You are on page 1of 6

PERAKAUNAN PENGURUSAN S948 Penggal 2

Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA (UK) Asas Perakaunan Pengurusan dan Kos

Soalan Tutorial 1
Tajuk: Asas Perakaunan Pengurusan dan Kos
1. 2. 3. 4. 5. 6. Takrifkan perakaunan kos dan perakaunan pengurusan. [4m] Senaraikan perbezaan antara perakaunan kos dengan perakaunan kewangan. [4m] Perihalkan fungsi utama perakaunan pengurusan. [6m] Apakah tugas atau tanggungjawab akauntan pengurusan. [4m] Jelaskan fungsi perakaunan pengurusan dalam perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan. [6m] Bandingkan perakaunan pengurusan dengan perakaunan kewangan dari sudut jenis pengguna, pemasaan laporan, tujuan laporan, jenis maklumat digunakan, bentuk laporan yang dihasilkan dan peraturan-peraturan dalam penyediaan laporan. [6m] Bincangkan objektif-objektif perakaunan kos. [4m] Jelaskan perbezaan antara pusat kos dengan unit kos. Sertakan contoh yang bersesuaian. [4m] Perakaunan pengurusan tidak penting bagi organisasi bukan perniagaan seperti jabatan kerajaan tempatan dan hospital kerajaan kerana mereka tidak perlu mendapatkan keuntungan. Berikan pendapat anda. [6m]

7. 8. 9.

Soalan Tutorial 2
Tajuk 2: Pengelasan Kos
1. 2. Bezakan kos dengan belanja. [4m] Kos dikelaskan kepada kos keluaran dan kos tempoh. Bagi setiap maklumat berikut, nyatakan sama ada ia merupakan kos keluaran atau kos tempoh. Sekiranya, maklumat tersebut ialah kos keluaran, asingkan kos tersebut kepada kos bahan langsung, buruh langsung atau overhed. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. Gaji kerani bilik stor kilang Kos penyelidikan dan pembangunan pada peringkat korporat. Kos waranti Yuran perundangan yang dibayar oleh organisasi. Minyak pelincir bagi mesin jahit dalam perniagaan menjahit baju. Alat tulis yang digunakan oleh pengurus pengeluaran. Insurans kebakaran yang dibeli untuk perlindungan gudang dan inventori. Susut nilai bangunan kilang pengeluaran. Gaji operator mesin jahit dalam kilang membuat pakaian. Kos susu dalam proses pengeluaran coklat. Pembayaran lebih masa kepada operator menjahit. Susut nilai peralatan pejabat di ibu pejabat.

PERAKAUNAN PENGURUSAN S948 Penggal 2


Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA (UK) Asas Perakaunan Pengurusan dan Kos

3.

Berikut ialah kos dan perbelanjaan bagi Syarikat Perabot Taiping, kilang perabot yang terletak di Kamunting. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Gaji penyelia kilang Insurans atas mesin kilang Cukai harta atas bangunan kilang Membaiki bumbung kilang yang telah bocor. Bahan-bahan kelengkapan tempat duduk dalam pembuatan kerusi. Gaji yang dibayar kepada pekerja. Susut nilai mesin kilang perabot. Gam, paku, cat dan alatan kecil yang digunakan dalam pengeluaran perabot. Gaji pengurus kilang Kayu yang digunakan dalam proses pembuatan perabot.

DIKEHENDAKI Tentukan item-item di atas mengikut kategori (a) bahan langsung (b) buruh langsung (c) overhed pengeluaran 4. Syarikat Makmur melaporkan kos dan belanja syarikatnya seperti berikut dalam bulan Mei: Utiliti kilang Susut nilai peralatan kilang Susut nilai kenderaan Buruh tak langsung Bahan tak langsung Bahan langsung digunakan Upah pengurus kilang Dikehendaki: Tentukan 5. (1) overhed pengeluaran (2) kos keluaran (3) kos tempoh RM8500 RM12650 RM3500 RM48900 RM89800 RM137600 RM8000 Buruh Langsung Upah jualan Cukai bangunan kilang Baik pulih peralatan pejabat Baik pulih kilang Pengiklanan Bekalan pejabat digunakan RM69100 RM49400 RM2500 RM1300 RM2000 RM18000 RM2640

Maklumat-maklumat berikut adalah mengenai Syarikat Bousted Sdn. Bhd, bagi tahun 2011. Bahan mentah Bahan tak langsung Belanja pengiklanan Buruh langsung Buruh tak langsung Gaji penyelia pengeluaran Susut nilai bangunan kilang Susut nilai bangunan pejabat Susut nilai peralatan kilang Kos-kos jabatan perkhidmatan Kos pentadbiran RM2000 000 RM RM 50000 95000

RM 650000 RM 170000 RM RM RM RM 45000 65000 35000 20000

RM 100000 RM 150000 2

PERAKAUNAN PENGURUSAN S948 Penggal 2


Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA (UK) Asas Perakaunan Pengurusan dan Kos

Kos-kos promosi jualan Komisen jualan Sewa pejabat untuk kakitangan jualan

RM 10000 RM 5000 RM 15000

Nota: semua perkhidmatan disediakan untuk jabatan pengeluaran sahaja. Dikehendaki: Tentukan; (1) Kos overhed pengeluarana (2) kos keluaran (3) kos langsung (4) kos tak langsung Soalan 6 Syarikat Aminuddin ingin menentukan kos berubah elektrik bagi sejam mesin langsung dengan tujuan menganggarkan kos elektrik bulan September dan Oktober. Maklumat sepanjang empat bulan adalah seperti berikut: Bulan Mei Jun Julai Ogos Jam Mesin langsung (JML) 2300 2500 2700 2900 Kos Elektrik (RM) 2 130 2 150 2 230 2 550

Anggaran unit pengeluaran: September 2 250 dan Oktober 2 370 Mengikut spesifikasi pengeluaran, setiap unit akan menggunakan secara purata 1.5 jam mesin. Dikehendaki (a) (b) Hitungkan kos tetap dan kos berubah bagi kos elektrik. Anggarkan kos elektrik dalam bulan September dan Oktober.

Soalan 7 Syarikat Perabot Mahawangsa mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 5000set meja dan kerusi sekolah setiap tahun. Jumlah kos yang terlibat dalam pengeluaran 5000 set seperti berikut: Buruh yang diperlukan Bahan yang digunakan Gaji pengarah Gaji pejabat am Pengiklanan Bekalan pejabat am Susut nilai peralatan pejabat Susut nilai kilang Insurans kilang Cukai harta kilang Penyelia buruh kilang RM450 000 RM300 000 RM 60 000 RM 33 000 RM 17 000 RM RM RM RM 2 500 5 000 7 500 4 000

RM350 000

RM 78 000 3

PERAKAUNAN PENGURUSAN S948 Penggal 2


Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA (UK) Asas Perakaunan Pengurusan dan Kos

Dikehendaki: (a) Bagi setiap kos yang terlibat dalam penghasilan 5 000 set meja dan kerusi, lengkapkan jadual pengelasan kos berikut. Peringatan: terdapat item kos yang boleh dikaitkan lebih daripada satu jenis kos. Item kos 1. buruh yang diperlukan 2. Kos berubah RM Kos tetap RM Kos tempoh RM Kos keluaran langsung(RM) Kos keluaran tak langsung(RM)

(b) (c )

Berapakah jumlah kos diperlukan untuk mengeluarkan satu set pada tahap pengeluaran 5000 set? Apakah kesan ke atas kos keluaran satu set, jika diandaikan: i. ii. Pengeluaran setahun pada tahap 3000 set iaitu di bawah tahap kapasiti. Pengeluaran setahun melebihi kapasiti iaitu 7000 set (andaikan produktiviti kilang meningkat tanpa menambahkan mesin)

Soalan 8 Persatuan pelajar Sekolah Menengah St. George telah mengupah perkhidmatan sekumpulan pemuzik untuk Majlis Perpisahan Tahun 2011. Kos perkhidmatan tersebut ialah RM4000. Dikehendaki: (a) (b) (c ) Katakan 500 pelajar menghadiri majlis tersebut. Berapakah jumlah kos menyewa perkhidmatan kumpulan pemuzik tersebut dan kos seunit hadirin pada majlis itu? Jika pelajar yang menghadiri majlis tersebut ialah 2000 orang, berapakah kos menyewa perkhidmatan kumpulan pemuzik tersebut dan kos seunit hadirin pada majlis itu? Untuk menjangkakan kos keseluruhan penganjuran majlis itu, perlukan pengurus majlis menggunakan maklumat kos unit yang dikira (a) dan (b). Bincangkan.

PERAKAUNAN PENGURUSAN S948 Penggal 2


Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA (UK) Asas Perakaunan Pengurusan dan Kos

Tutorial 3: Pengurusan Bahan


Soalan 1: Berikan empat contoh unsur kos bahan mentah. Soalan 2: Bezakan antara diskaun dagangan, diskaun kuantiti dan diskaun tunai. Soalan 3: i. ii. Jika harga invois ialah RM100 dengan diskaun dagangan sebanyak 10%, berapakah harga yang harus dibayar oleh peruncit?

Jika harga invois ialah RM200 dengan syarat niaga 10/15, n30 dan pembayaran dilakukan dalam masa 15 hari, berapakah nilai yang harus dibayar oleh pembeli? Soalan 4: Huraikan tentang Kuantiti Pesanan Ekonomi. Apakah kos yang dipertimbangkan oleh KPE? Zhang Hong Bhd menggunakan 30 000 liter bahan kimia setahun. Kos menyimpan bahan tersebut ialah RM1 seliter setahun. Kos memesan pula ialah RM100 untuk setiap pesanan. Dikehendaki: a) Hitungkan KPE b) Soalan 5: Hitungkan jumlah kos inventori

(a) Huraikan serta jelaskan apa yang kamu faham tentang tiga perkara di bawah: i. tingkat pesanan semula ii. tingkat stok maksimum iii. tingkat stok minimum b) Nyatakan faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam menetapkan tingkat stok di atas. Dengan menggunakan angka-angka di bawah,. Anggaran penggunaan seminggu Tingkat stok maksimum Anggaran tempoh serahan (hantaran) Hitungkan: tingkat pesanan semula Maksimum 3 000kg Minimum 1 600kg 16 800kg Maksimum 8 minggu Minimum 4 minggu i.

ii. kuantiti pesanan semula Soalan 6: Berikut ialah maklumat berkaitan dengan sesuatu bahan yang disimpan dan digunakan oleh Syarikat Harimau. Peratus dari jumlah pengeluaran Harga jualan seunit Nisbah caruman atas jualan Harga belian Keperluan bahan se tahun Kos untuk membuat satu tempahan Belanja Faedah untuk memegang stok per unit setahun K1 30% RM14.00 50% K2 40% RM10.00 40% RM4.00/ unit 35 000 unit RM0.15/ unit 10% K3 30% RM9.00 25%

PERAKAUNAN PENGURUSAN S948 Penggal 2


Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M), BAcc (Hons) UUM, MBA (UK) Asas Perakaunan Pengurusan dan Kos

Tutorial 4: Pengurusan Kos Buruh


Soalan 1: Soalan 2: Soalan 3: Bezakan antara buruh langsung dan buruh tak langsung. Bagaimanakah kos buruh seunit keluaran boleh dikurangkan? a) b) c) Katijah bekerja selama 40jam dalam minggu pertama pada bulan Mac 2012. Kadar upah sejam bekerja ialah RM3.50. Berapakah upah kasar Katijah? Katijah telah berjaya menyiapkan 100 unit bangku. Dia dibayar insentif sebanyak RM1 bagi setiap unit yang siap. Berapakah insentif yang akan diterima oleh Katijah? Katijah telah menyiapkan 38unit bangku sehari. Dia dibayar suatu kadar minimum yang terjamin sebanyak RM40 sehari sekiranya output yang disiapkan kurang daripada 40 bangku dalam sehari. Kadar seunit bangka ialah RM1.00 seunit. Berapakah upah Katijah jika dia menyiapkan kurang daripada 40 unit bangku? Berapakah pula upah Katijah jika dia berjaya menyiapkan 50 bangku sehari? Soalan 4: Seorang operator mesin di kilang bekerja selama empat jam kerja lebih masa. Masa bekerja biasa untuk minggu tersebut ialah 40jam. Kadar upah sejam ialah RM1.50. Dia telah dibayar mengikut jam dan setengah untuk kerja lebih masa. Kerja lebih masa dibuat atas arahan pihak pengurusan untuk meningkatkan output kilang. Tunjukkan: (a) Premium Kerja lebih masa (b) Gaji Kasar Soalan 5:Mesin digunakan oleh Ali, seorang operator pengeluaran telah rosak selama empat jam. Jumlah masa Ali bekerja pada hari itu ialah 44jam termasuk empat jam masa terbiar. Kadar upah ialah RM1.50 sejam. Berapah upah kasar yang akan diterima oleh Ali? Soalan 6:Beberapa hari yang lepas, kamu telah menghantar sebuah TV untuk dibaiki di sebuah kedai elektrik. Semasa kamu mengambil semula TV tersebut, bil yang kamu terima menunjukkan sebanyak RM75 dicaj kepada juruteknik yang membaikinya. Caj dikenakan untuk dua jam masa perkhidmatan membaiki, iaitu RM30 untuk jam yang pertama dan RM45 untuk jam yang kedua. Apabila kamu bertanya tentang perbezaan kadar upah setiap jam, pengurus kedai itu menjelaskan bahawa kerja membaiki TV kamu bermula pada pukul empat petang dan siap dua jam kemudian, iaitu pada pukul enam petang. Oleh itu, satu jam kerja lebih masa telah dicaj bagi juruteknik. Premium lebih masa telah dikenakan memandangkan syarikatnya perlu membayar maa juruteknik dan sebahagiannya untuk lebihan kerja bagi lapan jam masa kerja sehari. Pengurus menjelaskan lagi bahawa pihaknya perlu membenarkan pekerjanya bekerja lebih masa untuk menyiapkan kerja-kerja membaik pulih dan mereka juga perlu mengekalkan margin keuntungan atas masa juruteknik. Dikehendaki: (a) (b) Adakah kamu bersetuju dengan pengiraan upah yang dikenakan oleh pihak kedai bagi caj perkhidmatan membaik pulih itu? Andaikan pihak kedai membayar juruteknik sebanyak RM14 sejam, tunjukkan bagaimana upah juruteknik dalam sehari (jika bekerja selama 9 jam sehari) harus diagihkan antara kos buruh langsung dengan kos overhed dalam bukunya. Jelaskan mengapa pihak kedai harus mengenakan premium lebih masa bagi kerja membaiki TV kamu?

(c )

You might also like