You are on page 1of 10

SULIT*

EKONOMI 944/1
KERTAS 1
DISEMBER 2023
2 JAM

KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM


JALAN TIMUN 24/1, 40300 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1 STPM 2024

EKONOMI 1
944/1

MASA : 2 JAM

Arahan kepada calon :


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A.Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka Pilihan
yang dibekalkan.
Jawab empat daripada enam soalan dalam bahagian B.Anda boleh menjawab semua soalan dalam bahagian B
tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B yang akan diperiksa.
Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C.Anda boleh menjawab semua soalan dalam Bahagian C
tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.
Tulis jawapan dalam helaian jawapan yang disediakan.Mulakan setiap jawapan pada helaian yang baru.
Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

Disediakan oleh Disemak oleh: Disahkan oleh

………………………………… ……………………. ………………………………………..


NORFAZLINA BINTI HALIM CHEE CHUEN YEE HJ ZAHANORDIN BIN AMAT LORI
Guru Ekonomi Ketua Unit Ekonomi Ketua Jabatan Sains Sosial

Kertas soalan ini terdiri daripada 9 halaman bercetak

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEM 1 - 944/1/KTESA/DISEMBER/2023


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

1
Bahagian A
[20 Markah]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
1 Sumber ekonomi terhad tetapi kehendak manusia yang tidak terhad menyebabkan
A Pilihan barang kedua terbaik tidak perlu dilepaskan
B Semua barang yang dikehendaki dapat dikeluarkan
C Barang ekonomi tidak dapat diperoleh secara percuma
D Pilihan antara penggunaan kini dan masa depan tidak perlu dibuat

2 Seorang pelajar tingkatan enam mempunyai wang sebanyak RM100. Dia mempunyai pilihan sama ada
membaiki motosikal atau membeli buku rujukan. Apakah kos lepas pelajar ini jika dia memilih untuk
membaiki motosikal?
A Kos membaiki motosikal
B Buku rujukan yang boleh dibeli
C Kepuasan menunggang motosikal yang dibaiki
D Masa yang dikorbankan untuk membaiki motosikal tersebut

3 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi sebuah ekonomi

A Peningkatan faktor pengeluaran dalam ekonomi


B Penurunan tingkat harga kelapa sawit di pasaran
C Perkembangan teknologi pengeluaran bagi getah
D Perkembangan teknologi pengeluaran bagi kelapa sawit

4 Keluk penawaran pasaran sayur beralih ke kanan disebabkan oleh


A Pertambahan jumlah penduduk
B Peningkatan harga sayur di pasaran
C Peningkatan subsidi pegeluaran sayur
D Pertambahan pendapatan benar pengguna

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEM 1 - 944/1/KTESA/DISEMBER/2023


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

2
5 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) bagi suatu barang di pasaran

Pergerakan titik G ke H disebabkan oleh


A Penurunan harga barang itu sendiri
B Peningkatan harga barang pengganti
C Penurunan kos pengeluaran barang itu sendiri
D Peningkatan cita rasa pengguna ke atas barang tersebut

6 Bagi keluk penawaran yang anjal, peralihan keluk permintaan ke kanan menyebabkan
A Harga keseimbangan akan meningkat dan kuantiti keseimbangan akan berkurangan
B Harga keseimbangan akan meningkat dan kuantiti keseimbangan akan bertambah
C Harga keseimbangan tidak berubah dan kuantiti keseimbangan akan bertambah
D Harga keseimbangan akan meningkat dan kuantiti keseimbangan tidak berubah

7 Apabila harga barang K meningkat, permintaan terhadap barang L akan bertambah. Contoh barang K dan
barang L ialah
BARANG K BARANG L
A Roti Jem
B Kopi Teh
C Pen Dakwat
D Kereta Petrol

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEM 1 - 944/1/KTESA/DISEMBER/2023


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

3
8 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan( DD) dan keluk penawaran (SS)

Penggunaan teknologi moden dalam pengeluaran menyebabkan keluk penawaran beralih dari S 0S0 ke S1S1.
Lebihan pengguna akan bertambah sebanyak
A RM136.00
B RM168.00
C RM240.00
D RM280.00

9 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar barang X oleh sebuah firma
Harga (RM) Kuantiti ditawar (unit)
10 4000
20 8000

A anjal
B tidak anjal
C anjal satu
D anjal sempurna

10 Tak ekonomi bidangan pengurusan wujud disebabkan oleh faktor yang berikut, kecuali
A Beban kerja pentadbiran yang banyak
B Peningkatan kos penggantian barang modal
C Ketidakupayaan mengawal kakitangan yang ramai
D Ketidakcekapan dalam penyelarasan antara jabatan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEM 1 - 944/1/KTESA/DISEMBER/2023


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

4
11 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran bagi suatu barang.

Nilai keanjalan kenawaran barang tersebut ialah 4, berapakah kuantiti ditawar barang itu jika harga turun
daripada RM5.00 kepada RM4.00

A 24 unit
B 90 unit
C 96 unit
D 114 unit

12 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk fungsi pengeluaran satu input berubah sebuah firma

Keluaran sut negatif berlaku pada kawasan


A 0L1
B 0L2
C L1L2
D L2L3

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEM 1 - 944/1/KTESA/DISEMBER/2023


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

5
13 Yang manakah ciri pasaran persaingan sempurna
A Firma ialah penentu harga
B Bilangan firma yang sedikit
C Firma bebas keluar masuk dalam pasaran
D Barang yang dikeluarkan mempunyai pengganti hampir

14 Jadual di bawah menunjukkan kos dan hasil bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna
BUTIRAN RM
Kos purata 80
Kos sut 60
Kos berubah purata 50
Hasil purata 60
Hasil sut 60
Apakah yang patut dilakukan oleh firma tersebut?
A Menutup operasi C Meneruskan operasi
B Mengurangkan kos D mengurangkan output
15 Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan sebuah firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka
pendek.

Jumlah keuntungan firma pada tingkat keseimbangan ialah


A RM50.00
B RM90.00
C RM125.00
D RM154.00

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEM 1 - 944/1/KTESA/DISEMBER/2023


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

6
16 Yang manakah persamaan antara pasaran persaingan bermonopoli dengan pasaran monopoli?
A Firma memperoleh untung normal dalam jangka panjang
B Pengeluar boleh menentukan harga atau kuantiti sesuatu barang
C Firma mempunyai kuasa melaksanakan dasar diskriminasi harga
D Firma mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk keluar dan masuk ke dalam industri

17 Firma monopoli yang mengeluarkan output pada tingkat di mana hasil sut melebihi kos sut boleh meningkatkan
keuntungan sekiranya firma
A Menurunkan output
B Mengekalkan harga
C Meningkatkan harga
D Meningkatkan output

18 Perkara yang berikut akan berlaku sekiranya firma dalam pasaran persaingan bermonopoli mengalami kerugian
dalam jangka pendek, kecuali
A Firma sedia ada akan keluar daripada pasaran
B Firma baru tidak akan masuk ke dalam pasaran
C Keluk hasil sut dan hasil purata pasaran akan beralih ke atas
D Keluk hasil sut dan hasil purata pasaran akan beralih ke bawah

19 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan keluaran fizikal sut bagi sebuah firma
pasaran persaingan sempurna
Kuantiti buruh (unit) Keluaran fizikal sut (unit)
1 10
2 15
3 13
4 11
5 7
Sekiranya upah buruh ialah RM330.00 per unit dan buruh yang digunakan ialah 4 unit, berapakah harga barang
itu di pasaran
A RM30.00
B RM33.00
C RM44.00
D RM82.50

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEM 1 - 944/1/KTESA/DISEMBER/2023


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

7
20 Yang manakah faktor kekuatan kesatuan sekerja dalam menuntut kenaikan upah
A Peningkatan dalam bilangan ahli
B Keanjalan permintaan buruh anjal
C Keanjalan permintaan harga barang anjal
D Kos buruh adalah sebahagian besar daripada jumlah kos pengeluaran

Bahagian B
[40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21 Dengan memberikan contoh, terangkan perkaitan konsep kekurangan, konsep pilihan dan konsep kos lepas
bagi
a) Pengguna [5]
b) pengeluar [5]

22 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas harga dan kuantiti keseimbangan suatu barang di
pasaran sekiranya kerajaan mengenakan cukai ke atas input pengeluaran barang itu. [10]

23 a) Jelaskan maksud keanjalan permintaan harga. [2]


b) Huraikan empat faktor yang menentukan keanjalan permintaan harga. [8]

24 a) Takrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar [2]


b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas lebihan pengguna apabila Kerajaan
mengenakan cukai ke atas pengeluar [8]

25 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan empat kelemahan pasaran monopoli berbanding dengan
pasaran persaingan sempurna [10]

26 Dengan menggunakan gambar rajah, bagaimanakah keluk permintaan faktor pengeluaran dalam pasaran
persaingan sempurna diterbitkan [10]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEM 1 - 944/1/KTESA/DISEMBER/2023


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

8
Bahagian C [20 markah]
Jawab dua soalan sahaja.
27 Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran dan jenis barag dalam sebuah negara

Kombinasi Kereta (unit) Motosikal (unit)


A 0 1800
B 100 1700
C 200 1500
D 300 1200
E 400 700
F 500 0
Berdasarkan jadual di atas :-
a) Hitung nilai kos lepas per unit pengeluaran kereta dan motosikal [5]
b) (i) Apakah jenis kos lepas bagi kedua-dua barang ini? [1]
(ii) berdasarkan jawapan anda di (b) (i), mengapakah keadaan yang sedemikian berlaku? [1]
c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran bagi kereta dan motosikal. [3]

28 Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi barang x adalah seperti yang berikut :-
Px = 25-0.2Qx
Px = 5+ 0.8Qx
dengan Px = harga barang x (RM)
Qx = kuantiti barang x (unit)

a) Hitungkan harga dan kuantiti keseimbangan barang x. [3]


b) jika cukai dikenakan sebanyak RM5 seunit,
(i) hitungkan harga dan kuantiti keseimbangan yang Baharu [2]
(ii) hitungkan lebihan pengguna selepas cukai dikenakan. [2]
(iii) hitungkan peratus perubahan lebihan pengguna selepas cukai dikenakan. [2]
(iv) berdasarkan jawapan anda di b (ii) dan b (iii), berikan keseimpulan kesan cukai tersebut ke atas lebihan
pengguna. [1]

29 Jadual di bawah menunjukkan output, harga output dan kos purata bagi sebuah firma monopoli

Output (unit) Harga (RM) Kos purata (RM)


1 16 16
2 14 11
3 12 10
4 10 10.5
5 8 11.6
6 6 13
7 4 14
8 2 16

a) Hitungkan jumlah kos, jumlah hasil, kos sut, hasil sut bagi setiap unit [5]
b) Berapakah output dan harga pada tingkat keseimbangan. [3]
c) Hitungkan untung atau rugi pada tingkat keseimbangan tersebut. [2]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEM 1 - 944/1/KTESA/DISEMBER/2023


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

9
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEM 1 - 944/1/KTESA/DISEMBER/2023
Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

10

You might also like