You are on page 1of 11

STPM 2021

PENILAIAN SUMATIF PDPR


SEMESTER 2
EKONOMI
944/2

NAMA : ………………………………………………….

KELAS : ………………………………………………….

Kertas soalan ini terdiri daripada 11 halaman bercetak.

DISEDIAKAN OLEH PANEL PANITIA MATA PELAJARAN DAERAH KUALA TERENGGANU

Tidak dibenarkan menyunting atau mencetak mana ·mana bahagian dalam modul ini tanpa kebenaran

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu

1
944/2 STPM 2021

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

EKONOMI
KERTAS 2
(Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan
Aneka Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan dalam
Bahagian B tetapi hanya empat jawapan yang pertama dalam Bahagian B yang akan diperiksa.

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan dalam
Bahagian C tetapi hanya dua jawapan yang pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada helaian
jawapan yang baharu.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

2
Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1 Yang manakah yang berikut tidak boleh digunakan untuk mengukur prestasi ekonomi?
A Inflasi C Imbangan pembayaran
B Pengangguran D Pendapatan Negara Potensi

2 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meliputi semua nilai yang berikut kecuali
A pembinaan rumah kediaman baru
B perbelanjaan pengeluar terhadap mesin baru
C pembinaan kilang baru oleh warganegara asing dalam negara
D nilai besi dan keluli yang dihasilkan oleh pengeluar tempatan untuk membuat kereta

3 Butiran yang tidak diambil kira dalam penghitungan pendapatan Malaysia mengikut kaedah
perbelanjaan ialah
A cukai import C penggunaan swasta
B pelaburan awam D perubahan inventori

4 Yang manakah berikut menyebabkan penghitungan pendapatan negara menjadi kurang tepat?
A Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
B Bayaran pindahan tidak termasuk dalam penghitungan
C Nilai barang perantaraan tidak diambil kira dalam penghitungan
D Hanya nilai barang akhir sahaja diambil kira dalam pemghitungan

5 Antara fungsi komponen perbelanjaan agregat berikut yang manakah dipengaruhi oleh
pendapatan negara?
A Eksport C Perbelanjaan penggunaan
B Perbelanjaan kerajaan D Pembentukan modal tetap kasar

3
6 Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi penggunaan (C) serta fungsi penggunaan dan
pelaburan (C+I) bagi sebuah negara.

Berapakah nilai pelaburan jika nilai Y2 adalah RM2000 juta?


A RM100 juta C RM500 juta
B RM200 juta D RM1000 juta

7 Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan (S) dan fungsi pelaburan (I) bagi suatu
ekonomi.

Diberi nilai kecenderungan menabung sut (MPS) ialah 0.20, berapakah nilai penggunaan pada
tingkat keseimbangan pendapatan negara?
A RM900 juta C RM1300 juta
B RM1100 juta D RM1500 juta

8 Lebihan penawaran agregat akan berlaku apabila


A daya pengeluran merosot
B bunga ke atas pinjaman meningkat
C kenaikan upah buruh secara mendadak
D kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan

4
9 Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara mengikut pendekatan
permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS).

Keseimbangan pendapatan negara berubah dari E0 ke E1 disebabkan oleh


A Kesan peningkatan kos input melebihi kesan pengurangan cukai
B Kesan kemajuan teknologi melebihi kesan pengurangan kadar faedah
C Kesan kejatuhan harga minyak mentah melebihi kesan pengurangan import
D Kesan pembangunan sumber manusia melebihi kesan pengurangan pelaburan

10 Dasar fiskal mengucup dilaksanakan dengan


A mengurangkan cukai dan perbelanjaan kerajaan
B meningkatkan cukai dan perbelanjaan kerajaan
C kengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan
D meningkatkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan

11 Apabila wang digunakan untuk membandingkan harga relatif barang dan perkhidmatan, maka
wang berfungsi sebagai
A alat pengukur nilai C alat bayaran tertunda
B alat penyimpan nilai D alat perantaraan pertukaran

12 Jadual di bawah menunjukkan bekalan wang sebuah negara.

Mata wang dalam edaran (RM Deposit semasa Separa wang


Tahun
juta) (RM juta) (RM juta)
2009 24 002.0 48 947.0 361 641.0

Berapakah sumbangan M1 ke M2 pada tahun 2009?


A 5.5% C 16.8%
B 11.3% D 32.9%

5
13 Dalam suatu ekonomi tertutup yang telah mencapai guna tenaga penuh, penawaran wang agregat
ialah RM400 juta, halaju peredaran wang ialah 4 dan tingkat harga umum ialah RM10.00.
Berapakah pertambahan penawaran wang yang menyebabkan harga naik sebanyak 20% ?
A RM20 juta C RM80 juta
B RM60 juta D RM160 juta

14 Pada kadar bunga r0, permintaan wang untuk urus niaga dan awasan ialah RM1500 dan
permintaan wang untuk spekulasi ialah RM1000. Peningkatan kadar bunga kepada r1
menyebabkan permintaan wang untuk spekulasi berkurang kepada RM200. Berapakah jumlah
permintaan wang dipasaran pada kadar bunga r1?
A RM800 C RM 1700
B RM1500 D RM2300

15 Yang manakah tindakan yang paling sesuai dilaksanakan oleh bank pusat untuk menangani
masalah inflasi yang tinggi?
A Membeli bon di pasaran terbuka
B Mengurangkan nisbah rizab tunai
C Menurunkan nisbah rizab berkanun
D Meningkatkan kadar dasar semalaman

16 Apakah faedah perdagangan antarabangsa yang dinikmati oleh Malaysia?


A Mencapai tingkat guna tenaga penuh
B Meluaskan pasaran barangan tempatan di pasaran antarabangsa
C Meningkatkan rizab mata wang asing di Bank Negara Malaysia
D Menstabilkan nilai Ringgit Malaysia di pasaran pertukaran asing

17 Jadual di bawah menunjukkan kemungkinan pengeluaran telefon bimbit dan komputer oleh per
unit buruh di negara K dan di negara L.

Jenis keluaran
Negara
Telefon bimbit (unit) Komputer (unit)
K 100 70
L 150 90

Yang manakah pernyataan yang benar menurut faedah berbanding?


A Negara L mengimport telefon bimbit
B Negara K mengeksport telefon bimbit
C Negara K mengkhusus dalam pengeluaran komputer
D Negara L mengeluarkan telefon bimbit dan komputer

6
18 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (Dd) dan keluk penawaran (Sd) domestik
bagi kereta.

Harga
Dd
Sd

P0
P1 Sw + t
P2
Sw
S

0 Q2 Q1 Q0 Q3 Q4 Kuantiti

Kesan tarif menyebabkan jumlah kereta yang diimport


A bertambah daripada 0Q3 kepada 0Q4
B berkurang daripada 0Q3 kepada 0Q1
C bertambah daripada Q3Q4 kepada Q2Q1
D berkurang daripada Q2Q4 kepada Q1Q3

19 Imbangan pembayaran yang negatif menyebabkan


A aliran keluar modal berkurang C pinjaman luar negeri berkurang
B nilai mata wang domestik naik D rizab antarabangsa negara semakin merosot

20 Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran mata wang antara Ringgit Malaysia (RM)
dengan Dolar Amerika Syarikat (US$) pada tahun 2005, tahun 2006 dan tahun 2007.

Akhir 2005 Akhir 2006 Akhir 2007


US$1 = RM3.78 US$1 = RM3.61 US$1 = RM3.47

Yang manakah pernyataan yang tidak benar ?


A Output buatan Malaysia semakin murah di Amerika Syarikat
B Output buatan Amerika Syarikat semakin murah di Malaysia
C Semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke Amerika Syarikat
D Nilai Ringgit Malaysia semakin kukuh berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat

7
Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21 (a) Terangkan tiga alasan mengapa imbangan pembayaran kurangan perlu diatasi. [6]

(b) Jelaskan dua langkah yang dapat membaiki defisit dalam imbangan pembayaran. [4]

22 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Negara Kasar (KNK) benar per kapita?

Mengapakah KNK benar per kapita dihitung? [2]

(b) Mengapakah pertumbuhan ekonomi tidak menjamin peningkatan dalam taraf hidup

rakyat sesebuah negara? [4]

23 Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), jelaskan

bagaimana penurunan cukai keuntungan syarikat dapat mengatasi masalah pengangguran

dalam negara. [10]

24 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana keseimbangan pendapatan negara

dicapai mengikut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS). [10]

25 (a) Huraikan faktor yang mempengaruhi permintaan wang dalam Teori Kewangan
Keynes. [4]

(b) Berdasarkan Teori Kewangan Keynes, terangkan bagaimana kadar bunga ditentukan. [6]

26 Bank perdagangan berupaya meningkatkan penawaran wang melalui penciptaan kredit.


Jelaskan bagaimana proses penciptaan kredit berlaku. [10]

8
Bahagian C [ 20 markah ]

Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga semasa.
Indeks Harga Pengguna (IHP), jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga dari tahun 2012
hingga tahun 2014.

Tahun KDNK harga semasa IHP Tenaga buruh Guna tenaga


(RM juta)
(‘000) (‘000)

2012 742 470 111.4 11 967.5 11 576.5

2013 679 938 112.1 12 083.4 11 632.1

2014 765 965 114.0 12 361.3 11 937.1

(a) Jika tahun 2010 ialah tahun asas, hitung KDNK benar dari tahun 2013 hingga tahun 2014. [2]

(b) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi dari tahun 2013 hingga tahun 2014. [2]

(c) Hitung kadar inflasi dari tahun 2013 hingga tahun 2014. [2]

(d) Hitung kadar pengangguran dari tahun 2013 hingga tahun 2014. [2]

(e) Terangkan hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pengangguran dari tahun 2013

hingga tahun 2014. [2]

9
28 Jadual di bawah menunjukkan butiran penawaran wang Malaysia dan keluaran dalam negeri
kasar (KDNK) Malaysia dari tahun 2008 hingga 2010 (RM juta )

Butiran 2008 2009 2010

(RM juta ) (RM juta) (RM juta )

Mata wang dalam edaran 40,424 43,439 46,578

Deposit permintaan 143,475 158,182 167,594

Separuh wang secara leas 747,965 815,682 838,348

Wang yang luas 931,865 1,017,30 1,052,520


3

Keluaran dalam Negara kasar 530,181 521,095 557,449

(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2010/2011

(a) (i) Apakah maksud penawaran wang M1? [1]

(ii) Hitung penawaran wang M1 pada tahun 2008, 2009, dan 2010. [2]

(b) Hitung kadar pertumbuhan M1 pada tahun 2009 dan 2010. [2]

(c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2009 dan 2010 [2]

(d) Berdasarkan jawapan (a)(ii) dan (c),huraikan sama ada data penawaran wang M1 dan

kadar pertumbuhan ekonomi selaras dengan Teori Keutamaan Kecairan Keynes [3]

10
29 (a) Apakah maksud imbangan pembayaran [1]

(b) Jadual di bawah menunjukkan perangkaan imbangan pembayaran pada tahun 2004 dan

tahun 2005 (RM juta)

Butiran 2004 2005

Eksport 481 240 536 955

Import 376 766 411 393

Pengangkutan -17 783 -16 433

Perjalanan 19 398 19 449

Urus niaga Kerajaan -721 -350

Perkhidmatan lain -9 675 -11 676

Pendapatan pelaburan -24 549 -23 908

Pindahan semasa -14 633 -16 963

Pelaburan langsung 9 739 3 771

Pelaburan portfolio 31 965 -14 156

Pelaburan lain -24 913 -26 633

Kesilapan dan ketinggalan 10 482 -25 019

( Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2005-2006)

Berdasarkan jadual di atas,

i. Hitung imbangan akaun perkhidmatan pada tahun 2004 dan tahun 2005. [2]

ii. Terangkan mengapa wujudnya defisit dalam pendapatan pelaburan manakala lebihan
dalam butiran perjalanan, [2]

iii. Hitung imbangan akaun semasa pada tahun 2004 dan tahun 2005, [2]

iv. Hitung imbangan pembayaran keseluruhan pada tahun 2004 dan tahun 2005. Terangkan
kesan arah aliran imbangan pembayaran tersebut terhadap rizab mata wang asing. [3]

11

You might also like