You are on page 1of 7

KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM TAHUN 2013-2021

EKONOMI KERTAS 1 (944/1)


TAJUK 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA

ANALISIS SOALAN DARI TAHUN 2013 HINGGA TAHUN 2021

Tajuk 2
TAHUN BAHAGIAN B BAHAGIAN C
2013 22 27
2014 22, 23 28
2015 22, 23 28
2016 22 27
2017 22, 23 27
2018 22, 23 Tiada
2019 22, 23 27
2020 22, 23 27
2021 22, 23 28

BAHAGIAN B

2013
22 (a) apakah maksud keanjalan permintaan pendapatan? [2]
(b) Terangkan kaitan antara nilai keanjalan pendapatan dengan jenis barang. [6]

2014
22 (a) Bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas keluk permintaan
(ceteris paribus) , sekiranya,
(i) kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam, [4]
(ii) harga barang pengganti turun [4]

23 (a) Takrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar. [2]


(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas lebihan pengguna
apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar. [8]

2015
22 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan permintaan dan lebihan penawaran? [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan proses keseimbangan pasaran
Tercapai apabila berlaku lebihan permintaan dan lebihan penawaran. [8]

23 (a) Jelaskan maksud keanjalan permintaan harga. [2]


(b) Huraikan empat faktor yang menentukan keanjalan permintaan harga. [8]

2016
22 (a) Takrifkan harga maksimum dan harga minimum. [2]
(b) (i) Dalam keadaan bagaimanakah kerajaan boleh melaksanakan dasar harga
maksimum? [2]
(ii) Huraikan tiga tujuan dasar harga maksimum dilaksanakan kerajaan. [6]

KamisahHjArbain@KISAS_05082021 1
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM TAHUN 2013-2021
EKONOMI KERTAS 1 (944/1)
TAJUK 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA

2017
22 Huraikan lima faktor penurunan permintaan motosikal tempatan. [10]

23 “Kenaikan harga besi dan kenaikan pendapatan pengguna menyebabkan peralihan keluk
penawaran lebih kecil berbanding dengan peralihan keluk permintaan dalam pasaran kereta.”

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peralihan kedua-dua keluk tersebut terhadap
harga dan kuantiti keseimbangan dalam pasaran kereta tempatan. [10]

2018
22 (a) Bezakan perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran. [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas penawaran getah sekiranya,
(i) upah buruh di lading getah meningkat, [4]
(ii) kerajaan memberikan subsidi baja kepada pekebun kecil getah. [4]

22 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan penawaran?. [2]


(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan perbezaan antara penawaran anjal
penawaran tak anjal. [8]

2019
22 Penyelidikan kesihatan telah meyakinkan pengguna bahawa pengambilan susu kambing adalah
lebih sihat daripada pengambilan susu lembu. Dengan berbantukan dua gambar rajah yang
berasingan, terangkan perubahan tingkat keseimbangan bagi pasaran susu lembu dan
perubahan tingkat keseimbangan bagi pasaran susu kambing jika cita rasa pengguna berubah
ekoran daripada penyelidikan tersebut. [10]

23 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan pendapatan? [2]


(b) Dengan memberikan contoh barang, terangkan perkaitan antara nilai keanjalan
permintaan pendapatan dengan jenis barang. [8]

2020
22 “Pertambahan bilangan pelajar dan peningkatan harga kertas telah memberikan kesan kepada
keseimbangan pasaran bagi buku teks Ekonomi.”
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan kepada keseimbangan pasaran buku teks
Ekonomi sekiranya perubahanNAIK permintaan adalah lebih besar daripada TURUN
perubahan penawaran. [10]

KamisahHjArbain@KISAS_05082021 2
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM TAHUN 2013-2021
EKONOMI KERTAS 1 (944/1)
TAJUK 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA

23 Huraikan lima faktor yang menyebabkan keanjalan penawaran bersifat anjal. [10]

Jangka masa pengeluaran Jangka masa pengeluaran yang panjang mybbkan pgluar mudah
panjang. menambhkan pengeluaran dgn byk maka penawaran adalah
anjal.

Faktor pengeluaran ada Faktor pgrln yang mempunyai BANYAK pengganti membolehkan
pengganti pgluar menambah pgluaran dgn banyak, maka SS adalah anjal

Bilangan firma banyak Bil firma yg banyak maka pengeluar boleh menambhkan
pengeluaran dgn banyak, maka SS adalah anjal
Teknologi yg semakin canggih tek yg smakin cnggih mybbkan daya pengeluaran brg meningkat
dgn banyak, maka SS adalah anjal

2021
22 (a) Apakah hukum permintaan? [2]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hukum permintaan. [8]

23 (a) Jelaskan dasar harga maksimum. [2]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas keseimbangan pasaran
apabila kerajaan mengenakan dasar harga maksimum ke atas pengeluaran sesuatu
barang. [8]

BAHAGIAN C
2013
27 Persamaan permintaan dan penawaran ikan adalah seperti berikut:
P = 20 – 2Q,
P = 5 + 3Q,
dengan P = Harga (RM/kg)
Q = Kuantiti ikan (000’ kg)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2]


(b) Sekiranya kerajaan memberi subsidi sebanyak RM2.00 sekilogram kepada
pengeluar
(i) berikan persamaan penawaran baharu, [1]
(ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan, [2]
(iii) hitung jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan, dan [1]
(iv) apakah kesan dasar tersebut terhadap pasaran ikan? [1]
(c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran ikan sebelum dan
selepas subsidi diberikan. [3]

KamisahHjArbain@KISAS_05082021 3
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM TAHUN 2013-2021
EKONOMI KERTAS 1 (944/1)
TAJUK 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA

2014
28 Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti diminta dan kuantiti ditawar bagi suatu barang
dalam pasaran.

Harga (RM) Kuantiti dimita (unit) Kuantiti ditawar (unit)


6.00 22 14
8.00 20 16
10.00 18 17
12.00 16 20

(a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga apabila harga meningkat daripada
RM8.00 kepada RM10.00. [3]
(b) Hitung nilai keanjalan penawaran harga apabila harga meningkat daripada
RM8.00 kepada RM10.00. [3]
(c) Hitung jumlah hasil pada setiap tingkat harga. [2]
(d) (i) Apakah kesan pada jumlah hasil jika harga jualan meningkat? [1]
(ii) Apakah kaitan antara jumlah hasil dengan keanjalan permintaan harga? [1]
2015
28 Persamaan permintaan dengan penawaran daging kambing import masing-masing ialah seperti
berikut:
P = 70 – 2Q,
P = 10 + Q,

Dengan P = Harga daging kambing per kilogram (RM),


Q = Kuantiti daging kambing (kg)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2]


(b) Hitung lebihan pengguna pada titik keseimbangan. [1]
(c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai ke atas daging kambing import sebanyak RM3.00
per kilogram,
(i) hitung harga dan kuantiti keseimbangan baru, [2]
(ii) hitung perubahan lebihan pengguna dan jelaskan makna bagi nilai yg diperoleh.[2]
(d) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan penawaran sebelum dan
dan selepas cukai dikenakan. [3]

2016
27
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi barang X dan barang Y pada pelbagai tingkat harga
barang X.

Harga barang X Kuantiti diminta barang X Kuantiti diminta barang Y


(RM per unit) (unit) (unit)
1 50 4
2 40 6
3 30 8
4 20 10

KamisahHjArbain@KISAS_05082021 4
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM TAHUN 2013-2021
EKONOMI KERTAS 1 (944/1)
TAJUK 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA

(a) Hitung jumlah perbelanjaan pengguna barang X pada setiap tingkat harga. [2]

(b) Hitung nilai keanjalan permintaan harga barang X, [2]

(i) apabila harga naik daripada RM2 kepada RM3 [2]

(ii) apabila harga turun daripada RM4 kepada RM3 [2]

(c) (i) Hitung keanjalan silang barang Y apabila harga barang X naik daripada RM3 kepada [2]
RM4.

(ii) Berrdasarkan jawapan (c)(i), jelaskan hubungan antara barang X dengan barang Y. [2]

2017
27
Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi barang X di pasaran A (DA) dan
di pasaran B (DB).

(a) Hitung keanjalan permintaan harga di kedua-dua pasaran jika harga barang X menurun [4]
daripada RM5 kepada RM3.
(b) (i) Hitung perubahan jumlah hasil di pasaran A [2]

(ii) Hitung perubahan jumlah hasil di pasaran B [2]

(c) Berdasarkan jawapan anda pada (a) dan (b), buat kesimpilan anda tentang hubungan antara [2]
keanjalan dengan jumlah hasil.

2018 – TIADA

KamisahHjArbain@KISAS_05082021 5
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM TAHUN 2013-2021
EKONOMI KERTAS 1 (944/1)
TAJUK 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA

2019
27
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi suatu barang pada pelbagai tingkat harga.

Harga Kuantiti diminta (unit)


(RM)
1 50
2 40
3 30
4 20

(a) Terbitkan persamaan permintaan terhadap barang tersebut. [2]

(b) Jika persamaan penawaran barang tersebut ialah [2]

Qs = 60 + 6P

dengan
Qs = kuantiti ditawar (unit)
P = harga (RM)

(i) hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut [2]

(ii) hitung lebihan pengguna [2]

(c) Jika permintaan bertambah sebanyak 20 unit pada setiap tingkat harga,
(i) terbitkan persamaan permintaan yang baharu. [1]
(ii) hitung harga dan keseimbangan pasaran yang baharu. [2]
(iii) jelaskan kesan ke atas harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut. [1]

2020
27
Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang adalah seperti yang berikut:

P = 200 – 4Q
P = 50 + 2Q

dengan

Q = kuantiti (unit)
P = harga (RM)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [3]

(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM6 seunit kepada pengeluar,
(i) tentukan harga dan kuantiti keseimbangan baharu, dan [2]

(ii) hitung keanjalan permintaan harga barang tersebut apabila harga keseimbangan [2]
lama meningkat kepada harga keseimbangan baharu.

(c) Jika kerajaan menetapkan harga minimum sebanyak RM120 seunit,

KamisahHjArbain@KISAS_05082021 6
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM TAHUN 2013-2021
EKONOMI KERTAS 1 (944/1)
TAJUK 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA

(i) hitung kuantiti diminta dan kuantiti ditawar, dan [2]

(ii) berdasarkan jawapan anda di(c)(i), apakah kesan yang berlaku ke atas pasaran [1]
barang tersebut?

2021
28 Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti yang berikut:

P = 120 – 3Q
P = 20 + 2Q
dengan
P = harga (RM)
Q = kuantiti (unit)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [3]

(b) Sekiranya kerajaan campur tangan dengan menetapkan harga keluaran pada
RM75 bagi setiap unit keluaran,
(i) hitung kuantiti diminta dan kuantiti ditawar bagi barang X, dan [2]
(ii) berdasarkan jawapan anda di (b)(i), apakah yang berlaku kepada
keseimbangan pasaran tersebut? Jelaskan jawapan anda. [2]

(c) Hitung lebihan pengguna sebelum dan selepas kerajaan menetapkan harga. [3]

SOALAN TAMAT

KamisahHjArbain@KISAS_05082021 7

You might also like