You are on page 1of 12

Berdasarkan soalan di atas ia merujuk kepada dua jenis stuktur pasaran iaitu pasaran Monopoli

dan pasaran Oligopoli. Contoh firma yang mengamalkan pasaran Monopoli di Malaysia ialah
firma Telekom Malaysia. Manakala, bagi struktur pasaran Oligopoli pula contoh firma adalah
firma pengeluar minyak petrol iaitu Petronas, Exxonmobil, Shell dan Caltex.

TELEKOM MALAYSIA

Pasaran monopoli merupakan sebuah pasaran yang mempunyai hanya seorang penjual tunggal,
iaitu menjual produk yang tidak ada penganti hampir dan terdapat halangan yang besar untuk
memasuki pasaran. Dalam industri ini, hanya ada sebuah firma sahaja yang yang menghasilkan
sesuatu barang yang tiada barang penganti hampir di pasaran. Ini bermakna firma dan industri
adalah sama sahaja.
Telekom Malaysia merupakan firma monopoli yang menguasai 90% bahagian pasaran
telekomunikasi dalam talian tetap di Malaysia. Pelbagai perkhidmatan baru telah disediakan oleh
Telekom Malaysia bagi meningkatkan perkhidmatan mereka dalam industri Telekomunikasi.
Antaranya ialah Talian Coins, Tollfree,Vpn, Kadfon, Malaysia Direct, Vsat, Will, Telesstock,
Isdn,Tmnet, Video Conferencing, Unifi dan sebagainya telah diperkenalkan. Dengan pencapaian
dan peningkatan yang dialami oleh Telekom Malysia Berhad, tidak mustahil sekiranya ia
menjadi sebuah syarikat telekomunikasi yang terunggul dan terkemuka di dalam negara dan
menyebabkan wujudnya halangan kemasukan industri baru dalam pasaran telekomunikasi talian
tetap.
Dalam struktur pasaran telekomunikasi, pengiklanan turut memainkan peranan yang penting
namun ia adalah terbatas. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan firma Telekom Malaysia
melakukan pengiklanan :

1. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pengguna

Pengiklanan yang memberikan maklumat dan pengetahuan kepada pengguna dikatakan


memberikan faedah sosial. Melalui pengiklanan, Telekom Malaysia dapat memberikan
maklumat sebenar tentang kualiti, sifat teknik produk yang ditawarkan dan jenis perkhidmatan
yang ditawarkan. Dalam pengiklanan, memberi maklumat adalah penting kerana pengguna boleh
membuat pilihan terbaik antara berbagai-bagai jenis barangan yang ada. Kebajikan pengguna
akan meningkat kerana tanpa pengiklanan adalah sukar dan mahal bagi pengguna menilai
kelebihan sesuatu jenama barangan pengguna. Misalnya Telekom Malaysia kurang melakukan
pengiklanan dan hanya melakukan pengiklanan secara berkala misalnya di musim perayaan
dimana ia adalah bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pengguna tentang barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan. Misalnya, iklan mengenai perkhidmatan jalur lebar Unifi yang
diperkenalkan oleh Telekom Malaysia berjaya menarik ramai pengguna.

2. Untuk mengurangkan keanjalan permintaan bagi meninggikan keuntungan.

Selain itu, pengiklanan yang dilakukan oleh Telekom Malaysia juga digunakan untuk
mengurangkan keanjalan permintaan bagi meninggikan keuntungan. Terdapat dua saluran yang
membuktikan pengiklanan mempengaruhi keuntungan. Pertama, pengiklanan mewujudkan
halangan kemasukan yang seterusnya meninggikan harga had dan keuntungan. Kedua,
pengiklanan mempengaruhi keanjalan harga permintaan. Jadi ini menyebabkan firma akan
mendapat keuntungan monopoli dan menyebabkan firma tersebut menguasai pasaran. Jika
permintaan terhadap sesuatu barang adalah anjal, kenaikan harga barang tersebut menyebabkan
kejatuhan dalam jumlah keuntungan. Manakala, jika permintaan sesuatu barang tersebut tidak
anjal, kejatuhan harga barang tersebut akan mengurangkan jumlah keuntungan.

3. Menghalang kemasukan firma baru dalam pasaran.

Pengiklanan menghalang kemasukan melalui dua kesan secara langsung iaitu kesan pengiklanan
terhadap SKM operasi pengeluaran firma dan keperluan modal. Kesan dari pengiklanan terhadap
SKM operasi pengeluaran firma menyebabkan wujudnya ekonomi ikut skel. Hal ini
menyebabkan firma besar seperti Telekom Malaysia yang telah menguasai 90% dalam pasaran
sahaja boleh menarik pelanggan dengan kos pengiklanan perunit yang lebih rendah daripada
firma kecil. Begitu juga dengan halangan kemasukan melalui keperluan modal. Pengiklanan
memerlukan modal yang banyak. Modal diperlukan bukan sahaja untuk pelaburan dalam loji dan
kelengkapan bahkan untuk pemasaran. Pelaburan bagi bagi menembusi pasaran tersedia ada
adalah berisiko tinggi. Hal ini disebabkan bukan semua aktiviti pengiklanan akan mendatangkan
hasil. Pembaziran mungkin berlaku khususnya jika pengiklanan gagal menarik para pembeli.
Jadi hal ini juga menyebakan firma besar sahaja dapat menguasai pengiklanan.
Bagi Telekom Malaysia yang menguasai hampir 90%dalam bahagian pasaran, tidak melakukan
perbelanjaan pengiklanan yang berlebihan kerana ia tidak mempunyai persaingan dalam pasaran
perkhidmatan talian secara tetap. Oleh yang demikian, keamatan pengiklanan adalah rendah
dalam industri monopoli.

OLIGOPOLI (PETRONAS, EXXONMOBIL, SHELL DAN CALTEX)

Pasaran oligopoli merupakan struktur pasaran yang mempunyai beberapa buah firma besar yang
menghasilkan keluaran yang berbeza untuk memenuhi keperluan seluruh pasaran. Ini bermakna
jumlah keluaran untuk sesuatu keluaran hanya dihasilkan oleh beberapa buah firma besar sahaja.
Dalam industri pengeluaran minyak petroleum, terdapat beberapa buah firma besar yang
menguasai pasaran oligopoli iaitu Petronas, Exxonmobil, Shell dan Caltex. Keluaran setiap firma
dalam pasaran oligopoli dapat digantikan dengan mudah antara satu sama lain.
Empat buah firma yang menguasai 90% bahagian pasaran dalam industri pengeluaran minyak
petroleum mempunyai kuasa monopoli atau kuasa mempengaruhi tingkat harga pasaran
bergantung kepada kerjasama antara firma. Jika tidak mempunyai kerjasama antara firma, maka
kuasa mempengaruhi harga pasaran adalah lemah lalu mewujudkan suasana perang harga antara
firma. Terdapat beberapa kepentingan pengiklanan yang wujud dalam persaingan firma
oligopli,misalnya:

1. Bersaing untuk meningkatkan jualan dan keuntungan dalam pasaran.

Firma Petronas, Exxonmobil, Shell dan Caltex bukan sahaja bersaing dari segi harga, tetapi turut
bersaing dari segi bukan harga, iaitu melalui aktiviti seperti iklan, promosi, jualan, dan tawaran
hadiah percuma untuk meningkatkan jualannya. Keamatan pengiklanan dijangkakan lebih tinggi
dalam industri oligopoli. Berbanding dengan pemotongan harga, firma-firma Petronas,
Exxonmobil, Shell dan Caltex memilih kaedah pengiklanan sebagai kaedah yang lebih selamat
untuk meraih jualan daripada firma saingan, meninggikan bahagian pasaran, dan keuntungan.
2. Tujuan untuk mengekalkan kesetiaan penggunaan terhadap keluarannya.

Selain itu, aktiviti pengiklanan perlu dilakukan oleh empat buah firma besar ini bagi melakukan
pengiklanan dengan tujuan untuk mengekalkan kesetiaan penggunaan terhadap keluarannya.
Melalui tindakan ini akan dapat melindungi bahagian pasaran firma masing-masing daripada
mengalami kemerosotan akibat persaingan. Misalnya, Petronas giat mempromosikan “Ganjaran
Kad Mesra” untuk menarik para pelanggan untuk terus setia menggunakan produk mereka.
Namun demikian, apabila periklanan dilakukan secara berlebihan ia akan menjadi kurang
berfungsi dan keuntungan akan berkurangan.

3. Kaedah pengiklanan lebih mudah dan selamat.

Firma oligopoli mendapati bahawa cara mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka
melalui pengiklanan adalah lebih selamat untuk meraih jualan daripada firma saingan daripada
melakukan kaedah pemotongan harga. Hal ini demikian kerana, taktik pemotongan harga kurang
digemari oleh firma oligopoli kerana tindakan menurunkan harga bagi produk dan perkhidmatan
akan diikuti oleh dengan serta-merta oleh firma saingan kecuali jika ia dirahsiakan. Sebaliknya,
aktiviti pengiklanan yang berjaya akan sukar diikuti dan memerlukan masa yang agak lama
untuk bertindak balas. Misalnya, Petronas akan mempromosikan jenama dan produknya
menerusi pengiklanan di televisyen mahupun menaja program-program besar seperti menaja
program perlumbaan litar F1 di Litar Sepang, Selangor.

Tetapi sama seperti strategi harga, pakatan perbelanjaan pengiklanan dalam oligopoli sukar
dilakukan. Akibatnya, setiap firma dalam oligopoli akan melakukan perbelanjaan pengiklanan
berlebihan daripada yang diperlukan. Secara kesimpulannya, pengurusan pengiklanan bagi firma
Oligopoli adalah lebih rumit dan memakan kos perbelanjaan yang tinggi berbanding firma
daripada pasaran Monopoli. Hal ini demikian kerana perbelanjaan pengiklanan memerlukan
strategi yang sesuai. Firma harus mengambil kira bagaimana kelakuan pihak lawannya dan
apakah tindakan pihak lawannya terhadap perubahan yang dibuat olehnya.
KESEIMBANGAN

Keseimbangan dalam pasaran berlaku apabila harga seimbang dengan perancangan pembeli dan
penjual. Titik keseimbangan dicapai apabila keluk permintaan memotong keluk penawaran. Pada titik
persilangan permintaan dan penawaran, harga dan kuantiti keseimbangan ditentukan. Harga
keseimbangan ialah harga di mana kuantiti yang diminta sama dengan kuantiti yang ditawarkan.

Keseimbangan terbahagi kepada dua

i. Keseimbangan jangka pendek


ii. Keseimbangan jangka panjang

(i) keseimbangan pasaran bagi firma yang menggunakan PASARAN MONOPOLI dalam
jangka pendek.

1. Keseimbangan MONOPOLI jangka pendek boleh wujud dalm tiga keadaan iaitu :
1.1 Untung lebih normal

( JH > JK) @ (P > AC), maka 𝜋 >0


1.2 Untung normal

( JH = JK) @ (P=AC) ,maka 𝜋 = 0

1.3 Untung kurang normal (rugi)

( JH < JK) @ (P < AC) , maka 𝜋 < 0

CONTOH JADUAL PEMAKSIMUMAN KEUNTUNGAN JANGKA PENDEK


HARGA JUMLAH HASIL JUMLAH KOS SUT UNTUNG
(RM) KUANTITI HASIL SUT KOS ( MC ) (JH – JK)
(P) (Q) (JH=P X Q) ( MR )

5.00 1 5.00 - 15.00 - -10.00

5.00 2 10.00 5.00 16.50 1.50 -6.50


5.00 3 15.00 5.00 17.50 1.00 -2.50

5.00 4 20.00 5.00 19.50 1.50 -1.00

5.00 5 25.00 5.00 21.50 2.50 3.50

5.00 6 30.50 5.00 24.50 3.00 5.50

5.00 7 35.00 5.00 29.50 5.00 5.50

HARGA JUMLAH HASIL JUMLAH KOS SUT UNTUNG


(RM) KUANTITI HASIL SUT KOS ( MC ) (JH – JK)
(P) (Q) (JH=P X Q) ( MR )

5.00 8 40.00 5.00 36.50 6.50 4.00

5.00 9 45.00 5.00 43.00 7.00 2.00

(ii) Keseimbangan pasaran bagi firma yang menggunakan PASARAN MONOPOLI dalam
jangka panjang.

Pada jangkamasa panjang, kebiasaannya monopoli mampu untuk mencapai


keuntungansupernormal. Monopoli adalah pengeluar tunggal di dalam pasaran,
menjual baranganyang tiada pengganti hampir. Maka, sukar bagi firma lain
memasuki pasaran dan berkongsi keuntungan, oleh itu keseimbangan pasaran perlu dititk
beratkan dengan :

1. Firma MONOPOLI merupakan pengeluar tunggal tanpa kebebasan keluar dan masuk.
2. Jika Firma MONOPOLI memperolehi keuntungan dalam jangka masa pendek , maka ia akan
Meneruskan operasinya dalam jangka masa panjang dengan menggunakan saiz loji yang besar
Supaya memperoleh keuntungan yang lebih banyak dan berlipat ganda.
3. Jika Firma MONOPOLI mengalami kerugian jangka pendek, ia akan membuat penyesuaian
Ketas Saiz loji yang sekurang – kurangnya memperolehi keuntungan normal dalam jangka
Panjang. Jika tidak ia terpaksa menutup operasinya.
4. Monopoli dan Diskriminasi Harga.
Adakalanya terbuka kemungkinan kepada perusahaan monopoli untuk menjual barangnya di
dalam dua pasaran (misalnya pasaran dalam negeri dan luar negeri) yang sangat berbeza
sifatnya. Biasanya sifatpermintaan di kedua pasar itu juga sanga berbeda. Untuk
memaksimumkan keuntungannya perusahaan monopoli dapat menjalankan kebijaksanaan
diskriminasi harga.
Syarat- syarat Diskriminasi Harga :
4.1 Barang tidak dapat dipindahkan dari satu pasar ke pasar lain.
4.2.Sifat barang atau jasa itu memungkinkan dilakukan diskriminasi harga.
4.3 Sifat permintaan dan elastisitas permintaan di masing-masing pasar haruslah
sangat berbeza.
4.4 Kebijakan diskriminasi harga tidak memerlukan kos yang melebihi tambahan
keuntungan yangdiprolehi tersebut.
4.5 Produktivit dapat mengekspoitasikan beberapa sikap tidak rasional konsumen.
4.5.1 Contoh-contoh Kebijaksanaan mengdiskriminasi Harga
1. Kebijaksanaan dalam diskriminasi harga oleh perusahaan
monopoli pemerintah.
2. Kebijakansanaan diskriminasi harga oleh para professional.
3. Kebijaksanaan diskriminasi harga di pasar internasional.
5. Lebih Teratur :
Pembangunan industri dan penyediaan infrastruktur boleh diselaraskan.Perkhidmatanyang
disediakan oleh firma kecil dan banyak adalah sukar dikawal.

6. Banyak Pilihan
Oleh kerana barang dibezakan, pengguna boleh memilih barang mengikut warna, bentuk dan
mutu berdasarkan kemampuan masing-masing. Dengan ini kepuasan pengguna
dapatdimaksimumkan.
7. Penjualan Terjamin
Sesetengah pelanggan akan setia terhadap keluaran sesuatu firma, jadi penjualanmonopoli
adalah terjamin kerana dia tidak akan hilang semua pelanggannya apabilamenaikan harga.

(i) Keseimbangan pasaran bagi firma yang menggunakan PASARAN OLIGOPOLI dalam
jangka pendek.

1. Dalam jangka masa pendek , bilangan firma akan dijangka serta diandaikan akan tetap
Manakala dalam jangka masa panjang fima mempunya masa yang secukupnya untuk masuk /
Keluar dalam industry.

2. keseimbangan dicapai apabila kos sut (KS) menyamai hasil sut (HS) , penentuan tingkat
Kuantiti yang akan dikeluarkan untuk memaksimumkan keuntungan.
3. Syarat pemaksimuman keuntungan ( KS = HS )
4.Pada jangkamasa pendek, firma boleh mengalami untung subnormal atau dengan
kata lain, rugi. Mereka perlu memutuskan sama ada akan terus kekal di pasaran
atau keluar dari pasaran. Keputusan untuk keluar daripada pasaran adalah
bergantung kepada kos berubah purata jangkamasa pendek (AVC) dan hasil purata (AR).
Jika AR < AVC, firmadinasihatkan untuk menutup operasinya

(ii) Keseimbangan pasaran bagi firma yang menggunakan PASARAN OLIGOPOLI dalam
jangka panjang.

1. Dalam jangka masa panjangm, Firma mempunyai masa yang secukupnya untuk membuat
Perubahan kepada produktiviti dari segi pada meningkat kan output dan input.
2. kebebasan keluar dan masuk industry akan menyebabkan Fima akan hanya memperolehi
Keuntungan secara jangka masa panjang.
3. keuntungan normal : jumlah hasil = jumlah kos.
4. Model Kepemimpinan harga (Price Leadership Model)
Dalam Model ini perusahaan yang dominan mengambil inisiatif dalam penentuan
harga. Tujuannya adalah untuk meningkatkan laba dengan membentuk koluisi secara
implicit (implicit conclusion). Dikatakan kolusi karena perusahaan dominan berharap
perusahaan lain mengikutui langkah tersebut. Dikatakan implisit karena kolusi tidak
berdasarkan perjanjian formal. Produsen dominan memberikan sinyal harga (price
signaling), misalnya dengan menggunakan media masa (konferensi pers). Produsen
dominan memliki posisi penentu haraga (price setter)., perusahaan yang lain sebagai
penerima harga (price taker). Diagram 11.3 menggambarkan secara grafis. Di
Indonesia, semen Tiga Roda (Indocement), dan film Fuji adalah contoh price
leader dalam pasar yang oligopolistic.

Pada jangkamasa panjang, firma Pasaran Oligopoli selalunya akan mendapat untung normal
sahaja. Jika pada jangkasama pendek, firma mencapai keuntungan supernormal, ini
akan menarik lebih ramai firma lain akan cuba memasuki pasaran. Kemasukan lebih
banyak firma kedalam pasaran akan meningkatkan penawaran pasaran dan mengurangkan
harga pasaran.Keluk penawaran pasaran akan beralih ke kanan dan keseimbangan baru dicapai.
Jika

Ada dikalangan firma yang mengalami untung subnormal pada keseimbangan baru ini,mungkin
mereka akan meninggalkan pasaran – keluar dari pasaran. Maka, penawaran pasaran
akan beralih ke kiri dan berlaku kenaikan harga pada titik keseimbangan yang baru.

Kesimpulan Pasaran Monopoli

Pasaran Monopoli adalah penguasaan pasaran oleh satu perusahaan atau kelompok perusahaan
besar, dimana terdapat hambatan bagi perusahaan lain untuk masuk. Dimana monopoli dapat
ditimbulkan oleh faktorteknis dan legalitas. Secara jangka pendek monopolis pada umumnya
mendapatkan keuntungan, namunbukan berarti monopolis tidak dapat menderita kerugian.
Dalam jangka panjang, monopolis tidakmendapatkan keuntungan, sebab dengan adanya
hambatan masuk, monopolis dapat menjagakeuntungan yang didapatkan.
Yang menjadi masalah ialah ketika dalam jangka pendek monopolismenderita kerugian, namun
hal ini dapat dihilangkan dengan dua cara, iaitu :
(1) dengan meningkatkan efisiensi,
(2) iklan untuk menaikkan permintaan.
Struktur pasaran monopoli mempunyai beberapa kelemahan, namun bukan berarti struktur
monopolitidak mempunyai sisi baik. Bagaimana pandangan ekonomi islam terhadap struktur
pasar monopoli ini.Dalam ekonomi islam, struktur pasar monopoli bukanlah masalah dan hal ini
sah-sah saja, bila hal itutidak mendatangkan mudarat bagi pihak lain. Yang tidak diperbolehkan
dalam ekonomi islam adalahperilaku monopolis (monopolistic behavior) atau istilah ekonominya
disebut monopoly's rent yangmerugikan masyarakat.

Dalam pasaran persaingan sempurna bilangan penjual dan pembeli adalah ramai. Tiadaseorang
pembeli atau penjual juga dapat mempengaruhi harga di pasaran. Harga ditentukanoleh kuasa
penawaran dan permintaan pasaran. Firma akan menerima sahaja harga yangditentukan di
pasaran. Pengguna juga menerima sahaja harga yang ditentukan di pasarandalam membuat
keputusan mengenai kuantiti barang yang dibeli. Pasaran monopoli adalahlawan kepada pasaran
persaingan sempurna serta mempunyai satu penjual sahaja sementara bilangan pembeli adalah
ramai.

Kesimpulan pasaran Oligopoli

Untuk mengatasi dampak negatif pasaran oligopoli, maka pihak kerajaan haruslah bijak
memberikan penyelesaian contohnya sebagaimana berikut :

1. Memberikan peraturan kemudahan bagi perusahaan baru untuk masuk ke dalam pasaran dan
turut menciptakan persaingan, seperti memberikan pasaran baru bagi memberikan persaingan
sihat pada semua kalangan pasaran Oligopoli
2. Mewujudkan undang-undang kerjasama antara para para firma-firma Oligopoli , iaitu dengan
di wujudkan undang-undang anti monopoli.

Untuk mengawasi persaingan pengusaha di malaysia, pihak kerajaan boleh membentuk satu badan
Suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Mengawasi Persaingan Usaha yang di singkat dengan SMPU.
Dengan adanya SMPU di harapkan dampak negative oligopoly dapat di hindari.
Dari berbagai pembahasan diatas dapat kita simpulkan bahwa pasar oligopoli itu adalah suatu
pasaran dimana bentuk persaingan pasaran yang didominasi oleh beberapa firma atau penjual
dalam satu wilayah area yang memiliki karakteristik tersendiri.

Persaingan Monopoli Dan Oligopoli

Firma di pasaran persaingan monopolistik dan oligopoli biasanya akan cuba mengelak untuk
bersaing menggunakan harga berikutan kedua-dua pasaran ini mempunyai banyak pengganti
yang hampir. Oleh yang demikian, mereka bersaing untuk aktiviti yang tidak melibatkan harga,
dan ini dipanggil persaingan bukan harga. Terdapat beberapa bentuk persaingan bukan harga
melalui pembezaan produk, antaranya:

1 . Jenama
2.Pengiklanan dan promosi jualan
3.mengadakan perkhidmatan nilai-tambah – value added services

Pembezaan produk merujuk kepada situasi di mana terdapat satu produk yang dikeluarkanoleh
ramai pengeluar. Produk yang dikeluarkan oleh setiap pengeluar
secara asasnyaadalah sama. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan yang dicipta oleh
pengeluar untuk membezakan produk mereka dengan yang lain. Perbezaan ini mungkindari segi
pembungkusan, warna, jenama, pengiklanan dan promosi jualan, perkhidmatanselepas jualan.
RUJUKAN

Yana Qlah at 10:13


Labels: EKONOMI INDUSTRI

Anugerah Sari
Fajar Aditya Emozha
Hilman Fauzi Nugraha keajaiban sabar di 22.33

Kadariah, Teori Ekonomi Mikro, edisi revisi. Jakarta: Lembaga Penerbit FEUI, 1994
Rahardjo, Prathama, Teori Ekonomi Mikro Suatu Pengantar, edisi revisi. Jakarta:
Lembaga Penerbit FEUI, 2006
Sukirno, Sadono, mikroekonomi, edisi ketiga. Kuala Lumpur:Aneka Punlishing,1993

monopoli & oligopoly


Nur izzati

kojai71 on Feb 09, 2010

You might also like