You are on page 1of 25

KONSEP

PENGEKOSAN
Oleh:
Ahmad Zoolhelmi Alias
Perakaunan Pengurusan
Salah satu cabang perakaunan yang
menyediakan maklumat ekonomi dan
kewangan yang diperlukan oleh
pengurus lain.
Peletakan harga
Penembusan pasaran
Pembiayaan
Pembuatan/ Pembelian produk
Peranan Perakaunan
Pengurusan
Menyediakan maklumat untuk pengurus
membuat perancangan dan keputusan
Membantu pengurus mengendali dan
mengawal organisasi
Memotivasikan pengurus dan kakitangan
dalam kerja mereka bagi mempertingkatkan
kecemerlangan dan mencapai matlamat
sesebuah organisasi
Menilai prestasi dan bahagian dalam
organisasi
Ciri-Ciri Maklumat
Perakaunan Pengurusan
Relevan
Memberi keputusan yang berbeza bagi
suatu aktiviti dan mempengaruhi keputusan
yang hendak dibuat.
Boleh difahami
Ketepatan masa
Boleh dibandingkan
Boleh dipercayai dan lengkap
Mempunyai ciri-ciri kos manfaat
Kepentingan Maklumat
Perakaunan Pengurusan
Menentukan kos bagi setiap produk
dan perkhidmatan yang ditawarkan
Melaksanakan fungsi perancangan,
pengendalian, kawalan dan penilaian
prestasi.
Konsep Kos
Kos ialah apa jua sumber yang perlu
dikorbankan atau diserahkan untuk
mendapatkan barang atau
perkhidmatan.
Sumber di sini bermaksud tunai atau
sumber yang bersamaan dengan
tunai.
Pengelasan Kos
Kategori Pengelasan Kos
Gelagat
Fungsi Perniagaan
Tempoh
Penyata Kewangan
Pengelasan Kos Mengikut
Gelagat
Kos Tetap
Kos yang jumlahnya tidak berubah dengan
perubahan tahap pengeluaran. Jumlah kos
tetap tidak dipengaruhi oleh perubahan
sebarang aktiviti (dalam julat relevan).
Kos Berubah
Kos yang jumlahnya berubah menurut
perubahan unit pengeluaran atau unit
aktiviti.
Kos Bercampur
Kos yang mempunyai komponen kos tetap
dan kos berubah.
Pengekosan Marginal/
Berubah/ Langsung
Hanya mengakaunkan overhed
perkilangan berubah sahaja
sebahagian dari kos produk.
Hanya kos-kos yang berubah
mengikut output sahaja akan
dianggap sebagai kos produk.
Kegunaan Pengekosan
Marginal
Digunakan untuk pelaporan dalaman
(pengurus, penyelia dan pelbagai
peringkat pekerja).
Maklumat kos dari pengekosan
marginal membantu dalam
perancangan dan pembuatan
keputusan.
Kos tetap dan kos berubah
diasingkan.
Kegunaan Pengekosan
Marginal
Membuka peluang kepada pengurus
untuk mengawal kos kerana kos
berubah berada di bawah kawalan
mereka.
Kos tetap adalah tidak relevandalam
pembuatan keputusan kerana ia tidak
boleh dikawal dan tetap akan terjadi
tanpa dipengaruhi oleh tahap
pengeluaran.
Contoh Pengekosan
Marginal
Ahmad ingin membuka perniagaan menjual
burger. Berikut adalah maklumat kos yang
diperolehi;
Sewa gerai (termasuk bil elektrik) RM300/
sebulan.
Kos sebiji burger (daging, sos, salad, roti,
gas memasak, mayonis) RM1.05.
Harga jualan sebji burger ialah RM1.50.
Ahmad menjangkakan jualan sebanyak
3,000 biji burger sebulan.

Contoh Pengekosan
Marginal
Kos sebiji burger (Kos Berubah)

Kos (RM) Kos Seunit
(RM)
Daging Burger Ramly (10 keping) 4.90 0.49
Roti Burger (Ramly) (5 biji) 1.00 0.20
Salad, Timun, Tomato, Bawang
Besar
0.16
Mayonis, Sos Cili, Sos Tomato 0.15
Gas Memasak, Marjerin 0.05
Jumlah 1.05
Contoh Pengekosan
Marginal
RM
Jualan (1.50 X 3,000) 4,500.00
Tolak: Kos Berubah (1.05 X
3,000)
(3,150.00)
Margin Sumbangan 1,350
Tolak: Kos Tetap (300)
Untung Bersih 1,050
ANALISA PULANGAN MODAL
Persoalan sebuah syarikat:
berapa banyak produk yang harus
dijual.
Analisa Pulangan Modal:
analisa hubungan antara volum
jualan dengan keberuntungan.
Objektif:
untuk menentukan kuantiti pulangan
modal sesuatu pengeluaran.

APLIKASI ANALISA
PULANGAN MODAL
Menentukan kuantiti jualan yang
diperlukan bagi memastikan sesuatu
projek menguntungkan atau tidak.
Penilaian keputusan perletakan harga
jualan.
Penilaian struktur kos.
Penilaian keputusan pembiayaan.

ELEMEN PENTING ANALISA
PULANGAN MODAL
Kos Tetap (kos tidak langsung)
kos tidak berubah terhadap kuantiti
pengeluaran:
susutnilai, insuran, cukai harta benda, belanja
pentadbiran (gaji).
Kos Berubah (kos langsung)
jumlah kos berubah pada tahap pengeluaran
tertentu dan sifar bila tiada pengeluaran:
buruh,pembungkusan, pengangkutan, komisyen
jualan,kos utiliti.

ELEMEN PENTING ANALISA
PULANGAN MODAL
(sambungan)
Margin (margin kasar)
lebihan atau perbezaan diantara
harga jualan dengan kos berubah.
disebut dalam bentuk peratus (%) dari
harga jualan.

TITIK PULANGAN MODAL (BEP)
Titik dimana margin sumbangan
bersamaan dengan kos tetap bagi
mengeluarkan barangan atau
perkhidmatan.
Tahap kuantiti pengeluaran dimana
pulangan yang diperolehi sama
dengan kosyang dilibatkan.

PERSAMAAN BEP
Jualan - (jumlah kos berubah + jumlah kos tetap) = untung
(harga jualan seunit) * (unit jualan) [(kos berubah seunit) *
(unit jualan) + jumlah kos tetap] = untung = RM0
Objektif:
untuk mengetahui bilangan unit dikeluarkan dan
dijual bila untung bersamaan sifar.
KAEDAH PENENTUAN BEP-
KUANTITI

BEPQ = F/(P V)
Contoh:
BEPQ = 300/(1.50 1.05)
= 300/0.45
= 667 biji burger


KAEDAH PENENTUAN BEP
- KUANTITI (SAMBUNGAN)

Andaian
BEPQ = tahap pulangan modal
dalam unit
Q = bilangan unit dijual
P = harga jualan seunit
F = jumlah kos tetap
V = kos berubah seunit

KAEDAH PENENTUAN BEP
- RM
BEPRM = F/ %Margin Sumbangan
BEPRM = 300/ (0.45/1.50 X 100)
= RM1,000.50
atau
BEPRM = BEPQ * harga jualan seunit
BEPRM = 667 x 1.50
= RM1,000.50

Pendekatan Secara Graf
Rumusan
Data kos penting bagi pihak
pengurusan kerana kategori kos yang
berbeza dapat memastikan keputusan
yang berbeza dibuat.
Analisis kos-volum untung amat
berguna bagi pihak pengurusan
kerana ia menyediakan maklumat
penting bagi tujuan perancangan dan
pembuatan keputusan.

You might also like