You are on page 1of 9

EPPA3053 PERAKAUNAN PENGURUSAN

TUGASAN 5 - PEMBUATAN KEPUTUSAN RELEVAN

SOALAN 1 – SALON IKAL MAYANG (MEMBELI / MEMBUAT SENDIRI)

Salon Ikal Mayang mengeluarkan dua jenis keluaran, iaitu Syampu Kering dan
Syampu Normal, yang digunakan untuk sejenis perkhidmatan rawatan rambut yang
ditawarkannya. Kos bahan langsung bagi produk Syampu Kering ialah RM60 seunit
(botol), manakala bagi produk Syampu Normal ialah RM90 seunit (botol). Kos buruh
langsung seunit bagi kedua-duanya ialah RM20, kos overhed berubah seunit ialah
RM5 dan kos overhed tetap seunit ialah RM22.

Kos overhed tetap dikira seperti berikut:

Gaji penyelia RM30,000


Susut nilai peralatan 5,000
Sewa kemudahan kilang 20,000

Overhed dicaj atas asas jam buruh langsung. Kadar di atas dikira menggunakan
sejumlah 5,500 jam buruh langsung.

Sebuah syarikat perkilangan telah menawarkan untuk membekalkan syampu-syampu


yang sama kepada Salon Ikal Mayang. Harga yang ditawarkan untuk Syampu Kering
ialah RM100 seunit manakala untuk Syampu Normal ialah RM132 seunit.

Walau bagaimanapun, syarat utama harga tawaran tersebut adalah tertakluk kepada
pembekalan kedua-dua jenis syampu secara serentak. Dalam lain perkataan, jika
Saloon Ikal Mayang menerima tawaran Syampu Kering, ia juga terpaksa membeli
Syampu Normal tersebut.

Jika tawaran diterima, peralatan yang digunakan akan disarakan dan tiada nilai sisa.
Kemudahan perkilangan pula akan ditutup. Salon Ikal Mayang memerlukan sejumlah
1,500 botol Syampu Kering dan 1,000 botol Syampu Normal setahun untuk
digunakan dalam perkhidmatan yang ditawarkannya.

Dikehendaki:

a) Tentukan sama ada Salon Ikal Mayang patut membuat sendiri ataupun membeli
dari luar kedua-dua produknya?

b) Berapakah penjimatan yang diperolehi hasil dari keputusan yang dipilih?

c) Bincangkan lima (5) faktor kualitatif yang harus diambilkira di dalam keputusan
di atas.

1
JAWAPAN 1 – SALON IKAL MAYANG (MEMBELI / MEMBUAT SENDIRI)

a)
Item Kos Jalan Kira Membuat Membeli
(RM) (RM)
Bahan Langsung (RM60 x 1500) + (RM90 x 1000) 180000
Buruh Langsung RM20 x 2500 50000
Overhed Berubah RM5 x 2500 12500
Overhed Tetap RM30000 + RM2000 50000
Kos Belian (RM100 x 1500) + (RM132 x 282000
1000)
Jumlah kos relevan 292000 282000

b) Perbezaan:
Penjimatan bersih akibat membuat sendiri syampu ialah sebanyak RM10000

c) Lima (5) faktor kualitatif yang harus diambilkira dalam keputusan di atas.

1. Perhubungan dengan kakitangan atau buruh dari aspek bebanan kerja.


2. Jangkaan kestabilan harga.
3. Kualiti bahan yang dibeli terjamin.
4. Pengalaman dan peluang membangunkan produk dari segi teknologi.
5. Kebolehpercayaan sumber pembekal.

2
SOALAN 2 – NONI HAMPERS (TEMPAHAN KHAS)

Noni Hampers adalah pengeluar kotak-kotak hiasan untuk dijadikan bungkusan


hadiah. Syarikat sedang beroperasi pada tahap 80% kapasiti dimana kapasiti penuh
adalah pada tahap 7,500 jam buruh langsung sebulan. Pengurus jualan sedang
mempertimbangkan satu tempahan khas untuk mengguna kapasiti yang terbiar
tersebut.

Syarikat SpecialRequest telah menawarkan untuk membeli sejumlah 10,000 kotak


hiasan pada harga RM7.50 sekotak dengan syarat semua penghantaran boleh dibuat
dalam tempoh dua bulan. Data berkaitan dengan kos pengeluaran sekotak adalah
seperti berikut:

Bahan RM2.50
Buruh langsung (0.5 jam @ RM6 se jam) 3.00
Overhed Perkilangan 2.00

Overhed berubah ialah RM1.50 sejam buruh langsung. Tanpa tempahan khas, Noni
Hampers mempunyai pasaran yang mencukupi bagi pengeluaran semasanya iaitu pada
tahap 6,000 jam buruh langsung untuk setiap bulan bagi dua bulan berikutnya. Harga
jualan kepada pasaran sedia ada ialah RM10.50 sekotak.

Masalah utama yang dihadapi oleh Noni Hampers ialah tidak boleh beroperasi
melebihi tahap kapasiti penuh. Namun begitu, polisi Syarikat membenarkan jualan
kepada pasaran sedia ada dilepaskan sekiranya perlu.

Dikehendaki:

a) Tentukan adakah terdapat sebarang unit jualan kotak terhadap pelanggan biasa
yang perlu dilepas sekiranya tempahan khas tersebut diterima. (Tunjukkan
pengiraan dengan jelas).

b) Tentukan patutkah Noni Hampers menerima tempahan Syarikat SpecialRequest?


(Tunjukkan pengiraan dengan jelas).

c) Berapakah harga minimum yang patut dikenakan kepada Syarikat SpecialRequest


untuk keseluruhan tempahan khas tersebut? Apakah asas pengenaan harga
minimum ini?

d) Berapakah kos yang terpaksa dilepaskan sekiranya tempahan khas ini diterima?

e) Selain daripada analisis kuantitatif, jelaskan tiga (3) faktor kualitatif yang harus
diambil kira dalam menentukan sama ada tempahan khas tersebut patut diterima
ataupun tidak.

3
JAWAPAN 2 – NONI HAMPERS (TEMPAHAN KHAS)

a) Adakah terdapat unit jualan kotak untuk pelanggan biasa yang perlu dilepas?

Item Jalan Kira Kotak


Kapasiti maksimum untuk 2 bulan (7500 jam buruh/ 0.5) x 2 bulan 30000
Bilangan tempahan khas 10000
Baki untuk jualan biasa 20000
Jangkaan jualan (6000 jam buruh/ 0.5) x 2 bulan 24000

Kehilangan jualan biasa 4000

b)
Pengiraan kos berubah:

Item Kos Jalan Kira (RM)


Bahan 2.50
Buruh langsung 3.00
Overhed berubah 0.5 jam buruh x 1.50 0.75

Jumlah kos berubah 6.25

Perbandingan Margin Sumbangan Seunit Jalan Kira MS seunit (RM)


Margin sumbangan tempahan khas RM7.50 – RM6.25 1.25
Margin sumbangan jualan biasa RM10.50 – RJ6.25 4.25

Perbandingan Jumlah Margin Sumbangan Jalan Kira RM


Jumlah margin sumbangan tempahan khas 100000 x RM1.25 12500
Kehilangan jumlah margin sumbangan jualan biasa 4000 x RM4.25 17000
(Rugi)/Untung jika terima tempahan khas 4500

Rumusan:

Noni Hampers tidak seharusnya menerima tempahan khas dari Syarikat SpecialRequest
kerana akan mendatangkan kerugian sebanyak RM4500 jika diterima.

c) Harga minimum yang patut dicaj:

Item Jalan Kira (RM)


Harga tawaran 7.50
Kerugian bersih seunit (RM4500/ 0.45
10000)
Harga minimum yang patut dicaj 7.95

4
Asas pengenaan harga minimum:

Kos berubah + Kos melepas

d) Jumlah kos yang terpaksa dilepaskan sekiranya tempahan khas ini diterima:

Item Jalan Kira (RM)


Margin sumbangan jualan biasa RM10.50 – RM6.25 4.25
Unit jualan biasa yang dilepaskan 4000
Kos melepas 17000

d) Faktor kualitatif dalam keputusan tempahan khas:

1. Peluang memperkenalkan produk kepada pelanggan baru.


2. Peluang mendapat tempahan jangka panjang
3. Perhubungan dengan kakitangan atau buruh dari aspek beban tambahan.
4. Tidak mewujudkan diskriminasi harga.

5
SOALAN 3 – PENSEL (CAMPURAN PRODUK SITUASI KEKANGAN)

Pensel Berhad adalah pengeluar empat jenis USB yang berkapasiti 2GB, 4GB, 16GB
dan 32GB. Pengeluaran kesemua produk ini adalah menggunakan mesin yang sama.
Berikut adalah perincian maklumat pengeluaran bagi setiap unit produk:

2GB 4GB 16GB 32GB

Harga jualan RM 28 RM RM 42 RM 45
Bahan langsung RM 5 30 RM 6 RM 8
Buruh langsung RM 4 RM RM 8 RM 8
Overhed perkilangan RM 3 6 RM 6 RM 6
berubah RM 8 RM RM 16 RM 16
Overhed perkilangan tetap 4
1 RM 2 2
Jam buruh langsung 4 3 5 4
Jam mesin RM
8

1
3
Overhed perkilangan tetap diserap kepada setiap produk berdasarkan jam buruh
langsung, dengan anggaran 1,000 jam buruh langsung seminggu.

Corak permintaan bagi setiap produk adalah seperti berikut:


2GB 4GB 16GB 32GB
Permintaan mingguan 200 180 100 250
(unit)
Pada ketika ini
mesin pengeluaran Syarikat hanya mampu beroperasi dengan kapasiti maksimum
sebanyak 2,000 jam seminggu.

Dikehendaki:

a) Tunjukkan pengiraan sama ada keperluan jualan mingguan kesemua produk dapat
dipenuhi oleh Syarikat.

b) Sediakan jadual pengeluaran mingguan yang patut dilaksanakan oleh Syarikat


bagi memaksimumkan keuntungan. Berdasarkan cadangan anda, kirakan
keuntungan yang akan diperolehi Syarikat.

c) Kegagalan memenuhi permintaan pelanggan adalah bercanggah dengan prinsip


perniagaan Syarikat. Oleh itu, dua cadangan telah dikemukakan oleh Pengarah
Syarikat iaitu:

(i) Bagi menambah kapasiti mesin disarankan permintaan pelanggan dipenuhi


menggunakan kaedah lebih masa. Namun, kos buruh langsung dan
overhed perkilangan berubah adalah 50 peratus lebih tinggi daripada kadar
biasa.

6
(ii) Membeli produk USB 4GB daripada pembekal luar pada harga RM19
seunit. Produk ini perlu dibungkus semula sebelum dipasarkan dengan
melibatkan kos tambahan RM1 setiap unit.
Sebagai akauntan pengurusan Syarikat, anda diminta menilai dan memilih
cadangan yang paling menguntungkan Syarikat. Sokong jawapan anda dengan
pengiraan.

JAWAPAN 3 – PENSEL (CAMPURAN PRODUK SITUASI KEKANGAN)

a) Pengiraan sama ada keperluan jualan mingguan kesemua produk dapat dipenuhi:

 Item 2GB 4GB 16GB 32GB Total


Keperluan jualan mingguan (unit) 200 180 100 250
730
(x) jam mesin seunit 4 3 5 4 16
Jumlah jam mesin 800 540 500 1000 2840

Rumusan:
Keperluan jualan untuk semua produk tidak dapat dipenuhi kerana kesemuanya
memerlukan 2840 jam mesin manakala kapasiti maksimum mesin ialah 2000 jam mesin
sahaja untuk seminggu.

b)
Jadual pengeluaran mingguan bagi memaksimumkan keuntungan.

  2GB 4GB 16GB 32GB


(RM) (RM) (RM) (RM)
Harga belian 28 30 42 45
( - ) Kos bahan langsung (5) (6) (6) (8)
( - ) Kos buruh langsung (4) (4) (8) (8)
( - ) Overhed perkilangan (3) (3) (6) (6)
berubah
Margin sumbangan seunit 16 17 22 23
Bahagi jam mesin 4 3 5 4j
Margin sumbangan faktor 4 5.67 4.4 5.75
limitasi
Keutamaan Pengeluaran 4 2 3 1

Jumlah keuntungan yang akan diperolehi Syarikat:

Produk Kuantiti Jam Jalan Kira Jumlah


(Unit) Mesin Margin
Sumbangan
(RM)

7
32GB 250 1000 250 unit x RM23 5750
4GB 180 540 180 unit x RM17 3060
16GB 92 460 92 unit x RM22 2024
Jumlah 522 2000 10834
1000 jam buruh langsung x 8000
RM8.00 sejam
Keuntungan 2834

c) Menilai dan memilih cadangan yang paling menguntungkan Syarikat:

i. Kos buruh langsung dan overhed perkilangan berubah adalah 50% lebih tinggi.

Produk Unit Sumbangan Tambahan Jalan Kira Sumbangan


belum Seunit Kos Seunit bersih
dipenuhi (RM) (RM) (RM)
2GB 200 16 (7.50 x 0.5) = 200 unit x (RM16 – 2500
3.50 RM3.50)
16GB 8 22 (14 x 0.5) = 8 unit x (RM22 – RM7) 120
7.00
Jumlah sumbangan bersih 2620

Rumusan: Pilih Cadangan Pertama.


Jika memilih cadangan pertama, maka akan terdapat pertambahan sumbangan bersih
sebanyak RM2620

ii. Membeli USB 4GB daripada pembekal luar pada RM19 seunit dengan melibatkan
kos pembungkusan tambahan RM1 setiap unit.

Kos 4GB Jalan Kira RM


Kos berubah 4GB RM6 + RM4 + RM3 13.00
Kos Belian 4GB dari luar RM19 + RM1 20.00
(Peningkatan)/Pengurangan kos (7.00)
(Peningkatan)/Pengurangan jumlah kos 4GB RM 7 x 180 unit (1260)

Sekiranya Option Kedua dipilih, maka Jumlah Kapasiti dilepaskan akibat belian
Produk 4GB dari luar ialah 540 jam mesin

Alokasi baki 540 jam mesin:

8
Produk Unit Dikeluarkan Jalan Kira Baki (540 jam)
16GB 8 unit 40 jam / 5 jam seunit 40 jam
2GB 125 unit 500 jam / 4 jam seunit 500 jam
540 jam

Pengiraan Jumlah Manfaat Bersih:

Produk Jalan Kira Tambahan


(Unit x Margin Sumbangan Seunit) Margin
Sumbangan
(RM)
16 GB 8 unit x RM22 176
2 GB 125 unit x RM16 2000

2176
Kehilangan sumbangan* 1260
Sumbangan bersih 916
*Akibat peningkatan Kos berubah

Rumusan: Pilih Cadangan Kedua.


Jika memilih cadangan kedua, akan terdapat pertambahan sumbangan bersih sebanyak
RM916

Rumusan: Secara Keseluruhan.


Cadangan satu lebih menguntungkan syarikat kerana sumbangan bersih bagi cadangan satu
adalah lebih tinggi berbanding cadangan kedua.

‘SELAMAT MENCUBA’

You might also like