You are on page 1of 18

1

SULIT*

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1 Antara yang berikut, yang manakah bukan petunjuk yang perlu dianalisis dalam
makroekonomi ?
A guna tenaga
B keuntungan firma
C pendapatan negara
D imbangan pembayaran

2 Pertambahan pendapatan per kapita akan menunjukkan pertambahan taraf hidup


sekiranya
A jumlah penduduk bertambah
B harga barang pengguna tidak berubah
C kadar guna tenaga penduduk menurun
D agihan pendapatan masyarakat semakin tidak seimbang

3 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) mengikut
jenis aktiviti ekonomi pada tahun 2016 mengikut harga tetap tahun 2010.

Sektor ekonomi RM juta

Pertanian 89465
Perlombongan dan kuari 97563
Pembuatan 254725
Pembinaan 50103
Perkhidmatan 601341
Tambah cukai import 15030
KDNK pada harga pembeli 1108227

Berdasarkan data di atas, nilai sumbangan sektor pemprosesan kepada KDNK ialah
A RM304 828 juta
B RM400 828 juta
C RM402 391 juta
D RM601 341 juta

4 Pendapatan negara yang dihitung mengikut indeks harga 100 dikenali sebagai
A Keluaran negara kasar
B Keluaran negara benar
C Keluaran negara bersih
D Keluaran negara nominal

STPM-944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
2
SULIT*

5 Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara mengikut


pendekatan agregat – pendapatan ( AE – Y ) ekonomi 3 sektor

AE (RM juta)
Y=AE

AE=1000 + 0.8Y

E
B

0 3500 Yf Pendapatan Negara (RM juta)


0
Jika AB ialah lompang deflasi sebanyak RM300 juta , hitung pendapatan negara pada tingkat
Y1

A RM1 500 juta


B RM3 000 juta
C RM3 500 juta
D RM5 000 juta

6 Maklumat ekonomi tiga sektor adalah seperti yang berikut ( nilai dalam RM juta )
Perbelanjaan penggunaan , C = 400 + 0.75Yd dengan Yd = Y-T
Pelaburan, I = 500
Perbelanjaan kerajaan G = 600
Cukai , T = 200
Jika pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM8000 juta, ekonomi
mengalami

A lompang deflasi sebanyak RM450 juta


B lompang deflasi sebanyak RM650 juta
C lompang inflasi sebanyak RM1 800 juta
D lompang inflasi sebanyak RM2 600 juta

STPM-944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3
SULIT*

7 Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan ( S ) dan fungsi pelaburan ( I )


bagi suatu ekonomi.

Tabungan, Pelaburan (RMjuta)

200 I

0
Y Pendapatan negara (RM juta)
-100

Diberi nilai kecenderungan menabung sut ( MPS ) ialah 0.2, berapakah nilai penggunaan
pada tingkat keseimbangan pendapatan negara ?

A RM900 juta
B RM1 200 juta
C RM1 300 juta
D RM1 500 juta

8 Maklumat di bawah menunjukkan fungsi suntikan dan fungsi bocoran bagi sebuah
ekonomi ( RM juta )

Tabungan, S = -500 + 0.2Yd dengan Yd= Y-T


Cukai, T = 200
Import, M= 200 + 0.05Y
Pelaburan, I = 800
Perbelanjaan kerajaan, G = 700
Eksport, X = 600

Fungsi bocoran dalam ekonomi tersebut ialah

A W = -40 + 0.27Y
B W = -100 + 0.73Y
C W = -140 + 0.22Y
D W = -140 + 0.25Y

STPM-944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
4
SULIT*

9 Langkah kerajaan dalam mengurangkan masalah inflasi melalui pertambahan cukai


pendapatan akan menjadi lebih berkesan jika pada waktu yang sama berlaku

A Pertambahan import
B Pertambahan eksport
C Kejatuhan kadar bunga
D Pertumbuhan perbelanjaan kerajaan

10 Jika keluk penawaran agregat beralih ke kiri dan keluk permintaan agregat beralih ke
kanan pada kadar yang sama secara serentak, maka ini akan menyebabkan

A Tingkat harga tetap dan pendapatan negara benar naik


B Tingkat harga naik dan pendapatan negara benar tetap
C Tingkat harga turun dan pendapatan negara benar tetap
D Tingkat harga tetap dan pendapatan negara benar turun

11 Apakah kelemahan wang sebagai alat penyimpan nilai ?

A Wang mudah dipalsukan


B Wang mempunyai penawaran yang terhad
C Wang tidak mempunyai kualiti yang seragam
D Nilai wang akan turun apabila harga barang meningkat

12 Jadual di bawah menunjukkan kunci kira – kira sebuah bank perdagangan selepas
seorang peniaga mendepositkan cek bernilai RM8 000 juta.

Aset ( RM juta ) Liabiliti ( RM juta )


Rizab 2000 Deposit semasa 8000
Pinjaman 6000

Jumlah 8000 Jumlah 8000

Jika semua lebihan rizab dipinjamkan, berapakah jumlah deposit semasa selepas proses
penciptaan kredit berlaku sepenuhnya ?

A RM24 000 juta


B RM30 000 juta
C RM32 000 juta
D RM40 000 juta

13 Jika penawaran wang dan halaju pusingan wang tidak berubah, pengurangan kuantiti
keluaran barang dan perkhidmatan akan menyebabkan

A Kenaikan harga
B Berlakunya deflasi
C Belanjawan lebihan
D Kerajaan membeli surat jaminan

STPM-944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
5
SULIT*

14 Jika kadar bunga 6%, permintaan wang unutk urusniaga dan awasan ialah RM2000 dan
permintaan wang untuk spekulasi ialah RM1500. Apabila kadar bunga menurun kepada
4%, permintaan wang spekulasi meningkat sebanyak RM800. Berapakah jumlah
permintaan wang di pasaran pada kadar bunga 4% ?

A RM2 300
B RM2 800
C RM3 500
D RM4 300

15 Tujuan bank pusat menaikkan kadar bunga semalaman terhadap bank – bank
perdagangan adalah untuk

A Meningkatkan sumber pendapatan bank perdagangan


B Menghalang bank perdagangan menyimpan terlalu banyak wang tunai
C Mengurangkan keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman
D Meningkatkan kemampuan bank perdagangan untuk memperoleh keuntungan

16 Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran komputer dan televisyen oleh seunit buruh
di negara R dan di negara J sebelum perdagangan antarabangsa.

Negara Pengeluaran
Komputer ( unit ) Televisyen ( unit )
R 500 250
J 400 100

Perdagangan antarabangsa boleh berlaku dengan cara

A Negara J mengkhusus untuk mengeluarkan komputer dan televisyen


B Negara R mengkhusus untuk mengeluarkan komputer dan televisyen
C Negara R mengkhusus untuk mengeluarkan komputer dan negara J mengkhusus
untuk mengeluarkan televisyen
D Negara J mengkhusus untuk mengeluarkan komputer dan negara R mengkhusus
untuk mengeluarkan televisyen

17 Pernyataan manakah benar tentang dasar perlindungan melalui tarif?

A Tarif berkesan jika permintaan terhadap barang import adalah anjal


B Tarif berkesan jika permintaan terhadap barang import adalah tidak anjal
C Tarif tidak menaikkan harga barang tetapi mengurangkan kuantiti barang yang
diimport
D Tarif merupakan langkah kerajaan mengehadkan kuantiti maksimum terhadap
barang yang diimport

STPM-944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
6
SULIT*

18 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi
Dolar Amerika ( US$ ) boleh rakyat Malaysia.

RM/US$

Df Sf

4.00

3.50

3.00

Sf Df

0 Kuantiti dollar ( US$)

Jika kerajaan Malaysia menetapkan kadar pertukaran pada US$1 = RM 3.00, maka

A Dolar Amerika ( US$ ) terlebih nilai


B Permintaan terhadap mata wang Ringgit Malaysia ( RM ) akan meningkat
C Ringgit Malaysia terlebih nilai dan imbangan pembayaran Malaysia akan merosot
D Ringgit Malaysia terkurang nilai dan imbangan pembayaran Malaysia bertambah
baik

19 Data berikut adalah berkenaan dengan imbangan pembayaran sesebuah negara .

Butiran RM juta
Eksport barang – barang 12 000
Import barang – barang 10 000
Imbangan perkhidmatan -500
Pelaburan 100
Pindahan semasa -400
Akaun kewangan 7000
Kesilapan dan ketinggalan 2 400

Kadar sumbangan imbangan dagangan terhadap imbangan keseluruhan ialah

A 11.32%
B 14.15%
C 15.09%
D 18.87%

STPM-944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
7
SULIT*

20 Antara berikut, yang manakah dapat meningkatkan nilai Ringgit Malaysia ?

A Pendapatan penduduk Malaysia meningkat


B Banyak rakyat Singapura melancong ke Malaysia
C Firma – firma Malaysia menambahkan pelaburan di Singapura
D Firma – firma di Amerika Syarikat mengurangkan pelaburan di Malaysia.

Bahagian B [40 markah]


Jawab empat soalan sahaja.
21. (a) Apakah maksud kadar penggangguran, bagaimana kadar pengangguran
dihitung [4]

(b) Terangkan tiga sebab pengangguran yang tinggi perlu ditangani [6]

22. (a) Bezakan pengganda dengan pengganda wang [2]


(b) Dengan menggunakan jadual, huraikan proses penggandaan yang berlaku
apabila pelaburan meningkat RM50 juta. [8]

23 Dengan menggunakan pendekatan suntikan-bocoran , terangkan kesan terhadap


tingkat keseimbangan pendapatan negara apabila

(a) pertambahan eksport dan pengurangan import [5]

(b) pertambahan eksport kurang daripada pertambahan import [5]

24 a) Nyatakan komponen bekalan wang M1 dan M2? [4]


b) Berdasarkan teori Kewangan Keynes , jelaskan bagaimana kadar bunga
ditentukan [6]

25. a) Bezakan Tarif Spesifik dan Tariff Ad-Valorem [2]


b) Dengan menggunakan rajah, huraikan kesan tariff terhadap ekonomi sesebuah
negara [8]

26. a) Apakah yang dimaksudkan dengan “ kesilapan dan ketinggalan “ dalam


imbangan pembayaran Malaysia [2]
b) Jelaskan bagaimana devaluasi dapat mengatasi masalah imbangan pembayaran
defisit [8]

STPM-944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
8
SULIT*

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) pada


harga pasaran mengikut kaedah keluaran bagi Malaysia antara tahun 2016 hingga
tahun 2018.

2016 2017 2018

Butiran\Tahun RM juta

Pertanian 89,509 95,968 95,545

Perlombongan dan pengkuarian 97,468 98,436 96,971

Perkilangan 254,472 269,804 283,337

Pembinaan 50,197 53,574 55,835

Perkhidmatan 602,261 639,568 683,080

Campur: Duti import 15,030 16,980 15,031

KDNK pada harga pasaran 1,108,935 1,174,329 1,229,800

Indeks harga pengguna 115.2 119.5 120.7


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia)

a) Hitung kadar sumbangan sektor kedua dan ketiga kepada keluaran negara
Malaysia bagi tahun 2017 dan 2018. [4 markah]

b) Hitung kadar perubahan tahunan sumbangan sektor pertanian dari tahun 2016
hingga 2018. Nyatakan arah alirannya. [2 markah]

c) Hitung KDNK benar bagi tahun 2017 dan 2018. [2 markah]

d) Nyatakan dua masalah dalam menghitung keluaran negara mengikut


kaedah keluaran [2 markah]

STPM-944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
9
SULIT*

28 Rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan (S), fungsi bocoran (S+T) dan
fungsi suntikan (I+G) bagi ekonomi tertutup.

Bocoran/Suntikan(RM juta)

S + T = -50 + 0.25Y

S = -150 + 0.25Y

100 I+G

0 Y0 Y1 Pendapatan negara(RM juta)

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan cukai sekaligus? [1]

(b) Hitung jumlah cukai sekaligus yang dikenakan dalam ekonomi tersebut. [2]

(c) Hitung tingkat pendapatan negara pada Y0 [2]

(d) Hitung jumlah perbelanjaan penggunaan pada tingkat keseimbangan pendapatan


negara ekonomi tertutup ini. [2]

(e) Jika Y1 ialah tingkat pendapatan negara potensi, hitung jumlah perubahan
perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk mencapai tingkat pendapatan tersebut?
[3]

29.Jadual di bawah menunjukkan data bekalan wang dan keluaran negara nominal bagi
sebuah negara pada tahun 2018 dan 2019.

Deposit Keluaran negara


Mata wang dalam
Tahun permintaan nominal
edaran (RM juta)
(RM juta) (RM juta)
32 000 52 800 220 000
2017
38 600 66 700 289 000
2018

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Deposit permintaan? [1]

(b) Hitung
i) kadar pertambahan bekalan M1 pada tahun 2018. [3]
ii) halaju wang pada tahun 2018 [2]

(c) Berdasarkan jawapan b(ii), adakah halaju wang selaras dengan Teori
Kuantiti Wang? Jelaskan jawapan anda. [2]

(d) Nyatakan dua kelemahan teori kuantiti wang Fisher [2]

STPM-944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Skema Permarkahan Ekonomi Semester 2 ( Peperiksaan Percubaan 2020 )

Bahagian A ( Soalan Aneka Pilihan )

1. B 2. B 3 A 4 B 5 D

6 B 7 C 8 D 9 A 10 B

11 D 12 C 13 A 14 D 15 C

16 D 17 A 18 C 19 D 20 B

Bahagian B ( Soalan ESEI )

21. (a) Apakah maksud kadar penggangguran, bagaimana kadar pengangguran dihitung[[4]

KADAR PENGGANGGURAN

Peratusan atau kadar tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang kegiatan ekonomi pada suatu tahun
tertentu berbanding tahun sebelumnya [2m]

Rumus Kadar Penggangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah Guna tenaga X 100
Jumlah Tenaga Buruh [1m]

Contoh pengiraan [1m]

(b) Terangkan tiga sebab pengangguran yang tinggi perlu ditangani [6]

1.Menjejaskan pertumbuhan ekonomi [1m]

-Pengangguran yang tinggi melibatkan pembaziran sumber manusia dan mengurangkan keluaran
negara.Maka wujud kadar pertumbuhan yang negative [1m]

2.Menjejaskan taraf hidup rakyat [1m]

-Pengangguran yang tinggi mengurangkan keluaran negara, pendapatan perkapita menurun.Maka


taraf hidup rakyat akan menurun[1m]

2.Meningkatkan kos sosial[1m]

-Pengangguran yang tinggi akan menyebabkan banyak masalah sosial seperti masalah kemiskinan
dan jenayah..Oleh itu kos sosial meningkat dan menjejaskan taraf hidup rakyat[1m]
22. (a) Bezakan pengganda dengan pengganda wang[2]

PENGGANDA

Pengganda ialah Nisbah antara perubahan pendapatan negara dengan perbelanjaan


kerajaan (AE ).

Formula: K = Perubahan Y
Perubahan AE

PENGGANDA WANG

Ialah berapa banyak deposit semasa ( wang ) yang dapat dicipta oleh bank perdagangan

Formula Pengganda wang = 1


Nisbah Rizab Mana2 perbezaan 2m

(b) Dengan menggunakan jadual, huraikan proses penggandaan yang berlaku apabila
pelaburan meningkat RM50 juta.[8]

PROSES PENGGANDA dengan contoh berangka

Andaikan MPC = 0.8

I = RM 50j 2m

Tahap pengganda Tambah Y(RM juta) Tambah C ( RM Juta )


1 50 40
2 40 32
3 32 25.6
2m
Seterusnya ………… …….
Jumlah 250 200

Andaikan pelaburan RM50 juta dan MPC=0.8.

Pelaburan RM50 juta akan meningkatkan pendapatan negara sebanyak RM50 juta dan penggunaan

0.8 X 50=RM 40 juta[1m]

Peningkatan penggunaan sebanyak RM40 juta akan menyebabkan perbelanjaan agregat meningkat dan
seterusnya pendapatan negara juga meningkat sebanyak RM40 juta. Ini mewujudkan peningkatan pada
tahap ke dua [1m]
.
*Proses ini berterusan iaitu akhirnya pendapatan negara meningkat menjadi RM 250
( 5 x RM 50 ) [1m] dan nilai pengganda C meningkat 5 kali ganda iaitu daripada RM 40 kepada RM 200
( 5 x RM 40).[1m]
23 Dengan menggunakan pendekatan suntikan-bocoran , terangkan kesan terhadap tingkat
keseimbangan pendapatan negara apabila

(a) pertambahan eksport dan pengurangan import[5]

S+T+M0

J,W S+T+M1

E1 I +G+X1

E0
I + G + X0
rajah 1m

0 yo y1 Pendapatan negara

Keseimbangan asal pada titik Eo iaitu J=W di mana I+G+X0 = S+T+M0 pada pendapatan negara
sebanyak Yo [1m]

Apabila berlaku pertambahan eksport dan pengurangan import menyebabkan peralihan keluk suntikan
iaitu I+G+X0 kepada I+G+X1 .Manakala pengurangan import S+T+M0 kepada S+T+M1 [1m]

Pada pendapatan negara Yo suntikan melebihi bocoran.Inventori berkurang.[1m] Oleh itu firma akan
menambahkan keluaran.Kesan pendapatan negara akan meningkat mencapai keseimbangan baru

Keseimbangan baru tercapai di E1 apabila I+G+X1=S+T+M1 pada pendapatan negara Y1 [1m].

Kesannya Pendapatan negara meningkat iaitu daripada Y0 kepada Y1 [1m] maksimum 5m


(b) pertambahan eksport kurang daripada pertambahan import [5]

S+T+M1

J,W S+T+M0

E1 I + G + X1
E0
I + G + X0
rajah 1m
Y1 Yo
Pendapatan negara

Keseimbangan asal pada titik Eo iaitu J=W di mana I+G+X0 = S+T+M0 pada pendapatan negara
sebanyak Yo [1m]

Apabila berlaku pertambahan eksport kurang daripada pertambahan import menyebabkan peralihan
keluk suntikan iaitu I+G+X0 kepada I+G+X1 kurang daripada pertambahan import S+T+M0 kepada
S+T+M1 [1m]

Pada pendapatan negara Yo bocoran melebihi suntikan. Berlaku lebihan stok.[1m] Oleh itu firma akan
mengurangkan keluaran.Kesan pendapatan negara akan berkurang dan mencapai keseimbangan baru

Keseimbangan baru tercapai di E1 apabila I+G+X1=S+T+M1 pada pendapatan negara Y1 [1m].

Kesannya Pendapatan negara berkurang iaitu daripada Y0 kepada Y1 [1m] maksimum 5m

24 a) Nyatakan komponen bekalan wang M1 dan M2? [4]

M1 = mata wang dalam edaran + deposit semasa di bank perdagangan


( wang syiling dan wang kertas ) [2m]

M2 = M1 + wang hampir/separa wang


= M1 + deposit tabungan + deposit tetap di bank-bank perdagangan + sijil deposit
boleh niaga+ sijil bank negara [2m]
b) Berdasarkan teori Kewangan Keynes , jelaskan bagaimana kadar bunga ditentukan [6]

kadar bunga

Ms

a b
r2
ro Eo
Md raah 1m
r1 c d

0 Q2 Qo Q1 kuantiti wang

Pada kadar bunga r2 di dapati SS wang melebihi DD wang.Wujud lebihan penawaran wang sebesar jarak
ab.Masyarakat akan menggunakan lebihan wang ini untuk pembelian bon.Kesannya harga bon
meningkat dan kadar bunga jatuh sehingga titik keseimbangan kadar bunga ro [2m]

Pada kadar bunga r1 di dapati DD wang melebihi SS wang.Wujud lebihan permintaan wang sebesar
jarak cd. Ini menggalakkan penjualan bon.Kesannya harga bon jatuh dan kadar bunga naik sehingga titik
keseimbangan kadar bunga ro[2m]

Keseimbangan tercapai pada titik Eo apabila Dm =Sm iaiatu pada kadar bunga ro dan bekalan wang Qo
[1m]

25. a) Bezakan Tarif Spesifik dan Tariff Ad-Valorem[2]

Tarif Spesifik ialah Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import.
Cth: jika tarif sebanyak RM40 dikenakan ke atas setiap 100 kg beras Thailand, cukai
tersebut adalah tetap tidak kira harga beras import naik atau turun dari semasa ke semasa

Tarif Ad Valorem ialah Cukai import yang dihitung berdasarkan harga barang import
Dikenakan sebagai suatu peratusan daripada harga yang diimport
Cth: 50% dikenakan ke atas kereta Mercedes yang bernilai RM90,000 seunit, bermakna
cukai import kereta berkenaan ialah RM45,000 [2m]
b) Dengan menggunakan rajah, huraikan kesan tariff terhadap ekonomi sesebuah
negara [8]

Harga (RM)

Sd

Po Eo
P2 Sw + T

P1 Sw rajah 2m
Dd

Kuantiti barang X (unit)


0 Q3 Q4 Q0 Q2 Q1

Andaikan berlaku PAB pada Pasaran Persaingan Sempurna. Apabila tariff import dikenakan,
menyebabkan alihan keluk dari S1 ke S2 [1m]
1.Kesannya 1. Harga naik dari P1 ke P2.
2..Pengeluaran domestik naik dari Q3 ke Q4.
3. Penggunaan domestik jatuh dari Q1 ke Q2
4. Jumlah import jatuh iaitu dari Q3Q1 ke Q2Q4
5. Hasil kerajaan sebanyak AQIL
6. Imbangan dagangan dapat dibaiki kerana nilai eksport melebihi nilai import [6m]

26. a) Apakah yang dimaksudkan dengan “ kesilapan dan ketinggalan “ dalam imbangan
pembayaran Malaysia [2]

Merekodkan aliran wang yang tercicir atau hilang serta tidak dapat dikesan [2m]

b) Jelaskan bagaimana devaluasi dapat mengatasi masalah imbangan pembayaran defisit


[8]

Devaluasi ialah kerajaan menurunkan nilai mata wang berbanding mata wang asing [1m]

• Harga barang eksport relatif lebih murah, permintaan eksport akan meningkat[2m]
• Harga barang import meningkat, permintaan import akan jatuh [2m]
• Imbangan pembayaran positif [1m] kerana permintaan ekspor melebihi permintaan
import[1m]
• Pertambahan eksport menyebabkan firma menambahkan keluaran [1m] .Eksport
meningkat menyebabkan pendapatan negara meningkat.[1m]
• Keadaan ini dapat membaiki imbangan pembayaran defisit
SKEMA BAHAGIAN C

SKEMA SOALAN 27

2017 2018
a) kadar sumbangan
sektor(%): i. (269804 + 53574) i. (283337 + 55835)
i. kedua ---------------------- x 100 = 27.54 ---------------------- x 100 = 27.58
ii. ketiga 1174329 1229800
[1] [1]
ii. 639568 ii. 683080
------------- x 100 = 54.46 ----------- x 100 = 55.54
1174329 1229800
[1] [1]

b) kadar perubahan (95968 – 89509) (95545 – 95968)


tahunan sumbangan --------------------- x 100 = 7.22 --------------------- x 100 = -0.44
sektor pertanian(%) 89509 95968
[1]
Arah aliran
meningkat pada tahun 2017 dan
menurun pd th 2018. [1]

c) KDNK benar 100 100


------- x 1174329 = RM982702.09 ------- x 1229800 = 1018889.81
119.5 120.7
[1] [1]

d) Dua masalah:
- pengiraan 2 kali
- maklumat tidak tepat dan lengkap [2]

Skema Jawapan No 28

(a) Cukai sekaligus merupakan cukai yang dikenakan dalam jumlah tertentu ke atas pendapatan
negara, contohnya RM100 juta. [1]

(b) S + T = -50 + 0.25Y


-150 + 0.25Y + T = -50 + 0.25Y [1]
T = -50 + 150
= RM100 juta [1]
(c) Y0 :
S+T=I+G
-50 + 0.25Y = 100 [1]
0.25Y = 150
Y = 150/0.25 = RM600 juta [1]
(d) C = 150 + 0.75Y
= 150 + 0.75(600) [1]
= 50 + 450
= RM600 juta [1]

(e) Y1 :
S=I+G
-150 + 0.25Y = 100
0.25Y = 250
Y = 250/0.25 = RM1000 juta [1]

k = 1/1- MPC = 1/ RM441-0,75 = 4 [1]

∆Y = M X ∆G
( 1000 – 600) = 4 X ∆G
RM400 j= 4 X ∆G
∆G =RM400 j / 4

= RM100 juta

Perbelanjaan kerajaan perlu dinaikkan/ditambah sebanyak RM100 juta. [1]

SKEMA SOALAN 29

(a) Deposit permintaan ialah simpanan masyarakat dalam bank perdagangan yang
membolehkan pelanggan menggunakan cek [1m]

(b) Hitung
i) kadar pertambahan bekalan M1 pada tahun 2018.

2017 = RM32 000 juta + RM52 800 juta = RM84 800 juta
2018 = RM 38 600 juta + RM 66 700 juta = RM 105 300 juta [1m]

M1 – Mo X100
Mo formula 1m

RM105 300 juta – RM 84 800 juta X 100


RM 84 800 juta

= 24.17% [1m]
ii) halaju wang pada tahun 2018[2]

MV=PT

V= PT = kDNK RM289 000 juta


M [1m] M RM 105 300 juta 2.74 [1m]

(c) Berdasarkan jawapan b(ii), adakah halaju wang selaras dengan Teori Kuantiti Wang?
Jelaskan jawapan anda. [2]

Keadaan ini tidak selari dengan teori kuantiti wang Fisher[1m].Ini kerana teori
menggandaikan halaju wang adalah tetap [1m]

(d) Nyatakan dua kelemahan teori kuantiti wang Fisher [2]

1. Guna tenaga penuh tidak tercapai, maka keluaran negara boleh ditambah iaitu T
tidak tetap

2. Andaian V tetap. Dalam keadaan sebenar halaju pusingan wang akan berubah
mengikut keadaan ekonomi semasa

3. Tidak mengambil kira kadar bunga .Dalam keadaan sebenar sebarang perubahan SS
wang akan mempengaruhi kadar bunga

4.DD wang untuk urusniaga.Dalam keadaan sebenar DD wang juga untuk tujuan
awasan dan spekulasi pilih mana-mana 2

You might also like