You are on page 1of 14

STPM

944/2

KERTAS MODEL SET 1

MAKROEKONOMI

KERTAS 2
(Dua jam)

Arahan kepada calon:


Jawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan dalam Bahagian B, dan dua
soalan dalam Bahagian C.
Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan buat bulatan pada jawapan anda pada
kertas soalan.
Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C.
Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.
Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam
tanda kurung [ ].

ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Bahagian A
[20 markah]
Jawab semua soalan.

1 Yang manakah isu makroekonomi sesebuah negara?


A Guna tenaga penuh tercapai
B Tingkat harga umum yang stabil
C Imbangan pembayaran kurangan
D Pertumbuhan ekonomi yang pesat

2 Yang manakah bukan kegunaan data pendapatan negara?


A Menganalisis kualiti keluaran
B Merancang kegiatan sektor ekonomi
C Mengukur kadar pertumbuhan ekonomi
D Membandingkan taraf hidup antara negara

3 Data keluaran negara Malaysia dapat meng­gambarkan perkara yang berikut, kecuali
A perubahan KNK per kapita
B perubahan struktur ekonomi
C perubahan prestasi sektor ekonomi
D perubahan corak agihan pendapatan

4 Jadual di bawah ini menunjukkan data perakaunan pendapatan negara sebuah ekonomi pada
suatu tahun tertentu.
Butiran RM juta
Perbelanjaan kerajaan 430
Pendapatan faktor bersih ke luar negeri –320
Perbelanjaan penggunaan 230
Pelaburan 450
Eksport 670
Import 780
Cukai tak langsung 340
Subsidi 120

Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran ialah


A RM1220 juta C RM780 juta
B RM1000 juta D RM680 juta

5 Yang manakah tidak benar tentang penggunaan dalam ekonomi dua sektor?
A Penggunaan adalah sama dengan penda­patan ditolak tabungan
B Penggunaan dan tabungan ditentukan oleh pendapatan boleh guna
C Tabungan adalah sifar apabila penggunaan sama dengan pendapatan
D Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila penggunaan sama dengan pela­buran

6 Jika guna tenaga penuh belum tercapai, tindakan kerajaan menambah perbelanjaan tanpa per­
ubahan cukai akan menyebabkan tingkat keluaran negara
A berkurang C tidak berubah
B bertambah D bertambah dan tingkat harga umum turun

2 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
7 Yang manakah kesan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah terhadap tingkat harga umum
dan keluaran negara?

Tingkat Harga Umum Tingkat Keluaran Negara


A Meningkat Menurun
B Menurun Meningkat
C Meningkat Meningkat
D Menurun Menurun

8 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan fungsi perbelanjaan agregat (AE) bagi sebuah ekonomi
tiga sektor.
Perbelanjaan agregat

AE = 200 + 0.8Y

45°
0
Yf Ye Pendapatan
negara

Jika tingkat guna tenaga penuh (Yf) ialah RM600 juta, hitung jumlah perbelanjaan kerajaan
yang perlu dikurangkan untuk mengatasi masalah lompang inflasi.
A RM1000 juta
B RM400 juta
C RM80 juta
AE1
D RM60 juta

9 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk penawaran
agregat (AS) bagi sebuah ekonomi.
Harga umum

AS
P1

P0

AD1

AD0
0
Y0 Y1
KNK benar

Peralihan keluk permintaan agregat dari AD0 ke AD1 akan menyebabkan


A guna tenaga berkurangan dan inflasi tarikan permintaan
B guna tenaga berkurangan dan inflasi tolakan kos
C guna tenaga bertambah dan inflasi tolakan kos
D guna tenaga bertambah dan inflasi tarikan permintaan

ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
10 Diberikan maklumat yang berikut bagi sebuah ekonomi terbuka:
C = 30 + 0.5Y
I = RM100 juta
G = RM20 juta
(X – M) = RM50 juta
Kenaikan nilai eksport bersih daripada RM50 juta kepada RM100 juta akan meningkatkan pen­
dapatan negara daripada
A RM200 juta kepada RM250 juta
B RM200 juta kepada RM300 juta
C RM400 juta kepada RM450 juta
D RM400 juta kepada RM500 juta

11 Jika indeks harga tahun semasa lebih tinggi daripada indeks harga tahun sebelumnya, ini
menunjukkan bahawa
A nilai wang telah meningkat
B nilai wang telah menurun
C nilai wang tidak berubah
D nilai wang tidak dapat ditentukan

12 Bank perdagangan mencipta wang melalui


A pemberian pinjaman kepada orang ramai
B pembelian saham di pasaran
C penjualan surat jaminan kerajaan
D pembelian bon daripada bank pusat

13 Menurut Teori Kewangan Kecairan Keynes kejatuhan harga bon menggambarkan bahawa
A kadar bunga pasaran naik
B kadar bunga pasaran turun
C pilihan kecairan menurun
D penawaran wang bertambah

14 Yang manakah menunjukkan kesan pertambahan bekalan wang mengikut analisis Keynes?
A Kejatuhan tingkat harga, pertambahan perbelanjaan agregat, pertambahan pelaburan dan
peningkatan keluaran negara
B Kejatuhan kadar bunga, pertambahan pelaburan, pertambahan perbelanjaan agregat dan
peningkatan keluaran negara
C Kejatuhan kadar bunga, pertambahan pelaburan, kenaikan tingkat harga umum dan
peningkatan keluaran negara
D Kenaikan tingkat harga umum, pertambahan pelaburan dan peningkatan keluaran negara

15 Menurut Teori Kuantiti Wang Fisher, pertambahan bekalan wang dalam ekonomi akan
menyebabkan
A harga umum menurun
B harga umum meningkat
C kadar bunga meningkat, pelaburan menurun, dan pendapatan negara menurun
D kadar bunga menurun, pelaburan meningkat, dan pendapatan negara meningkat

4 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
16 Negara Wira mempunyai faedah berbanding daripada negara Waja dalam mengeluarkan
sesuatu barang jika
A kadar syarat perdagangan lebih meng­untungkan negara Wira
B imbangan perdagangan negara Wira lebih baik daripada negara Waja
C keluk kemungkinan pengeluaran negara Wira berada lebih jauh ke kanan daripada keluk
kemungkinan pengeluaran negara Waja
D kos lepas bagi mengeluarkan barang ber­kenaan di negara Wira secara relatif lebih rendah
berbanding dengan negara Waja

17 Sekatan bukan tarif bermaksud


A cukai ke atas barang-barang import
B cukai ke atas barang-barang eksport
C langkah kerajaan untuk tidak meng­galak­kan import
D langkah kerajaan untuk menggalakkan eksport barang-barang tempatan

18 Jadual di bawah ini menunjukkan nilai 1 Euro dalam Ringgit Malaysia bagi tempoh dari tahun
2000 hingga tahun 2002.

Tahun RM/Euro
2000 3.53
2001 3.37
2002 3.98

Nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Euro pada tahun 2001 berbanding dengan tahun
2000 telah
A meningkat 4.53%
B meningkat 4.75%
C menurun 4.53%
D menurun 4.75%

19 Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran negara Saga pada tahun 2012.

Butiran RM juta
Eksport barang 100
Eksport perkhidmatan 40
Import barang 125
Import perkhidmatan 35
Pindahan bersih –5
Modal dan pelaburan 25
Ralat dan ketinggalan –25
Negara Saga mengalami

Imbangan dagangan Imbangan pembayaran


A lebihan kurangan
B kurangan lebihan
C lebihan lebihan
D kurangan kurangan

ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1 5


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
20 Kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Singapura (S$) berubah dari­
pada 0.75 kepada 0.5 Dolar per Ringgit. Hal ini bermakna
A nilai Ringgit Malaysia telah meningkat
B import Malaysia akan bertambah
C imbangan dagangan Malaysia bertambah buruk
D eksport Malaysia akan menjadi lebih murah

Bahagian B
[40 markah]
Jawab empat soalan sahaja.

21 (a) Jelaskan maksud guna tenaga penuh dan kestabilan imbangan dagangan dan terangkan
sebab matlamat tersebut ingin dicapai dalam sesebuah ekonomi. [6]
(b) Terangkan dua langkah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi. [4]

22 “Terdapat banyak kegiatan ekonomi yang produktif, tetapi tidak diambil kira dalam
penghitungan keluaran negara”.
Terangkan pernyataan ini dengan memberikan contoh yang sesuai. [10]

23 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? Dengan menggunakan contoh berangka,
jelaskan faktor yang menentukan saiz pengganda dalam sebuah ekonomi dua sektor. [4]
(b) Dengan menggunakan jadual, huraikan proses penggandaan yang berlaku apabila
pelaburan meningkat sebanyak RM500 juta dan MPS ialah 0.8. [6]

24 Bagaimanakah kenaikan tingkat harga umum boleh menjejaskan fungsi wang? [10]

25 (a) ‘Semakin tinggi penawaran wang, semakin rendah kadar bunga dan sebaliknya, semakin
rendah penawaran wang, semakin tinggi kadar bunga’. Dengan memberi­kan gambar rajah
Teori Kewangan Kecairan Keynes, terangkan penyataan ini. [6]
(b) Apakah hubungan antara permintaan wang untuk tujuan spekulasi dengan kadar bunga?
[4]

26 (a) Huraikan empat jenis sekatan yang digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan import.
[6]
(b) Terangkan sebab kerajaan mengenakan tarif terhadap suatu barang import dan
memberikan subsidi kepada pengeluar tempatan. [4]

6 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Bahagian C
[20 markah]
Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah ini menunjukkan jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga negara A dari
tahun 2009 hingga tahun 2012.

Jumlah Tenaga Buruh Jumlah Guna Tenaga


Tahun
(juta orang) (juta orang)
2009 10.45 9.73
2010 10.74 9.92
2011 11.26 10.48
2012 11.42 10.80
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengangguran? [2]
(b) Hitung:
(i) Kadar pertumbuhan tenaga buruh pada tahun 2010 hingga tahun 2012
(ii) Kadar pertumbuhan guna tenaga pada tahun 2010 hingga tahun 2012
(iii) Kadar pengangguran antara tahun 2009 hingga tahun 2012 [6]
(c) Berdasarkan data di atas, adakah negara A mencapai guna tenaga penuh dalam tempoh
2009 hingga tahun 2012? Jelaskan. [2]

28 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sesebuah ekonomi tertutup dengan campur tangan
kerajaan (dalam nilai RM juta).
C = 400 + 0.75Yd
T = G = 400
I = 300
dengan
C sebagai perbelanjaan penggunaan,
Yd sebagai pendapatan boleh guna,
T sebagai cukai,
G sebagai perbelanjaan kerajaan, dan
I sebagai pelaburan.
(a) Nyatakan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan dalam sebutan pendapatan negara. [2]
(b) Lakarkan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan apabila kerajaan tidak mengenakan
cukai dan selepas cukai dikenakan. Berikan penerangan tentang fungsi penggunaan dan
fungsi tabungan yang dilakarkan. [3]
(c) Pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta. Hitung
(i) penggunaan isi rumah
(ii) tabungan isi rumah
(iii) perbelanjaan agregat [3]
(d) Berdasarkan jawapan pada (c), mengapakah ekonomi tidak mencapai keseimbangan
pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta? Berapakah tingkat keseimbangan
pendapatan negara? [2]

ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1 7


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
29 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran negara Aman dan
negara Damai. Kedua-dua negara diandaikan mempunyai jumlah faktor pengeluaran yang
sama.
Barang Y Barang Y
(juta unit) (juta unit)

8
6

0 0
20 Barang X 6 Barang X
(juta unit) (juta unit)
Negara Aman Negara Damai

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan faedah berbanding? [2]


(b) Negara manakah menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran barang X dan barang
Y masing-masing? [2]
(c) Jika semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan satu jenis barang sahaja
selepas pengkhususan, tentukan tingkat pengeluaran di negara Aman dan negara Damai
masing-masing. [3]
(d) Andaikan negara Aman dan negara Damai bersetuju untuk berdagang pada kadar
pertukaran yang berikut:
1 juta unit barang X = 0.5 juta unit barang Y

Jika negara Damai mengimport 6 juta unit barang X, tentukan tingkat penggunaan
barang X dan barang Y bagi negara Aman dan negara Damai selepas pengkhususan dan
perdagangan. [3]

8 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Jawapan Cadangan
Bahagian A
1 C 2 A 3 D 4 D 5 D 6 B 7 C 8 C 9 D 10 D
11 B 12 A 13 A 14 B 15 B 16 D 17 C 18 A 19 D 20 D

Bahagian B
21 (a) Guna tenaga penuh
Guna tenaga penuh ialah keadaan ekonomi yang mengalami kadar pengangguran tidak melebihi
4%. Apabila ekonomi mengalami guna tenaga penuh, tingkat keluaran negara mencapai tingkat
yang maksimum. Maka sesebuah negara dapat mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Guna tenaga penuh yang dicapai juga dapat meningkatkan taraf kebajikan rakyat negara
tersebut. Semakin tinggi keluaran negara, semakin banyak jumlah barang dan perkhidmatan
yang dapat dinikmati oleh setiap rakyat.
Kestabilan imbangan dagangan
Kestabilan imbangan perdagangan ialah keadaaan ekonomi yang mengalami imbangan dagangan
lebihan, iaitu jumlah nilai eksport melebihi jumlah nilai import. Kedudukan imbangan dagangan
lebihan akan menambahkan aliran masuk mata wang asing. Maka nilai mata wang akan
meningkat. Kestabilan imbangan perdagangan akan meningkatkan guna tenaga dalam sesebuah
negara akibat pertambahan dalam eksport. Oleh itu, masalah pengangguran dapat dikurangkan.
(b) Dua langkah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi ialah:
Menyediakan kemudahan infrastruktur
Banyak kemudahan infrastruktur disediakan untuk memudahkan dan menggalakkan pengeluar
menambah tingkat output. Antaranya ialah sistem jalan raya yang baik, menambah pelaburan
dan menyediakan sistem pengangkutan serta telekomunikasi yang moden. Semua kemudahan
ini akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Menggalakkan pelaburan asing
Kerajaan telah menyediakan banyak insentif untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing.
Antaranya ialah pemberian taraf perintis, iaitu pengecualian cukai dan penubuhan kawasan
perindustrian serta kawasan perdagangan bebas. Kemasukan pelaburan asing menyebabkan
kemasukan aliran modal, menyediakan banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan pemindahan
teknologi. Semua faktor ini akan mempercepat pertumbuhan ekonomi.

22 Kegiatan ekonomi yang produktif, tetapi tidak diambil kira dalam penghitungan keluaran negara:
Kegiatan produktif yang haram
Dalam sesebuah negara, terdapat banyak kegiatan produktif yang dijalankan dan menghasilkan
pendapatan atau keuntungan kepada firma. Walau bagaimanapun, terdapat kegiatan yang tidak
dihitung dalam keluaran negara kerana kegiatan tersebut menyalahi undang-undang negara tersebut.
Contohnya, aktiviti penyeludupan, cetak rompak, dan perjudian merupakan aktiviti haram.
Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
Banyak kegiatan produktif yang dijalankan dalam sesebuah negara tidak dihitung dalam sebagai
keluaran negara kerana kegiatan tersebut dilakukan tanpa bayaran atau upah. Contohnya, perkhidmatan
suri rumah tangga dan aktiviti sukarela. Jika kegiatan tersebut dilakukan oleh pekerja yang dibayar
upah, maka kegiatan produktif tersebut akan dihitung dalam keluaran negara.

ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1 9


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Kegiatan produktif yang tidak dipasarkan
Di negara sedang membangun, terdapat banyak keluaran yang tidak dipasarkan, iaitu tidak dijual
kepada orang ramai. Contohnya, hasil pertanian sara diri, iaitu keluaran pertanian yang dihasilkan
untuk kegunaan sendiri dan keluarga tidak diambil kira dalam penghitungan keluaran negara.
Sebaliknya, sekiranya hasil keluaran ini dipasarkan, maka hasilnya akan diambil kira dalam
penghitungan keluaran negara.
Kegiatan produktif yang sah tetapi tiada maklumat atau rekod
Terdapat banyak kegiatan produktif yang dijalankan oleh firma tetapi tidak dihitung dalam keluaran
negara disebabkan oleh kesukaran untuk memperoleh maklumat. Contohnya, perniagaan kecil-
kecilan seperti perniagaan menjual makanan dan barangan harian dengan cara berjaja atau bergerai.
Peniaga biasanya tidak menyimpan rekod urus niaga dan pendapatan yang dilaporkan kepada pihak
berkuasa mungkin juga kurang tepat.

23 (a) Pengganda mengukur berapa kali ganda perubahan pendapatan negara akibat perubahan
perbelanjaan agregat. Contohi
Faktor yang menentukan saiz pengganda ialah nilai kecenderungan mengguna sut (MPC).
Semakin tinggi nilai MPC, semakin tinggi nilai pengganda.
(i)
MPC = 0.75
1
Pengganda =
1 – 0.75
1
=
0.25
= 4
(ii) MPC = 0.8
1
Pengganda =
1 – 0.8
1
=
0.2
= 5
(b) Andaikan pelaburan meningkat sebanyak RM500 juta dan MPC ialah 0.8.
Perubahan Perubahan
Perubahan tabungan
Peringkat pendapatan negara penggunaan
(RM juta)
(RM juta) (RM juta)
I 500 400 100
II 400 320 80
III 320 256 64
Lain-lain 1 280 1 024 256
Jumlah 2 500 2 000 500

Pelaburan sebanyak RM500 juta mewujudkan pendapatan negara sebanyak RM500 juta di mana
80% daripada dibelanjakan, iaitu tambahan penggunaan sebanyak RM400 juta dan bakinya
RM100 juta ditabungkan. Tambahan penggunaan sebanyak RM400 juta akan mewujudkan
pendapatan negara RM400 juta kepada pihak lain. Sebanyak RM320 juta akan dibelanjakan
(iaitu 80% daripada RM400 juta) dan RM80 juta ditabungkan.
Proses ini akan berterusan sehingga pendapatan bertambah menjadi RM2 500 juta, penggunaan
menjadi RM2 000 juta dan tabungan RM500 juta. Oleh itu, peningkatan pelaburan sebanyak
RM500 juta akan meningkatkan pendapatan negara sebanyak 5 kali ganda, iaitu RM2 500 juta
apabila MPC = 0.8.

10 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
24 Kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan kemerosotan nilai wang. Maka kemerosotan
nilai wang akan menjejaskan fungsi wang seperti yang berikut:
Alat perantaraan pertukaran
Apabila nilai wang merosot, wang mungkin tidak diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran.
Orang ramai mungkin lebih suka menerima atau menyimpan barang atau harta di mana nilainya
tidak akan merosot. Walau bagaimanapun, disebabkan kelemahan sistem barter, fungsi wang ini
tidak akan terjejas, iaitu wang masih akan diterima sebagai alat pertukaran barang.
Alat pengukur nilai
Wang akan gagal mengukur nilai barang dengan tepat kerana kenaikan harga barang berpunca
daripada kemerosotan nilai wang, bukannya kenaikan nilai barang.
Alat penyimpan nilai
Wang tidak akan disimpan sebagai harta kekayaan untuk kegunaan masa hadapan apabila nilai wang
merosot. Sebaliknya, orang ramai akan beralih kepada penyimpanan bentuk kekayaan lain seperti
harta tetap (tanah dan rumah) kerana nilai harta tetap cenderung meningkat pada masa hadapan.
Alat ukuran bayaran tertunda
Pembayaran secara ansuran atau berhubung tidak akan digalakkan kerana penjual atau pemiutang
akan mengalami kerugian. Jika wang masih digunakan, kadar bunga yang tinggi akan dikenakan
untuk menampung kerugian yang dialami akibat kemerosotan nilai wang.

25 (a) Menurut Teori Keynes, kadar bunga ditentukan oleh permintaan wang dan penawaran wang.
Kadar bunga

D S2 S0 S1

r2 e2
r0 e0
e1
r1
D

S2 S0 S1
0
M2 M0 M1
Kuantiti wang

Keseimbangan asal dicapai pada titik e0, dengan DD = S0S0 pada kadar bunga 0r0 dan kuantiti
wang 0M0.
Apabila penawaran wang bertambah dari S0S0 ke S1S1, keseimbangan baharu dicapai pada
titik e1, dengan DD = S1S1 pada kadar bunga 0r1 dan kuantiti wang 0M1. Jadi, kadar bunga
turun daripada 0r0 kepada 0r1
Sebaliknya, apabila penawaran wang berkurangan daripada S0S0 kepada S2S2, keseimbangan
baharu dicapai pada titik e2, dengan DD = S2S2 pada kadar bunga 0r2 dan kuantiti wang 0M2.
Jadi, kadar bunga naik daripada 0r0 kepada 0r2 apabila penawaran wang berkurangan.
Oleh itu, pertambahan penawaran wang akan merendahkan kadar bunga, manakala pengurangan
penawaran wang akan meningkatkan kadar bunga.
(b) Permintaan wang untuk tujuan spekulasi mempunyai hubungan songsang dengan kadar bunga.
Wang diminta berkaitan dengan pembelian bon atau surat jaminan bagi tujuan memperoleh
keuntungan.
Apabila kadar bunga naik, harga bon akan turun. Maka permintaan wang untuk tujuan
spekulasi akan berkurangan. Sebaliknya, apabila kadar bunga turun, harga bon akan naik.
Maka permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan bertambah.

ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1 11


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
26 (a) Empat jenis sekatan yang digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan import:
Tarif
Tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap barang import. Tarif menyebabkan harga barang
import menjadi lebih mahal berbanding dengan harga barang tempatan. Maka, permintaan
terhadap barang import akan berkurangan.
Kuota
Kuota ialah tindakan menetapkan kuantiti maksimum yang boleh diimport oleh kerajaan. Dengan
mengehadkan kuantiti yang diimport, permintaan terhadap barang import turut dihadkan.
Embargo
Embargo bermaksud larangan mengimport barang ke pasaran tempatan. Biasanya, bentuk
sekatan ini dijalankan berdasarkan faktor politik dan keselamatan.
Kawalan pertukaran asing
Bank pusat boleh mengehadkan jualan mata wang asing kepada bank perdagangan. Seterusnya,
jualan mata wang asing kepada pengimport turut dihadkan. Jadi, jumlah barangan yang boleh
diimport akan berkurangan.
(b) Kerajaan mengenakan tarif terhadap sesuatu barang import untuk melindungi industri muda
tempatan. Akibat tarif, harga barang import menjadi lebih mahal berbanding dengan harga barang
tempatan. Maka, permintaan terhadap barang import akan berkurangan. Oleh itu, pengeluar
tempatan dapat meningkatkan output dan mempunyai daya saing yang tinggi dengan harga
barang tempatan yang lebih murah.
Kerajaan memberikan subsidi kepada pengeluar tempatan untuk mengurangkan kos
pengeluaran dan menggalakkan firma tempatan menambah tingkat output. Maka, harga barang
tempatan menjadi lebih murah dan mempunyai daya saing di pasaran antarabangsa.

Bahagian C
27 (a) Pengangguran ialah tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang pekerjaan produktif tetapi
aktif mencari pekerjaan.
(b) (i) (ii) (iii)
Kadar pertumbuhan Kadar pertumbuhan
Tahun Kadar pengangguran (%)
tenaga buruh (%) guna tenaga (%)
– – 10.45 – 9.73
2009 × 100 = 6.89
10.45
10.74 – 10.45 9.92 – 9.73 × 100 = 1.95
2010 × 100 = 2.78 9.73
7.64
10.45
2011 4.84 5.65 6.93
2012 1.42 3.05 5.43

(c) Tidak, kerana kadar pengangguran dalam tempoh 2009 hingga 2012 melebihi 4%.

28 (a) Fungsi penggunaan


C = 400 + 0.75Yd
C = 400 + 0.75(Y – T )
C = 400 + 0.75(Y – 400)
C = 400 + 0.75Y – 300
C = 100 + 0.75Y

12 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Fungsi tabungan
S = –400 + 0.25Yd
S = –400 + 0.25(Y – T )
S = –400 + 0.25(Y – 400)
S = –400 + 0.25Y – 100
S = –500 + 0.25Y
(b) Penggunaan (RM juta)
Y=C

C0 = 400 + 0.35 Yd

400 C1 = 100 + 0.35 Y

100
45°
0 1600 Pendapatan negara

Tabungan (RM juta)


S0 = 400 + 0.25 Yd
S1 = 500 + 0.25 Y
0
1600 Pendapatan negara
–400

–500


Fungsi penggunaan menurun secara selari dari C0 ke C1.
Fungsi tabungan menurun secara selari dari S0 ke S1.
(c) (i) Penggunaan isi rumah pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta:
C = 100 + 0.75(3 000)
C = 100 + 2 250
C = RM2 350 juta
(ii) Tabungan isi rumah pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta:
S = –500 + 0.25(3 000)
S = –500 + 750
S = RM250 juta
(iii) Perbelanjaan agregat pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta:
AE = C + I + G
AE = 2 350 + 300 + 400
AE = RM3 050 juta
(d) Ekonomi tidak mencapai keseimbangan pada tingkat pendapatan negara RM3 000 juta kerana
perbelanjaan agregat (AE ) tidak sama dengan pendapatan negara (Y ), iaitu AE melebihi Y.
Pada tingkat keseimbangan pendapatan negara,
Y = AE
Y = C+I+G
Y = 100 + 0.75Y + 300 + 400
Y = 800 + 0.75Y
Y – 0.75Y = 800
0.25Y = 800
Y = 800
0.25
Y = RM3 200 juta

ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1 13


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
29 (a) Faedah berbanding ialah faedah yang diperoleh sesebuah negara apabila mengkhusus dalam
pengeluaran barang yang mempunyai kos lepas atau harga relatifnya yang lebih rendah
berbanding dengan negara lain.
(b) Kos lepas bagi seunit barang
Negara
X Y

Aman 8 = 0.4 unit 20 = 2.5 unit X


20 8

Damai 6 = 1 unit Y 6 = 1 unit X


6 6

Negara Aman mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran barang X kerana kos lepasnya
lebih rendah, iaitu 0.4 unit barang Y berbanding dengan 1 unit barang Y di negara Damai.
Negara Damai pula mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran barang Y kerana kos
lepasnya lebih rendah, iaitu 1 unit barang X berbanding dengan 2.5 unit barang X di negara
Aman.

(c) Barang X Barang Y


Negara
(juta unit) (juta unit)
Aman 20 –
Damai – 6

(d) Untuk mengimport 6 juta unit barang X, negara Damai harus mengeksport 3 juta unit barang Y
(0.5 juta × 6 juta).
Tingkat Penggunaan
Negara Barang X Barang Y
(juta unit) (juta unit)
Aman 20 – 6 = 14 3
Damai 6 6–3=3

14 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 KERTAS MODEL SET 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018

You might also like