You are on page 1of 8

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

EPPA 2813 PERAKAUNAN UNTUK PENGURUSAN


TUTORIAL 1: KONSEP & KLASIFIKASI KOS
SEMESTER 1 SESI 2021/2022

BAHAGIAN A

Soalan 1
Kenyataan berikut adalah benar mengenai Perakaunan Pengurusan KECUALI

A Digunakan oleh pengguna-pengguna dalaman.


.
B. Laporan yang disediakan tidak perlu mematuhi piawaian perakaunan yang
ditetapkan.
C. Fokus kepada keseluruhan organisasi.
D Menekankan aspek pemasaan maklumat yang dilaporkan.
.

Soalan 2
Pada bulan lepas, Syarikat Besar mengira kos seunit keluaran sebagai RM53 dengan menambah
kos buruh langsung, bahan langsung dan overhead perkilangan bulan lepas dan membahagikan
jumlah itu dengan 10,000 unit yang dikeluarkan. Jika 9,000 unit akan dikeluarkan pada bulan ini,
dijangkakan:
A. Kos seunit akan kekal sama.
B. Kos seunit akan berkurangan.
C. Pergerakan arah perubahan dalam kos unit tidak dapat ditentukan.
D. Kos seunit akan meningkat.

Soalan 3
Kos yang sukar dijejaki kepada objek kos dikenali sebagai

A Kos tempoh.
.
B. Kos tidak langsung.
C. Kos pertukaran.
D Kos tenggelam.
.

Soalan 4

1
Syarikat Buford menyewakan sebahagian kecil daripada kilangnya yang tidak digunakan kepada
syarikat lain pada harga RM1,000 sebulan. Perjanjian sewa akan tamat pada bulan hadapan, dan
daripada memperbaharui perjanjian, Syarikat Buford terfikir untuk menggunakan sendiri ruang
itu untuk menyimpan bahan mentah. Istilah yang digunakan untuk menggambarkan RM1,000
setiap bulan ini adalah:
A. kos tenggelam/hangus.
B. kos tempoh.
C. kos berubah.
D. kos melepas/peluang.
 
Soalan 5
Kos-kos berikut dilibatkan pada bulan Ogos:
Bahan langsung RM37,000
Buruh langsung RM14,000
Overhead perkilangan RM38,000
Belanja jualan RM10,000
Belanja pentadbiran RM28,000

Kos penukaran pada bulan tersebut adalah:


A. RM127,000
B. RM 51,000
C. RM 52,000
D. RM 75,000

Soalan 6
Kos-kos berikut dilibatkan pada bulan Ogos:
Bahan langsung RM20,000
Buruh langsung RM18,000
Overhead perkilangan RM21,000
Belanja jualan RM16,000
Belanja pentadbiran RM21,000

Kos prima pada bulan tersebut adalah:


A. RM39, 000
B. RM59, 000
C. RM96, 000
D. RM38, 000
 
Soalan 7
Rekod-rekod perakaunan Syarikat Maswati menunjukkan kos-kos berikut:

Insuran kilang RM 32,000


Bahan langsung RM256,000
Meraikan pelanggan RM 15,000

2
Buruh tak langsung RM 45,000
Susut nilai kereta jurujual RM 22,000
Kos sewaan peralatan pengeluaran RM 72,000

Jumlah kos overhed perkilangan adalah:


A. RM149,000
B. RM171,000
C. RM186,000
D. RM442,000

Soalan 8
Syarikat Senada telah mengkelaskan belanja berikut mengikut tingkah-laku kos:

Belanja Tingkah-laku Kos


Belanja A Kos berubah
Belanja B Kos tetap

Jika sepanjang tahun semasa tahap aktiviti pengeluaran syarikat meningkat, tetapi masih dalam
julat yang relevan, maka kos seunit aktiviti bagi belanja berikut akan:

A Belanja B tidak berubah.


.
B. Belanja B menurun.
C. Belanja A menurun.
D Belanja A meningkat.
.

Soalan 9
Syarikat Sung menggunakan kaedah tinggi rendah dalam menganalisis tingkahlaku kos.
Pemerhatian Syarikat mendapati pada tahap 22,000 jam mesin, jumlah kos penyelengaraan
secara purata adalah RM33.40 sejam. Apabila aktiviti di tingkatkan kepada 25,000 jam mesin,
dalam julat relevan yang sama, purata jumlah kos per mesin adalah RM30.40. Berdasarkan
kepada maklumat ini, berapakah kos berubah sejam mesin?

A. RM 8.40
B. RM22.00
C. RM30.40
D. RM33.40

Soalan 10
Antara kos berikut, yang manakah tidak akan berubah jika tahap aktiviti meningkat tetapi dalam
julat yang relevan?

3
A Jumlah kos tetap dan kos berubah seunit.
.
B. Kos tetap seunit dan jumlah kos berubah.
C. Kos berubah seunit dan kos tetap seunit.
D Kos tetap seunit dan jumlah kos tetap.
.

4
BAHAGIAN B
SOALAN 1:

Syarikat Segak Koleksi ialah pengeluar baju uniform kerja berkualiti tinggi. Harga sehelai baju
uniform ialah RM150. Berikut merupakan kos-kos dilibatkan pada bulan April dengan unit
pengeluaran 500 helai baju uniform:

Item Kos RM
Kos fabrik yang digunakan 18,400
Gaji juru jahit 7,000
Gaji pembuat paten 4,000
Gaji jurujual 1,500
Gaji pekerja yang membaiki mesin paten dan mesin jahit 2,000
Gaji pembantu pemilik perniagaan 2,500
Kos papan tanda baru yang diletakkan di hadapan kedai jualan 600
Kos elektrik yang digunakan di Jabatan Paten & Jahitan 700
Susut nilai mesin paten dan mesin jahit 5,000
Kos pengiklanan di media 3,000
Kos sewaan papan tanda di jalan utama 1,400
Kos insurans untuk kakitangan pengeluaran 2,000
Sewa bangunan 6,000
Diagihkan seperti berikut:
Tingkat 1: Separuh daripada tingkat 1 digunakan untuk pejabat
pentadbiran, separuh lagi digunakan untuk pejabat jualan.
Tingkat 2: Digunakan untuk membuat baju dan menyimpan bahan
mentah

Dikehendaki:

a) Kirakan
i. Kos prima sebulan
ii. Kos overhed sebulan
iii. Kos tempoh sebulan
iv. Kos produk seunit
b) Sediakan penyata pendapatan Syarikat SK bagi bulan April. Pada 1 April, baki awal
inventori barang siap ialah RM8,200 terdiri daripada 100 helai baju uniform. Unit jualan
bulan April ialah 530 helai baju uniform. Kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu (MDKD)
digunakan untuk penilaian inventori.
c) Salah satu item kos di atas ialah kos tenggelam. Apakah yang dimaksudkan dengan kos
melepas? Kenal pasti kos tersebut.

5
SOALAN 2

Kamal telah membangunkan satu peranti elektronik yang baru dan membuat keputusan untuk
menghasil dan memasarkannya. Kemudahan pengeluaran akan berada di taman perindustrian
berdekatan yang mana Kamal akan menyewa untuk RM4,000 sebulan. Kos utiliti dijangkakan
RM500 sebulan. Beliau akan menggunakan komputer peribadinya, yang dibeli RM2,000 pada
tahun lepas, untuk memantau proses pengeluaran. Komputer akan menjadi usang sebelum ia
tidak dapat digunakan lagi. Komputer ini disusutnilaikan pada kadar RM 1,000 setahun. Beliau
akan menyewa peralatan pengeluaran pada kos bulanan sebanyak RM 8,000 sahaja. Kamal
menganggarkan kos bahan seunit produk adalah RM50, dan kos buruh adalah RM10. Beliau
akan mengambil pekerja, dan menghabiskan masa beliau lebih kepada mempromosikan produk.
Untuk melakukan ini, beliau akan berhenti kerja dengan gaji RM4,500 sebulan. Pengiklanan
berkos RM2,000 sebulan. Kamal tidak akan menerima gaji daripada syarikat baru sehingga
syarikat ini berjaya.

Dikehendaki:

Lengkapkan carta di bawah dengan meletakkan "X " di bawah setiap tajuk yang membantu untuk
mengenal pasti kos yang terlibat. " X" boleh diletakkan diletakkan di bawah lebih daripada satu
tajuk untuk satu item kos; contohnya, kos ini mungkin kos yang tenggelam, kos overhed dan kos
produk .

Kos produk
Kos Kos Kos Kos Bahan Buruh Overhed Kos
melepas tenggelam berubah tetap langsung langsung kilang Jualan
Sewa kilang
Utiliti
Susut nilai
komputer
peribadi
Sewa
peralatan
Kos bahan
langsung
Kos buruh
langsung
Gaji kini
Pengiklanan

6
SOALAN 3

Kelaskan setiap item berikut sebagai:


i. Kos Produk / Kos Period
ii. Bahan Langsung / Buruh Langsung / Overhed Kilang / Kos Jualan / Kos Pentadbiran

Item Kos i. ii.


a) Kos butang baju kemeja.
b) Upah tukang kayu bagi syarikat perabot.
c) Gaji kerani gudang barang siap.
d) Kos percetakan dan pos brosur jualan.
e) Susut nilai talian paip untuk mengangkut minyak mentah ke loji penapisan.
f) Batu kristal swarovski hiasan selendang.
g) Caj yuran audit tahunan
h) Jumlah kos untuk kajian penyelidikan pasaran
i) Jumlah kos operasi pusat jana kuasa kilang
j) Kos sewa gudang bahan mentah
k) Susut nilai kereta eksekutif syarikat
l) Jumlah kos gaji jurujual.
m) Kepingan batu bata untuk syarikat perumahan.
n) Kos susutan atas telaga minyak.
o) Kos sewa ruang untuk pameran jualan.
p) Susut nilai talian paip untuk mengangkut minyak mentah kepada pelanggan.
q) Premium overtime akibat kerosakan mesin.
r) Gaji pegawai keselamatan bangunan kilang.
s) Gaji pegawai akaun syarikat.
t) Susut nilai mesin fotostat di bahagian pemasaran.

7
SOALAN 4

2. Using the high low method, estimate a cost formula for maintenance.
3. What total factory overhed costs would you expect the company incur at an operating level of
70,000 direct labour hours?

You might also like