You are on page 1of 13

NAMA: ………………………………………………………………………

944/2 STPM 2019 / PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

EKONOMI
KERTAS 2
(Dua jam)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA
betul pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan. NO. SOALAN MARKAH
Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh BAHAGIAN A:
menjawab semua soalan dalam Bahagian B tetapi hanya empat jawapan BAHAGIAN B:

pertama dalam Bahagian B yang akan diperiksa.


Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh
menjawab semua soalan dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan
pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa. BAHAGIAN C:
Tulis jawapan di dalam helaian jawapan yang disediakan. Mulakan
setiap jawapan pada helaian jawapan yang baharu.
JUMLAH
Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul
hingga dua tempat perpuluhan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………… …………………………………
(SALINA BINTI NOH) HJ ABDUL HALIL BIN ABU BAKAR)
Ketua Panitia Ekonomi Pengetua
SMK Sultan Ismail, Johor Bahru SMK Sultan Ismail, Johor Bahru

Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak


Bahagian A [20 markah]

1
NAMA: ………………………………………………………………………

1. Teori makroekonomi mengkaji perkara berikut kecuali


A. Menentukan kadar pengangguran
B. Menentukan tingkat keluaran negara
C. Menentukan kadar pertumbuhan ekonomi
D. Menentukan jenis dan kuantiti yang dikeluarkan

2. Keluaran negara kasar kos faktor lebih rendah daripada keluaran negara
kasar harga pasaran kerana
A cukai tak langsung melebihi subsidi.
B cukai tak langsung dan subsidi melebihi susut nilai.
C cukai tak langsung melebihi subsidi dan susut nilai.
D cukai tak langsung dan subsidi melebihi pendapatan faktor.

3. Yang manakah barang perantaraan dalam suatu pengeluaran>


A Perabot jati yang diimport
B Minyak kelapa sawit yang dieksport
C Getah yang dibeli oleh pengilang tayar
D Tepung gandum untuk kegunaan sendiri.

4. Pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah nilai tambah pada satu
tahun dapat
A menentukan perubahan mutu barang.
B menentukan sumbangan pelbagai sektor ekonomi.
C menentukan perubahan sektor ekonomi sesebuah negara.
D membantu kerajaan membuat perancangan ekonomi.

5. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan negara


dengan perbelanjaan penggunaan (C) bagi sebuah ekonomi dua sektor.

Pendapatan negara Perbelanjaan penggunaan


(RM juta) (RM juta)
500 450

2
NAMA: ………………………………………………………………………

750
1000 600
750

Fungsi penggunaan ialah


A C = 450 + 0.6Y
B C = 150 + 0.6Y
C C = 250 + 0.4Y
D C = 50 = 0.4y

6. Data perbelanjaan agregat bagi ekonomi tertutup dalam sebuah negara


adalah seperti berikut:

Perbelanjaan penggunaan, C= 400 + 0.8Yd, dengan Yd = Y – T


Pelaburan, I = RM 240 juta
Perbelanjaan kerajaan, G = RM 480 juta
Cukai, T = RM 250 juta

Jika kerajaan mengurangkan cukai sebanyak RM100 juta, tingkat


keseimbangan pendapatan negara baharu ialah
A RM4200 juta
B RM4500 juta
C RM4700 juta
D RM5000 juta

7 Menurut pendekatan suntikan-bocoran, apabila pelaburan melebihi tabungan


maka
A kadar bunga meningkat
B nilai pengganda mengecil
C pendapatan negara bertambah
D tingkat harga umum meningkat

8. Yang berikut merupakan data perbelanjaan agregat (RM juta) dalam sebuah
ekonomi empat sektor sebuah negara.

3
NAMA: ………………………………………………………………………

Perbelanjaan penggunaan, C= 250 + 0.8Yd, dengan Yd = Y – T


Pelaburan, I = 400
Perbelanjaan kerajaan, G = 350
Cukai, T = 100
Eksport, X = 300
Import, M = 100 + 0.2Y

Berapakah eksport bersih negara itu?


A Defisit RM440 juta
B Defisit RM360 juta
C Lebihan RM740 juta
D Lebihan RM960 juta

9. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) bagi


ekonomi tiga sektor sebuah negara . AEf ialah perbelanjaan agregat potensi.

Perbelanjaan agregat
Y = AE
(RM juta)
AE0= 200 + 0.8Y

AEF
E0 
B

A

Pendapatan Negara (RM juta)


600 Y0

Berapakah lompang inflasi ?


A -RM80 juta
B -RM225 juta
C -RM300 juta
D -RM320 juta

4
NAMA: ………………………………………………………………………

10.. Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara mengikut


pendekatan permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS) bagi sebuah
ekonomi

Tingkat keseimbangan pendapatan negara menurun daripada 0Y0 kepada 0Y1


disebabkan
A kejatuhan cukai input.
B pengurangan produktiviti.
C pengurangan kadar bunga
D kenaikan cukai pendapatan.

11. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk
penawaran agregat (AS) bagi sebuah ekonomi.

5
NAMA: ………………………………………………………………………

Peningkatan perbelanjaan kerajaan menyebabkan keluk AD beralih dari ADo


ke AD1. Pada tingkat harga 0Po berlaku
A lebihan inventori dan menyebabkan tingkat harga naik.
B kekurangan inventori dan menyebabkan tingkat harga naik.
C lebihan inventori dan menyebabkan tingkat harga turun.
D kekurangan inventori dan menyebabkan tingkat harga turun.

12. Kelemahan wang sebagai alat penyimpan nilai ialah


A wang mudah dipalsukan.
B penawaran wang adalah terhad
C halaju wang yang tidak seragam
D nilai wang merosot apabila harga meningkat

13. Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan.

Aset (RM) Liabiliti (RM )


Rizab 3 700 Deposit semasa 25 000
Bangunan 21 300 Stok modal 40 000
Pinjaman 40 000
Jumlah 65 000 Jumlah 65 000

Jika nisbah rizab tunai ialah 10%, berapakah lebihan rizab yang boleh
dipinjamkan?

6
NAMA: ………………………………………………………………………

A RM1 200
B RM2 500
C RM4 900
D RM22 500

14. Mengikut Teori Kuantiti Wang Fisher, halaju wang ialah 4, jumlah keluaran ialah
500 unit, dan tingkat harga berubah daripada RM2.00 kepada RM2.50.
Perubahan tingkat harga ini adalah disebabkan oleh penawaran wang
A bertambah daripada RM200 kepada RM250
B berkurang daripada RM250 kepada RM200
C berkurang daripada RM312.50 kepada RM250
D bertambah daripada RM250 kepada RM312.50

15. Menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, pertambahan bekalan wang


dalam ekonomi menyebabkan
A kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara menurun
B kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara meningkat.
C kadar bunga menurun, pelaburan dan pendapatan negara meningkat.
D kadar bunga meningkat, pelaburan dan pendapatan negara menurun.

16. Yang manakah tindakan yang paling sesuai diambil oleh bank pusat semasa
kemelesetan ekonomi?
A Meningkatkan nisbah rizab tunai
B Menurunkan nisbah rizab tunai
C Meningkatkan kadar dasar semalaman
D Menjual bon melalui operasi pasaran terbuka

17. Antara yang berikut, manakah bukan faktor yang menyebabkan berlakunya
perdagangan antarabangsa antara negara A dan negara B?
A Kedudukan kedua-dua buah negara yang berbeza
B Tingkat teknologi kedua-dua buah negara yang berbeza
C Kemahiran buruh kedua-dua buah negara yang berbeza
D Citarasa masyarakat kedua-dua buah negara yang berbeza

7
NAMA: ………………………………………………………………………

18. Mengikut prinsip faedah berbanding, sesebuah negara akan mengkhusus dan
mengeksport sesuatu barang apabila negara tersebut mempunyai
A. kos lepas yang rendah
B. harga relatif yang tinggi
C. buruh mahir yang ramai
D. sumber modal yang banyak

19. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran FJ dan


garis harga antarabangsa FH.

Pakaian(juta unit)

10 F

6 --------------------G

J H
0 4 5 Makanan(juta unit)

Sekiranya titik G ialah penggunaan selepas perdagangan antarabangsa,


negara ini akan
A mengimport 4 juta unit pakaian
B mengimport 6 juta unit pakaian
C mengeksport 4 juta unit pakaian
D mengeksport 6 juta unit pakaian

8
NAMA: ………………………………………………………………………

20. Jadual di bawah menunjukkan urus niaga perdagangang antarabangsa bagi


Malaysia, Indonesia,, Singapura dan Thailand pada suatu tahun tertentu.
Butiran RM Juta
 Malaysia mengeksport kereta Proton Iriz ke 300
Singapura. 130
 Thailand mengeksport beras ke Malaysia. 80
 Buruh Indonesia yang bekerja di Malaysia
menghantar wang ke Indonesia. 120

 Rakyat Malaysia melancong ke Singapura. 180

 Rakyat Singapura melancong ke Malaysia 200

 Singapura mengeksport jentera ke Malaysia

Akaun semasa Malaysia mengalami


A. defisit RM10 juta
B. defisit RM50 juta
C. lebihan RM60 juta
D. lebihan RM90 juta

9
NAMA: ………………………………………………………………………

Bahagian B [40 markah]


Jawab empat soalan sahaja.

21. (a) Takrifkan pertumbuhan ekonomi. [1]


(b) Huraikan tiga alasan sesebuah negara perlu mencapai pertumbuhan
ekonomi yang tinggi [9]

22. Menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2011/2012, Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) per kapita pada tahun 2011 di Malaysia ialah US$9892, manakala di
Singapura ialah US$50 714. Terangkan lima alasan mengapa taraf hidup
penduduk di Singapura tidak semestinya lima kali ganda lebih tinggi
berbanding dengan taraf hidup penduduk di Malaysia
[10]

23. (a) Apa yang dimaksudkan dengan lompang deflasi dan jurang KNK?
[2]

(b) Dengan bantuan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-


pendapatan agregat (AE-Y), huraikan bagaimana perubahan
perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi masalah lompang deflasi dan
jurang KNK. [8]

24. Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat


(AD-AS), huraikan bagaimana dasar fiskal menguncup boleh mempengaruhi
keseimbangan harga dan pendapatan negara. [10]

25. Dengan menggunakan gambar rajah pasaran wang, huraikan bagaimana


peningkatan nisbah rizab tunai oleh bank pusat memberi kesan terhadap
keseimbangan kadar bunga menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes. [10]

26. Huraikan empat alasan mengapa sesebuah negara perlu berdagang dengan
negara lain. [10]

10
NAMA: ………………………………………………………………………

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27. Jadual di bawah menunjukkan jumlah penduduk, jumlah tenaga buruh, kadar
pengangguran dan KDNK pada harga tetap dari tahun 2009 hingga tahun
2011 bagi sebuah negara.
Tahun Jumlah Kadar KDNK harga
tenaga buruh pengangguran tetap
(juta orang) (%) (RM juta)
2009 12.1 3.7 783 001
2010 12.4 3.4 839 331
2011 12.6 3.3 882 446

(a) Takrifkan tenaga buruh. [1]


(b) Hitung jumlah guna tenaga dari tahun 2009 hingga tahun 2011. [3]
(c) Hitung kadar pertumbuhan guna tenaga pada tahun 2010 dan tahun
2011.
[2]
(d) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan tahun 2011.
[2]
(e) Apakah rumusan yang boleh dibuat daripada jawapan (c) dan (d)? [2]

28. Maklumat di bawah ini menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah
ekonomi tertutup.
Tabungan, S = -200 + 0.2Yd
Cukai, T = 50
Pelaburan, I = 100
Perbelanjaan kerajaan, G = 150
(semua nilai dalam RM juta)

11
NAMA: ………………………………………………………………………

(a) Nyatakan fungsi tabungan dan fungsi penggunaan dalam sebutan Y.

[2]

(b) Hitung:
(i) Tingkat keseimbangan pendapatan negara. [2]
(ii) Jumlah penggunaan pada tingkat keseimbangan. [1]
(iii) Peratus sumbangan penggunaan terhadap pendapatan negara.
[2]
(c) Jika cukai meningkat sebanyak RM 30 juta, hitung:
(i) perubahan penggunaan [1]
(ii) perubahan pendapatan negara [1]
(iii) keseimbangan pendapatan negara baharu. [1]

29. Jadual di bawah ini menunjukkan bekalan wang M1, Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) pada harga tetap dan indeks harga pengguna di Malaysia pada
tahun 2014 hingga tahun 2016.

Tahun Bekalan Wang M1 KDNK Benar Indeks harga


(RM juta) (RM juta) Pengguna
2014 126 597 262 175 100.0
2015 141 636 275 744 103.6
2016 168 629 505 354 105.7

(a) Nyatakan komponen bekalan wang M1. [1]


(b) Hitung:
(i) Kadar inflasi pada tahun 2015 dan tahun 2016. [2]
(ii) Kadar pertumbuhan bekalan wang M1 pada tahun 2015 dan
tahun 2016. [2]
(c) Adakah data yang diberikan bersesuaian dengan Teori Kuantiti Wang?
Terangkan. [3]
(d) Hitung keluaran negara nominal pada tahun 2016. [2]

12
NAMA: ………………………………………………………………………

SOALAN TAMAT

13

You might also like