You are on page 1of 4

DPM6053

BUSINESS MARKETING AND


CHANNEL MANAGEMENT

SESI DIS 2020

SOALAN CHAPTER 6

SUB-TOPIK 6.1

NAMA PENSYARAH: PUAN HJH NOR AZIZAN BINTI HJ AZRIN


NAMA PELAJAR: NOORMONA TASYA BINTI ZAKARIA
NOMBOR PENDAFTARAN: 15DPR18F2012
1) Differentiate the three types of pricing objectives by refering to Perrault et. al.,
2010.

Profit-oriented objectives: Merupakan kaedah yang digunakan oleh syarikat untuk


memaksimumkan keuntungan semasa, dan pulangan pelaburan (ROI). Contoh
syarikat yang sesuai menggunakan kaedah ini, adalah syarikat yang mengeluarkan
produk berteknologi tinggi, kerana produk berteknologi tinggi biasanya mempunyai
permintaan yang tinggi pada awal pengeluaran produk tetapi lama kelamaan harga
akan direndahkan namun keuntungan awal sudahpun diperolehi oleh pihak syarikat.

Sales-oriented objectives: Merupakan kaedah yang digunakan oleh syarikat untuk


memperolehi jumlah jualan yang tinggi sama ada dalam bentuk wang ringgit atau
unit jualan. Ia juga adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi syer pasaran sedia ada
bagi menembus pasaran. Contohnya, syarikat pengeluaran getah menginginkan unit
jualan produknya terjual dengan banyak. Jadi, pihak syarikat menggunakan kaedah
ini dengan meletakkan harga getah yang rendah untuk dijual kepada pengedar.

Status quo-oriented: Merupakan kaedah yang digunakan jika syarikat mempunyai


persaingan yang sengit, dan lebihan kapasiti. Lebihan kapasiti yang dimaksudkan
adalah seperti fasiliti dan bahan mentah. Syarikat yang menggunakan kaedah ini
biasanya adalah bertujuan untuk memastikan ia kekal dan bertahan dalam industri
perniagaan yang dijalankan. Contohnya, syarikat pengeluaran mainan kanak-kanak
mempunyai ramai pesaing terdekat menyebabkan ia hampir tidak mampu
meneruskan perniagaan menyebabkan syarikat menggunakan lebihan kapasiti yang
ada dengan mengeluarkan alat permainan dengan kos yang lebih rendah bagi
menampung semua kos tetap dan kos berubah pengoperasian syarikat.

2) Differentiate between demand analysis and cost analysis that can effect the
business pricing strategy.

Demand analysis: Analisis permintaan akan memberikan kesan kepada strategi


harga sesebuah perniagaan. Melalui analisis permintaan, syarikat dapat memahami
hubungan antara permintaan, jumlah jualan, dan harga yang perlu ditetapkan.
Tujuan analisis permintaan dilakukan juga adalah untuk menentukan sejauh mana
perubahan yang akan berlaku dalam permintaan berdasarkan perubahan harga yang
ditetapkan untuk sesuatu produk berkaitan. Tambahan pula, analisis permintaan
yang dilakukan perlulah mempertimbangkan faktor lain seperti aktiviti promosi dan
juga perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan. Hal ini kerana, ia juga akan memberi
kesan kepada permintaan. Syarikat yang mempunyai permintaan elastik, perubahan
harga yang sedikit boleh mengakibatkan perubahan yang besar dalam kuantiti yang
diminta. Biasanya produk yang mempunyai permintaan elastik adalah produk yang
mempunyai pengganti. Manakala, sekiranya permintaan tidak elastik, perubahan
pada harga tidak akan mempengaruhi permintaan dengan ketara. Oleh itu, syarikat
boleh mengenakan keuntungan yang lebih tinggi sekiranya permintaan tidak elastik.
(Harga perlu diturunkan) tiada produk pengganti, pengeluar buat penurunan harga
tanpa promosi, sesetengah segmen biasa membeli RM100 per kila, lepastu RM90
per kilo, tak nak ubah, sesetengah segmen rasa harga yang ditetapkan dah ok.
(RM1000, servis, operasi, dan lain-lain lagi) konflik dalam channel ada 7. Kena
lakonkan.

Cost analysis: Analisis kos akan memberikan kesan kepada strategi harga
sesebuah perniagaan. Syarikat perlu mempertimbangkan dan mengambil kira semua
jenis kos yang terlibat di dalam pengeluaran sama ada kos tetap atau kos berubah
untuk menetapkan keputusan harga. Sesetengah kos adalah berbeza-beza mengikut
kepada tempoh masa tertentu manakala sebahagian kos lain berlaku turun naik
bergantung kepada tahap pengeluaran pihak syarikat itu sendiri. Jadi, syarikat
perlulah mengenalpasti semua jenis kos ini dan mengelaskannya untuk
mendapatkan satu keputusan harga yang mampu menguntungkan perniagaan yang
dilaksanakan oleh syarikat.

3) List and explain any 4 elements of cost description.

Fixed costs: Merupakan kos tetap atau kos yang tidak berubah berdasarkan tahap
pengeluaran atau hasil jualan yang dilaksanakan. Syarikat perlu melakukan
pembayaran tetap walaupun tahap pengeluaran setiap bulan adalah berbeza. Ia
termasuklah bayaran sewa tanah atau bangunan, bayaran utiliti, gaji pihak
pengurusan, dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Variable costs: Merupakan kos yang berbeza secara langsung dengan tahap
pengeluaran syarikat. Ia termasuklah kos bahan mentah dalam setiap unit
pengeluaran produk yang syarikat hasilkan.

Total costs: Merupakan jumlah kos tetap dan jumlah kos berubah untuk setiap
tahap pengeluaran seperti kos sewa bangunan, kos bahan mentah, gaji pihak
pengurusan, dan lain-lain lagi.
Direct costs: Merupakan kos tetap dan kos berubah yang terlibat secara langsung
dalam pengeluaran sesuatu produk spesifik atau di wilayah jualan tertentu seperti
kos perbelanjaan produk, bahah mentah, dan kos muatan barangan yang dibawa.

4) Explain why government regulations have big impact on pricing decision.

Undang-undang kerajaan akan memberi impak yang besar kepada keputusan


penetapan harga kerana undang-undang ini akan membentuk struktur dan tindakan
dalam perniagaan sesebuah industri. Peraturan harga yang ditetapkan oleh kerajaan
akan memberi kesan kepada keuntungan perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah
syarikat. Dengan adanya undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan, ia dapat
menyekat sesebuah perniagaan daripada menggunakan strategi harga diskriminasi
atau harga predatory. Diskriminasi harga adalah apabila sesebuah syarikat
menawarkan diskaun tunai, diskaun kuantiti, atau diskaun perdagangan berbeza-
beza kepada setiap orang tengah yang digunakan olehnya. Manakala, harga
predatory pula adalah bila mana terdapat syarikat besar yang menetapkan harga
yang sangat rendah dalam jangka masa tertentu untuk mengelakkan pasaran baru
memasuki pasarannya ia juga akan cuba untuk membuang pesaing perniagaannya.
Cara ini akan menindas syarikat kecil untuk mendapatkan keuntungan dalam operasi
perniagaan yang dijalankan.

5) Explain what is predatory pricing.

Merupakan penetapan harga yang sangat rendah oleh sesebuah syarikat besar
dalam jangka masa tertentu untuk mengelakkan pasaran baru memasuki
pasarannya. Ia juga bertujuan untuk mengeluarkan pesaing dan mengurangkan
jumlah pesaing di dalam pasarannya. Ia adalah penetapan harga yang salah di sisi
undang-undang kerana ia akan menindas banyak syarikat kecil yang lain.

You might also like