You are on page 1of 6

TAJUK : TITIK PULANG MODAL (TPM)

Kegunaan Titik Pulang Modal

1. Menentukan tahap volum jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelak kerugian.
2. Mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian pada tahap pengeluaran tertentu.
3. Merancang pengeluaran untuk memperoleh untung yang disasarkan.
4. Merancang pengeluaran dan jualan dengan mengkaji kesan ke atas titik pulang modal jika perubahan
dibuat ke atas kos tetap, kos berubah seunit atau harga jualan seunit.

Merancang Pengeluaran dengan Menggunakan Titik Pulang Modal

a. Kesan ke atas TPM jika;

i. Kos tetap berubah


· Kos tetap bertambah, TPM bertambah dan sebaliknya.
· TPM berubah secara langsung dengan kos tetap.

ii. Kos berubah seunit berubah


· Kos berubah seunit bertambah, margin caruman seunit akan berkurang dan TPM akan bertambah dan
sebaliknya.

iii. Harga jualan seunit berubah


· Harga jualan seunit bertambah, margin caruman seunit akan bertambah dan TPM akan berkurang dan
sebaliknya.

b. Menentukan kuantiti jualan bagi mencapai sasaran untung yang dikehendaki.


· Dengan menggunakan rumus;

Kuantiti Jualan = Kos Tetap + Untung Sasaran

Margin Caruman Seunit

a) Titik Pulang Modal (TPM)

 Merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil
yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung.

 Pada titik ini, perniagaan balik modal, iaitu tidak mendapat untung dan juga tidak rugi.

 TPM penting kerana dapat membantu perniagaan mengetahui sama ada perniagaan
dapat terus beroperasi atau tidak serta kebolehan perniagaan untuk terus kekal dalam
pasaran.

Formula TPM:
TPM = ___________Kos tetap (KT)____________

Harga juaIan seunit (H) - Kos berubah seunit (KB)


TAJUK : TITIK PULANG MODAL (TPM)

Contoh 1:
 Syarikat Pasu Bunga Sendirian Berhad mengeluarkan pasu bunga untuk pasaran seluruh negara.
 Kos tetap (KT) yang ditanggung syarikat ialah RM300 000.
 Harga jualan (H) setiap pasu ialah RM5 dan kos berubah seunit (KB) ialah RM3.

Berapakah kuantiti yang perlu dikeluarkan oleh syarikat agar balik modal?

TPM = __________Kos tetap____________


Harga juaIan seunit - Kos berubah seunit
TPM = RM300 000
RM5 – RM3
= 150 000 unit

Contoh 2:
Fahmi merupakan pemilik Z’F Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar
(key chain) untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Fahmi telah
memperoleh satu kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan
rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah sebanyak 1000
unit. Syarat utama kontrak ialah Fahmi perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema
berkenaan dengan sewa tahunan RM6000. Fahmi tidak memerlukan sebarang alatan
tetapi beliau perlu membeli bahan-bahan seperti gegelung plastic berharga 20
sen seunit, klip berharga 10 sen seunit dan kertas photo berharga 10 sen seunit. Fahmi
bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka
boleh menghasilkan 2 500 unit setahun.

Hitungkan:
a) Titik Pulang Modal
b) Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
c) Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci

a. Titik pulang modal (TPM)

Titik pulang modal : = Kos tetap


harga - kos berubah

Kos tetap
 sewa kedai : RM6 000
Kos berubah
 Gegelung plastik : RM 0.20
 Klip : RM 0.10
 Kertas foto : RM 0.10
: RM 0.40
Harga jualan seunit : RM 8.00

Titik pulang modal (TPM) = RM 6000_____


RM 8.00 – RM 0.40
= 789.47 atau 789 unit
TAJUK : TITIK PULANG MODAL (TPM)

b. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci

Keuntungan = Jumlah Hasil - Jumlah Kos


= (QxH) – (KT+KB)
(1000 X RM 8.00) – RM 6 000 + (1000 X RM0.40)
= RM1 600

c. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci


(2 500 X RM 8.00) - (RM 6 000 + 2 500 X RM 0.40)
= RM13 000
Contoh 3:
Kos tetap
• Sewa sebulan : rm15,000
• Gaji tetap : rm50,000
Kos berubah:
• bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
• bagi sepasang kasut : RM100

i. TPM = ___RM15000 + RM50000___


RM100 – RM50
= __RM65000___
RM50
= 1300 pasang

Jumlah kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun 2017 ialah:


= 1300 pasang x 12 bulan = 15,600 pasang

ii. Peningkatan 20% kos berubah pengeluaran kasut:


Kos berubah bagi - sepasang kasut
= (20 % x RM50) + RM50
= RM 60

TPM = __RM65000__
RM100-RM60
= __RM65000
RM40
= 1625 pasang

Contoh 4:

Formula
TPM = _______kos tetap_________
Harga – kos berubah seunit

Kos tetap
• Sewa sebulan : rm10,000
• Gaji tetap : rm24,000
TAJUK : TITIK PULANG MODAL (TPM)

Kos berubah:
• bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
• bagi sepasang kasut : RM100

i. TPM = ___RM10,000 + RM24000___


RM100 – RM50
= __RM34000___ = 680 pasang
RM50

Contoh 5:

• Kos tetap: RM50 000


• Kos berubah: RM60 seunit
• Harga seunit: RM100

Hitungkan:

i. Titik pulang modal

TPM = ______Kos tetap____


Harga – kos berubah

= ___RM50 000__ = 1250 unit


RM100 - RM60

** Kalau dalam bentuk nilai, jawapannya RM12,5000 (1250 x RM100)

ii. Jumlah kos pada titik pulang modal (TPM)

Jumlah kos (JK) = Kos tetap (KT) + kos berubah (KB)


= RM50 000 + (1250 x RM60)
= RM125 000

Iii Keuntungan atau kerugian yang diperoleh jika menjual 3 000 unit

Untung = Jumlah Hasil – Jumlah Kos


= (Harga x Kuantiti) - (Kos Tetap + Kos Berubah)
= (RM100 x 3 000) - (RM50,000 + (3000 x RM60)
= 300,000 - RM230 000
= RM70,000.00

CONTOH 6:

CONTOH SEPERTI DI BAWAH:


 Harga Jualan (per unit) : RM 55
 Kos Berubah (per unit) : RM 30
 Kos Tetap : RM 3000
TAJUK : TITIK PULANG MODAL (TPM)

PENGIRAAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH:

TPM = ______Kos tetap____


Harga – kos berubah

= ___RM 3 000__ = 137 unit


RM 55 - RM 35

Maka Titik Pulang Modal bagi produk anda adalah 137 Unit jika produk
tersebut dijual dengan harga RM 55.

Jika anda menjual melebihi 137 unit bermakna anda telah membuat
keuntungan untuk produk tersebut.

Andai kata harga jualan diletakkan lebih tinggi dari RM 55 maka Titik
Pulang Modal akan menjadi lebih rendah untuk anda.
* Formula Titik Pulang Modal
digunapakai jika anda mengeluarkan hanya satu produk sahaja.
TAJUK : TITIK PULANG MODAL (TPM)

Jika anda mengeluarkan lebih dari satu produk formula titik pulang
modal yang lain akan diguna pakai.

You might also like