You are on page 1of 13

SULIT* 1

944/1 STPM 2021


Nama : ………........................................................... Kelas: …………………….

PUSAT TINGKATAN 6 MOD 2


SMK TAMAN JOHOR JAYA 1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM


EKONOMI
0/2 1
( 2 JAM )
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )
Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan Bahagian B, dan dua soalan
Bahagian C. Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang
Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka
Pilihan itu dengan teliti.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua
tempat perpuluhan.

Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam
tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini mengandungi 80 markah

__________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak
© Unit Ekonomi PTESMKJJ1 TAHUN 2021

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Antara berikut yang manakah bukan faktor pengeluaran?


A Tanah
B Buruh
C Teknologi
D Usahawan

2. Setiap kombinasi titik pengeluaran di atas keluk kemungkinan pengeluaran akan


mengalami
A kecekapan pengeluaran akibat pelaksanaan pengkhususan
B kecekapan pengeluaran kerana pengeluaran adalah maksimum
C ketidakcekapan pengeluaran kerana wujud guna tenaga tidak penuh
D kecekapan pengeluaran kerana ia mengalami kos lepas yang minimum

3. Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, yang manakah menyelesaikan masalah


“bagaimana barang hendak dikeluarkan”?
A Mengeluarkan barang berdasarkan kehendak pengguna
B Mengeluarkan barang dengan kos pengeluaran yang minimum
C Mengeluarkan barang berasaskan faktor pengeluaran yang terhad
D Mengeluarkan barang mengikut faktor pengeluaran yang mudah didapati

4. Berikut merupakan fungsi penawaran bagi barang Y.


Qy = 9Py -18
Dengan Qy = kuantiti ditawarkan (unit) dan Py = harga (RM)
Apakah hubungan antara harga barang Y dengan kuantiti ditawarkan barang Y?
A Positif
B Negatif
C Positif pada tingkat harga tinggi sahaja
D Positif pada tingkat harga rendah sahaja

5. Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan faktor yang menyebabkan

permintaan tak anjal?

A Barang itu ialah barang mesti.


B Barang itu sukar mendapat pengganti.
C Bekalan mudah didapati dalam jangka pendek.
D Permintaan merupakan sebahagian kecil daripada pendapatan

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

6. Jumlah hasil jualan akan bertambah apabila

A harga dinaikkan pada tahap permintaan anjal


B harga diturunkan pada tahap permintaan anjal
C harga dinaikkan pada tahap permintaan anjal satu
D harga diturunkan pada tahap permintaan tidak anjal

7. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti yang diminta untuk
teh dan kopi.

Teh Kopi

Harga (RM) Kuantiti (unit) Harga (RM) Kuantiti (unit)

10 10 000 6 8000

10 14 000 8 4000

Berapakah nilai keanjalan permintaan silang antara teh dengan kopi apabila harga kopi
berubah daripada RM6.00 kepada RM8.00?

A 1.2 B. 1.5 C -1.2 D. – 1.5

8. Keluk kos sut akan bersilang dengan keluk kos purata pada ketika

A kos purata minimum C kos purata menaik

B kos purata menurun D kos sut minimum

9 Apabila kerajaan mengamalkan dasar harga maksimum, maka kerajaan akan


A mengurangkan penawaran
B membeli lebihan itu apabila terdapat lebihan penawaran
C mengurangkan penawaran supaya permintaan sama dengan penawaran
D memberikan subsidi kepada pengeluar untuk menampung kekurangan
penawaran

10 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

barang X.
Harga D
S2
S1
P2 Q

S2
S1
D

0 Q2
Q1 Kuantiti

Jika kerajaan mengenakan cukai, berapakah beban cukai yang ditanggung oleh
pengeluar ?
A P1P2QE
B P3P1ET
C P3P1RT
D P3P2QT

11 Output sebuah syarikat radio bertambah daripada 150 unit kepada 170 unit apabila
pekerja ke -3 digunakan. Output syarikat tersebut terus bertambah kepada 200
unit, 220 unit dan 236 unit masing-masing apabila pekerja ke-4, ke-5 dan ke-6
digunakan. Berdasarkan maklumat ini ,didapati bahawa
A pulangan bertambah berlaku dalam pengeluaran syarikat itu
B pulangan bertambah mula berlaku apabila pekerja ke-4 digunakan
C pulangan berkurangan tidak berlaku dalam pengeluaran syarikat itu
D pulangan berkurangan mula berlaku apabila pekerja ke-6 digunakan

12 Jadual di bawah menunjukkan kos berubah pada berbagai-bagai tingkat pengeluaran


barang X.
Kuantiti X (unit) Kos berubah (RM)
1 6
2 8
3 9
4 10

Jika kos tetap pengeluaran ialah RM12, berapakah kos purata dan kos sut bagi
tingkat pengeluaran unit yang ke-3 ?
Kos purata (RM) Kos sut (RM)
A 18 6
B 10 2
C 7 1
D 5 4

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

13 Diberi fungsi jumlah kos, TC= 200 + 40Q, dengan Q ialah keluaran. Berapakah kos sut
jika keluaran meningkat daripada 20 unit kepada 30 unit?
A RM40.00
B RM400.00
C RM800.00
D RM1 200.00

14 Pernyataan yang manakah benar tentang keseimbangan firma pasaran persaingan


sempurna dalam jangka pendek?
A Firma memaksimumkan untung apabila hasil purata sama dengan kos purata.
B Firma mengalami kerugian apabila hasil purata lebih rendah daripada kos purata
C Firma memperoleh untung normal apabila hasil purata sama dengan kos minimum.
D Firma memperoleh untung lebih normal apabila hasil purata lebih tinggin daripada
kos berubah purata.

15 Apabila firma pasaran persaingan sempurna menjadi firma pasaran monopoli, keadaan
ini menyebabkan
A harga meningkat
B keluaran meningkat
C lebihan pengguna meningkat
D kecekapan peruntukan sumber tercapai

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

16 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), dan kos
berubah purata (AVC) bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna.
Harga/Kos

MC AC
AVC

P3 D3
D2

P2
D1
D0

P1
0 Output
P0
Firma mesti menutup operasi pada tingkat harga
A P0
B P1
C P2
D P3

17. Monopoli semulajadi merupakan


A. Monopoli kerajaan dalam industri kos meningkat
B. Monopoli kerajaan dalam industri kos menurun
C. Monopoli kerajaan yang melibatkan firma kecil
D. Monopoli yang melibatkan kerjasama

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7

18. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kuantiti buruh dan jumlah keluaran bagi buruh
dalam sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

buruh(unit) Jumlah keluaran(unit)

1 8
2 18
3 27
4 32
5 35

Harga keluaran firma ialah RM10.00 dan upah buruh ialah RM50.00. Firma mencapai
keseimbangan pada unit buruh ke

A. 2
B. 3
C. 4
D. 5

19. Pernyataan berikut merupakan cara-cara kesatuan sekerja menuntut tingkat upah yang
tinggi kecuali

A. Menuntut tingkat upah yang lebih tinggi daripada tingkat upah keseimbangan
B. Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh
C. Mengekalkan daya pengeluaran sut sut
D. Mengurangkan penawaran buruh

20 Encik Arif menyimpan RM25 000 dalam simpanan tetap di bank dengan kadar bunga 7 %
setahun dan inflasi pada tahun itu ialah 3%. Hitung bunga benar yang diterima pada tahun
tersebut?

A. RM1750
B. RM1250
C. RM1000
D. RM750

Bahagian B [40 markah]

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8

Jawab empat soalan sahaja.

21 (a) Terangkan dua kelebihan ekonomi perancangan pusat berbanding dengan ekonomi
pasaran bebas. [4]
(b) Huraikan bagaimana kerajaan boleh campur tangan untuk mengatasi kelemahan
ekonomi pasaran bebas. [6]

22 (a) Dengan contoh berangka dan jadual terangkan bagaimana lebihan pengguna

Dihitung. [6]

(b) Dengan bantuan rajah keseimbangan minyak kelapa sawit, terangkan kesan

perkembangan teknologi dalam pengeluaran minyak kelapa sawit terhadap

lebihan pengguna. [4]

23 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan silang? [2]

(b) Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana sesuatu barang


itu dikelaskan sebagai barang pengganti atau barang penggenap.
[8]

24 (a) Nyatakan maksud ekonomi dalaman dan ekonomi luaran. [2]

(b) Bezakan kesan ekonomi dalaman dan tak ekonomi dalaman

terhadap keluk kos jangka panjang firma berbanding dengan kesan ekonomi
luaran dan tak ekonomi luaran.
[8]

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 9

25 a) Apakah yang dimaksudkan dengan persaingan bukan harga?Mengapakah firma persaingan


bermonopoli melakukan persaingan bukan harga? [4]

b)Terangkan tiga bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan oleh Pasaran Persaingan
Bermonopoli. [6]

26 a) Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan maksud perolehan pindahan dan sewa

ekonomi. [4]

b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hubungan antara perolehan pindahan dengan sewa
ekonomi dengan keanjalan penawaran faktor tanah. [6]

Bahagian C [20 markah]

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 10

Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi suatu barang pada pelbagai tingkat harga.
Harga Kuantiti diminta

(RM) (unit)
4.00 1600
5.00 1500
6.00 1400
7.00 1300
8.00 1200
9.00 1100

Diberi persamaan penawaran bagi barang tersebut ialah Qs = 950 + 50P,


Dengan Qs = kuantiti ditawarkan (unit) dan P = harga (RM)

(a) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan. [2]


(b) Dengan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran bagi barang
tersebut. [2]
(c) Jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM3.00 seunit ke atas barang tersebut,
(i) lukis keluk yang baru. [1]
(ii) hitung beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. [3]
(d) Nyatakan dua faktor yang boleh menyebabkan peralihan keluk seperti soalan (c)(i).
[2]

28 .Jadual dibawah menunjukkan jumlah kos pengeluaran barang X sebuah firma

dalam pasaran persaingan sempurna.

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 11

Kuantiti Barang X Jumlah Kos (RM)


(unit)

1 100.00

2 130.00

3 150.00

4 180.00

5 220.00

6 280.00

a. Hitung kos sut dan kos purata barang X ( 2m)


b. Jika harga seunit barang X ialah RM40.00 , hitung untung firma ini.(2m)
c. Berdasarkan jawapan b di atas, adakah firma baru akan memasuki industrI dalam
jangka panjang (2m)
d. Berapakah harga seunit barang X dalam jangka panjang. (1m)
e. Hitung jumlah hasil firma ini dalam jangka panjang (2m)
f. Tentukan output yang ditawarkan ole firma pada harga RM 60

29. Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran dan kuantiti buruh yang digunakan dalam
proses pengeluaran sebuah firma.

Kuantiti buruh (unit) Jumlah keluaran (unit)

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 12

1 7
2 19
3 34
4 48
5 58
6 58
7 56

a) Hitung keluaran fizikal purata dan keluaran fizikal sut pada setiap tingkat buruh. (2m)

b) Jika harga keluaran RM6 seunit, hitung keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut pada setiap
tingkat buruh. (2m)

c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut.
(3m)
d) Jika upah adalah RM60,
i. Tentukan tingkat keseimbangan buruh
(1m)
ii. Hitung keuntungan firma
(2m)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh:

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 13

........................................
(AZAHARI AZARUDDIN BIN ABDULLAH) (SITI HAMIZAH BINTI MOHD HALEK)
Guru Ekonomi Ketua Unit Ekonomi

Disahkan oleh:

..............................
(ENCIK FAUZI BIN AWANG )
Penolong Kanan Tingkatan 6

STPM 944/1 2021 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like