sasaran]


= kos tetap + untung sasaran
(harga jualan – kos berubah)
Soalan 1

Kos tetap : RM 20 000


Kos berubah : RM 5 setiap unit
Jangkaan jualan : 25 000 unit
Margin keuntungan : 20%
Hitungkan
(a) jumlah kos seunit [3]
(b) harga tokokan [3]
(c) jumlah keuntungan yang diperoleh jika jangkaan jualan berjaya dicapai [3]

Soalan 2

Kos tetap : RM 50 000


Kos berubah : RM 60 seunit 1
Harga seunit : RM 100

Hitungkan
(a) titik pulang modal [3]
(b) jumlah kos pada titik pulang modal [3]
Soalan 3

Kos tetap : RM 300 000


Kos berubah : RM 80 seunit
Jangkaan jualan : 5000 unit

Hitung harga tokokan sekiranya pengeluar ingin menokok 20% margin keuntungan ke atas jualan. [6]

Soalan 4
Syarikat Maju mengeluarkan bantal dengan kos tetap sebanyak RM 60 000. Harga seunit bantal ialah RM 50
dan kos berubah ialah RM 20 seunit. Hitung titik pulang modal. [3]

Soalan 5
Kos tetap : RM 200 000
Kos berubah : RM 15 seunit
Jangkaan jualan : 40 000 unit
Margin keuntungan : 15%

Hitungkan
(a) harga tokokan [6]
(b) titik pulang modal [3]
(c) titik pulang modal dengan mengandaikan pengeluar ingin mendapat untung sasaran sebanyak RM 30 000
[3]

Soalan 6 [Soalan STPM 2017]

Syarikat BPK Sdn. Bhd. menanggung kos tetap untuk jualan pakaian sukan sebanyak RM 360,000
setahun. Kos berubah seunit pakaian tersebut ialah sebanyak RM17.00. Jumlah jualan pakaian
sukan dijangka ialah sebanyak 120,000 unit. Tokokan atas kos ialah sebanyak 20%.

Berdasarkan harga tokokan kos dalam petikan di atas, hitung,


(i) Kos setiap unit pakaian [3]
(ii) Harga jualan setiap unit pakaian [2]

You might also like