You are on page 1of 6

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1. Dasar fiskal yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi kemerosotan ekonomi ialah
A mengurangkan cukai pendapatan
B mengurangkan gaji kakitangan awam
C menangguhkan pembinaan empangan air
D mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk biasiswa pelajaran

2. Jika Keluaran Negara Kasar sebenar kurang daripada Keluaran Negara Kasar potensi,
maka
A guna tenaga buruh adalah tinggi
B pertumbuhan ekonomi berlaku
C pengangguran berlaku
D inflasi berlaku

3. Antara pemboleh ubah yang berikut, yang manakah bukan pemboleh ubah dalam aliran
pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor?
A Perbelanjaan awam
B Perbelanjaan eksport
C Penggunaan isi rumah
D Pembentukan modal tetap kasar

4. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna bagi sebuah negara pada tahun
2021 dan 2022.
Tahun Indeks harga pengguna
2021 106.8
2022 108.6

Kadar inflasi pada tahun 2022 ialah


A 1.8%
B 1.7%
C 1.6%
D 1.5%
5. Yang manakah bukan peranan firma?
A Pembeli faktor pengeluaran
B Pengguna barang dan perkhidmatan
C Pengeluar barang dan perkhidmatan
D Pengeksport barang dan perkhidmatan

6. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai pertumbuhan ekonomi?
A Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, keluaran negara pada tahun
sebelumnya melebihi keluaran negara pada tahun semasa
B Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai positif, keluaran negara pada tahun
semasa melebihi keluaran negara pada tahun sebelumnya
C Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, keluaran negara pada tahun
semasa melebihi keluaran negara pada tahun sebelumnya
D Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, sesebuah negara mengalami
kemelesetan ekonomi

7. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi pada tahun
2022.
Butiran RM juta
Penggunaan swasta 45 000
Penggunaan awam 12 000
Pelaburan swasta 22 000
Pelaburan awam 11 500
Susut nilai 1 000
Perubahan stok -350
Eksport barangan 80 000
Import barangan 82 000
Pendapatan faktor bersih dari luar negeri -5 000

Berapakah Keluaran Negara Kasar?


A RM82 150 juta
B RM82 800 juta
C RM83 150 juta
D RM83 500 juta
8. Nilai keluaran yang dihasilkan oleh sebuah kilang Jepun yang beroperasi di negara
Malaysia akan dihitung dalam
A Keluaran Negara Kasar negara Jepun sahaja
B Keluaran Negara Kasar negara Malaysia sahaja
C Keluaran Dalam Negeri Kasar negara Jepun sahaja
D Keluaran Negara Kasar dan Keluaran Dalam Negeri Kasar negara Malaysia

9. Jadual di bawah menunjukkan butiran keluaran negara bagi sebuah ekonomi pada tahun
2022.
Butiran RM juta
Penggunaa isi rumah 1 286
Pelaburan firma 188
Perbelanjaan kerajaan 274
Keluaran Negara Kasar 1 982
Import 6
Eksport 2.5

Peratusan pendapatan faktor bersih dari luar negeri terhadap Keluaran Negara Kasar ialah
A 12.20%
B 10.92%
C 10.85%
D 7.60%

10. Taraf hidup rakyat sesebuah negara tidak meningkat walaupun kadar pertumbuhan
ekonomi meningkat apabila
A jam bekerja meningkat
B kadar bunga meningkat
C kualiti barangan meningkat
D agihan pendapatan semakin adil

11. Pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah keluaran dan menggunakan nilai
ditambah dapat
A menentukan perubahan mutu barang
B menentukan sumbangan pelbagai sektor ekonomi
C menentukan perubahan struktur ekonomi sesebuah negara
D membantu kerajaan membuat perancangan ekonomi
12. Perbandingan taraf hidup antara dua masa bagi sebuah negara melalui data pendapatan
negara sukar dilakukan kerana
A perbezaan tafsiran butiran pendapatan negara
B perbezaan nilai mata wang asing
C perbezaan tingkat harga umum
D perbezaan iklim

13 Dalam sebuah ekonomi tertutup, perbelanjaan agregat ialah AE=250 + 0.75Y. Jika
eonomi tersebut berubah kepada ekonomi terbuka, fungsi eksport dan import masing-
masing ialah X=150 dan M=100 + 0.15Y. Semua nilai adalah dalam RM juta. Berapakah
perubahan dalam tingkat pendapatan negara?
A Bertambah sebanyak RM2 000 juta
B Bertambah sebanyak RM750 juta
C Berkurang sebanyak RM500 juta
D Berkurang sebanyak RM250 juta

14 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan negara (Y) dengan tabungan
(S) bagi sebuah ekonomi.

Pendapatan negara (RM juta) Tabungan (RM juta)


1 000 100
1 500 300
2 000 500

Fungsi tabungan ialah


A S = -100 + 0.2Y
B S = -150 + 0.2Y
C S = -200 + 0.4Y
D S = -300 + 0.4Y

15 Keluk permintaan agregat akan beralih ke kanan apabila berlaku


A pengurangan perbelanjaan kerajaan
B peningkatan cukai pendapatan
C pengurangan eksport bersih
D peningkatan bekalan wang
16 Antara langkah berikut, yang manakah dapat menghapuskan lompang deflasi?
A Meningkatkan cukai
B Mengurangkan pelaburan
C Meningkatkan penggunaan
D Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

17 Andaikan penggunaan autonomi ialah RM200 juta, pelaburan ialah RM75 juta,
perbelanjaan kerajaan ialah RM125 juta dan hasil cukai ialah RM100 juta. Berapakah
nilai kecenderungan menabung sut jika keseimbangan pendapatan negara ialah RM850
juta?
A 0.4
B 0.5
C 0.6
D 0.8

18 Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi terbuka dicapai apabila


A Y=C+I+G+X
B S–T+X=I+G+M
C S+T–X=I+G-M
D Y = C + I + T + (X - M)

19 Rajah di bawah menunjukkan tingkat keseimbangan ekonomi bagi sebuah negara.

Berapakah tingkat perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk mencapai guna tenaga
penuh jika pendapatan negara pada guna tenaga ialah RM3 480 juta?
A RM500 juta
B RM370 juta
C RM300 juta
D RM200 juta
20 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk
penawaran agregat (AS) bagi sebuah ekonomi.

Pendapatan negara menurun daripada Y0 ke Y1 disebabkan oleh


A pengurangan perbelanjaan kerajaan dan peningkatan kos pengeluaran
B pengurangan cukai barang dan perkhidmatan dan produktiviti buruh
C peningkatan perbelanjaan isi rumah dan pengurangan kos pengeluaran
D peningkatan pelaburan swasta dan kemajuan teknologi

You might also like